Thursday 27 June 2013

Hanya aku - Hyper Act



Lagu yang best dan sangat sesuai di jadikan lagu tema Slot Akasia di TV3 - drama adaptasi novel TEDUHAN KASIH....layan ekk...


 

CIKMA : Satu-satunya novel yang Cikma boleh habiskan membaca dalam 1/2 hari...hehehe..gara-gara heronya..ADIPUTRA...choii sangat kan!!!!

Monday 24 June 2013

Hari ni cuti..esok dah sekolah..


Salam dah sejahtera..huhu cuti hanya sehari kat area Kuala Lumpur dan Selangor ni..takpe..memang tak nak cuti lelama..nanti nak ganti sekolah nya yang berat hati sikit..bagi parents..anda boleh menghantar anak ke sekolah seperti biasa...tetapi depends pada ibu bapa ye..nak hantar boleh..tak nak hantar pun tidak apa...hanya inform dengan pihak sekolah...tengah jerebu ni..takut menganggu kesihatan anak-anak...especially yang anak penyakit macam lelah dan asma...

Apa buat Cikma???sehari jer dah bosan kat rumah..hehe..nasib pagi tadi Cikma pergi tuisyen di Bukit Jalil dan kemudian datang ke sekolah sebentar untuk selesaikan sedikit kerja..balik tengahari tu..tidur kejap dan tetiba pula terajin nak masak baked macaroni cheese....hehe..al maklum lah orang tengah puasa teringin nak makan..padahal laksa pun di belinya..choii sangat Cikma!!!

Last-last...makan laksa dulu..kenyang seh!!..makan baked macaroni pun sepotong jer..tapi tak delah sesedap yang buat hari tu..kekeke...orang pose buatkan..tak dapat nak rasa bagi...hehe..banyak lebih tu esok buat breakfast cum lunch sekali...:)

So, seperti biasa...elakkan kita selalu di luar rumah dan banyakkan minum air ye...memang hari ni nampak lebih teruk jerebunya..terkini sekitar Lembah Klang teruk terutama di Pelabuhan Klang dan Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam..emm....tetiba teringat kat AMALIN di Klang..harap-harap si kecil tu sihat kat sana.


CIKMA : Pelabuhan KLANG jer yang di arahkan masih tutup sekolah..yang lain di sekitar KL, Selangor dan Putrajaya sekolah macam biasa ye...Doakan hujan dapat turun minggu ni..In Shaa Allah....:)

Sunday 23 June 2013

JEREBU..ujian kita

Salam dan sejahtera...

Jerebu datang kembali..emm kalau dalam minggu ni kita lebih tertumpu pada cerita di selatan tanahair..tapi sekarang ni hampir sebahagian kawasan tengah pantao barat Semenanjung Malaysia mengalami keadaan jerebu yang agak kurang baik

Tengahari tadi Perdana Menteri kita telah mengishtiharkan darurat di dua daerah di negeri Johor iaitu MUAR dan LEDANG kerana IPU telah mencatat rekod 750 dengam keadaan amat merbahaya kepada penduduk sekitar dua
daerah tersebut..kiranya di kali kedua kerajaan membuat pemgishtiharan dararut tentang kejadian jerebu ni..sebelum tu Cikma ingat tahun 1997 iaitu di Sarawak..dengan IPU paling tinggi di rekodkan iaitu 860++....

Kat kawasan sekitar KL ni pun dah melebihi keadaan kurang sihat..IPU 100 kan..hari ni yang nampak ketara sangat..malam semalam Cikma dah perasaan macam haze ni makin teruk..bayangkan kalau malam kat umah Cikma ni boleh nampak sinaran lampu yang lip lap lip lap dari Genting..tapi malam tadi langsung tak nampak..alih2 pagi tadi bangun..memang sah ler jerebu dah teruk..

Kepada semua penduduk di sekitar yang terjejas..pastikan anda berada dalam keadaan yang baik dan mengikut segala peraturan yang di keluarkan oleh pihak yang berkuasa..yang lain jugak pastikan kita menjaga kesihatan dengan kurangkan berada di luar rumah dan banyakkan minum air masak..ini adalah sedikit
ujian kecil daripada ALLAH SWT..jangan cepat melatah dan sentiasa berdoa agar keadaan pulih seperti biasa..




CIKMA : Menunggu dan terus berdoa agar rahmat dan rezeki dari langit akan turun dengan IZIN NYA..rindu betul pada titisan air hujan ni..:(

Tema drama hari ini...

Salam dan sejahtera...wallawey tajuk agak serius lah gamaknya..hehe..takdelah sangat..cuma sekarang tengah hot tu yang letak dalam entri ni..

Kali ni Cikma nak share dan juga memberi sedikit komen positif plus negatif...jangan terasa hati pulak ye..terutama kepada penerbit-penerbit drama di luar sana..Cikma bukan jenis suka nak komen drama apa yang di tayangkan..cuma kalau membuat kan Cikma terkesan tengok drama..baru aku anggap naskah mereka itu terbaik...

Sekarang kebanyakan penerbit drama mula menghasilkan genre drama berdasarkan novel-novel yang di keluarkan oleh syarikat terbitan buku...dan selalu nya drama tersebut akan di tunggu-tunggu oleh peminat setia novel sama ada karya tersebut sama hebat dengan karya novel yang di terbitkan ataupun tidak..

Antara yang masih di tayangkan sekarang di kaca televisyen iaitu TEDUHAN KASIH, SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA, dan yang terbaru SELAMAT MALAM KEKASIH..salah satu daripada 3 cerita ni Cikma dah baca novelnya..iaitu TEDUHAN KASIH..penulis Marissa..terbitan KaryaSeni..memang lah lain daripada novel..dah namanya pun adaptasi..ada dialog nya sama berserta scene yang di lakukan..namun penebit, penulis skrip dan pengarah akan mengolah bentuk cerita novel tersebut sesuai dengan jalan cerita dan tontonan umum..

Sedia maklum kalau novel..cerita lebih meleret kerana plot penulisan yang selalunya menggambarkan perasaan dalaman si pembawa watak utama..tapi kalau dalam drama...inner feelings itu tidak di olah secara detail sebab tidak mahu penonton rasa bosan dengan plot yang lembab..betui tak..

Selalunya plot cerita akan lebih pantas dan cepat untuk menarik minat penonton menonton cerita tersebut hingga ke akhir episod..dan kerana itu ada juga tambahan scene yang tidak ada di dalam novel di tayangkan di dalam plot cerita..untuk menampung beberapa babak yang tidak di letakkan di dalam novel..

Ada juga beberapa babak yang tercipta di dalam novel tidak akan ada di dalam drama..especially yang membabitkan watak intim pasangan utama dalam sesebuah karya tersebut..walaupun pada dasar dan hakikat nya pembaca-pembaca tegar novel mengharapkan agar babak itu ada..hehe (termasuklah Cikma..biasalah perempuan kan..cepat beremosi)...selain itu..untuk menarik minat penonton..watak-watak dalam novel di kembangkan untuk menambat hati dan emosi penonton hingga ada ketikanya watak yang di tonjolkan terlampau over..

Tapi itulah hakikatnya..tidak semua boleh memuaskan hati kita sebagai penonton dan juga pembaca novel..Cikma pun bukan lah seorang pengkritik..tetapi sebagai penonton yang ada ketika nya berpuas hati dan adakalanya kecewa..rasanya tu belum dengan penulis novel dan maybe jugak penulis skrip drama..ada terms dan condition yang mereka kena ikuti..well depends pada kita sebagai pemerhati...tepuk dada...tanya selera anda...


CIKMA : Menunggu adaptasi novel yang lain...emm..

Thursday 20 June 2013

Jalan-jalan cuti sekolah - Padang Besar, Perlis Indera Kayangan

Entri tanpa masak untuk kali pertama..yaa...betul...cerita lama pada cuti sekolah..kerana cerita ni jugak boleh di katakan ad hoc holiday..yakni cuti secara tergesa-gesa dan tiba-tiba..tanpa perancangan jangka panjang..gara-gara MAK...

Hampir pukul 11.00 malam baru bagitau nak pergi Padang Besar..hambik...dengan nak cari homestay nya apa...lepas tu pergi sana tanpa arah tujuan nya..nasib ler MAK cakap pergi Padang Besar jer..pastu pulak ABAH mula-mula macam tak nak ikut..alih2 setuju gak...katanya tak pernah sampai..akhirnya aku terus google lah homestay yang berdekatan dengan tempat tujuan...yang sesuai dengan keselesaan ABAH dan harga berpatutan..akhirnya aku pilih satu homestay di Kangar...iaitu Homestay Sri Lanchang..kalau dari sini aku tengok perjalanan ke Padang Besar lebih kurang 1/2 jam..ok lah kan...:)

Telefon pengusaha homestay tu..Alhamdulillah..ada kosong..rezeki MAK dan ABAH..bukan apa cuti sekolah kan takut lah ramai yang dah booked awal2..harga sangat berpatutan..semalam dalam RM 160..ok nokk...siap ada air-cond lagi..dan tepi sawah!!tu yang sangat best..

Sampai Kangar...malam tu kami round2 sekitar Perlis..sampai gak ler ke Kuala Perlis..tak singgah sebab malam sangat dan keadaan ABAH yang tak berapa sihat..nak jugak ler pekena laksa Kuala Perlis..huhu..

Esoknya baru ke Padang Besar..awal sampai belum pukul 10.00 pagi pun...orang pun tak bukak kedai..gigih kan kami..bukan apa..senang nak cari parking yang dekat..boleh ABAH nak keluar dan tengok2 tempat tu kan..hehe..lewat petang nya pula baru kami pulang ke Diamond Bay..sampai malam jugak lah..

Itulah percutian singkat Cikma dan famili waktu cuti 2 minggu tu...tak ke mana pun..puas dah bercuti time bulan 3 hari tu ke Vietnam..cuti ni hanya duduk rumah..hujung tahun..tiada perancangan gak..tapi MAK dah mintak nak ke Sarawak....adeh!!!tak terpikir lah pulak nak pergi tahun ni..dulu Cikma beria nak ke sana MAK pulak buat tak tau..sekarang nak pulak...hehe..tengoklah keadaan, masa, kesihatan dan rezeki ekk..kalau di permudahkan...In Shaa Allah..:)




Homestay Sri Lanchang...memang ok dan best!!




Bergambar sebelum balik...hehe


Pulut mangga dengan durian..peh!!!memang akan makan dessert ni kalau pergi ke Padang Besar...hehe

CIKMA : Maybe akan ke sana (Padang Besar) semula pada bulan September nanti..hohoho...dah rasa macam orang Utara lah plak..

Wednesday 19 June 2013

Kek Coklat Lapis Cheese

Last recipe yang di buat..pasni dah takdelah nak letak entri masak2 ekk...cerita lain pulak akan di tulis..

Yang ni...sebenarnya dah kali ke-2 buat..kali pertama dulu resepi lain..nak kata sama bahan dia memang sama cuma kuantiti tu lain sikit...rasa of coz le sama kan..cuma yang 1st attempt tu Cikma sangat rajin me'layer'kan kek ni..siap 5 layer lagi tau...cantik jer tersusun..tapi tak sempat nak snap gambar..entah kenapa..kali ni guna pulak resepi daripada Kak Hana yang dah lama tak bersua dan menjengah blog beliau...hehe...sori kak...mintak izin ye...but trully kali ni Cikma macam malas sikit nak me'layer' bagai...selang sekali jer lapisan tu...pastu pulak macam sememeh sikit lapisan cheese tu..macam tak rata...niat hati sebab time tu sangatlah lapar dan teringin sangat nak makan..nak cepat siap ler kan...hehe

Pastu..Cikma terlebih rajin nak buat decor atas kek ni..letakkan lebihan forsting masa buat Red Velvet Cake..kira tak rugi lah kan buat banyak hari tu..belasah je lah labu...rupa macam biasa..buruk bebenor...haha..tapi tetap sedap..macam nak buat lagi ni..tapi tunggu balik kampung je lah....:)


Layan-layankan resepi nyer....

Bahan-bahan :

Lapis cheese :
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

Cara-cara :
1) Pukul cream cheese dan gula hingga sebati
2) Masukkan telur, air dan tepung gandum. Pukul lagi hingga adunan sedikit kembang dan sebati.
3) Biarkan sebentar

Lapis coklat : - resepi asal (tapi Cikma double kan sebab nak banyak kek tu..)
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu kecil vanilla
1/2 cawan air panas mendidih
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan minyak masak/jagung
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam

Cara-cara :

1) Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking soda, baking powder dan garam.. Ketepikan
2) Pukul telur dan gula hingga kembang
3) Masukkan air, susu dan minyak..pukul hingga sebati
4) Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang di ayak tadi. Kacau sebati
5) Bahagikan kepada 2 bahagian.

- Kukuskan terlebih dahulu 1 bahagian koko. Lebih kurang 15 minit. Pastikan anda dah panaskan kukus terlebih dahulu..dan tutup penutup kukus tu dengan kain..(kalau rajin tutup adunan dengan aluminium foil..macam biasa Cikma ni malas nak potong dan sukat aluminium foil tu bagai..pakai kain bersih jer..hehe)
- Kemudian masukkan adunan cheese di atas bahagian kek yang di kukus tadi..ratakan adunan cheese dan kukus selama 15 minit.
- Lapisan terakhir, masukkan adunan koko di atas lapisan cheese dan kukus lebih kurang 20 minit..Sejukkan dan boleh lah lepas tu hiaskan dengan coklat masakan..SELAMAT MENCUBA..

p/s : Bekas loyang kita tu kita sapukan dengan sedikit marjerin dan tepung..senang sikit nanti kek tu di keluarkan daripada loyang..telur tu Cikma pakai gred A..tapi ada cakap gred B better sebab telur gred A ni telur putih nya banyak..orang cakap lah..tapi depends pada u'lls nak pakai gred berapa..selalu kek kita guna dua2 gred telur tu pun tak per...


Lapis cheese yang hodoh!!ngee...


Selepas di kukus...sebelum di hiaskan..konon lah kan..tapi hias macam ape ntah!!..:)

CIKMA : Di syorkan minum air banyak2 time panas dan berjerebu ni ye...Utamakan Kesihatan...:)

Tuesday 18 June 2013

Baked pasta shell with cheese..

Ok...ok..lama nya tak menjengah belog sendiri..terkejut sebenar nya..tapi itulah kenyataan..hectic life sebagai seorang guru..lepas satu keje settle..keje lain pulak yang datang..memang terasa passes this 2 years Cikma semakin sibuk..orang kata dah dapat pangkat 'senior' di sekolah ni..kerja ala-ala light gitu..but..emm...rasanya makin bertambah..sesuai lah dengan tangga gaji dik non...huhu

Anyway tak mau pening2 kepala..selalu jugak memotivated diri sendiri..u can do it Akma!!!of coz..memang boleh buat..but kengkadang bila syaitan berbisik di telinga tu..aduh!!!tetiba rasa sangat down..marah..geram..kecewa..cemburu..dengki..semua ada....hohoho..syoh!!!syaitan durjana..tarik nafas..beristighfar bebanyak..

Ok..sudah merepek benar..nak letak resepi ni..hehe..seperti biasa Cikma masak resepi ni masa cuti sekolah hari tu...bila sekolah ni..emm..rasa nya dah dekat 2 minggu memang tak pernah menjengah ke dapur..balik2 makan kat kantin...sekarang tiada istilah diet sudah..Cikma makan jer...sudah tak avoid nasi..walaupun telah di 'paksa' oleh MAK jangan makan nasi katanya kalau nak kurus!!!huhu..sorry lah MAK..kalau masuk sekolah ni..dengan kerja banyak..of coz otak dan badan kita memerlukan nutrisi yang cukup untuk membekalkan tenaga kepada Cikma...so, nak tak nak kena jugak makan nasi kan...hehe

Layan sikit resepi baked pasta sheel with cheese ni...sangat simple dan senang..resepi sendiri..campak2 jer..

Bahan-bahan :
1 paket pasta sheel (rebus dengan air, garam dan sedikit minyak)
1 tin sos original (prego ke apa2 jenama pun boleh)
1 paket kecil mix vegetable
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
serbuk lada sulah
sos cili dan sos tomato
daun basil
hotdog
daging cincang (letak banyak mana tu ikut u'lls nye suka ok)
serbuk perasa dan garam
cheese dale (Cikma pakai dalam 12 keping)
mozarela cheese
2 cawan susu
sedikit tepung jagung dan tepung gandum
jus lemon

Cara-cara :
1) Tumis bawang yang telah di kisar bersama daging hingga masak
2) Masukkan hotdog dan juga sos pasta
3) Masuk semua bahan (lada sulah, sos cili dan tomato, mix vegetable serbuk perasa)
4) Letakkan bahan sos tu ke tepi
5) Susu di bancuh bersama jus lemon dan tepung jagung dan tepung gandum (biarkan)
6) Lapiskan dalam bekas yang telah di sapu marjerin :
- lapisan pertama pasta sheel
- lapisan kedua bahan sos yang telah di masak
- lapisan ketiga cheese dale
7) Ulang kembali method di atas sampai habis bahan2 tu
8) Lastly tuangkan susu tadi dan hias dengan mozarela cheese dan sedikit serbuk daun basil
9) Bakar dalam ketuhar lebih kurang 50 minit (suhu depend on ur oven k...coz Cikma nye oven suhu nya dah rosak..ala2 rasa dah masak dan kuning kira oklah tu..hehe...SELAMAT MENCUBA...


yUMmy!!!





Dah di potong..keke...terburai bagai coz time ni panas2 dah kena potong..lapar giler masa ni..haha..

CIKMA : Statement di twitter Cikma...SELAGI TIDAK MEMEGANG STATUS SEORANG ISTERI..emm...ayat tak boleh blah kan..tapi itulah kenyataan sekarang ni...kenkadang status 'SINGLE' ni memang ramai orang suka mem'perkudakan' kami2 ni..but...that's the fact...ok...full stop!!!


Thursday 13 June 2013

Puding karamel cream cracker


Hehehe...entri resepi lagi kan..tulah..Cikma dah cakap...cuti sekolah hari tu tangan ni sangatlah rajin memasak...ntah tak tahu kenapa..mungkin jugak sebelum ni tak de kesempatan nak masak dan lagi satu tekak ni teringin sangat nak makan dessert dan kek..so...kita ikutkan jer...

Kali ni resepi daripada kawan semaktab dulu...share di facebook..nampak sedap...so mintak lah izin daripada dia nak buat puding ni...emm...boleh tahan...lebih lembut berbanding puding karamel roti lapis coklat...senang sangat buatnya..

Bahan-bahan :

Bahan karamel :
3 sudu besar gula (Cikma buat lebih sikit)
- cairkan gula dalam loyang...ratakan pada permukaan loyang..kemudian ketepikan...

15 keping biskut cream cracker (pecah-pecahkan jer dengan tangan)
1 tin susu cair
1 tin air masak
5 biji telur
3/4 atau 1/2 cawan gula (terpulang nak manis ke tak)
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar susu pekat
2 sudu tepung jagung (kalau tak nak letak gantikan dengan 2 keping roti gardenia)

Cara-cara :

1) Pukul gula dan telur hingga hancur gula tersebut.
2) Masukkan susu cair, air, tepung jagung dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati (tapi jangan sampai berbuih sangat yee)
3) Masukkan cream cracker (roti gardenia) pada adunan tadi dan kacau sebati.
4) Masukkan adunan pada bahan karamel yang kita masak sebelum ni.
5) Kukus adunan selama 40 minit.
6) Sejukkan sebelum di terbalikkan...SELAMAT MENCUBA..

P/S : Seperti biasa kukus tu tutup sikit dengan kain supaya wap air nya tak kena pada adunan...




CIKMA : Resepi lagi lepas ni...hehe....layan jelah...

Wednesday 12 June 2013

RED VELVET CAKE

Ok...ok...ok...Salam dan sejahtera...salah satu kek yang sangat nak makan!!!sebab tak pernah makan ok..itu sebab nak try buat sendiri..dengan rasa confidentnya...:)

Godek di dalam pakcik google..simple recipe dan senang nak buat..kali pertama nak buat serta yakin akan menjadinya kek itu..(kengkonon terrer)...dan kerana itu Cikma memilih resepi daripada Martha Stewart..yang memang pakar dalam buat kek ni...dan Cikma memang suka tengok rancangan beliau...

Beli bahan bagai..dan yang pasti keterujaan nak buat kek ni terserlah bila tengok adunan nya yang merah gitu..dah namanya red velvet kan...semerah baldu gitu...

Tapi...huhu..agak kecewa dengan taste nya...sedikit pahit u'alls...aduh!!!sangat sedih..sebak dan dah nak mengalir air mata tengok kek tu...dari segi moist nya kek dan bentuk dah sangat ok...tapi rasanya..sikit pahit...MAK cakap mungkin aku letak pewarna merah terlebih sudah...sebab sebelum tu MAK dah tegur Cikma sebab apa banyak sangat pewarna merah tu..habis sebotol tu korang!!!giler kan..aku dengan penuh yakin cakap kat MAK dah dalam resepi suruh letak banyak tu..so letak ajelah kan..takut nanti derhaka dengan sifu kek tu...hehe...last-last...kena balik batang hidung sendiri...hehe...

Ok...lepas ni kalau nak buat balik kali ke-2..Cikma akan try kurangkan pewarna nya..nak jugak tanya pada member2 blogger yang sangat terrer buat kek ni...adakah kerana pewarna merah yang terlebih tu jadi pahit ataupun ada kaitan dengan bahan2 lain...share sikit...Cikma ni budak baru belajar...:)


Bahan-bahan :

2 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan gula halus
1 1/2 cawan minyak canola (Cikma pakai minyak Jagung jer)
2 biji telur (gred A)
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan buttermilk (Cikma buat 1 cawan susu segar campur dengan 1 sudu makan perahan lemon. Kacau dan biarkan dalam 15 minit)
1 1/2 sudu baking soda
2 sudu kecil cuka masak
1 sudu kecil baking powder
1/4 cawan pewarna merah

Cara-cara :

1) Pukul gula dan minyak hingga hancur gula tersebut
2) Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. Masukkan pula esen vanilla
3) Tepung gandum, baking powder, serbuk koko dan garam di ayak bersama
4) Masukkan sedikit demi sedikit bahan yang di ayak berselang seli dengan buttermilk ke dalam adunan tadi
5) Masukkan pewarna merah beserta dengan campuran cuka dan baking soda (kacau sebati tau)
6) Kacau adunan sebati.
7) Masak adunan selama 35 minit dengan suhu 350 degree (ni suhu yang Cikma amik kat website Martha Stewart)

Frosting Cake : Yang ni bukan daripada Martha Stewart...tapi sangat sedap ok frostingnya..boleh apply atas kek lain...:)...website www.bestrecipes.com.au

Bahan-bahan :

450 cream cheese
120 gm unsalted butter ( kalau darurat macam Cikma pakai buttercup jer boleh)
Sedikit garam (tak perlu pakai kalau dah kita gunakan buttercup biasa)
2 1/2 cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

1) Pukul cream cheese dan butter hingga sebati dan kembang sikit
2) Masukkan gula aising, garam dan esen vanilla. Pukul dengan kelajuan yang sederhana dan kemudian tinggi.
3) Pukul hingga kembang dan sebati. Sedia di gunakan...

Cikma hiaskan dengan sugar pearl jer...wallawey...memang letak bebanyak frosting cream cheese tu..sebab sangat sedap...lagi satu kek red velvet ni memang tak manis sangat...sesuai lah kita kena hiaskan dengan frosting cream cheese yang manis tu kan....SELAMAT MENCUBA


Sebelum di masak



Selepas di masak


Masa letak frosting (tebal giler dan sangat comot ekk...hehe..biasalah orang lefthanded dan kurang berseni ni memang hasil buruk bebenor!!!...haha)



Inside RED VELVET CAKE...

CIKMA : Nasib ler Cikma ni jenis tak putus asa..walaupun dah kecewa sangat time kek ni rasa pahit sikit...MAK plak bagi sokongan moral..so, kali kedua akan aku usaha hingga menjadi dan sedap kek tu!!!hehe...chaiyok2 Cikma....:)

Tuesday 11 June 2013

Puding Karamel Roti Lapis Coklat

Salam dan sejahtera...

Dah masuk balik sekolah weii...hari pertama sekolah selepas 2 minggu cuti adalah sangat penat...huhu..memang nak rest sangat-sangat..:)...

Percubaan pertama...memang cuti sekolah di manfaatkan sepenuhnya membuat pelbagai jenis dessert okay...takde pergi berjalan ke mana-mana..jadinya masa cuti di isi dengan aktiviti memasak dan memasak!!!

Puding Karamel Roti Lapis Coklat...ambil resepi seperti biasa di MY RESEPI..ok boleh tahan...cuma agak keras sikit..mungkin sebab pakai roti kan...tak macam puding karamel yang biasa tu..tapi memang sedaplah..ada rasa koko gitu..

So, layankan resepi nya..terima kasih kepada yang sudi kongsi resepi ni kat website MY RESEPI...


Bahan-bahan :

3 sudu besar gula (untuk buat karamel)...kalau nak banyak..tambah gula..
3 biji telur (gred A)
7 keping roti gardenia (jenis roti apa2 pun boleh)
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar tepung jagung (x payah letak pun tak apa)

Cara-cara :

1) Masak gula untuk buat karamel..Masak terus dalam bekas..Pastikan semua permukaan bekas/loyang tu kena dengan gula karamel tu..Kemudian sejukkan
2) Panaskan kukus terlebih dahulu.
3) Blend kan susu cair, roti dan susu pekat.
4) Masukkan pula telur dan esen vanilla. Blend sampai sebati.
5) Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Cikma ambil 2 cawan untuk adunan serbuk koko.
6) Masakkan dahulu adunan serbuk koko tadi. Pastikan adunan tu di kacau sebati. Kalau nak cantik tapis adunan terlebih dahulu. Masak dalam 15 minit.
7) Masukkan pula adunan putih tadi di atas adunan koko yang telah di kukus. Macam biasa kalau nak cantik adunan tapis terlebih dahulu. Masak lebih kurang 30 minit.
8) Sejukkan sebelum di terbalikkan. SELAMAT MENCUBA....

P/S : Bagi Cikma tak payah masukkan tepung jagung tu sebab adunan dah cukup keras...puding ni tak lembut ok macam puduing karamel biasa..agak keras sikit...tu sebab tak perlu dah letak tepung jagung...

CIKMA : Banyak lagi ni nak di kongsi...tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu......:)


Tuesday 4 June 2013

Puding agar-agar milo lapis oreo

Rasanya kawan-kawan Cikma yang follow facebook "Cahaya Kepimpinan" dan instagram "akmayahya" pasti rasa aku ni.."buang tebiat ke apa asyik-asyik post makanan jer kat wall bagai"..dan mungkin jugak dorang pikir "Akma ni nak kahwin ker...dok rajin ke dapur bagai"...hah!!!yang statement satu ni memang lah ko perasan kan Cikma..saja meng'auta'kan ayat berani mati tu..kah!...kah!...kah!...ok2..merapu sudah...

Actually, memang cuti ni sangatlah rajin ke dapur...mencuba pelbagai resepi dessert dan kek yang tak pernah di buat..senang cerita..nilah antara aktiviti-aktiviti wajib yang aku nak buat cuti sekolah 2 minggu ni..selain baca novel lah..

First, Cikma nak kongsikan resepi Puding Agar-agar Milo lapis Oreo..peh!!!best giler tajuk resepi...menggodek resepi ni pada mulanya di MYRESEPI...tapi dah tak ingat..alih-alih adik Cikma ada resepinya..buatlah jugak..walaupun sebenarnya bukan resepi yang mula-mula Cikma godek di pakcik google..

Gigih sambil letak bahan-bahan asas nak masak agar-agar dengan handphone di tangan...godek resipi ini..dan dapatlah yang rasanya agak-agak sesuai dengan resepi yang asal (tulah lain kali tulis dik non oiii...)..hehe...terima kasih kerana kongsikan resepi ini di blog CITARASA RINDUAN ...Thanks again kak...


Bahan-bahan :
10gm agar-agar serbuk
750ml air
3/4 cawan gula
1 tin susu cair
3/4 cawan gula (ikut suka )
1 paket biskut oreo

Cara-cara :
1) Masakkan serbuk agar-agar hingga mendidih
2) Masukkan gula dan juga susu cair
3) Apabila masak, bahagikan agar-agar kepada dua bahagian (ambil 2 cawan untuk bahagian milo)
4) Dengan api sederhana masak agar-agar dan serbuk milo hingga hancur
5) Tuang adunan agar-agar milo dahulu..(jangan semua hanya separuh sahaja)
6) Sejukkan sebentar
7) Tuangkan kesemua adunan agar-agar putih di atas agar-agar milo yang sedikit keras tadi.
8) Masukkan biskut oreo yang di patah dua (ambil krim nya sekali)
9) Sejukkan adunan agar-agar.
10) Lapisan terakhir..tuang kan lebihan adunan milo tadi di atas adunan yang mengeras..Sejukkan dan boleh lah di makan..SELAMAT MENCUBA...


Tips : Pastikan adunan milo itu sentiasa panas di atas api yang kecil...takut nanti adunan tu keras sambil tunggu lapisan oreo tu sejuk...

CIKMA : Muscle sudah tidak kelihatan di lengan..choiii sangat...dah dekat dua bulan tak rejim buat dumble gitu..camne nak naik...haha...pastu dok makan jer kan...keh..keh...keh...mintak ampun ye badan..sungguh duduk rumah ni asyik masak..asyik makan...hoho...:)

Monday 3 June 2013

Lemonade

Semangat pepagi nak print slip periksa budak..alih-alih..sistem SAPS di selenggara sampai 9 Jun..aduhaiiii...kalau tahu..dah lama print...:(..

Tengah tension ni..huhu..terbengkalai kerja...penat bawak balik buku adab belajar murid..terasa cam sengal jer kan..nak nangis pun ada...

Haa...lantak lah wei...lepas ni tolong lah jangan wat camni...tau time cuti..maybe dorang pun nak cuti..adehh..sakit hati lagi ni...

Ok2...tajuk dah lari ke lain dah ni..hehe...ni...nak letak resepi yang selalu aku buat time cuti...setiap hari ok...jangan ko dapat gastrik udah le ye Cikma...

Bahan-bahan :

Beberapa hirisan lemon
5 biji limau kasturi
2 sudu besar madu
Sedikit garam
Air (Cikma selalu guna 1 liter air)

Cara-cara :

Campur semua bahan dan kacau. Letak ais dan sedia di minum...



CIKMA : Ubat pecah lemak...gitu....:)

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...