Wednesday 30 July 2014

Salam Syawal 1435 H

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Sudah masuk hari ke-3 berhari Raya.. Tak sempat Cikma nak ucap awal kepada para blogger yang lain..rasanya semua orang pun sibuk ye dak semalam dan kelmarin ...Huhuhu

Seperti tahun sebelumnya Hari Raya pertama lewat pagi Kami ke kampung Abah di Sungai Sumun...kemudian semalam ke kampung Mak di Sungai Lampam, Chikus...Dan seperti tahun2 lepas raya kali ni juga di sambut sederhana...

Tahun ni juga Along sekeluarga dapat beraya sebentar di Teluk Intan..kalau ikutkan memang bukan giliran dia dapat cuti..tapi kelmarin dia sempat balik sekejap sebelum bertugas malam raya pertama tu...sekejap pun jadilah katanya walaupun badan penat sebab kerja sehari semalam sebelum tu...gigih kan nak sambut raya...:)

Anyway..kepada semua Selamat Hari Raya Dan Maaf Zahir Batin daripada Cikma sekeluarga..juga tidak lupa kita doakan kepada saudara kita di Gaza, Palestin...agar mereka selamat dan sejahtera di sana..Al-Fatihah juga kepada mereka yang telah pergi..


Sempat gambar sekeluarga pada Hari Raya Pertama...it's completed!!!!...:-)


CIKMA : Rindu pada mereka yang telah pergi.....:(

Thursday 24 July 2014

Aku Memilih Setia - Fatin Shidqia Lubis

Dengar dan hayati lagu sebentar...emmm....rasa suka...walaupun dalam hati rasa sedih..:(


Suka dengar suara husky penyanyi dari Indonesia ini...muda belia...di angkat menjadi juara dalam rancangan The X Factor Indonesia...layan yeeee





CIKMA : Semangat balik beraya...emm....Raya ala qadar tahun ni...masih dalam keadaan hiba dan sedih...sama-sama kita doakan agar mangsa-mangsa MH17 yang beragama Islam di tempatkan di kalangan orang-orang beriman...

Teroesir (Menunggu Karma) - Nidji (OST Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck)

Lagu "meremang" bila dengar...suka dan lirik sangat best...:)...layan ekk..





CIKMA : Menunggu karma bagi REJIM ZIONIS YAHUDI Laknatullah...semoga mereka mendapat balasan yang paling dahsyat daripada Allah SWT...

Tuesday 22 July 2014

Sebak, Sedih, Pilu....Tragedi MH 17

Di mana perlu aku mulakan....

Sebenarnya aku tiada kekuatan untuk menulis...tetapi entri ini jika tidak di letakkan...mungkin 10 tahun akan datang Cikma akan lupa...mungkin juga orang lain akan lupa...sekurang-kurangnya kita boleh ingat dan menjadi pedoman kita...bahawa yang hidup pasti akan mati...

5 hari yang lalu (17 JULAI 2014)...negara di kejutkan dengan satu lagi tragedi yang paling mengejutkan kita...serta seluruh dunia...Kapal terbang MAS (Malaysia Airlines) sekali lagi menjadi mangsa...kali ini kapal terbang MH 17 terhempas kerana di tembak jatuh di kawasan sempadan yang sedang bergolak iaitu Ukraine dan Russia...seramai 298 orang termasuk 15 krew kabin menjadi mangsa kononnya tidak sengaja itu...kapal terbang itu sebenarnya akan tiba ke Kuala Lumpur (KLIA) dari Amsterdam, Belanda pada pukul 6.10 pagi (hari Jumaat waktu Malaysia)....hiba dan sangat sebak mendengar perkhabaran tersebut...

Cikma tahu mengenai perkara tersebut selepas selesai bertarawih pada malam Jumaat lalu...Ya Allah terasa menggeletar tangan melihat pelbagai laporan dan maklumat yang tertera di muka buku serta wassup juga bertebaran masuk dalam handphone...tidak terjangka dalam fikiran kapal terbang dari MAS akan menjadi mangsa di tengah2 pemberontakan puak pemisah pro kerajaan Russia dan juga negara Ukraine...

Pelbagai spekulasi sekali lagi menjadi tajuk perbualan hangat...jika dulu MH 370 (yang masih lagi menjadi misteri sehingga kini)...kali ini MH 17 juga menjadi mangsa 'spekulasi'...di pihak sana...saling tuduh menuduh siapa yang menembak jatuh...ada juga menyebut laluan penerbangan itu tidak selamat..walhal telah di luluskan perjalanan mereka oleh pihak EuroControl (penerbangan antarabangsa Eropah)...spekulasi mengaitkan peristiwa ini di dalangi negara-negera besar dunia untuk mengalih perhatian mengenai peristiwa pencerobohan dan kezaliman rejim Yahudi Zionis yang menyerang Gaza secara bertubi-tubi sejak seminggu yang lalu....pelbagai spekulasi yang sebenarnya boleh memberi tekanan bukan sahaja kepada rakyat dan negara Malaysia...tetapi yang lebih terkesan adalah anggota keluarga mangsa-mangsa tersebut...

Cikma sedih sebenarnya..ye kita dapat rasa peristiwa ini memberi sedikit rasa 'kelegaan' rakyat negara Malaysia  kerana kapal terbang MH 17 telah di tembak jatuh dan kita juga tahu di mana ia berada....tidak seperti MH 370 yang hilang tanpa khabar berita...namun sesuatu yang perlu di risaukan adalah keadaan kawasan kapal terbang yang terhempas itu adalah merupakan kawasan bergolak yang sukar di masuki oleh mana-mana agensi tidak kira dari pihak negara Malaysia malah agensi negara lain sekalipun...menjadi kan ia rumit apabila puak pemisah tidak mahu bekerjasama untuk memastikan mangsa-mangsa/ mayat-mayat itu di hantar segera pulang ke negara masing-masing untuk di semadikan/di kebumikan mengikut agama masing-amsing...sungguh aku sebak...bagai mana kah keadaan jenazah yang beragama Islam...kita tahu dalam agama Islam...di haruskan untuk kita mempercepatkan proses pengebumian jenazah...tetapi dalam keadaan dan situasi genting seperti ini..hanya kerjasama dan sikap tolak ansur pihak di sebelah sana yang akan menentukan segala-galanya...

Sungguh kita di uji dengan dugaan yang paling hebat tahun ni....rasanya sejak tahun lalu pelbagai ujian di turunkan oleh ALLAH SWT kepada negara Malaysia..hanya DIA yang tahu percaturan segala perkara yang berlaku....hikmah yang di berikan dalam sesuatu peristiwa yang berlaku...hanya yang mampu kita lakukan...sentiasa berdoa dan terus berdoa kerana doa adalah senjata orang2 Mukmin.....


CIKMA : Salah seorang co-pilot penerbangan MH 17 ini merupakan adik kandung rakan sekolah Cikma ...terasa sebak melihat dan membaca post rakan mengenai adiknya...Al-Fatihah dan takziah di ucapkan kepada rakan..Fariz Rahim di atas kehilangan adik Muhamad Firdaus Abdul Rahim...semoga tenang serta di tempatkan di kalangan orang-orang beriman...juga Cikma minta seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar di permudahkan segala urusan untuk membawa mangsa-mangsa pulang ke negara kita secepat mungkin....

Berakhir...Piala Dunia 2014...bertemu...Russia 2018


Sebelum post lain...Cikma mahu juga letakkan entri ni...Tahniah Pasukan German yang memenangi World Cup Fifa 2014 dengan mengalahkan pasukan Argentina 1-0 hasil jaringan di masa tambahan..

Berakhir lah perlawanan yang di tunggu dan di nanti selama sebulan lebih..well...di akui tidak berapa nak follow...seperti biasa...tidur dan merehatkan minda lebih penting daripada nonton bola sepak...atau pun nak nyedapkan hati ni...sebab pasukan favourite Cikma iaitu Brasil tak masuk final kan...(hehehehe)

Anyway...jumpa lah lagi dalam tempoh 4 tahun dari sekarang...Negara Russia menjadi host bagi kejohanan bola sepak paling berprestij itu bagi tahun 2018...

LAST RESULTS  :
Semi finals (2nd match)
Netherlands VS Argentina = 0 - 0
(full time = 2 - 4 penalties) = Argentina won
Third place :
Brasil VS Netherlands = 0 - 3
Final :
Argentina VS German = 0 - 1 (full time)

CIKMA : Pasukan Brasil bagi tahun 2014 adalah sangat teruk!!!...di akui okay...aku tak berapa hadap sangat coz mereka bukan bermain secara samba dengan skill yang menakjubkan...bagi aku team senior dorang pada zaman Ronaldo, Roberto Carlos, Rivaldo dan seangkatan dengan mereka merupakan team yang sangat di geruni dan cukup hebat di atas padang...

Friday 11 July 2014

Kuatkan Mereka - Pray For GAZA




Jauh dari benua ini,
Tersingkap sebuah cerita duka
Tatkala kita menikmati saat indah bersama
Sedang kita merasai kegembiraan Ramadhan
Saat kita di hidangkan makanan enak...
Jauh di sana mereka sedang meratap
Tangisan, jeritan saling silih berganti
Terasa dekat di hati
Melihat seksanya mereka
Melihat sengsaranya mereka
Allah...sungguh ku sebak
Menangisi keperitan mereka
Meratapi kepedihan yang di tanggung mereka 
Mereka di uji terlalu hebat Ya Allah
Mereka di duga dengan seksaan yang amat sukar di gambarkan
Allahuakhbar....Allahuakhbar...Allahuakhbar...
Sesungguhnya mereka terlalu kuat untuk di uji
Sesungguhnya mereka tidak pernah untuk takut di uji
Dan kerana itu...kuatkan mereka Ya Allah
JanjiMU pasti
Syurgalah bagi mereka yang syahid...
Allahuakhbar!!!!

- Wadah sajak hanya ingin di lontarkan sebagai simpati dan sebaknya Cikma melihat penderitaan dan kesengsaraan penduduk Palestin yang sekarang ini terpaksa menempuh bulan Ramadhan dengan di hujani bom-bom daripada tentera Israel laknatullah...kejam..sungguh kejam...betapa bodoh dan bangang serta bangsat nya tentera Israel dan bangsa Yahudi....doaku...agar musnahlah mereka dari muka bumi Allah SWT....janji Allah itu pasti....



CIKMA : Tolong rakan2 blogger...kita doakan agara saudara2 Islam kita di Palestin di kuatkan semangat dan di lindungi Allah SWT selalu...serta satu aku minta...tolong BOIKOT barangan keluaran Israel bahlol ni...tolong....tolong...tolong.....

Thursday 10 July 2014

Pilpres Indonesia 2014


Entri seterusnya...wah!!! semangat gitu yaa Cikma...:)

Rindu ini masih membara dalam hati...kangen benar Tanah Seberang...well...bilalah nak berkunjung ke sana lagi...:)....

Cerita sedikit...Tanggal 9 Juli (Julai) 2014 adalah tanggal yang di nanti oleh seluruh rakyat Indonesia...Pilpres atau Pemilihan Umum Presiden berlangsung di seluruh negara yang mempunyai penduduk seramai 190 juta orang itu...merupakan juga penduduk paling ramai di dunia yang beragama Islam...

Pasal apa Cikma masuk cerita ni di entri...seperti yang aku bilang..(ewahh!!!)...semasa pergi menapak di sana...memang sudah ada suasana pemilihan presiden yang sangat sibuk di sana di sini..baik kain rentang..bendera parti serta kesibukan calon-calon presiden meraih undi di dalam media televisyen dan juga radio serta laman sosial....

Cikma sempat melihat situasi tersebut semasa di sana...sempat snap 2,3 gambar kempen calon2 presiden tersebut...sempat juga bertanya pada tourist guide Cikma di sana bagaimana keadaan di Indonesia apabila pemilihan umum Presiden...yang pasti aku rasa seluruh penduduk Indonesia teruja memilih seorang Presiden yang boleh membantu mereka...

Kali ini Pilpres di tangani oleh dua calon atau lebih tepat 2 pasangan yang berbeza latar belakang dan pengalaman...pasangan JOKOWI - JK atau nama penuh mereka Joko Widodo dan Jusuf Kalla serta satu lagi pasangan lebih di kenali dengan PRABOWO - HATTA atau nama penuh Prabowo Subianto dan Hatta Rajasa...yang menarik...mereka ini mewakili antara parti yang terbesar di Indonesia...(korang baca lah ekk dalam pakcik Google..hehehe)...serta calon2 Presiden ini mempunyai majoriti penyokong yang ramai...maksudnya mereka ini mempunyai hampir sama penyokongnya (50-50)...


Pemilihan Umum Presiden juga kali ini merupakan yang ketiga setelah Presiden sekarang Susilo Bambang Yudhoyono yang telah di pilih melalui sistem yang sama lebih kurang 10 tahun lalu...namun di sebabkan mengikut undang-undang negara mereka seseorang Presiden hanya boleh menduduki kerusi tersebut selama 2 penggal sahaja..jadinya PilPres perlu di lakukan...

Well...buat masa ini..kedudukan terkini yang Cikma tahu..calon Jokowi - JK mendahului undian melalui quick count iaitu sebanyak 51.9% berbanding satu lagi pasangan Prabowo - Hatta sebanyak 48.1%...Jumlah ini belum di sahkan benar kerana masih ada beberapa tempat lagi mengalami proses pengundian kerana kita tahu tanah jajahan Indonesia ini terlalu luas dan mempunyai bahagian pulau2 paling banyak di dunia...



Keputusan akhir akan di ketahui pada tanggal sama ada 21 atau 22 Julai ini...semoga di harapkan sesiapa pun yang di pilih atas tangan rakyat Indonesia menepati janji mereka untuk membangun dan menyatupadukan seluruh rakyat Indonesia Raya...semoga suksess!!!

CIKMA : Berdebar juga tunggu result...yang nyata calon2 Presiden Indonesia kali ini hebat2 belaka..walaupun berlainan sisi peribadi (seorang ahli usahawan , seorang lagi bekas Panglima Tentera Darat)..namun pastinya visi dan misi mereka adalah membantu rakyat mereka keluar dari belenggu kemiskinan dan kedaifan.....:)

Cerita di sebalik...TRANSFORMERS - AGE OF EXTINCTION


Dah lama nak masuk entri...tapi tak sempat2...ada jer hal nye..ini baru ada masa nak melangut depan blog sendiri...jengah dan lawat blog orang lain...dahhhh lamaaaaa sangatttt tak buat..hadoiii..kesian kan....hehehe

Kisahnye...Cikma memang teruja bangett nak tengok cerita sekuel terbaharu Transformers 4 ni...tapi masa tu tak tahu nak pergi nonton dengan sapa...dulu masa adik Cikma still ada kat Kolumpo ni...dia lah jadi mangsa Cikma heret ke panggung wayang...hehe...kali ni jadi mati kutu...ok2...chop!!!..aku bukan kaki wayang...hanya filem2 tertentu jer mau nonton...kalau ikutkan tahun ni...filem Transformers ni adalah filem pertama di tonton di panggung yeeee....:)

Entah pasai apa...dok bersembang dengan my bro Along yang juga merupakan peminat tegar citer robot ni...aku pun dok keluarkan idea ajak dia tengok kat wayang...dengan alasan yang bernas...Along duduk bujang sekarang...chop!!!maksudnya...di sini..Kak Long aka kak ipar Cikma sedang berpantang nun jauh di Kedah...jadinya..Along memang tinggal sorang di rumah sejak itu..dan kebetulan cuti...Cikma akhirnya plan pergi nonton pada hari pertama filem ini di releasekan...

Nonton di Setia City Mall...nasib malam tu ada tiket lagi...paling awal pun kami dapat dalam pukul 9.30...full ok...memang ramai...walaupun penat waktu tu kerana berkejar dari sekolah ke Klang...(nasib keluar awal...hehehe)...yang pasti....kali ni amat berpuas hati nonton selama 2 jam 45 minit kerana scene2 robot nya agak banyak bersepah-sepah dalam filem...ngeee...

Ada jugak babak yang tak masuk akal...biasalah dah namanya robot penipu...kekeke...teknik CGI yang terlebih canggih konon...ada ketikanya rasa macam tengok cerita The Avengers sebab musuh Optimus Prime kali ni datang dari luar bumi...agak kompius gak tengok...hehehe...tapi belasahlah...kalau dah peminat tegar...segala kelemahan dan kekurangan di tolak ke tepi okehhh!!!...Kalau ikut bintang....aku boleh beri 4/5 bintang gitu...:)

Namun, di sebalik keterujaan menonton Transformers : Age of Extinction ni...ada kisah yang agak mendebar dan mencemaskan hati Cikma...entah kenapa sebelum masuk wayang..Cikma boleh tertinggal handphone di dalam toilet...selalunya memang tak pernah terjadi benda ni...jarang tinggalkan di tempat macam tu...entah pasai apa la hari tu boleh tertinggal..kalau ke tandas aku akan letak handphone di dalam beg...tapi hari tu boleh ekk letak di atas toilet...

Keluar menonong...memang tak hinggat...siap pergi kedai jam...(nak menghabiskan masa sebelum mula filem)..bila tengah beratuq nak masuk panggung...raba poket seluar...rasa kosong jer...time tu memang gelabah tak hinggat....terus kepala hotak dan segala anggota badan meluru terus ke tandas yang berada di tingkat berlainan...okay...rasanya aku berlari pecut 100 meter ke sana ekk...sampai jer dalam tu...dah takde...cuak rasa sangat2...sebelum tu dah suruh Along call....dia cakap ada ringing call lagi..aku tanya pekerja toilet cakap memang takde nampak...seyeeessss...Cikma memang masa tu sangat risau...memang dah tak ingat pasal filem Transformers dah...yang ingat hanya handphone dalam kepala otak ni...

Sambil berlari ke sana ke mari..Along sempat beritahu ada orang angkat call...dia beritahu orang tu yang dapat jumpa handphone...is Chinese Women...dia beritahu location..Cikma dan Along memang tak familiar sangat Setia City Mall...ni...turun naik berlari dari hujung mall dan sebagainya...tak terpikir nak tanya orang tempat yang disebut oleh wanita tu...yang Cikma dah berlari entah ke mana tinggalkan Along...masa tu dah tak boleh nak pikir apa...lastly...bila otak ni bole berfikir...aku tanya seorang adik ni...dan dia beritahu location tempat tu...

Akhirnya...dengan rasa syukur...dapat lah juga jumpa wanita Cina tu...memang lega...aku memang ucap banyak2 terima kasih pada dia...dia beritahu mula2 dia masuk toilet tu dia memang nampak handphone...dan dia keberatan nak ambil..tapi bila dia tengok ramai yang masuk toilet time tu dia pun ambil...dia cuma tunggu aku call jer...memang bernasib baik betul handphone Cikma yang di jumpai oleh orang yang sangat jujur...

Terima kasih sekali lagi....wanita Cina itu tidak mahu ganjaran...dia tolak cara baik...Cikma hanya mampu ucap ribuan terima kasih kerana bersikap jujur dan bertanggungjawab...memang sekarang ni susah nak jumpa orang yang baik macam wanita ni...thank you so much....:)

Apa-apa pun lepas ni...aku memang kena beringat...jangan lah cuai lagi...mungkin masa tu aku terlalu penat dan letih..so otak tak boleh berfungsi dengan baik....dan lagi satu...hargailah harta benda sendiri ekkk!!!!...huhuhu...

CIKMA : Banyak maklumat penting dalam handphone ni..kalau lah orang lain yang jumpa...memang macam2 benda penting Cikma kena settlekan....nasib yang sangat baik...dan Allah SWT bantu Cikma untuk selesaikan misi kehilangan sebentar handphone itu...dan di hantarnya seorang wanita Cina yang baik hati...:)

Wednesday 9 July 2014

Berakhir di sini .... Farewell Brasil....:(...WORLD CUP 2014


Huhuhu...kempunan lagi...Seyessss sedey2...

Terkejut kemain Cikma bila bangun tidur pagi tadi...Cikma memang tak bangun nak saksikan perlawanan semi-final antara favorite team Cikma iaitu BRAZIL dan Jerman..penat melampau kerana sedang dalam masalah wanita...huhuhu...check result dalam internet...memang sangat lah terkejut...7-1 okehhh!!!...di bantainya cukup2 Jerman...memang misi balas dendam sungguh...gara-gara kalah dalam final Piala Dunia tahun 2002...

Nasib yang sangat malang buat team ni...memang dah di ramal...Cikma memang agak akan kalah sebab team Brazil ni dia hanya tumpu pada sorang pemain jer iaitu Neymar Jr...sejak dia di sahkan tak dapat bermain gara-gara tulang pinggangnya retak masa bermain di suku akhir menentang Colombia..Cikma dah dapat menjangka...seluruh team akan rasa down...yup...memang itu hasilnya...kalah di tangan Jerman...tapi...tak lah sampai kena belasah 7 gol....adoaiii


Dalam laman sosial ramai dok gembira sakan Brazil kalah...siap perli2 sentap lagi...especially daripada penyokong team Jerman...well...baru masuk final okehh!!! belum julang lagi World Cup tu...dah dapat barulah korang nak bangga diri...choiiii sangat....

Anyway, tuah dan nasib baik tidak berpihak pada team samba Brasil...nak buat macam mana...walaupun kena belasah teruk...Cikma tetap sokong team ni sampai bila2...cuba lagi 4 tahun dari sekarang...:)...adiosss team Brasil...congrats team Jerman....

All results until today :

Group :
1) Belgium VS Russia = 1 - 0
2) Korea Selatan VS Algeria = 2 - 4
3) USA VS Portugal = 2 - 2
4) Australia VS Sepanyol = 0 - 3
5) Netherlands VS Chile = 2 - 0
6) Cameroon VS Brazil = 1 - 4
7) Costa Rica VS England = 0 - 0
8) Italy VS Uruguay = 0 - 1
9) Greece VS Cote d'Ivoire/Ivory Coast = 2 - 1
10) Japan VS Colombia = 1 - 4
11) Nigeria VS Argentina = 2 - 3
12) Bosnia Herzegovina VS Iran = 3 - 1
13) Honduras VS Switzerland = 0 - 3
14) Ecuador VS France = 0 - 0
15) USA VS Germany = 0 - 1
16) Portugal VS Ghana = 2 - 1
17) Algeria VS Russia = 1 - 1
18) Korea Selatan VS Belgium = 0 - 1
Round 2 :
1) Brazil VS Chile = 1 - 1
(full time = 3 - 2 penalties) = Brazil won
2) Colombia VS Uruguay = 2 - 0
3) Netherlands VS Mexico = 2 - 1 (masa match antara dua negara ni, kali pertama dalam sejarah Piala Dunia ada cooling break..iaitu masa rehat selama 3 minit di berikan kepada para pemain dalam tempoh permainan kerana suhu di stadium sangat panas dan boleh memudaratkan pemain..)
4) Costa Rica VS Greece = 1 - 1
(full time = 5 - 3 penalties) = Costa Rica won
5) France VS Nigeria = 2 - 0
6) Germany VS Algeria = 2 - 1
7) Argentina VS Switzerland = 1 - 0
8) Belgium VS USA = 2 - 1
Quarter Finals :
1) France VS Germany = 0 - 1
2) Brazil VS Colombia = 2 - 1
3) Argentina VS Belgium = 1 - 0
4) Netherlands VS Costa Rica = 0 - 0
(full time = 4 - 3 penalties) = Netherlands won
Semi Finals :
1) Brazil VS Germany = 1 - 7

CIKMA : Masih kekal setia okehh!!!..takkan berpaling tadah...hoohohohohoho....Tengok ulangan perlawanan...memang boleh di katakan...it's not them...no Samba...no skill and yang paling ketara mereka macam terpegun dan terpempan...macam tak pernah main bola...emm..sangat terkejut okeh!!!...emmm...

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...