Tuesday 30 November 2010

Kisah "U"

Sejak 2,3 menjak ni..aku uplaod gambo-gambo lama masa aku di Uitm dulu dalam muka buku...memang tak boleh hingat!!!aku upload gambo yang bagi aku ada kenangan yang indah sepanjang 4 1/2 tahun di UiTM, Shah Alam...bagi aku itulah satu moment yang akan aku ingat sampai bila-bila....

Walaupun kalau ikutkan zaman 'U' aku ni biasa-biasa jer...tapi bila kita dapat member yang satu kepala memang best!!!lagi-lagi aku ni budak SENI..bagi aku budak SENI ni giler-giler sikit (bukan skit kot..banyak!!!), havoc..perasan bagus dan sebagainya...kami banyak gunakan masa di luar (outdoor project)..terutama yang membabitkan seni lukis...bila masuk semester 3, baru kami di bahagikan kepada seni-seni yang lain...aku pilih Seni reka LOGAM HALUS (fine metal)...seronok belajar Seni Logam Halus ni...ala..buat-buat barang kemas ni..design dan gunakan bahan sebenar (emas tak lah ekk..mahal nak beli...aku beli setakat logam perak jer)...

Banyak-banyak semester le kan...aku paling ingat semester 2...time tu kami kena duduk dekat hostel Uitm kat seksyen 13 (berdepan dengan Stadium Shah Alam)..masa tu aku memang tak nak duduk situ..walaupun sebahagian budak-budak SENI dah berpindah ke sana...ntah nape aku degil tak mau pindah..last-last dalam 3 bulan baru aku pindah..mula-mula macam tak biasa..tapi dah lama-lama memang syok..dapat kawan yang satu kepala..havoc..giler-giler dan sengal!!!hehe...

Masa tu jugaklah aku berkesempatan tengok final Piala Malaysia kat Stadium Shah Alam..aku pegi dengan member satu hostel tu..tapi taklah ramai..yang syok..ada member yang tak beli tiket dapat masuk free ke stadium...hampeh betul!!!depa pegi pujuk pak guard..haha...giler gaban dorang....pastu yang best..time buat party bila kiteorang abis final exam..itu memang aku tak boleh lupa..seronok kemain...memang happening masa tu....

Apa-apa pun...itu antara kenangan aku dan member-member aku kat Uitm...ada jugak cerita-cerita dan gambar-gambar panas..hehe..tapi tak boleh ler cerita kat sini...bahaya wei..hanya aku dan kawan-kawan aku tu je yang tahu..bila aku upload gambar kat muka buku...ramai ler depa komen dan bukak balik cerita lama...kekadang teringat balik...memang kelakor rasanya..yelah zaman remaja lagi waktu tu...semua nye nak buat dan tak kisah sangat apa yang kiteorang buat...so, layan lah ekk gambo zaman "U" aku ni...hehe..:)

Geng2 hostel seksyen 13 (ada lagi..tapi dorang pegi tempat lain time ni)

KLCC..tak ingat sebab ape kiteorang pegi sana...

Dekat hostel seksyen 13..time ni dah last day kat situ...nak cuti panjang..

Kat taman tasik Shah Alam..yang sebelah paling kanan tu..arwah kak haida..meninggal masa semester 3 sebab demam denggi..Al-fatihah untuk arwah...

Final projek semester 2

Kengkawan aku dalam FINE METAL..

Time final assesment FINE METAL..

Tengok final bola Piala Malaysia...Perak vs Negeri Sembilan..tahun 2000...:)

Konvokesyen.....

CIKMA : Boleh tak kalau di putarkan masa ni...aku nak pergi ke zaman aku ngan kawan-kawan aku di seksyen 13.......syok wei!!!!.:)

Sunday 28 November 2010

ZAMAN TADIKA

Hehe...macam apa2 ntah...kalau para blogger tengok gambo ni...gelak dalam hati je ekk...tetiba teringat zaman tadika...Cikma tadika kat belakang rumah jer...kat surau kawasan perumahan aku ni....la ni..ada lagi tadika Islam ni...tapi time aku dulu..rasanya lagi best!!!syok giler...ramai kawan...penuh kawasan surau tu tempat kiteorang belajar ABC, 123, Alif Ba Ta....apa-apa pun...aku teruja sebab walaupun dah berbelas-belas tahun berlalu...ada lagi rakan-rakan yang dapat di contact...jumpa balik dalam muka buku...dan ada jugak yang aku still contact sampai sekarang....kalau tengok sekarang ni pun...semua nya dah ada kehidupan masing-masing...seronok tengok dorang dah berjaya dan punyai keluarga sendiri...harapan Cikma agar persahabatan ini akan kekal untuk selamanya....:)

Cuba cari Cikma yang mana satu???

Lead untuk nasyid..peh!!!vokal dah mantap dah masa ni..ngeee..

Baru perasan time tadika dah rasa pakai jubah!!!hehe

Aku kurus lagi masa ni...hehe

CIKMA : Teringat masa tadika dulu...macam-macam benda dan perkara yang di ajar oleh ustazah2...syok sungguh time tu!!!....:)

Saturday 27 November 2010

AMALIN - 4 BULAN

Salam dan sejahtera....baru nak update blog...lama kan tak letak cerita AMALIN kat sini...Alhamdulillah..dah 4 bulan usia ALIN..berat dia pun dah bertambah walaupun sikit..dalam 3.8 kg...sihat dan seperti bayi-bayi yang lain...ALIN pun dah pandai senyum dan sengih...hehe...geram je tengok kalau dia buat sengih gatal dia.....dah pandai jugak tengok kamera dan video...dah pandai bersembang dan dah pandai nak berdukung jer...lenguh jugak tangan kalau lama pegang ALIN....

ALIN masih lagi di berikan rawatan susulan..setiap bulan ada lebih 2,3 appointment dengan doktor di PPUM.. moga ALIN akan terus sentiasa sihat dan membesar seperti bayi-bayi yang lain...MAK NGAH sentiasa juga berdoa agar ALIN kuat semangat dan sihat sentiasa...MAK NGAH akan sayang AMALIN sampai bila-bila...:)

Ni gambar AMALIN yang terkini...:)

Geram jer tengok!!!hehe


ALIN dengan Pak Su...




CIKMA : Wajib singgah Klang setiap kali balik ke DIAMOND BAY..hanya semata-mata nak main dengan AMALIN.....:)

Friday 26 November 2010

Selamat tinggal KUALA LUMPUR...

Tajuk entri tak bleh blah!!!haha...baru nak bercuti ok..walaupun sekolah dah dekat seminggu bercuti...dah settle lah semua kerja untuk tahun 2010...tahun depan pulak...masih menunggu....kerja adalah jugak nak di buat masa cuti...tapi Insyaallah akan di selesaikan dalam tempoh terdekat.....:)

So, kepada semua rakan sejawat di SK PANDAN INDAH...selamat bercuti dan berehat...time nilah kita cikgu-cikgu ni nak merasa rehat yang panjang...nak pergi berjalan-jalan bersama famili...nak jumpa saudara mara di kampung halaman...juga ibu bapa...kepada rakan-rakan yang berpindah dan bertukar sekolah...Selamat menempuh persekitaran yang baru..dan semoga sukses di sekolah baru....jangan lupa kami di SKPI....:)....

Walaupun Cikma cuti...jangan risaulah ekk para blogger...aku akan sentiasa mengupdate entri baru...bab berblog dan bermuka buku memang takde istilah cuti ok!!!!hehe....plan cuti panjang ni...emmm...tak tau nak pergi mana...kalau setakat pergi menjenguk AMALIN jer kot...kalau MAK dan ABAH teringin nak pergi mana-mana....aku follow jelah...janji boleh dapat berjalan-jalan cari pasal!!!!........huhu.......


CIKMA : Jumpa kalian di SKPI pada 27 Disember 2010.....:)

Thursday 25 November 2010

The 2010 National Geographic Photo Contest

Peh!!!...ayat pertama yang terpacul dari mulut aku ni..memang cantik giler foto-foto yang di hasilkan oleh jurugambar profesional ni...kalau le aku boleh snap gambar-gambar macam ni...kan best!!!pilihan blogger..mana satu yang menarik....???

1) SALVATION : APPRECIATE LIFE

2) UNSAFE JOURNEY

3) AVIATION BOATSWAINS MATE

4) BROWN BEAR

5) DOLPHIN ALERT

6) A WALK ALONG RIVER BANK

7) HAUNTING GLIMPSE

8) LIGHTNING STRIKE NY HARBOR

9) SERRA DA LEBA ROAD NEAR LUBANGO

10) PEOPLE BELIEVED THAT DEATH WAS START

11) GIRAFFES AT SAVANNAH

12) THE LOOK

13) SUPERCELL THUNDERSTORM ROLLS AT SUNSET


CIKMA : Pilihan aku...no. 6 dan 13...:)...

Wednesday 24 November 2010

Diam...Ada Makna

Wah!!tajuk entri..macam best...emm..memang best pun...Cikma suka definisi DIAM yang di tulis oleh seorang penulis..Haji Zainuddin Ali dalam majalah SOLUSI isu no. 25...ada beberapa jenis-jenis diam...meh kita tengok, perati dan fahamkan...:)

Diam SEMULA JADI :

Memang asal di lahirkan telah bisu...itu yang di maksudkan diam semula jadi

Diam TERPAKSA :

Dipaksa diam walaupun pada hakikatnya nak sangat kita bercakap..selalunya dalam situasi kalau orang tua bersembang kita di suruh diam kerana tidak boleh menyampuk cakap orang tua.

Diam BODOH :

Reaksi di dalam kelas bila cikgu bercakap "Faham semua?"...semua murid diam...takde respons...yang inilah yang di sebut diam bodoh..kerana tak tahu sama ada mereka faham ataupun tidak...tapi ada kebaikan jugak diam bodoh ni sebab 'jika kita tidak tahu tentang perkara itu, lebih baik kita diam...janganlah membuat ulasan mengenainya, kerana kalau kita bercakap juga, sikap itu akan menunjukkan kebodohan kita....'

Diam MALAS :

Seseorang yang banyak idea dan sering mengeluarkan pandangan tetapi tiba-tiba dia tidak memberikan sebarang respons dan kata-kata walaupun di paksa. Ini kerana seseorang yang diam malas ni sebenarnya malas nak melaksanakan apa yang di cadangkan..jadi..lebih baik dia diam...selalunya situasi diam malas ni kita akan dengar daripada orang yang selalu sebut 'takde mood nak bercakap'...dan ungkapan ni menjadikan seseorang itu tidak inovatif atau kreatif, sebaliknya menjadikan dia seorang yang pasif.

Diam MARAH :

Ada baik dan buruknya. Contoh..jika berlaku perbalahan atau pertengkaran diam adalah lebih baik supaya pergaduhan tidak berpanjangan untuk mengelakkan berlakunya keadaan yang lebih buruk lagi...tetapi dalam keadaan lain pula jika kita memendam kemarahan dalam hati tanpa meluahkannya, boleh menimbulkan perkara negatif kepada diri kita seperti stress yang akhirnya membawa mudarat kepada fizikal seperti pening, sakit jantung dan darah tinggi...oleh sebab itu diam marah ini bergantung kepada keadaan dan juga situasi.

Diam MERAJUK :

Ungkapan "Kalau kami cakap pun tak guna, bos sahaja yang betul..Lebih baik kami diam"...menjelaskan diam itu kerana hatinya sudah merajuk, tidak perlu beri respons lagi...

Diam KHIANAT :

Diam yang amat keji...bila ada situasi di mana seseorang memilih untuk berdiam, walhal dia tahu keadaan yang sebenar berlaku..dan mengakibatkan pihak yang lain di persalahkan.

Diam SOMBONG :

Kadangkala seseorang itu tidak dilayan sewajarnya hanya kerana perbezaan darjat. Ini sering berlaku kepada orang bawahan atau dikatakan orang biasa. Orang berkenaan memilih untuk berdiam sahaja kerana baginya buat apa dia layan orang yang tidak sama level.

Diam EFEKTIF :

Diam yang paling baik sekali. Ini kerana diam efektif ini adalah diam untk berfikir dan menyusun strategi. Diam seketika untuk memusatkan pemikirannya kepada isu ataupun masalah yang timbul. Kebijaksanaan orang yang bersifat 'diam-diam ubi' ini dapat dilihat melalui kata-kata yang keluar dari mulutnya. Sifat diam ini juga boleh mendatangkan kebaikan kepada kita. Mungkin keputusan untuk berdiam itu boleh mendatangkan kebaikan berikut :

1) Mengambil masa untuk berfikir sebelum memberikan respons.
2) Komunikasi yang berkesan.
3) Keperibadian yang bijak.
4) Mengelakkan diri daripada dosa.
5) Dapar menutup keaiban.
6) Mengelakkan takbur dan bongkak.

Kesimpulannya...kita kena berfikir dahulu sebelum kita memutuskan untuk memberi respons. Diam dan berfikir sejenak sebelum bertindak merupakan amalan yang sangat baik dalam menjaga hubungan silaturahin. Diam untuk berfikir, diam untuk ketenangan dan diam untuk kebaikan.


CIKMA : DIAM...tengah moody lah tu...:)

Tuesday 23 November 2010

Tag 25 soalan...

Salam dan sejahtera...pagi yang indah...sempat berentri baru sebelum ke sekolah...ok per...malas nak tidur balik...karang terlajak pulak...hehe....

Tima kasih buat kawan aku sorang ni..(ko memang suka bagi aku soklan kan!!!nak korek rahsia aku lah tu!!!hehe) si alfa ni....tapi sorry lah sesangat..lambat betul aku nak balas balik kan...busy u'lls..ko pun tau kan!!!nak sangat tau tentang aku ni..ko tengok jer jawapan aku bagi ekk....:)

Ceritakan 25 benda berkaitan dengan diri anda (banyak ler pulak!!!)

1) Lahir dan asal 100% dari Perak

2) Jawa peranakan (campur2 ekk)

3) Bujang (haha!!!!)

4) Masih berkeinginan nak kurus (sentiasa ada..:)

5) Memang cita-cita nak mengajar anak orang (cikgu lah tu...tak pun lecturer..)

6) Agak sensitif (agak jer...bukan memang????hehe)

7) Moody (yang ni ko dan lain-lain tau kot)

8) Keras kepala dan degil (susah nya nak buang sikap buruk ni...)

9) Suka benor memasak...(walaupun kenkadang apa yang aku masak tu x jadi...:)

10) Garang dan tegas (sangatlah tu...:)

11) Kalau tak suka sesuatu tu...memang tak sukalah!!!..jangan suruh aku suka...(berapa banyak suka daaa..:)

12) Hobi terkini (update blog!!!..every day ok!!!)

13) Tang tengok cerita sedey2...meleleh gak air mata ni...(huhu...kan...nampak jer garang..tapi...dalam hati ada taman!!!haha...)

14) Teringin nak naik kapal terbang (bila lah ekk...)

15) Nak pergi negara orang ( ni pun bilalah nak pergi....:(.....)

16) Agak tak berapa suka shopping...tapi sekali keluar pegi shopping...beratus gak keluar...gitu...hehe

17) Suka dengar lagu-lagu lama....

18) Anak nombor 2 (sama cam ko azza...jadi ko memang dah tau perangai aku camne kan....)

19) Suka tengok benda-benda unik dan pelik

20) Aku berkawan dengan sesiapa jer....janji ko tak lukakan hati aku....kalo tak .....kim salam jelah....

21) Suka tengok channel sports (walaupun aku bukan kaki budak sport...:)

22) Bila aku pakai sesuatu barang tu..aku akan guna sampai benda tu tak boleh di pakai lagi...save cost ekk..

23) Suka kumpul dan baca buku motivasi...

24) Teringin nak ada rumah dan harta yang lebih...nak jugak aku bersedekah pada yang memerlukan....

25) Emmm...and last....aku nak.......(aku rasa ko paham kot!!!!hehe)


Kena tag 25 orang...(aduhai..ni yang lemah...sapa-sapa nak amiklah ye....sudi-sudikan...:)


CIKMA : Penat aku pikir 25 jawapan ni...aduhai.....:)

Monday 22 November 2010

Award lagi....

Dapat award lagi u'lls..kali ni datang daripada my sis yang nun jauh di Damansara..(jauh ker???hehe)...kak Mas thanks le sesangat...ye ker cantik blog Cikma ni???biasa-biasa jah....blogger lain lagi meriah dan cantik...kami ni simple jer...tak mau crowded sangat...hehe...

Dan seperti biasa...kalau di beri award..mesti ada soalan...tak kisah pun..hehe...so..layankan ekk soalan-soalan cepu gangsa ni....:)

Nickname untuk tuan empunya blog :
mata-hati-jiwaku...tapi duk selalu sebut tuk diri sendiri..CIKMA jer...:)

Ucapan untuk yang memberi award :
Ada ucapan ekk...Selamat Hari Raya Iduladha..(bleh lagi ker???)hehe...tima kasih bebanyak kak Mas...muah2...:)

6 fav artist / singer / group
sapo ekk???aduhai....emmm
1) Linkin Park
2) Micheal Jackson
3) Jamal Abdillah
4) Maher Zain
5) Hugh Jackman
6) Johnny Deep

Tag award pada 10 rakan blogger : (sapo2 nak amik...amik ekk...jgn memalu...hehe)

KAK INA

KAK YATT

KAK EJA

KAK MIN

MAMAIJAT

ALFA

KAK YATIE

KAK HAMSINI

Fuhh!!!yang ni jer aku termampu kasi..bleh...:)

CIKMA : Nak tanya..muka aku ni macam pengasuh kanak-kanak ker...atau muka bibik????

Sunday 21 November 2010

Kuah Kacang Segera

Sebelum bersiap-siap balik ke KL..sempat u'lls update blog...bak kata diriku sendiri..wajib sekurang-kurangnya 1 entri baru untuk sehari...kira oklah kan...:)

Entri masak!!!huhu...hari tu buat kuah kacang...tapi yang instant punya..aku tak reti lagi nak buat yang original kuah kacang...nanti-nanti Cikma belajar ekk...senang jer buat kuah kacang instant ni...tambah bawang besar, daun pandan, bunga lawang dan cengkih serta kayu manis..garam sikit...oklah...budak-budak pun bleh buat kot....:)

Sodap lak tengok nasi impit ngan kuah kacang ni...:)

Kuah Kacang Instant

Tumis bawang, bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis

Masukkan air dan daun pandan..tunggu didih baru masuk kuah kacang

Masak hingga pecah minyak dan pekat....


CIKMA : Minggu ni...settlekan semua kerja di sekolah...kalo cepat siap...boleh cuti awal....yehaaa!!!!!

Saturday 20 November 2010

ATAS MESTI STRONG!!!!

Hadui...memang sakit jantung aku tengok match final double badminton antara pasangan negara kita Koo Kean Kiat dan Tan Boon Heong melawan pasangan Indonesia Markis Kido dan Hendra Setiawan tadi...peh!!!power arr dorang ni...1 st match kita menang...2 nd...memang fight giler-giler...aku yang duduk terus tak senang duduk..kejap berdiri kejap berlari!!!boleh.....double Indonesia memang power...3 rd match..perlawanan penentuan...dah sah-sah macam kalah...jauh ketinggalan..tapi last-last minute...kita boleh kejar...tapi nak buat macam mana...rezeki tetap tak berpihak pada Malaysia...pingat emas yang diorang menang semasa di Sukan Asia di Doha 4 tahun lalu...terpaksa di beri pada double Indonesia...memang dorang berhak menang.....

Tan Boon Heong n Koo Kean Kiat

Hendra Setiawan dan Markis Kido

Semangat pemain Indonesia...bagi aku cukup tinggi...kalau ikut perlawanan tadi...second game memang kita boleh menang dan seterusnya dapat kekalkan pingat emas...tapi double Indonesia memang tak nak mengalah...sampai berapa kali match point untuk double Malaysia...last-last...yang menang Indonesia...memang takde rezeki dan tuah untuk pemain Malaysia....

3 rd match...mula-mula kita memang dah ketinggalan jauh..aku tengok tadi memang dah down giler...tapi tak sangka dorang boleh kejar sehingga ke kedudukan 19-18....tapi nasib sekali lagi tak menyebelahi Malaysia...di kedudukan 19...kita di tinggalkan 2 mata...dan akhirnya...double Indonesia menang dengan rubber set...21-16, 24-26 dan 19-21....tahniah buat double Indonesia......

Yang aku akan ingat...tentang match ni...aku lihat kesungguhan jurulatih untuk pasukan Malaysia yang asalnya dari Indonesia...bekas juara dunia dan Olimpik...Rexy Mainaky...sungguh-sungguh bagi semangat pada anak buahnya dari luar gelanggang...walaupun yang mereka tentang tu adalah dari negara kelahiran sendiri...di buang semangat keIndonesiaan untuk bagi semangat pada pemain Malaysia..dan memang aku sokong 100%  si Rexy Mainaky ni jadi jurulatih double untuk pasukan badminton Malaysia sebab bakat dan kesungguhan beliau....dan patut persatuan BAM lanjutkan kontrak dia di Malaysia..sebab beliau gunakan segala bakat, kesungguhan, taktikal dan idea dalam membentuk pasukan badmintan Malaysia terutamanya double menjadi antara yang terkuat di dunia...satu yang aku suka dengar masa tonton secara live match final tadi.....ATAS MESTI STRONG!!!atas tu apa???yup fokus kita....mind kita...psikologi kita...memang salute lah Rexy Mainaky ni.....:)...

REXY MAINAKY...

CIKMA : Tetiba bersemangat waja!!!fokus, kuat semangat...esok...kita tengok pulak final match single antara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan...ramalan aku...50-50....chaiyok2 Malaysia!!!!!!!!.....:)

Daging Goreng Masak Lada Hitam

Salam dan sejahtera...tak boleh nak bermalasan di dalam blog dan muka buku lama-lama...my broadbnd dah over the limit...so, kena cepat-cepat taip u'lls....tak boleh lah nak terjah blog yang lain...nanti-nantilah ekk......:)

Nak masuk resepi yang aku buat tempoh hari...banyak kan dapat daging korban, so Cikma try buat satu resipi yang nak sangat buat...tapi guna idea sendiri...Daging Goreng Masak Lada Hitam..emm..not bad lah rasanya...ala-ala yang selalu aku beli kat kedai makan!!!hehe...enjoyz the recipe ye........:)



Bahan-bahan :

Daging (anggaran 1 kg)
11/2 inci halia
7-8 ulas bawang merah
4-5 ulas bawang putih
bunga lawang
4-5 biji cili burung
sebatang serai (dititik)
ubi kentang (anggaran 2 biji)
lada hitam (ikut suka)
3 keping asam gelugor
serbuk kunyit
kicap manis
garam secukupnya

Cara-cara :

1) Bawang merah dan putih, cili burung, halia di kisar bersama-sama
2) Goreng daging dan ubi kentang (gaul dengan garam dan kunyit). Angkat dan toskan
3) Tumis bahan kisar tadi serta bunga lawang dan serai yang di titik
4) Masukkan asam keping dan juga lada hitam yang telah di tumbuk (bancuh dengan sedikit air)
5) Masukkan kicap manis dan garam secukupnya.
6) Apabila bahan tumisan masak, masukkan daging goreng dan kentang goreng.
7) Tambahkan sedikit air jika tidak mahu kering bahan tumisan tadi.
8) Masukkan bawang besar dan beberapa biji cili burung sebagai hiasan.Selamat Mencuba.......


Daging Goreng Masak Lada Hitam


CIKMA : Nak masak daging masak hitam hari ni....:)..resipi...MAK lah..hehe...tukang tolong jer aku ni...ngeee.....

Friday 19 November 2010

Daging Korban



Daging korban Cikma...:)......alhamdulillah...tapi aku tak dapat nak tengok dan tolong dorang selesaikan qurban ni...2 hari aku cirit birit...badan lemah sesangat!!!..tak tau apa yang aku makan...start aku balik rumah terus sakit perut..ingat aku makan rojak basi...tup-tup...esoknya..satu famili sakit perut...makan rendang lebih sangat ker???emmm....arini dah ok sikit..walaupun perut masih rasa tak selesa.......


CIKMA : Timbang.....2 kg turun...kena maintain ni...:)...tapi duk makan jer kat umah...camne nak turun berat badan????.....hehe

Thursday 18 November 2010

Tips kuat ingatan

Mai-mai...aku nak share tips nak bagi ingatan kita ni elok...mengingatkan diri kita yang sentiasa terlupa ni..tengah muda belia ni...boleh guna tips ni sebagai rujukan...esok-esok dah tua...kompem kita ni akan kurang dah daya ingatan kan......:)....



PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat b ila berbuat dosa kerana mati boleh datang b ila -b ila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah



CIKMA : Masih kuat ingatan..tapi kenkadang terlupa jugak...biasalah...manusia...mudah lupa!!!...:)

Tuesday 16 November 2010

Salam Aidiladha 1431 H

Alhamdulillah...aku selamat sampai ke Diamond Bay...penat, letih semua ada...aku gagahkan jugak bawak kereta tadi...kalau ikut hati...rasa dah malas nak pegang stereng kereta...tapi sebab nak Raya esok kan...kena lah jugak bawak kereta...:)

Malam u'lls baru sampai..nak dekat pukul 9 malam jugak lah sampai rumah...keluar dari KL dalam pukul 3.30 petang...nak tunggu hujan reda sikit...memang petang tadi hujan sangatlah lebat...dan kompem jalan jammed sebab hujan lebat..singgah pulak aku sekejap ke Klang...ke rumah ALONG...jenguk AMALIN dan solat Asar dulu...dalam pukul 5.30 petang aku gerak ke Teluk Intan...tak sangka banyak lah pulak kereta menghala ke Perak...tu yang sampai lewat...hujan sepanjang perjalanan..dan bila hujan di tambah sejuk..mata aku lagi nak tutup!!!..hadui...drive pulak sorang...rasa memang tadi tahankan diri jer daripada terlelap...aku puasa hari ni pulak..so, berbuka air kosong jer tadi dalam kereta....tapi...Alhamdulillah...aku selamat sampai akhirnya..:)

Sampai rumah terus jenguk dapur...lapar seh!!!tengok MAK dah masak rendang..apa lagi makan ler...di tambah ketupat segera dan lemang ada..huhu...belasah lah makan kan!!!but...sikit jer aku amik...alas perut jer..tak boleh makan banyak-banyak....:)

Di kesempatan ini..Cikma nak ucapakan Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua blogger, rakan-rakan dan juga teristimewa buat keluarga...di harap kalian semua bergembira menyambut Hari Raya Qurban ini..kepada rakan-rakan yang tidak dapat beraya di kampung..jangan sedih-sedih ekk...ok per Raya kat KL...enjoyz ekk berhari Raya.......LUV N PEACE!!!!!


CIKMA : Mahu sentiasa gembira...redha..dan sabar...........:)

Monday 15 November 2010

IBADAH KORBAN

Lagi 2 hari kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1431 H ni...sejarah telah kita ketahui...musim Haji juga akan berakhir...sekarang mereka akan wukuf di Arafah...menyelesaikan beberapa perkara rukun...dan kemudian selesai lah ibadat mereka di kota suci Mekkah....di sini...kita akan menyambut ibadah korban...kepada yang punyai rezeki yang lebih..ibadat korban bukan sahaja dapat menyucikan diri serta rezeki yang ada..tetapi dapat kita bersedekah kepada insan yang memerlukan...

Pengorbanan Nabi Ibrahim yang di perintahkan oleh ALLAH SWT untuk menyembelih anak nya iaitu Nabi Ismail R.A adalah titk tolak sejarah ibadat korban ini...Alhamdulillah...aku berkesempatan menunaikan ibadah korban pada tahun ini...walaupun 1 bahagian, namun bagi aku itu adalah satu kepuasan kepada ku kerana dapat di permudahkan rezeki oleh Allah SWT kepada ku...Insyaallah...jika aku ada rezeki lebih tahun hadapan...aku juga ingin membuat korban pula di negara yang miskin seperti di Kampuchea...

Cikma nak share tentang keistimewaan ibadah korban ni...sebagai satu ilmu dan pengetahuan kepada kita...mungkin ada yang tahun dan ada yang kurang arif...semoga kalian nanti Insyaallah di permudahkan rezeki untuk membuat ibadah korban ini............:)

DEFINISI KORBAN
 
Korban bermaksud haiwan yang disembelih kerana ibadah pada Hari Raya Adha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Dzulhijjah dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah Ta’ala
(Syeikh Daud al-Fathoni, Furu’ al-Masail, Juz 1: 259).


HIKMAH KORBAN

Menyembelih qurban juga merupakan amalan yang disukai oleh Allah Subahanhu wa Ta‘ala dan sebagai bukti serta keikhlasan kita dalam menghidupkan syi‘ar agama Islam. Ini jelas difahami dari firman Allah Ta‘ala yang maksudnya:
“Daging dan darah binatang qurban atau hadyi itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu”.
(Surah Al-Hajj:37)
Orang yang berkorban itu akan dikurniakan kebajikan (hasanah) sebanyak bulu binatang yang dikorban.
Titisan darah korban yang pertama adalah pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu.
Darah korban itu jika tumpah ke bumi, maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Dan banyak lagilah. Bila dapat hayati sejarah korban Habil & Qabil serta kisah Nabi Ibrahim & Ismail … kitakan dapat menghayati/menyelami hikmahnya.


HUKUM MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN
 
Hukum asal ibadah korban itu adalah sunat mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut). Jumhur ulama juga mengatakan ia adalah sunat bagi orang yang mampu. Makruh bagi orang yang mampu itu jika dia tidak melakukan korban. Walau bagaimanapun jika ditinggalkannya tanpa sebarang keuzuran, tidaklah dia berdosa dan tidak wajib dia mengqadhanya. Walaubagaimanapun ianya boleh menjadi wajib apabila dinazarkan. Maka secara ringkasnya, korban itu terbahagi kepada 2:
* Korban sunat (muakkad – yakni tersangat dituntut mengerjakannya)
* Korban wajib

Bagaimana korban boleh menjadi wajib? Binatang sembelihan bagi ibadat korban itu menjadi wajib apabila ia dinazarkan, sama ada:
* Nazar itu nazar yang sebenar (nazar hakikat) ataupun
* Nazar dari segi hukum sahaja, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya : “Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah dia mentaatinya”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Apa yang dimaksudkan dengan nazar yang sebenar dan nazar dari segi hukum? Nazar sebenar/hakiki itu adalah dengan menyebut nama Allah atau menggunakan perkataan ‘nazar’. Sebagai contoh orang yang berkorban itu berkata: “Demi Allah wajib ke atasku menyembelih kambing ini sebagai korban”, ataupun dia berkata: “Aku bernazar untuk menyembelih kambing sebagai korban pada Hari Raya Haji nanti”.
Adapun bernazar dari segi hukum sahaja seperti seseorang itu berkata: “Aku jadikan kambing ini untuk korban”, ataupun dia berkata: “Ini adalah korban”, maka dianggap sama seperti bernazar yang sebenar kerana dia telah menentukan (ta‘ayin) binatang tersebut.

Binatang yang dinazarkan sebagai korban atau binatang korban wajib itu tidak boleh ditukar dengan yang lain walaupun dengan yang lebih baik. Apatah lagi dijual, disewakan atau dihibahkan (diberikan).
Sekiranya binatang korban wajib itu dijual oleh orang yang berkoban, maka hendaklah dia mendapatkannya semula daripada orang yang telah membelinya jika masih ada di tangan pembeli dan dia hendaklah memulangkan harga belian yang diterimanya. Jika tiada lagi di tangan pembeli, umpamanya sudah disembelihnya, maka wajib baginya mengadakan nilaian harga yang lebih mahal daripada harga waktu dia memiliki yang dahulu, dan hendaklah dia membeli semula dengan nilaian itu binatang korban yang sama jenisnya dan sama umurnya untuk disembelih pada tahun itu juga.

Jika luput dia daripada menyembelihnya, maka wajib ke atasnya menyembelih binatang korban wajib itu pada tahun hadapannya sebagai qadha yang luput itu. Jika harga binatang korban itu (yang sama jenis dan umur dengan yang dahulu) lebih mahal kerana naik harga dan harga nilaian itu tidak mencukupi untuk membeli binatang yang sama dengan yang dahulu itu hendaklah ditambahnya dengan hartanya yang lain. Begitulah juga hukumnya jika binatang itu tidak disembelih setelah masuk Hari Raya Adha dan binatang itu binasa dalam tempoh tersebut.

Jika binatang korban wajib itu rosak, umpamanya mati atau dicuri orang sebelum masuk waktu berkorban dan bukan kerana kecuaiannya, tidaklah wajib dia menggantinya.
Manakala jika ia dibinasakan oleh orang lain, maka hendaklah orang yang membinasakan itu mengganti harga binatang korban wajib itu kepada orang yang punya korban dan dia hendaklah membeli semula binatang yang sama seperti yang dahulu, jika tidak diperolehi binatang yang sama, hendaklah dibelinya yang lain sahaja sebagai ganti.

Adapun jika binatang korban wajib itu disembelih sebelum masuk waktu korban, wajiblah disedekahkan kesemua dagingnya dan tidak boleh bagi orang yang berkorban wajib itu memakan dagingnya walaupun sedikit dan wajib pula menyembelih yang sama dengannya pada hari korban itu sebagai ganti.
Jika binatang korban yang telah ditentukan dalam korban wajib itu menjadi cacat (‘aib) setelah dinazarkan dan sebelum masuk waktu menyembelihnya dan kecacatan binatang itu adalah cacat yang tidak boleh dibuat korban pada asalnya, maka tidaklah disyaratkan menggantinya dan tidaklah terputus hukum wajib menyembelihnya dengan adanya cacat tersebut. Bahkan jika disembelihnya pada Hari Raya Adha adalah memadai (boleh dibuat) sebagai korban.

Sekiranya binatang yang dalam keadaan cacat itu disembelih sebelum Hari Raya Adha hendaklah disedekahkan dagingnya itu dan tidak wajib menggantinya dengan binatang yang sama untuk disembelih pada Hari Raya Adha itu. Tetapi wajib bersedekah nilaian harga binatang yang disembelih itu.
Jika kecacatan itu berlaku setelah Hari Raya Adha dan disembelih dalam keadaan yang demikian, maka tidaklah ia memadai (tidak memenuhi syarat) sebagai korban, kerana ia telah menjadi barang jaminan selagi belum disembelih, dan wajib diganti dengan yang baru.

Tidak sah dibuat korban bagi orang yang hidup melainkan dengan izinnya, dan tidak sah juga dibuat korban bagi orang yang telah mati jika simati tidak berwasiat untuk berbuat demikian.
Orang yang membuat korban bagi simati dengan izinnya (yakni dengan wasiatnya) wajiblah atasnya bersedekah kesemuanya. Tidak ada bahagian untuk dirinya atau orang-orang dibawah tanggungannya (nafkah), kerana ianya merupakan orang yang menerima dan orang yang menyerah. (Matla al-Badrain)
Bapa atau datuk boleh melaksanakan korban bagi orang yang diwalikan seperti anak dan cucunya dengan diambil perbelanjaan daripada harta ayah atau datuk atau anak atau cucu itu sendiri.

WAKTU MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN
 
Waktu penyembelihan korban bermula sesudah matahari terbit pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) dan sesudah kadar selesai solat dua rakaat solat hari raya dan dua khutbah pendek/ringan. Manakala yang afdhalnya adalah ketika matahari naik segalah. Waktu penyembelihan korban berlanjutan sehingga terbenamnya matahari 13 Zulhijjah.
Ringkasnya: 10 Zulhijjah – 13 Zulhijjah.
Jika binatang korban disembelih selepas berakhirnya hari Tasyriq (setelah berlalunya hari Tasyriq yang terakhir) sembelihan itu tidak dianggap sebagai korban kerana dilakukan setelah berlalu masa yang diharuskan. Tetapi bagi korban wajib (korban nazar) yang masih belum disembelih di dalam waktunya yang diharuskan, sehingga habis masa, ia wajib menyembelih binatang itu (walaupun diluar waktu) dan sembelihan itu dikira qadha.
(I’aanah at-Tholibin, Juz 2; hal: 331)



CIKMA : Share dari http://pondokhabib.wordpress.com/

Sunday 14 November 2010

Hujung Minggu...

Hujung minggu yang malas!!!serius aku malas...malas betul nak buat kerja..malas nak pergi mana-mana..malas nak makan...malas..malas dan malas!!!boleh camtu....:)

Mula macam nak pergi jenguk kawan di Damansara..tapi tak jadi sebab rasa badan macam tak larat..tekak dah rasa lain macam jer...badan still lenguh-lenguh lagi...sorang lagi kawan ajak pergi jumpa member-member lama..aku pun tak dapat nak join...aura malas aku dah datang...so, duduklah aku sensorang kat rumah ni sepanjang hari........

Nak buat apa ekk???bilik dah siap di kemas...baju dah basuh...makan???sempat je tadi masak bubur nasi...emm...baca buku???ada lagi novel yang aku beli tak abis-abis di baca...tengok tv???cerita apa yang menarik hujung minggu ni???selalunya hari Ahad rancangan tv ala-ala suam-suam kuku jer...tengok vcd??nak tengok cerita apa???tengok wayang???filem apa yang best ekk???hadui...kalau dah semua nya malas nak buat..memang gini ler jadinya...

So, conclusion nye Cikma....ko buat ajelah apa yang ko nak buat....buat bodoh pun tak pe...janji ko heppi...ye tak????........hehe



CIKMA : Cepatlah cuti sekolah!!!nak duduk bermalasan di kampung....:)

Saturday 13 November 2010

Minggu2 terakhir persekolahan...

Salam dan sejahtera...waaaa......(bukan nak nangis ekk..tapi nak menjerit)..pasal apa???aku makan banyak daa arini..pagi tadi makan mee hoon goreng..dekat sebungkus aku habiskan...pastu makan pulak roti jala dan puding koktail kat sekolah..lepas je selesai makan kat sekolah..boleh pulak singgah (orang jemput kan..kenalah datang) rumah rakan sejawat...dia buat makan-makan sikit...makan nasi dagang dan laksa...peh!!!banyak nye Cikma makan satu hari...lepas makan..balik...terus bermuka buku...tahan mata tak mau tidur sebab nak buat senaman sikit..poco-poco je yang aku mampu...hehe...risau wei..makan hari ni punyalah banyak..dah rasa keras perut aku ni!!!!....

Hari ni sekolah aku adakan Hari Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 2010...sangat teratur dan berjalan lancar...tak sangka cepat betul habis tadi..tak meleret-leret (kecuali kepada si pemberi ucapan!!!)..yang lain..memang mantap...persembahan tip top...kerjasama dari guru-guru pun ok..walaupun aku tengok ramai cikgu takde tadi...maybe dorang ada hal-hal yang tak dapat di elakkan.....

Minggu-minggu terakhir persekolahan...rasa cepat sangat masa berlalu..dah nak hujung tahun pun...dan dah nak cuti sekolah...bagi murid-murid...doranglah yang paling happy sebab cuti sekolah yang panjang...boleh releks2..main2 dan berjalan-jalan....cikgu-cikgu pulak...akan bercuti jugak..tapi masih ada kerja yang belum dapat di selesaikan...ada beberapa agenda yang akan di buat waktu cuti nanti...macam sekolah aku...kena stay-back di sekolah selama seminggu sebelum boleh bercuti panjang...dan kami akan kembali ke sekolah seminggu sebelum sesi baru pesekolahan tahun hadapan...macam tulah kerja jadi cikgu ni...bukan cakap senang dapat cuti ekk...cuti banyak lah..macam-macam lagi...tapi sebenarnya..banyak lagi kerja yang sedang menunggu...nak buat macam mana...tugas kan...kenalah buat..rezeki kita tu....bersyukur sebab dapat jadi cikgu ni.....banyak pahala yang kita dapat!!!.....:)

Apa-apa pun...aku dan rakan-rakan sejawat akan memulakan beberapa tugasan yang baru dan perlu jugak menyelesaikan tugasan yang tertangguh...lepas tu..boleh cuti!!!...hoore!!!


CIKMA : Dapat cuti 5 hari untuk sambut Hari Raya Aidiladha...lepas tu kena pulang ke sekolah balik...emm..takpelah kan...janji dapat beraya...aku pun nak jugak tengok lembu aku di korbankan sebab tahun ni Cikma ada rezeki lebih sikit untuk buat korban...tertunai jugak hasrat di hati ni.....bersyukut padaMU YA ALLAH kerana rezeki yang ENGKAU berikan padaku......................:)

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...