IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Jumaat, 21 Disember 2012

Seksa dan sakit nyerr!!!

Salam dan sejahtera...aduhai lama tak menjengah blog sendiri..terbantut rasa idea bila tuan yang empunya blog ni kurang sihat..balik daripada mendaki Genting (nanti Cikma cerita ekk)..terus demam..sejuk sangat kot kat atas tu..musim hujan kan..

Pastu aku mengalami pulak kesakitan gigi yang tak tahu nak di tafsirkan...hehe..dah beso panjang baru nak sakit gigi..nampak sangat dah meniti usia senja...gitu..:)..ooo...tidak...tidak..bukan..bukan..:)...

Penangan geraham bongsu yang tidak tumbuh sekata..dah tahu lama..tapi tak de rasa sakit...pernah le awal tahun ni tanya doktor..dia memang cakap kena operate..tak boleh simen atau cuci lubang tu..sebab kesan jangka panjang..nak tak nak memang kena buang terus..masa tu tak rasa sakit..di tambah dengan ongkosnya takde..alang-alang hari tu tiba-tiba rasa sakit..pergilah jumpa doktor..doktor cakap tak boleh nak tangguh..dah sakit kan..so nak tak nak kena jugak buat operate tu..bila dia cakap kena belah gigi dan gusi..rasa tetiba nak pitam jer...tapi pikir balik..daripada sakit tu melarat (dah le nak start sekolah kan)..terpaksalah buat jugak...

Memang kalau takde kekuatan..tak boleh nak buat operation ni..aduhai..walaupun dah di bius ( tiga tempat tak silap Cikma)..tapi sakitnya..hanya ALLAH jer tahu..time nak tarik gigi tu memang seksa..2,3 kali suruh doktor tu stop kejap..mau je masa tu melompat dari kerusi terus je lari..tapi memikirkan kesan sakit gigi tu..redha ajelah....:(

Kesannya sampai sekarang darah masih keluar dari gusi...tapi dah kurang jugaklah..cuma kenkadang rasa sakit tu datang..bengkak pun ada lagi ni..bila time malam badan rasa lemah dan lesu..macam nak demam pulak..betul cakap member yang pernah alami..first day tu memang seksa..lepas tu ok sikit..cuma yelah..selera makan tersekat..ni dah masuk 3 hari makan bubur...dah naik loya rasa tekak...:)

Next week baru boleh buka jahitan pada gusi..tak boleh nak imagine time bukak tu still sakit ke tak..aduhai satu lagi seksa nak kena tanggung..tu tengah berpikir ni..nak balik semula ke sekolah...next week dah start meeting semua bagai..mampukah Cikma menghadirkan diri..benda lain aku tak kisah..risau pulak jadual waktu rakan-rakan sejawat (sesi petang) tuk sesi 2013 takde nanti..emm...pening tambah stress pulak rasa...:)...mode : rasa nak pitam!!!!!

Nak tengok betapa besarnya gigi Cikma..bak kata doktor...saiz luar biasa..patutlah susah doktor tu nak tarik..terasa rahang dah senget sebelah pulak..huhu...


Besar tak gigi???ngeri kan..Cikma tengok pun rasa ngeri dan menakutkan..


Bubur nasi dan ikan bilis tumbuk...tolong!!!dah muak makan benda ni..:(


Menjadi peneman di kala sakit (dah nak abis ni..kena ambil lagi rasanya)

CIKMA : Hargailah gigi anda...:)

Rabu, 12 Disember 2012

APo KOno Eh JaNg 2012

Suka naa dengar lagu ni la wei..haha..teringat den zaman maktab dulu di Sikamat, Negori Sembilan ni haa...layan dehh lagu ni..den suko naa ni haaa....................:)

CIKMA : Suka makan daging salai masak lomak cili padi..peh!!!syok!!!

Isnin, 10 Disember 2012

Minggu-minggu akhir cuti ku...



Menghitung hari kembali ke pangkal jalan...haha..begitulah lumrah hidup dik non..pusingan hidup dan perjuangan di teruskan sehingglah kita kembali menghadap Ilahi..kengkadang rasa hati malas dan lemah..tapi kita perlu semangat dan sentiasa positif..

Minggu-minggu akhir berada di Diamond Bay..next week Cikma akan berangkat balik semula ke tempat mencari rezeki..K.L..seperti biasa perlu cepat pulang kerana tanggunagjawab yang di galas...walaupun dalam hati terasa sangatlah malas...simptom duduk lama di kampung@rumah sendiri ni memang akan membelenggu kita bila nak start sesi persekolahan yang baru...:)

Harapan sesi baru ni..seperti biasa mahu menjalankan tanggungjawab dengan dedikasi dan sentiasa sabar dan tabah...yang lain aku berserah pada ALLAH SWT..takde yang aku nak minta lebih melainkan di berikan kesihatan yang baik agar aku boleh melakukan tugas-tugas di sekolah..apa jua jawatan yang di terima (hampir sebahagian nya sudah di ketahui..) akan di laksanakan sebaik mungkin..

Selain tu nak tengok jugak rumah aku yang di pecah masuk hari tu..bilik Cikma haruslah di kemas semula..rasa sangat geram dan sakit hati..emm..banyak jugak kerja yang perlu di bereskan..In Shaa Allah...aku cuba buat satu-satu nanti...:)

CIKMA : Menerima itu mudah...melaksanakannya itu sukar..tetapi pengakhirannya nanti pasti membahagiakan...renung-renungkan..dan selamat sejahtera semua...:)

Jumaat, 7 Disember 2012

Kek Cawan Coklat



Di tugaskan oleh Mak untuk membuat kek cawan ni masa kenduri akikah Indah..tukang bancuh Mak...tukang bakar adalah Cikma..terasa seperti malas nak buat sebab time tu tengah on diet..hehe...

Resepi sama macam sebelum..boleh tengok dalam resepi Cikma (Kek Cawan Oren)..cuma kami tukar jadi coklat..emm..lembut dan gebus tu sama jer...rasa jer lain..so, layan-layankan resepi nya...:)

Bahan-bahan :

1 cawan minyak
2 1/2  cawan gula pasir
4 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
3/4 cawan air panas
6 biji telur
2 camca teh baking powder
1 camca teh soda bikarbonat
sedikit esen vanilla

Cara-cara :

1) Bancuh serbuk koko dengan air. Kacau sebati dan ketepikan.
2) Pukul semua bahan seperti minyak, telur, gula, esen vanilla hingga kembang.
3) Masukkan bancuhan koko tadi..pukul seketika.
4) Masukkan tepung (di ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat) sedikit demi sedikit di dalam adunan.
5) Letakkan adunan di dalam acuan kertas (lebih kurang 1/2 daripada acuan kertas)
6) Bakar di antara 15-20 minit... SELAMAT MENCUBA


CIKMA : Letih bila kita terpaksa tahan nafsu makan benda yang kita suka...tapi nak buat camne..aku kena kuat...huhu...

Khamis, 6 Disember 2012

MAHA INTERNATIONAL 2012

Tiga kali di adakan..ketiga-tiga nya Cikma dapat pergi dengan famili..rasanya kalau tak pergi sangatlah rugi..MAHA INTERNATIONAL 2012..singkatan bagi Malaysia Agriculture Horticulture and Agrotourism International Show..di mana pameran mengenai hasil pertanian khususnya untuk seluruh Malaysia dan juga sebahagian negara-negara luar yang terlibat.. Di adakan 2 tahun sekali dan bertempat di MAEPS, Serdang (dekat dengan UPM)..

Banyak info dan maklumat yang kita boleh dapat. MAHA 2012 juga di adakan serentak dengan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan. Cikma paling suka bila pergi ke dewan yang menempatkan pelbagai jenis makanan ringan yang telah di keluarkan oleh orang-orang tempatan di bawah seliaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)..kita nak cari produk makanan dan minuman yang kompem halal sangatlah banyak kat sini..ada yang kita tak pernah tengok dan rasa semuanya ada..almaklum lah satu Malaysia..

Yang best jugak..ada pameran mengenai hasil pertanian dan produk dari luar negara..hambik ko..ingat orang lain jer boleh terbang ke luar negara...Cikma pun boleh per...siap pergi satu famili...mana negara yang aku pergi..banyak woo...dalam satu hari...Indonesia, Korea Selatan, Singapura, China, Brazil, Iran dan pelbagai negara aku pergi..hehe..sempat tangkap kain silk China dan MAK sempat membeli telekung di Indonesia...:)

Kali ni jugak ALIN dan Kak Long dapat pergi ke MAHA..sebelum ni dorang tak berkesempatan nak pergi especially Kak Long..time tu ALIN kecil lagi dan tak berapa nak sihat..kali ni teruja jugak sebab ALIN dapat tengok dan lihat serta yang best dia dapat ilmu..ilmu untuk dekatkan ALIN mengenai dunia pertanian dan penternakan..hehe...so, layan sikit gambar yang sempat di snap di MAHA 2012...:)








Kalau tengok pada pameran ni..dunia pertanian dan penternakan bukanlah dunia cikai atau kotor yang tak boleh buat duit...Cikma rasa para belia yang masih sibuk cari kerja tu eloklah terlibat dalam bidang/sektor pertanian/penternakan/industri kecil dan sederhana ni..bukan tak boleh buat duit atau jadi kaya..boleh..In Shaa Allah..kalau kita ada usaha dan bersungguh-sungguh...sekarang ni pun banyak teknologi dan mesin yang memudahkan kerja pertanian ni...tepuk dada tanya hati dek non..jangan ingat rezeki tu boleh datang jatuh dari langit..ataupun duk saja..kena usaha kan...:)

CIKMA : Berangan jadi penternak ikan..syok wehh!!!..tak kisah berlumpur dan kotor bagai..janji kita nampak hasil titik peluh kita dan yang penting rezeki kita berkat dan halal..:)

Rabu, 5 Disember 2012

Kenduri akikah Indah...

Sudah masuk 5 bulan!!!..yaaa makin cute dan comel buah hati Cikma ni..dah dekat 2 minggu jugak tak jumpa...nak tengok Indah botak!!..hehe

Kenduri akikah Indah..selain daripada kenduri doa selamat, tahlil..Cikma sempat tidur sehari di rumah adik..maklumlah adik pindah rumah baru..seronok jugak rasanya duduk kawasan kampung.keliling pulak saudara mara..harap Indah semakin sihat dan semakin comel ...seperti biasa..macam Mak Ngah dia ni..haha..:)





CIKMA : Pengarang jantung hati dan pankreas aku..A.N.I (Alin , Nani , Indah)...:)

Selasa, 4 Disember 2012

Kampung ku...kampung ku jua...

Seronok kalau kita ada tanah sendiri kan..apatah lagi bila kita ni berbudi pada tanah...langsung jua tanah akan berbudi balik kepada kita..betul tak???..

Cuti sekolah selalunya hujung tahun ni lah time musim buah-buahan tiba..memang syok..boleh petik dokong..ambil buah rambutan dan manggis..tunggu buah durian gugur..sambil pergi tangkap ikan puyu dan haruan di belakang rumah..peh!!!syok..walaupun Cikma ni ada time malas nak ambil (tukang makan jer..)hehe..

Meh layan aktiviti yang aku dan famili buat bila kami balik kampung.hadap buah-buahan u'lls..korang ade???hehe...:)





CIKMA : Teringin terojun sungai..tapi bila pakcik bagitau ada lintah...terus tak jadi..huhu...

Isnin, 3 Disember 2012

Tauhu stim dengan sos daging



Menu diet..yup..gitulah hendaknya..kekeke...start balik hari ni..perut sudah ok...cuma kena hati-hati agar tak berlaku lagi..ABAH sudah bising..diet konon..membebel ABAH bila tengok anaknya kengkonon diet...risau gamaknya..bila perut masuk angin..natijahnya...Cikma terpaksa menahan sakit ya amat..bukan tak makan..tapi entahlah..lastly..Cikma ambil jugak kabohidrat but bukan nasi..just roti dan mee..ABAH pesan nak diet boleh..tapi jangan sampai kesihatan terjejas..ok2..that's why hari ni baru start balik..rejim senaman di teruskan semula coz last week juga aku pergi makan angin di MAHA...haha..hambik ko kan..orang tak mampu nak naik kapal terbang..terbang jer pergi MAHA...hehe..yang tu nanti aku masuk dalam entri yang akan datang..

Resipi ni terjah dalam google..check2 ramuan nya banyak yang letak udang kering sebagai penyedap kuahnya..so, Cikma tak boleh makan udang dan tukar sikit kepada daging hancur..not bad lah..janji boleh makan kan...layan sikit resepi nya...:)

Bahan-bahan :

1 paket tauhu lembut
Sebiji bawang besar
Bawang putih (dalam 3 ulas)
Daging cincang (ikut suka)
Kicap manis dan masin
Bawang goreng
Daun sup/daun bawang
Lada sulah
Tepung jagung (nak pekat kuah)

Cara-cara :

1) Stim dahulu tauhu bersama bawang putih yang di cincang halus
2) Toskan tauhu
3) Tumis bawang besar (di hiris) dan bawang putih (ambil dari tauhu stim tadi) dan daging cincang
4) Masukkan lada sulah. Goreng daging hingga garing.
5) Masukkan kicap manis dan masin ikut rasa masing-masing
6) Campur sikit tepung jagung untuk pekatkan kuah.
7) Tuang kan kuah pada tauhu yang telah di stim tadi.
8) Hias kan dengan daun bawang/daun sup serta bawang goreng..SELAMAT MENCUBA..

CIKMA : Naik balik KG Cikma..emm..tak kisah..coz aku tahu aku boleh buat..nak jadi kurus melidi tu idaklah..just light2 gitu..nak turun berat memang bukan kerja mudah..nak naik..sangatlah senang..cuma Cikma kena kuat tahan nafsu makan..yang tak mampu nak tengok sekarang kat rumah ni adalah buah-buahan, sweets like kek and dessert serta roti...yang lain boleh lah tahan..nasi..emm..dah 2 minggu tak sentuh..kalo pegi kenduri suap jugaklah..hormat tuan rumah kan..itu pun sesuap dua..rasa macam best pulak boleh tahan tak sentuh nasi...kekeke...chaiyok2 untuk diri sendiri...:)

Ahad, 2 Disember 2012

Durian Crepes..ala-ala jadi tak jadi



Sebab apa tajuk macam tu..hehe.memang kalau kita buat first trial selalunya akan tak berapa jadi kan..so, itulah yang terjadi pada Cikma ni haa..maybe tak prepared betul2 time buat tu..atau pun tools tak berapa nak ada..contoh macam pan ler..Cikma takde kuali pan tu..pakai yang biasa..jadi nya adunan kulit tu tak berapa nak bulat cantik molek..so, redha ajelah..:)

Musim durian kan..itu sebab nak buat sangat..walaupun time ni aku bertungkus lumus kawal pemakanan..but this week aku kena stop dulu sebab badan kurang sihat dan sistem pencernaan aku tak berapa ok..ntah le..tak tau pasal apa..pasni baru sambung balik rejim diet tu...

So, thanks pada para blogger yang sudi kongsi resepi durian crepes..dah dapat rasa sekali cukuplah..esok2 kalau nak lagi boleh buat..kali kedua buat rasanya menjadi kot..share resepi ni daripada blogger izahdaut...so layan-layan kan resepi nya...

Bahan-bahan :

3 sudu teh gula
3 sudu teh tepung ubi
- masuk sikit tepung jagung
1/2 sudu teh tepung gandum
4 biji telur
95 ml air
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh butter (di cairkan)
sedikit pewarna kuning

Cara-cara :

1) Satukan semua tepung dalam satu bekas
2) Masukkan butter yang di cairkan
3) Masukkan telur satu persatu (pukul dahulu)
4) Masukkan esen vanilla
5) Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sebati
6) Masak adunan dalam pan..masak hanya satu bahagian sahaja
 - nak cantik adunan..tapis dulu baru kita lempengkan nya dalam pan...:)

Filling :
Whipped cream (dipukul kembang)
Isi durian

CIKMA : Banyak jenis tepung nak guna..ada yang sampai 4,5 jenis tepung nak buat..well...depends pada kita..lepas ni nak try buat satu jenis tepung jer...

Jumaat, 23 November 2012

The Delayed Story...Sekolah ku..sekolah ku jua...:)

Salam dan sejahtera..memulakan entri hari ni dengan cerita yang tertangguh..kali ni bab sekolah Cikma..SKPI DI HATIKU..haha..yup..masih panjang jodoh aku dengan sekolah yang merupakan sekolah pertama aku di tempatkan selepas selesai belajar di maktab..tak pelah..takde rezeki nak pindah..cuba lagi tahun depan ekk...

Aktiviti-aktiviti akhir persekolahan yang menuntut aku dan rakan sejawat bertungkus lumus melakukan tugasan yang di berikan..bermula dengan event2 penyampaian anugerah , Jogathon, Hari Kanak-kanak dan yang terakhir Jamuan Akhir Tahun..semua nya di laksanakan dengan baik..walaupun...(hehe...)

Banyak tugasan aku adalah menjadi emcee ataupun Master of Ceremony..ataupun senang citer Pengacara Majlis..senang kan..senang ker???tidak sama sekali..walaupun bercakap jer..kita perlu tahu bagaimana nak handle sesuatu majlis tu.sama ada formal atau tidak formal...dah beberapa kali jadi pengacara majlis di sekolah..banyak pengalaman yang aku dapat..dari tak berapa confident hinggalah boleh mengawal keadaan dan tahu nak buat add lips..semua nya memerlukan otak kita berfikir tentang keadaan dan suasana..hehe..kalau orang-orang kat luar kata senang..cuba try test jadi emcee....rasa camne nak pegang mikrofon dan rasa macam mana situasi berubah secara tiba-tiba dan bagai mana kita nak kawal keadaan tu...susah woooo...:)

So, layan sikit gambar sepanjang aktiviti-aktiviti akhir tahun di SK Pandan Indah...:)






CIKMA : Simpan suara setiap kali nak jadi emcee....gitu...:)

Khamis, 22 November 2012

The Delayed Story...again - Family reunion

Ok2...kerana terlalu lama dan terlalu sibuk dengan benda lain..Cikma banyak meninggalkan entri-entri yang sepatutnya di releasekan untuk bulan Oktober dan awal November..hehe...best kan..memang itulah yang aku terpaksa buat..blog Cikma kan...sharing is caring gitu...:)

First stories about Hari Raya Haji nan lalu..hambik ko..lama kan...just ini merupakan satu moment yang best untuk tahun ni..sebab family Cikma berkumpul semua..orang kata...Family Reunion...beraya di kampung MAK sambil menunggu pra musim buah buahan...dapat nokk durian dan rambutan untuk di makan..syok sungguh..:)...time ni tak banyak lah kan..tapi sekarang memang sedang berbuah lebat dan durian dah banyak gugur...

So, lain sikit gambar yang sempat di snap..syok bila duk rileks kat pangkin bawah rumah..sungguh nyaman dan bahagia...:)





CIKMA : Bertuah sebab ada kampung lagi....:)

Rabu, 21 November 2012

Kali kedua



Masuk lagi untuk kali kedua dalam tempoh 11/2 tahun..aduyaiii...dugaan kecil daripada ALLAH SWT..memang kawasan Ampang dan sekitarnya ini berlabel panas...Cikma sendiri susah nak faham dan macam nilah hidup di bandar besar..perlu sentiasa berhati-hati dan alert anything or everything surrounding us...

Kali kedua sang pencuri masuk ke dalam rumah..kali ni di rumah yang baru jer aku duduk awal tahun ni..apartment pulak tu..tingkat paling atas...ada guard..tapi tetap dapat jugak si laknat tu masuk..yang tak terjangka..memang dorang dah aim gamaknya...hari pertama aku balik ke kampung..hari tu lah dia datang menjengah...geram rasa hati pun ada...tapi nak buat camne..dah nasib kami...:(

Kisah nya bila housemate Cikma mula tak sedap hati malam Ahad..aku dah gerak balik pagi tu..dan housemate petang nye pula..entah macam mana malam tu housemate cakap dia tak sedap hati..dan malam tu juak balik semula ke rumah sewa..walhal esok dah nak ke Negeri Sembilan ada kursus kat sana..sampai je rumah dia dah tak sedap hati bila grill dan pintu rumah terbukak..memang sah2 ada orang masuk coz dia kunci semua pintu..bilik kami berdua dorang pecah masuk..barang..ada yang hilang jugak..nasib jugak Cikma bawak barang berharga balik kampung..maybe dorang sempat amik duit kelas yang aku pernah kutip dengan budak dan housemate cakap bekas brooch habis semua dorang sapu...

Susah nak cakap..benda dah jadi..bila kami berdua dah mula balik ke rumah masing-masing hati memang tak tenteram..Cikma sebelum benda ni jadi..dalam seminggu dua ni memang rasa 2,3 patah balik rumah..just untuk checking pintu dan grill di kunci elok sebelum pergi sekolah..selalunya tak..entahlah..aku tak suspect orang luar daripada kawasan apartment tu sebab dorang tahu kami takde kat rumah cuti sekolah..memang orang-orang kat situ jugak..benda bukti yang dorang memang aim kami punya rumah bila pihak polis jumpa kunci solex dan pemegang nya kat tepi tangga blok (rumah Cikma dekat dengan tangga) dan ada bekas minum air dan puntung rokok..that's mean dorang memang dah perati lama kami ni keluar masuk....

Malam tu jugak buat report..Cikma dapat tahu pun pagi Ahad..kesian pulak rasa housemate kena buat benda ni sengsorang..nasib ada rakan-rakan sejawat yang tolong kat sana...tuan rumah pun ada bantu sekali..kali ni dah pesan pada guard tolong tengok-tengokkan rumah dan kalau boleh pantau selalu setiap blok..

Itulah..kenkadang kita tak dapat elak..sakit hati ada lagi ni..memang aku doa pada Allah SWT..biar di balas setiap perbuatan dorang ni..kerja halal banyak kat dunia ni..tapi kerja haram jugak yang dorang cari...semoga mereka yang melakukan perkara terkutuk ni mendapat balasan setimpal di dunia dan di akhirat...Aminnn...........


CIKMA : Doa mati terbakar dalam masa 40 hari si laknat2 itu...kejam ke aku ni...???semoga Allah SWT melindungi  Cikma dan housemate daripada segala musibah dan perkara-perkara buruk lagi....

Jumaat, 16 November 2012

AkHirNYa....

Habis sudah sesi persekolahan...yea..yea..boleh balik kampung...kekeke..Alhamdulillah kerja dah di laksanakan dengan jayanya tahun ni..yelah tu..ada lagi nokk!!!..orang kata..bila dah bekerja ni takkan habis kerja tu sehinggalah kita ni menutup mata..betui tak???

Tugas dan tanggungjwab..sama saja maksudnya bagi aku...bagi orang lain tak tahulah..makan gaji buta barangkali...ok ape kan..nanti jawab sendiri dengan ALLAH SWT kelak di akhirat nanti...itu aku cakap sebelum ni..buat kerja ikut kemampuan dan rasa tanggungjawab...kenkadang kekangan masa dan waktu serta kerja-kerja lain jugak harus di utamakan...aku faham..dan aku rasa orang lain akan faham...kan..yang pasti aku redha..:)

Well...kepada rakan sejawat selamat bercuti dan bercuti..sebulan dari sekarang kita akan berjumpa lagi..salah silap dan terkasar bahasa daripada Cikma ni..HARAP LAH DI AMPUNKAN...mulut..susah nak tutup..kenkadang terlepas juga benda yang tak elok bila emosi mula mengusai diri..tapi siapa yang kenal aku tahu aku siapa..(rasa nya lah kot)...hehe....


CIKMA : Rasa teringin nak makan limau BALI..hmmm...limau jer...tak dapat pergi BALI kan...limau jer yang aku teringin...kekeke...layan

Khamis, 15 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434 H


Salam Maal Hijrah 1434 H...Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah adalah tema Sambutan Maal Hijrah tahun ni..azam baru juga bagi Cikma...sentiasa bersederhana dalam pelbagai hal, perkara dan sebagainya..namun..kerja kita haruslah bukan sederhana je ye...maksudnya..kerja yang kita lakukan ala-ala kadar jer..kalau boleh kerja tu biar sempurna dan biarlah kita buat yang termampu..bukan yang tidak termampu..kalau setakat kerja sedikit nak beriak bagai dia yang semua buat kerja..biak tak payah buat...yang penting sederhana yang membuatkan orang lain rasa senang dengan kerja kita....tak susahkan orang dan jangan buat rasa orang lain sakit hati...

CIKMA : Azam tahun baru...nak kurus...hehe..(lama punya azam tu..rasa nya every year azam yang sama..Insyaallah di permudahkan...)

Ahad, 11 November 2012

Kehilangan....

Seronok melayan lagu ini dikala musim hujan sekarang...betul..sungguh..try korang dengar..sapa yang tengah putus cinta tu..memang berkoyan-koyan air mata menitik..hehe


 


CIKMA : Takkan ku sia-siakan kamu lagi...huhu...sedey2...


Sabtu, 10 November 2012

Happy Holidays



Ok..ok..baru nak buat entri baru u'lls..yaaa..memang kan Cikma dah cakap sebelum ni...kami-kami yang duduk kat school akan sibuk time akhir tahun..semua benda nak settle, semua aktiviti kena jalankan sebelum cuti sekolah..dan akhirnya...kerja hampir selesai..lega sikit...hehe..adalah sikit kerja..but itu bisa di bereskan..(yolah tu...)...

Cuti sekolah datang lagi..selamat bercuti kepada semua..terutama kepada budak-budak sekolah..emm..murid-murid tahun 6 masih lagi dalam debaran...keputusan UPSR akan di keluarkan pada 19 November..so, dorang masih belum lagi lega nampak nya..tunggu dengan penuh sabar ye...

Exam SPM sedang berlangsung...gud luck for them...peperiksaan yang menentukan hala tuju korang nanti..buat sehabis baik dan sehabis daya...:)

Cikma still kat KL..masih ada seminggu yang berbaki untuk selesaikan kerja yang ada sebelum enjoying the school holidays..nampaknya aku tak tau nak plan pegi mana..musim hujan ni..emm..tengok lah keadaan..kalau rasa nak pergi jenjalan...pergi jelah kan..kalau tak..duduk jer rumah...belajar jahit manik!!!!kekeke........

CIKMA : Cuti jugak nak cuba habiskan menulis resepi yang dah bertahun nak buat untuk MAK..:)

Rabu, 31 Oktober 2012

Muara Hati...

Cikma suka lagu ni..walaupun tak pernah tengok cerita glamer Adam dan Hawa..tidak mahu terpengaruhduduk di kaca tv..just tahu daripada rakan-rakan sejawat yang mengikuti cerita ini..best ekk..oklah tu..at least kita tidaklah di sogokkan sangat dengan cerita-cerita luar negara je kan...cerita Malaysia pun berkualiti aper..kan...:)..tepuk dada..tanya diri sendiri... CIKMA : Sapa yang sanggup tunggu bertahun-tahun u'lls..merajuk lama benor..adoyai..kalau aku..udah2 ler..cari jer yang lain...gitu..hehe...:)

Selasa, 30 Oktober 2012

Perlu fokus, sentiasa fokus, masih fokus...


Ok...saya perlu pergi ke tempat seperti di atas..adoyai..bila ekk nak merasa pegang salji???..huhu..Memandangkan sekarang ni dalam keadaan yang sangat memerlukan semua kerja di siapkan sebelum cuti sekolah..segala fokus terarah kepada kerja...kerja dan kerja..masih boleh berentri baru..namun hanya dapat tulis sikit-sikit jer...

Fokus yang perlu di beri perhatian..Cikma juga akan teruskan fokus itu nanti sehingga cuti sekolah..beberapa rancangan dan aktiviti telah di atur..apa pun aku memang tak kisah..yang penting cuti nanti di peruntukkan untuk rehat..rehat..dan rehat..melangkah kaki untuk berjalan itu..dalam perancangan..sebab malas nak berangan lebih..takut nanti kita yang sakit hati..well..seperti biasa..Cikma anggap tiada rezeki lagi nak melawat dan berjalan-jalan ke negara orang..kenkadang terpikir..aku ke yang kedekut keluar duit atau duit tak cukup..ataupun takde yang sanggup nak bawak orang yang jakun ni naik kapal terbang??..emm..takpelah kan..biarlah mereka pergi dengan labu-labunya...huhu....:).........

Ok..tidak mahu merepek..yang penting..Cikma nak memberi penumpuan dan fokus utama kepada apa yang aku dapat pada hari ni..berilah sokongan ye..apa benda nya..tunggu di tahun hadapan....:)..

CIKMA : Saya yakin saya boleh!!!..hehe....:)

Selasa, 23 Oktober 2012

Perkembangan terbaru AMALIN...

Mencuri masa sekejap sebelum meneruskan kerja-kerja sekolah yang tertangguh..gitu..masing-masing sibuk..Cikma juga masih sibuk..dah terasa bahang sibuk tu...hehe..tapi..kena pandai manage masa kan...:)

AMALIN..wah!!!sudah lama tidak berentri baru mengenai AMALIN..jangan tak tahu u'lls...perempuan cantik ni dah boleh berjalan!!!..Syukur Alhamdulillah..dah ada sebulan jugak ALIN berjalan..walaupun kaki nya masih tak kuat lagi..tapi rasanya ALIN dah mampu untuk berjalan sepenuhnya..

Cuma kalau ALIN nak start nak bergerak tu..kena ada bantuan..kakinya masih tak mampu nak tampung berat badan..so, kalau ALIN duduk lepas tu dia nak berjalan kena pegang tangan nya..tak pun ALIN akan pegang benda macam sofa atau dinding untuk berdiri..apa-apa pun aku happy sesangat...

Dalam masa ALIN dah boleh berjalan tu..ALIN nak pulak makan..YA ALLAH..sungguh besar kekuasaanMU..ALIN yang selama ni takut nak makan..dah boleh menerima makanan daripada mulutnya..kata Kak Long hari yang sama ALIN berjalan..hari yang sama jugaklah dia nak makan..yang best tempat pertama yang ALIN tuju masa berjalan tu adalah dapur dan ALIN terus capai kerepek bawang..makanan pertama ALIN yang dia makan..bila ingat balik..itulah makanan kegemaran Along..sungguh ALIN ni anak Abah!!!!huhu..

Sekarang ni..ALIN dah boleh makan benda lain..macam nasi dan roti..ALIN suka makan nasi dengan kuah sup..seronok tengok ALIN makan..hujung minggu lepas ke rumah Along..bila tengok dia makan rasa sangat gembira..walaupun tak banyak..sekurang-kurangnya ALIN buka mulut dan makan...:)

Kami satu famili bersyukur sangat dengan perubahan ALIN..harap-harap lepas ni ALIN akan semakin sihat dan sentiasa ceria selalu...SAYANG ALIN...:)




CIKMA : ALIN semakin cute, comel, kulit putih merah dan yang penting badan maintain macam model!!!hehe..suka tengok ALIN sengih...:)..ABAH punya seronok nya sampai tak sabar nak tengok ALIN dah boleh berjalan dan makan..nasib ler Along nak balik time Raya Haji ni nanti...kalau tak dah lama ABAH nak turun ke Klang tengok cucu kesayangannya tu...:)

Jumaat, 19 Oktober 2012

GM Plaza

Kali pertama pergi ok..rasa sangatlah jakun dan perak!!!..orang yang tak biasa ber'shopping' memang cenggini kan...:)

Yang best...terlopong tengok kereta masuk dalam lif..hehe..selalu orang yang masuk lif kan..ni kereta u'lls..haha sah rasa sangat jakun dan jakin...hehe..masuk jer GM Plaza..terus dalam kepala otak..tak payah pegi negara CHINA ler..shopping sini pun dah sangatlah murah dan berbaloi-baloi ganda 23...:)

Sempat pergi ke sana pagi tadi..menemani rakan-rakan sejawat dan sesaja release tension setelah bertungkus lumus menanda kertas periksa..uihh..rambang mata..tapi aku tetap tengok..perati..pandang..dan lihat jer..hanya sempat membeli brooch..tu pun dalam kepala otak nak bagi kat orang jer..gitu..:)

Ok..sedikit info..Plaza GM ni terletak di area Jalan Raja Laut / Jalan Chow Kit  dekat dengan Lorong Haji Taib...merupakan plaza barangan borong paling besar di Malaysia..telah di iktiraf oleh  The Malaysia Book of Record...so, kepada sesiapa rasa-rasa nak start business kecil-kecilan boleh dapatkan barangan kat sini..ok..aku pun terpikir-pikir dan dalam masa yang sama survey syok sendiri...kalau dapat buat business kecil-kecil..memang sungguh beli jer kat sini nokk!!!(kalau pindah balik Diamond Bay ler kan..huhu)




CIKMA : Seronok tengok dorang shopping..aku just tengok jer...window shopping katakan..hehe..:)

Khamis, 18 Oktober 2012

Sudah sibuk!!!



Kembali sibuk..yup..cikgu-cikgu akan kembali sibuk dalam bulan ni hinggalah cuti persekolahan bermula..dan sebab itu juga blog Cikma lama tak di update...sibuk menanda kertas exam u'lls...itu belum lagi report akhir tahun bagai..di samping beberapa aktiviti yang perlu di laksanakan sebelum sesi persekolahan 2012 di tutup...

Itulah dunia perguruan...awal tahun hingga akhir tahun sibuk memanjang..ada juga masa yang kurang sibuk..tapi itu tak bermakna kami-kami ni duduk saja di bilik guru..mengupdate status bagai dalam muka buku, anak burung berkicau dan sebagainya..tepuk dada tanya apa sumbangan kita pada sekolah..ada yang sunggup berkorban..ada yang sekadar...kerja aku..kerja orang lain itu dia punya pasal..kenkadang memang ada berfikiran begitu..sebab kita rasa kita yang terbeban dengan kerja sedangkan yang lain boleh duduk rileks...tapi jika di fikirkan balik..emm...dulu nak sangat kan jadi cikgu..so, terimalah tanggungjawab tu dengan redha..kalau tak nak..berhenti jadi CIKGU...ye tak???...huhu.......

CIKMA : Jika aku berfikiran begitu...yang perlu aku buat adalah..syohh..setan2 di kepala ku...ni rezeki aku nak berkat...yang penting sentiasa bersyukur..kan....:)

Selasa, 16 Oktober 2012

Bread Butter Pudding with vanilla sauce

Entri masak kembali lagi...kali ni nak share resepi yang memang dah lama teringin nak buat dan teringin nak makan..dan akhirnya berjaya buat dan famili suka banget...ambil resepi ni dalam blog hairul..terima kasih kongsi resepi ni..senang sangat buat..kali pertama try sudah menjadi..meh layan resepi...


Bahan-bahan :

800 ml susu segar
10 biji telur
220 gm gula pasir
1 sudu besar esen vanilla
1-2 buku roti
250 gm buku butter (tak pakai semua pun..)
sedikit kismis atau hirisan kurma (Cikma just pakai coklat chip jer)

Cara-cara :

1) Pukul susu segar + telur + esen vanilla sehingga sebati (gula dah hancur)
2) Ambil loyang dan sapukan dengan butter
3) Susun roti dalam loyang. Roti di sapu dengan butter di kedua-dua belah bahagian.
4) Tabur kismis@kurma@coklat chip.
5) Ulang kembali method 3 dan 4...
6) Roti yang paling atas di susun secara berlapis-lapis (tengok gambar kat atas) dan tabur dengan kismis@kurma@coklat chip
7) Lastly, tuang adunan yang di pukul pada roti (tekan sikit roti hingga semua roti kena dengan adunan tadi..
8) Bakar dalam sejam..cara bakar..dengan double boiled (letak bekas loyang dalam bekas yang di isi dengan air...

Untuk vanilla sauce :
 200 ml susu segar
 4 sudu besar gula
 1 sudu besar custard powder
 1 sudu besar esen vanilla

Cara-cara :

1) Masak atas api yang kecil semua bahan pastikan gula cair.
2) Agak-agak gula dah cair, masukkan sikit demi sikit custard powder.
3) Kalau nak nampak kilat, masukkan sikit butter...SELAMAT MENCUBA


Bread Butter Pudding with Vanilla sauce..

CIKMA : Suka makan time panas-panas...:)..pasni haruslah terpaksa berpantang semua jenis makanan (especially yang manis2 ni)..aduhai..takleh tunjuk skill memasak lah waktu cuti..tak pe..sebulan jer nok!!..try ekk...chaiyok2..:)

Sabtu, 13 Oktober 2012

Syahindah - 3 bulan



Comel tak saya???..hehe..secomel mak ngah saya...haha..yelah tu...INDAH dah 3 bulan..bulat mulat je..geram jer tengok..Cikma dukung dia pun dah tak larat..dah 5 kg+++...emm..semoga sentiasa comel ekk anak Mak Ngah sorang ni...:)

CIKMA : Kakak Nani dah pandai cemburu ngan adik nya..alahai Nani...:)

Jumaat, 12 Oktober 2012

Kursus KSSR Muzik Tahun 3

Dah dekat seminggu pergi kursus..emm..masih teringat-ingat apa yang Cikma buat sepanjang berkursus di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat..aduhai..udah jadi cikgu muzik lah pulak!!!..hehe

4 hari berkursus..buat persembahan, pembentangan dan selebihnya belajar note dan alatan muzik..kekeke..cikgu kan..semuanya serba boleh..tak gitu..tak tahu...kena di tahukan..belajar nokk!!..yang pasti sepanjang kursus adalah sangat seronok dan teruja..asyik gelak jer..cuma last day tu..tertekan sikit..banyak le pulak nak buat kerja nya..well...kita buat dikit-dikit ekk...try ur best Cikma!!!

Sedikit gambar sempat di snap..haha..grup Labi-labi..akan di ingat sampai bila-bila..dapat pulak cikgu-cikgi nya yang gila-gila dan berbakat..layan sikit ekk..:)





CIKMA : Pon tip..pon tip..pon tip..pon tip...haha...:)

Rabu, 10 Oktober 2012

Celebrated...


Malam semalam..sempat meraikan hari lahir bersama my bro aka syam n my sis ayu..belanja makan dan yang best dapat makan kek..teringin makan kek sebenarnya..dapat makan haruslah tak ingat orang belakang!!..

Terima kasih kepada mereka..ingat ekk korang pada angah ni..hehe..kenyang makan semalam..sampai senak perut..akibatnya..4 kali ke tandas awal pagi tadi..aduh!!..tak tau pasal apa..naik lemah rasa badan..terus lapar ya amat bila datang sekolah!!!..huhu..



Anyway..tahun ni celebrated birthday dengan meriah dan gembira..harap kegembiraan itu berterusan lah hendaknya...:)

CIKMA : Allah SWT Maha Mendengar segala doa dan harapan umat NYA..sungguh besar kekuasaanMU YA ALLAH...:)

Selasa, 9 Oktober 2012

31..


Salam dan sejahtera..Alhamdulillah masih di panjangkan umur..sudah 31 tahun saya..:)..wah, banyak tu!!!!..bersyukur masih bernafas...:)

31 tahun di dunia..banyak cabaran, ujian dan dugaan..ada manis dan pahit..ada suka ada benci..ada bahagia..ada kesusahan..semuanya bercampur baur...itulah kehidupan kan..kalau takde semua tu..bukan kehidupan namanya..

Masih banyak lagi impian yang belum di capai..salah satu yang menjadi topik perbualan atau topik utama bersama rakan-rakan rapat dan famili..JODOH..yup..jodoh.aku sendiri tak tahu bila, di mana, dengan siapa jodoh aku tu..tapi setiap manusia wajib berusaha dan selepas itu kita berdoa dan bertawakal..aku sentiasa berdoa..tiba masanya Insyaallah akan di makbulkan oleh ALLAH SWT..kerana DIA MAHA MENGETAHUI...

CIKMA : Impian nak pergi negara orang pun belum tercapai..mungkin belum ada rezeki..emm..tak pelah..tengoklah tahun depan..angan-angan nak naik kapal terbang tu harap2 tercapai lah ekk...:)...

Ahad, 7 Oktober 2012

It's October!!!!

Oktober kembali..dah bulan 10 ekk..cepatnya masa berlalu..baru nak buat entri untuk permulaan bulan Oktober..busy sehh!!!..:)

Permulaan bulan Oktober Cikma tahun ni..emm..letih, penat, risau, terkilan, sedikit kecewa, dan bermacam-macam perasaan..dugaan..semua itu ujian daripada-NYA..kita tak boleh nak elak..kerana semua itu ketentuan daripada ALLAH SWT..Cikma redha..ujian dan dugaan yang dah terlalu lama rasanya tidak di beri oleh ALLAH SWT..lalai dan leka barangkali aku ni..terlalu mengejar dunia..akhirat di lupakan..sungguh!!!aku bukan seorang wanita yang solehah..tapi cuba untuk perbaiki diri..banyak kelemahan dan kekurangan..itu sudah pasti..semua manusia punyai kelemahan kan..dan setiap manusia tak pernah lepas daripada melakukan kesilapan..bila di uji..baru sedar...itulah manusia..

Well, life must go on..Cikma sudah ok..boleh menerima kenyataan..rezeki dan ujian yang di berikan adalah sebagai pengukur di mana hati dan niat kita sebenarnya dalam menempuh hidup..kita menempuh risiko sendiri dan kita juga yang perlu menanggungnya..itu juga salah satu ujian yang di berikan olehNYA...tak perlu kesal atau sedih..sebab yang pasti segala yang berlaku pasti ada hikmahnya..yup..mungkin kita tak sedar di sebalik ujian itu terselit hikmah..tapi hati kita dapat merasai nya..yang perlu kita lakukan..berdoa dan bertawakal kepadaNYA..

Awal bulan Oktober di penuhi dengan agenda berkursus..nanti dalam entri yang akan datang Cikma ceritakan..seronok dan adakala nya sedikit terbeban..tapi kita anggap itulah tanggungjawab..tanggungjawab kita sebagai pendidik kepada bakal pemimpin negara kita suatu hari nanti..yang pasti aku menerima ilmu yang baru..satu suasana yang baru..it's ok kan..lagi pun semua nya berlaku di awal bulan Oktober..bulan yang bagi aku penuh istimewa...:)

CIKMA : Hakikat hidup tak pernah lepas daripada ujian dan dugaan..terimalah dengan redha...:)

Sabtu, 29 September 2012

Black Forest Fantasy Cake

Huihh...panjang naa nama kek ni ekk..kompem sedap tu..hehe..yup..satu-satunya kek coklat yang setakat ni bagi aku sangat sedap!!..senang nak buat nya..

Mula-mula dengar nama kek ni daripada MAK..dah terbayang macam ala-ala kek black forest..ada blueberry kat dalam kek tu..rupa-rupanya hanya sekadar kek coklat..dari mana datangnya black forest tu pun tak tau..maybe tang dia punya hiasan kot..sebab kek ni di limpahi dengan toping coklat yang banyak serta coklat rice yang bertimbun-timbun di atas kek...hehe..hambik ko!!!.tu yang jadi dah macam forest dah..hehe..layan-layan kan resepi nya ekk...


Bahan-bahan :
1 cawan serbuk koko
1 cawan air
1/2 cawan gula castor
(semua bahan di atas di masak atas api sehingga gula larut dan pekat)

226.8 gm butter
226.8 gm tepung kek (naik sendiri)
6 biji telur (gred A)
340.2 gm gula
1 camca teh esen vanilla

Topping :
200 gm coklat masakan
2 camca besar planta/butter

Hiasan :
Coklat rice atau badam

Cara-cara :
1) Pukul butter + gula sehingga sebati/kembang
2) Masukkan telur satu persatu pukul kembang
3) Masukkan esen vanilla
4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan
5) Masukkan coklat yang telah di cairkan tadi..kacau rata
6) Bakar lebih kurang 45 minit...
7) Letak topping bila kek dah sejuk..hiaskan dengan coklat rice atau badam..SELAMAT MENCUBA...


CIKMA : Bahan-bahan ni sebenar nya dalam ounce...so, Cikma dah convert kan dalam gram..tu yang berat gm tu nampak pelik sikit kan..hehe..kalau timbang dah ada ounce senang ler kan...

Jumaat, 28 September 2012

Tengah gilakan benda ini...


Rest sekejap untuk entri masak dan makan..well..Cikma tengah gilakan benda di atas ni..apa dia.yup..beads..ya ampun..banyak nyer beads kan..hambik..stok cuti sekolah akan datang (tapi baju takde lagi ni..motif??)..hehe..

Gila seni menjahit plak aku...belajar sendiri..tengok-tengok kat internet..google dalam blog orang..try and error..rasa cantik..baru apply kat baju..dah siap..walawey..sangat teruja dan bangga..hasil sendiri..tapi Cikma belum uplaod lagi lah hasil karya ni ekk..coz nak kumpul banyak-banyak dulu..hehe

Sudah ada yang bertanya nak tempah jahit manik dengan Cikma..adeh!!belum profesional lagi..baru nak berjinak-jinak..tapi kalau simple boleh lah kot..nak suruh buat design..memang tak reti ler..apa yang ter appear dalam kepala otak ni..Cikma terus je buat..Insyaallah pada rakan-rakan yang ada bertanya tu..akan di pertimbangkan...hehe

CIKMA : Teringin nak buat crumble..emm..susah gak ekk..nak kena pikir idea lain nih..huhu

Selasa, 25 September 2012

Chilled Oreo Cheese Cake

Salam dan sejahtera..bertemu lagi..kalau semalam Cikma letak entri resepi Blueberry Cheese Cake..hari ni Cikma letak pulak resepi Chilled Oreo Cheese Cake..wah!!..oreo tu..memang sedap..kalau kat Secret Recipe dalam RM 7.50 sepotong..kali ni satu loyang boleh hadap sorang!!..hehe..save belanja kan...:)

Resepi ni macam biasa gak..search dalam pakcik Google..lepas tu tulis dan tak ingat dari mana belog nya..kepada tuan empunya belog..mintak maaf banyak-banyak..yang best..Cikma begakan sikit resepinya..sebab nak memudahkan Cikma cari bahan plus kebetulan bahan untuk buat blueberry cheese cake tu ada..Cikma pun buatlah..hehe..so, layan-layan kan resepinya...




Bahan-bahan :

Base cake :
1) 220 gm biskut Tiger (nak pakai biskut Oreo boleh..tapi kalau ada ongkos lebih ler)..
2) 100 gm butter (di cairkan)

Bahagian cheese cake :
1) 260 gm cream cheese (kalau pakai 250 gm kurang kan whipping cream 30 gm)
2) 280 gm whipping cream
3) 130 gm gula castor
4) 20 gm gelatin (di bancuh dengan 1 cawan air panas)
5) 80 gm biskut oreo (di kisar dan asingkan cream nya)
5) 1 1/2 sudu jus lemon (kalau tak nak letak pun takpe..jus lemon just untuk hilangkan sikit rasa muak time
    kita makan cheese cake ni.

Cara-cara :
1) Kisar halus biskut tiger dan campurkan dengan butter yang telah di cairkan. Tekan adunan dan masukkan dalam peti ais selama 30 minit.
2) Pukul whipping cream hingga kembang (jangan pukul terlalu lama ekk..dalam seminit tu dah cukup). Ketepikan.
3) Pukul cream cheese dan gula castor hingga kembang dan sebati.
4) Masukkan whipping cream tadi ke dalam adunan. Kacau sebati.
3) Masukkan perahan jus lemon dan juga gelatin.
4) Kacau adunan dan selepas itu masukkan serbuk biskut oreo ke dalam adunan.
5) Tuang ke atas cake base tadi dan masukkan ke dalam peti sejukan selama 5-6 jam (paling elok semalaman)..SELAMAT MENCUBA
6) Lebihan biskut oreo tu boleh kita hiaskan atas cheese cake tu...

Cikma buat kek ni ikut gerak hati je..takdelah sangat ikut sukatan..sebab kek ni masuk peti ais (tu sebab di panggil Chilled atau non-baked)..so jangan risau le kalau tak jadi..kompem jadi nya..hehe..nak lebih tambah biskut oreo tu pun tak pe..even nak lebih kan whipping cream tu pun tak de apa-apa masalah..yang penting gelatin mesti ada..sebab itulah ejen yang bagi keraskan kita nya cheese cake...ok...:)

CIKMA : Terasa di hujung minggu ni nak buat bread butter puding ler pulak...hehe

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails