IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Selasa, 5 Julai 2016

Tips balik beraya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Yehaaa....esok raye kome....hihihi...seronok beronok-ronok semua pakat balik kampung halaman yang indah dan permai...kan...me?? dah sampai dengan jayanya beberapa hari yang lalu..al maklum...Cikma ikut budak sekolah cuti yeee....


Sempena cuti Aidilfitri merangkap cuti sekolah selama seminggu ni..pasti yang ramai sedang dan akan serta telah selamat pulang ke kampung..kali ni Cikma nak share dengan korang tentang tips balik beraya sebelum, semasa dan pulang kembali ke rumah memasing selepas selesai berhari raya...

Sebelum balik beraya ....

1) Pastikan rumah engkorang tu di jaga rapi..maksudnya...korang dah bersihkan...sapu, mop, cuci tingkap, kipas, dapur bagai..Ini untuk mengelakkan korang letih lepas balik dari kampung...cer pikir korang balik jer rumah..tetiba ada orang datang beraya..takkan nak halau pulak...at least mesti kome ngajak masuk rumah walaupun kuih biskut raya belum masuk dalam balang kuih lagi...kan....

2) Suis lektrik di tutup sepenuhnya...(selalu Cikma tinggalkan suis peti ais jer)...dan kalau boleh tanggalkan soket letrik kita tu daripada plug ye..sebab walaupun kita dah off suis...tapi aliran lektrik tu masih ada dalam litar suis kita...so, better kita tanggalkan soket tu ye...

3) Check tingkap...yang ni memang selalu Cikma check...pastikan tingkap di tutup rapat dan lock kan tingkap tu...tarik langsir kemas-kemas...

4) Periksa pili air tak kira lah kat dapur atau bilik air...pastikan bilik air jugak bersih dan tutup kolah air dengan penutup supaya takdelah nanti jejentik duduk tinggal bahagia dalam kolah tu yeee... :)

5) Tutup jugak kepala gas dengan betul dan selamat...selalunya kita tanggalkan terus kepala gas tu...selamat skit daripada kita tutup separuh saja..

6) Kunci rumah dengan teliti...tak kira luar atau dalam...pastikan juga mangga yang kita guna tu berkualiti dan tidak mudah loose...dan paling penting..pastikan juga sepanjang cuti raya ni kita dah inform pada pihak pengurusan kediaman kita (yang duduk kondominium dan sewaktu dengannya) yang kita takdek kat rumah...mintak juga pengawal keselamatan tengok-tengokkan rumah kita...pada rumah persendirian beritahu pihak polis yang berdekatan supaya mereka dapat memantau persekitaran rumah kita yee...

7) Pastikan kenderaan sihat walafiat sebelum meneruskan perjalanan...yang ni comfirm ramai tahu kan...check minyak hitam, tayar, brek, air, lampu dan sebagainya...haa... jangan lupa top up touch n go serta pastikan smart tag anda berfungsi dengan baik tau....:)


Semasa balik beraya

1) Perhatikan waze atau dengar  maklumat daripada PLUS dan sewaktu dengannya..rancang perjalanan dengan baik...ikut panduan daripada pihak yang berkaitan supaya kita takdelah tersangkut berbelas jam di atas jalan..

2) Minyak isi full...okeh!!! Jangan lah rasa macam " Ala ada separuh lagi minyak ni...nanti singgah le mana2 stesen minyak"...hello...kalau nanti semua stesen minyak full dengan kereta dan kehabisan minyak kat stesen minyak...kome nak guna minyak mana...minyak angin ke hape???

3) Pastikan juga bawa wang secukupnya dalam poket...kita tak tahu apa akan jadi semasa perjalanan kita nanti dan apabila selamat sampai ke destinasi...selalunya time raya ni memang ramai sangat keluar duit...ada sampai mesin atm abis dengan duit...dahle kita nk guna sangat duit time tu kan...so, lebih baik lebihkan duit supaya tidak berlaku kejadian x cukup duit time raya...

4) Bawa kelengkapan diri serta kelengkapan yang sesuai time raya...lebih2 lagi yang ada famili besor kan..bwklah bantal, tilam, kipas ke, kelengkapan diri, power bank (penting ni..hihi) dan apa2 yang di rasakan penting bagi kita dan jugak orang lain...kalau dh share satu rumah..kompem lah mende-mende ni perlu ada...lagi-lagi duduk umah atok kome...kampung pulak tu...haa...cer pikir kalo dah 7 keluarga datang serentak...dengan cucu dekat 20 orang...tu blum cmpur makcik pakcik...cmne agak-agak dalam rumah atok korang tu...bukan macam tongkang pecah kan???...hahaha

5) Ambil masa yang kita ada ni untuk ziarah sanak saudara..saling lebih kenal sepupu sepapat, makcik pakcik, jiran kampung dan sebagainya..jangan kau lepas solat sunat Aidilfitri..balik rumah, makan lemang ketupat sampai tak hinggat dunia...pastu kau baring depan televisyen..dan2 tak sampai 5 minit bunyi jengkaut pasir plak di dengari...pastu plak...time sedara mara korang datang beraya kat kampung atok engkau...bleh plak engko duduk dalam bilik layan telefon ko...berjam-jam pun sanggup...haaa...yang ni memang sesaja nak mintak pelempang free aje kan...

6) Jangan cuba nak sembang kencang dengan sedara mara korang...yakni...menceritakan segala apa yang korang ada yang tidak ada pada sedara mara korang...juga jangan cuba nak merendah2kan sedara mara kome yang serba kekurangan dan serba sederhana...jaga hati mereka dan sembanglah pasal isu2 semasa yang korang rasa difikirkan selamat untuk di bawa bersembang...haa...gitu...

7) Berayalah dengan serba sederhana...itu lebih afdal ye dak...juga tidak terlalu mengikut hawa nafsu dalam melahap lauk pauk raya dan biskut raya...ini tidak, sebulan puasa engkau boleh tahan...sehari beraya..perut jalan dulu daripada tuannya...faham ke idokkk!!!..

Selepas hari raya

1) Seperti mana korang balik beraya di kampung halaman, macam tulah samanya korang balik semual ke destinasi korang iaitu rumah sendiri...pastikan semua barang dah di kemas siap2 dengan harapan tidak ada satu pun barang yang tertinggal...2 hari sebelum balik ke rumah.dah boleh kemas sikit-sikit barang dan letak terus dalam bonet kereta..jadi semasa hari nak balik tu takdelah tergesa-gesa baru nak kemas beg baju bagai...memang comfirm ada yang tinggal barang kome...

2) Simpanan duit perlu ada selepas berhari raya di kampung...yang ni patutnya kita dah boleh buat budget sebelum hari raya...tuk kita bahagikan duit gaji yang kita ada beserta bonus tu untuk kesinambungan hidup kita bila dah balik ke bandar

3) Pastikan korang SIHAT dan BERSEMANGAT pulang ke rumah dan seterusnya menyambung kerja korang kat tempat kerja..haa... yang ni memang harus ada dalam setiap diri kita ye...memang kalau dah cuti panjang...nak balik kerja tu memang lemau...tips nya...huhu...Cikma takde tips...sebab me pun lemau jugak kalau nak kerja balik ni...cmno tu....hahaha

Itu antara beberapa tips yang Cikma boleh share dengan korang...yang pasti...korang mungkin ada tips yang lain yang mungkin tak sama dengan me dan maybe ada yang serba sikit sama kan...tak kira lah sama ke tidak...YANG PENTING ...berayalah dengan perasaan gembira dan seronok namun masih dalam keadaan bersederhana ye kengkawan....:)

CIKMA : Me balik bandar...:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

MY LISTED

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails