IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Sabtu, 1 Mei 2010

Hari SUKANEKA peringkat SKPI

Semalam sekolah aku buat hari Sukaneka..Sukaneka ni untuk tahun 1,2 dan 3 je...yang untuk tahap 2 minggu depan pulak..jadinya sepanjang minggu ni akan sibuklah cikgu cikgi dan anak-anak muridnya berlatih dan bertanding...

Acara yang di pertandingkan untuk Sukaneka ni..ialah Jambatan Hati (getah bawak dengan straw)..Jangan Pisahkan (tarik bola dengan gelung) dan Match n Clip (pilih perkataan dan gambar yang betul)...dari ketiga-tiga acara...kelas aku (1Bestari) dapat 1 naib johan (Jambatan Hati)..tempat ke-3 (Match n Clip) dan tempat ke-4 (Jangan Pisahkan)...oklah tu..kiranya anak-anak murid aku semua dapat hadiah (sebab sampai tempat ke-5 ada hadiah).....

Letih dan penat..tapi tengok bebudak tu dapat medal...hilang segala letih...suara jangan cakaplah..dah serak-serak sikit...almaklumlah terjerit-jerit bagi sokongan pada budak-budak tu...ditambah kaki dan badan ni penuh dengan becak...(padang berair sebab hujan petang kelmarin)..semua cikgu dan murid pun sama-sama mandi becak!!!hehe...walaupun panas semalam...alhamdulillah..semua berjalan lancar....

Aku share sikit gambo yang sempat di snap masa Sukaneka semalam...





Match n Clip


Kak Mila, Nithi dan Aku..


Makan time!!!




Comel2..hehe


Hero-hero kelas 1 Bestari.....

CIKMA : Terasa muka dan tangan dah hitam legam..hadui......

6 ulasan:

  1. tahniah.... kelas akak menang satu games jer..

    BalasPadam
  2. salam..wah seronoknya melihat anak-anak kecil ni:)

    BalasPadam
  3. kak min : ada lah jugak tu...congrats

    cikmanggis : penawar suka dan duka saya di sekolah...nakal dan bijak..hehe

    BalasPadam
  4. Akma,

    nanti dtg singgah umah amik award ya ;)

    BalasPadam
  5. patutnya tak kira menang ke kalah, biar sume murid dpt hadiah..sian la dorang kan budak2 kecik..berlatih dah la lama..akan balik tangan kosong aje

    BalasPadam
  6. Yat Maria : hehe..tq sesangat..

    alfa : tulah pasal..at least sebatang pensel pun cukup kan tuk diorang...

    BalasPadam

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails