Monday 24 May 2010

Rambut sama hitam..hati lain-lain...don't jugde a book by it's cover..

Tajuk entri paling panjang yang pernah aku buat..tetapi entri tidaklah panjang manapun..cuma aku sedikit terkilan..tiba-tiba mendapat pesanan di muka buku aku..seseorang yang menggelarkan dirinya isteri seorang kenalan lama..sedikit terkejut apabila membaca pesanan yang diterima..meminta supaya aku dan rakan-rakan lama espicially perempuan jangan add lagi nama suami dia..iaitu kawan lama aku...hmm susah sebenarnya nak paham hati manusia ni..cuma agak terkejut dengan permintaan beliau..

Untuk tidak mengeruhkan keadaan aku cuma boleh cakap kat entri ni..jika itu permintaan dia..akan aku delete nama suaminya dalam my friend list..sebenarnya aku baru jumpa kawan ni lebih kurang 3,4 minggu sudah..lama tak dengar khabar berita..gembira tengok kawan tu dah kahwin dan beranak pinak (dah ada anak 3..aku...hehe still solo lagi ok!!)..jadi aku pernah chat dengan kawan ni di muka buku..bercerita perkembangan semasa dan terkini serta kehidupan masing-masing..sungguh!!!tidak lebih dari itu..tidak terniat untuk mengganggu apatah lagi mengucar kacirkan hubungan kawan aku tu dan isteri dia..maaf..aku bukan perampas ok!!!dan bukan berminat dengan suami orang...nauzubillah..aku sentiasa berdoa agar tidak terjebak dengan perkara tersebut....

Pesanan itu buat aku rasa sangat terganggu..berdosa kah aku bersembang dengan suami dia yang merupakan bekas rakan sekelas semasa di tingkatan 2...salahkah aku bertanya khabar suami dia beserta anak dan dirinya sekali???susah betul nak baca fikiran orang..memang betul kata satu peribahasa...RAMBUT SAMA HITAM..HATI LAIN-LAIN..ramai lagi kawan-kawan aku yang dah mendirikan rumahtangga..baik lelaki mahupun perempuan..tetapi setiap pasangan mereka tidak pernah menghalang rakan-rakan yang lama tidak berhubungan berjumpa dan menyambung kembali persahabatan kami..susah-susah...

Aku tahu perasaan wanita tersebut..cuma pesanan tersebut buat aku macam punca pulak hubungan dia dan suami sedikit terganggu..beliau sendiri meminta aku menyampaikan pesanan tersebut kepada rakan-rakan perempuan yang lain..yang pasti aku sendiri tak tahu berapa ramai kawan aku yang dah add nama suaminya tu dalam muka buku...cuma satu yang aku minta..DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER..selidik dan bertanya dulu..jangan menilai orang tanpa mengenali hati dan budi mereka...


CIKMA : Inilah dia penangan muka buku @ facebook..boleh merapatkan kan hubungan yang lalu dan sedia ada..juga boleh merenggangkan dan melukakan hati seseorang...........

10 comments:

  1. Biasalah tu Ma
    Cemburu kot..atau mungkin is3 kawan Ma tu tak pandai bercampur dengan orang..

    ReplyDelete
  2. ohh pasal ni ke buat ko tak leh tido...hehe..jgn layan wat deq je sampah sarap gitu

    akma, pasal ptk aku punya yg terakhir sbb peluang untuk ambik ptk cuma 3 kali sahaja...pasal buku yg boleh dibawa tu, baru aku perasan tahun ni tak dibenar bawa sebarang buku...jelas?

    ReplyDelete
  3. Muhammad Abdul Kudus Seman Bin Razali Buang24 May 2010 at 16:54

    Akma.... ko jangan layan sangat perkara macam nih...
    maybe aku raser....
    1. isteri die jenis kuat cemburu..
    2. mungkin suami die kuat main fesbuk sampei mengabaikan anak-anak... kot...
    so.... ko amek positif jer... mungkin ko bukan dituduh nak merampas, cumer die nak hati dan perasaan dier senang kot.... come on ah beb... kite kelas cgpa first class punyer... no heart feeling... heppy go lukki,,,

    ReplyDelete
  4. sayang2 ibu : ntahlah kak..mungkin kot..tapi biasalah bagi saya mana ada isteri yang cemburukan suami kan..cuma lepas ni saya kena hati2...takut benda ni terjadi balik di masa akan datang

    ReplyDelete
  5. alfa : ye ker??? 3 kali jer ker..kalo aku tak lepas 3 kali berturut-turut ape kan jadi???eh!!sblm ni leh ke tgk buku???bkan mana2 exam tak bleh bwak buku ker???

    ReplyDelete
  6. Muhammad Abdul Kudus Seman Bin Razali Buang : Tau dah...masalah nya nape pulak si isteri tu bagi pesanan pada aku sedangkan ada lagi kawan-kawan perempuan suami dia yang lain..namapak macam aku ni punca masalah diorang tu bergaduh..haruskah pulak aku kena bagitau kawan-kawan perempuan suaminya tu supaya jgn add nama suami dia tu???kan senang kalau dia suruh jer kawan aku tu delete jer semua kawan perempuan suami dia tu dalam muka buku...kan habis cerita..tak yah nak memanjang kan isu..well..aku mengaku sedikit terganggu bro...letih..penat..sedikit terkilan..........

    ReplyDelete
  7. setuju sangat-sangat dengan sayangibu dan kudus.. jgn dilayan manusia cam tu..

    ReplyDelete
  8. kak min : mmg tidak mahu di layan.tapi...susah nak ckp kak min...

    ReplyDelete
  9. ni mesti kes bini mamat tu cemburu buta nih...isk2...camtu pun nak cemburu kan

    ReplyDelete
  10. silvertech : mybe lah tu..tapi rasa mcam de problem jer rumahtangga diorang tu..maleh ler nak masuk campur..tapi dah termacam sangkut paut pulak...

    ReplyDelete

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...