Saturday 27 February 2010

Seminggu Yang Sengal...

Sejak seminggu ni aku rasa bukan diri aku yang sebenarnya...aku rasa macam orang asing yang masuk dalam diri aku....sangat tension secara tiba-tiba..tengok dari luaran memang nampak ok...tapi kalu tanya yang bab dalaman pulak...memang ko...

Dulu aku pernah cakap aku dah dapat kebebasan aku..tapi sebenarnya...emm sekejap jer...sebab tak seratus peratus dalam diri aku ni bebas sebebas-bebasnya..ada benda yang terpendam dalam hati yang buat aku jadi sengal seminggu ni....rasanya akan terus sengal dalam tempoh yang lama...selagi aku tak lepaskan 'benda' tu..


 

Mood baik aku pun dah hilang entah ke mana...hadui..tolong aku wei....seksa betul dah ni...aku time balik kampung mood jadi baik...sebab dapat jumpa mak dan abah..bila balik KL jer...mula mood sengal tu datang balik...aku dah tak tau nak buat apa...memang hanya aku je yang tahu apa yang ada dalam jiwa dan perasaan aku sekarang...orang lain memang tak tahu......sebab aku tak pernah bagitau...pernah berbicara dengan ALLAH SWT....bertanya dan merayu supaya apa yang berlaku dalam diri aku sekarang ni di selesaikan..tapi..emmmmmmm...memang ALLAH SWT tengah menguji aku sekarang ni.........ujian yang sangat hebat....DIA memang mahu aku melawan perasaan yang semakin parah dan sengal ni sendiri...dan DIA memang nak tengok sejauh mana aku sentiasa mengingati-NYA...

Susah sebenarnya kalau yang empunya badan sendiri tak mampu nak buat apa-apa...sekarang aku kena kuat...mencari kekuatan aku untuk melawan perasaan sengal yang tak sudah ni...aku kena lawan balik perasaan ni...kalau tak lawan...parah aku...dulu sorang kawan aku cakap..".kau kena pilih yang terbaik untuk diri kau"...tapi aku ego...aku cakap aku dah biasa hadapi perasaan sengal ni...dah biasa terluka....terluka???aku terluka ke???apa yang terluka???jiwa???perasaan???....hadui...tak tahu lah....memang sengal sungguh aku sekarang ni........Ya ALLAH, bantulah hambaMU ini...beri aku petunjuk untuk menyelesaikan masalah ini.......lepaskan 'benda' itu..Ya ALLAH..............

CIKMA : 'Benda' apa yang aku kena lepaskan???..andai umur aku panjang akan aku beritahu kemudian...

Saturday 20 February 2010

Journey to the North

Seminggu cuti CNY...aku memang sakan giler berjalan...lepas pergi Selatan...aku pergi Utara pulak...saja lepak-lepak umah adik...tak ke mana pun...jalan-jalan sekitar Balik Pulau je...



 


 
 Pagi yang indah di Balik Pulau


Pantai Pulau Betong


Ikan bakar Siakap ni memang best!!!




 


 
Tapak tinggalanku...huhu




CIKMA : Macam maleh jer nak balik Key Ell ler...huhu

Thursday 18 February 2010

Kelakar tak ingat!!!

Meh kite gelak sama-sama aaaaaa..............

















CIKMA : Serius...aku kalo tension mesti tengok klip video kat atas ni..memang kelakar tak ingat!!!haha

Bila kita memberi dan menerima..

"Kita perlu ada GIVE AND TAKE"...ungkapan yang selalu kita dengar kalau kita sedang dalam sebuah perhubungan..tapi dalam kehidupan kita pun selalu nya memberi dan menerima akan ada dalam setiap situasi yang berlaku antara kita dan orang lain....

Hidup kalau tidak memberi dan menerima...bukan HIDUP namanya...kadang-kadang dalam satu situasi...pihak kita terpaksa beralah...untuk memberi sahaja...manakala satu pihak lagi menerima sahaja...adilkah pihak yang memberi tu? mungkin pihak memberi terpaksa berkorban dalam setiap perkara yang dia lakukan...yang menerima terasa diri dihargai dan bangga...kerana pihak yang memberi terpaksa berkorban masa, tenaga, jiwa dan raga...


Situasi memberi dan menerima perlu seimbang dalam setiap perkara. Tanyalah mana-mana makhluk yang bergelar MANUSIA dekat dunia ini...tiada seorang pun daripada mereka yang sepanjang hidupnya hanya memberi sahaja. Bodohlah makhluk itu yang dirinya selalu berkorban untuk memberi sahaja. Walhal pihak yang memberi tahu akan akibat di kemudian hari. Sanggup rasa terseksa sepanjang hidup untuk melakukan perkara TAK MASUK AKAL itu...

Setiap perkara harus berlandaskan kepada keadilan...baik dari pihak memberi dan juga dari pihak yang menerima. Kalau keadilan itu tidak di guna pakai dalam setiap perkara atau perhubungan...mampukah ianya berjaya dilaksanakan ataupun perkara itu gagal dilakukan? Dua pihak yang berlainan harus sedar bila kita memberi dan menerima secara adil dan saksama...semua perkara dapat diselesaikan dengan cara baik dan teratur...dalam perhubungan...memberi dan menerima secara adil juga dapat membentuk hubungan yang baik dan tenang...tanpa ada gangguan emosi dan rohani...

Namun, adilkah seseorang itu jika dirinya tidak pernah mengalami situasi menerima daripada orang lain sepanjang hidup? Jika dirinya selalu memberi...kepada orang lain..? Aman bahagiakah hidupnya? Atau ada sesuatu yang tersembunyi dalam pemikirannya untuk menanti peluang yang akan diguna seluruhnya nanti untuk mendapat apa yang dihajatkan? Menggunakan peluang yang terhidang di depan mata walaupun terpaksa menanti untuk tempoh yang lama...Adilkah???

Situasi memberi dan menerima harus berpaksikan kepada pemikiran antara dua pihak yang adil dan benar...kalau adapun perkara yang boleh mengakibatkan sesuatu situasi itu tidak berjalan dengan baik...kita haruslah berbincang dan mengenal pasti setiap masalah dalam sesuatu perkara. Bila kita memberi dan menerima, kita harus berlaku adil kepada diri dan pihak yang satu lagi. Harus ada situasi mengalah dan berkorban. Perlu tanamkan sikap posotif dalam setiap situasi dan perhubungan. Bila kita berfikiran positif, situasi memberi dan menerima akan menjadi satu situasi yang mudah dan senang....

 

CIKMA : Selalu memberi...jarang menerima...

Wednesday 17 February 2010

Journey to the South

Cuti-cuti Malaysia....nak kata pegi cuti tak lah mana pun...menghantar sepupu bertunang ke Ayer Hitam, Johor....kali pertama pegi ke negeri paling selatan dekat Malaysia ni ( dah nak masuk umur 29 tahun baru dapat pegi ) huhu...ada empat negeri lagi yang belum aku jejak dekat Malaysia ni....Perlis, Kelantan, Sarawak dan Sabah...Insyaallah...akan aku usahakan untuk pergi ke negeri-negeri tersebut...haha...



 


 


 
My sis n my bro...

 


My mum..




Shopping time!!!!


Kuih paling popular dekat kawasan Ayer Hitam...Putu Buluh Gula Melaka...mak saudara kena tunggu dekat 1 jam sebab nak beli kuih ni...ramai giler yang beli...memang sodap arrr....

CIKMA : Aku teringin nak pergi Danga Bay, Johor Bahru...

Friday 12 February 2010

NEON DI TELUK INTAN...

 


  

 


  


  


  

Ini view waktu malam kat hometown aku aka Diamond Bay...saja malam tadi round2 bandar Teluk Intan...macam biasa...kalau dah nak Tahun Baru Cina memang malam-malam bandar ni havoc n happening..dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan bentuk...dengan khemah-khemah jualan di Dataran Menara Condong...tadi tak singgah pun...ramai sangat orang...well untuk kengkawan aku especially kawan-kawan aku yang beragama Buddha...Selamat Tahun Baru Cina...moga tahun Harimau membawa tuah dan keberanian dalam meniti hidup yang mendatang....

CIKMA : Aku bukan fotografer yang hebat....kui3...sori kalau gambo ni tak jelas...pakai handphone yang takde anti shacking...haha...layan je lah ekk...

Thursday 11 February 2010

Dari Jiwa Ini

Broken Vow






It's Not Goodbye






I Don't Love You





CIKMA : Suka dengar..........

Wednesday 10 February 2010

Bebas!!!

Bangun pagi tadi...tiba-tiba aku rasa badan aku ni macam ringan jer (padahal tak ringan mana pun!!!huhu)..rasa jiwa aku tenang sangat..fikiran aku pun lapang jer....aku tak tau pasal apa...

Selalu tu tiap kali bangun...malas bukan main...dengar bunyi alarm handphone terus aku tutup...siap sambung tidur barang 5 ke 10 minit lagi...(tu yang kenkadang terlajak tu)..tapi pagi tadi...aku terus bangun....segar sesangat...yang best aku tak rasa mengantuk..walaupun aku selalu tidur lewat (layan FB lah ni) huhu...selalu memang rasa letih kalau bangun...tapi pagi tadi memang bersemangat je...hehe...

Aku tetiba rasa macam diri ni BEBAS...sebebas-bebasnya...mungkin selama ni aku rasa macam terkongkong...jiwa dan hati aku rasa macam ada sesuatu yang menyekat aku dari mencari kebebasan aku sendiri..tapi kali ni...aku rasa macam aku baru aje bebas dari sebuah bilik yang sangat gelap..dan aku sekarang seperti menuju ke satu tempat yang baru dan indah....(wah!!!bermelankolik lah pulak!!!)huhu...

Aku harap sangat yang kebebasan yang aku baru nak kecapi ni (rasanya sejak dari tahun lepas ni...)akan kekal samapai bila-bila...aku tak nak rasa yang aku rasa sekarang ni hanya sementara...mungkin aku baru dapat petunjuk daripada ALLAH SWT..pilihan yang terbaik untuk aku...mencari dan terus mencari "Kebebasan" aku sendiri..............

 

CIKMA : Teringat lagu dari kumpulan FREEDOM..."Mulanya Disini"....

Tuesday 9 February 2010

YO TE AMO




Aku paling suka lagu Spain ni...penyanyi...Chayanne..first time dengar masa aku kemaruk cerita bersiri dari Taiwan "Meteor Garden 2"....memang jiwang jer dengar (walaupun satu haram pun aku tak faham apa dia nyanyi..)huhu..

CIKMA : Tak silap aku maksud YO TE AMO ni AKU MENCINTAIMU...

Saturday 6 February 2010

Shopping..

Semalam aku pegi shopping ngan Pk Hem Sek aku aka Kak Jun n Yaya ke Jalan TAR..temankan diorang beli kain pasang dekat Kamdar dan lepas tu ke Mydin Jln Masjid India untuk beli keperluan harian...dah ler hujan lebat petang Jumaat semalam...meredah hujan di tengah-tengah kota Kuala Lumpur ni mencabar jugak lah...bukan sebab hujan lebat tu...tapi sebab terpaksa meredah air-air lopak yang kotor dan jijik...kengkadang pikir sampai bilalah pihak-pihak yang bertanggungjawab ni nak betulkan sistem perparitan dan saluran air yang baik...dahlah busuk...hitam pulak tu..hadui...

Aku bukan nak cerita lebih-lebih tentang lopak-lopak yang ada kat jalan-jalan Kuala Lumpur ni..tapi nak story sikit tentang bab shopping...Shopping???kenapa pulak aku terpikir nak citer bab ni...aku rase kaum perempuan macam aku ni kalau bercerita pasal shopping sehari semalam tak abis....boleh continue pulak tu sampai seminggu..hehe...

Shopping ni selalu dikaitkan dengan membeli barang sama ada barang itu adalah barang keperluan atau kehendak...dan selalunya bila pegi shopping barang keperluan tu diambil kira sebagai barang yang paling utama untuk di beli berbanding barang kehendak..selalunyer barang macam barang harian...barang kering dan basah...

 

Tetapi..selalunya bila dah keluar pegi shopping ni...mesti ada jugak yang terbeli barang yang bukan dalam senarai barang keperluan...selalunya barang kehendak yang selalunya kita jarang nak beli untuk setiap bulan..sebabnya...dah nama pun shopping...kalau tengah duk berjalan tengok barang kat pusat beli belah tu..mesti jugak mata tu nak tengok benda yang lain selain daripada barang yang kita nak beli...(siap sebelum g shopping dah list barang dalam note book )...bila dah tertengok pulak barang yang kita berkenan...apalagi tak perlu pikir panjang terus je beli...espicially kaum perempuan lah yang aku tengok...bila barang keperluan yang dah di list dalam note book tu nak di beli..alih2 duit tak cukup sebab dah terbeli barang yang x de dalam perancangan dorang...kes-kes macam ni lah yang boleh buat budget kita tiap-tiap bulan jadi over the limit...duit dah jadi kering walaupun baru nak masuk tengah bulan...alahai..

Aku nasib baik tak termasuk dalam kes-kes kat atas (walaupun kenkadang duit dalam bank dah takat hidung jer..huhu) mungkin sebab aku ni maleh nak keluar shopping...letih dan penat...kaki jadi sakit...hadui...kalo nak kuar g beli barang pun setakat beli apa yang patut dan pastu balik rumah terus...sebulan sekali time dah dapat gaji aku pastikan akan list barang2 yang x do dekat kabinet aku pastu terus beli..kenkadang tu ada jugak yang terbeli benda yang tak ada dalam list...tapi tengok keadaan budget aku bawak time pegi shopping arr..

Aku jugak bila beli barang atau benda takde sangat lah nak tengok yang branded item..janji apa yang aku beli espicially baju ke atau seluar yang rase selesa dan sopan..(sopan ker???huhu) dah cukup bagi aku...kite nak bile memang lah nak rasa puas...tapi kalo dah sampai tiga empat ratus tuk sehelai baju tu kira bleh puas hati ker...memang orang kata alah membeli menang memakai...tapi rasenye baik lah duit tu kita simpan atau tak pun selesaikan lah hutang-hutang yang tertangguh macam PTPTN ker...hutang kad kredit ker...dan apa2 hutang yang sama waktu dengannya lah...huhu

Ada jugak yang aku tengok suka betui pegi window shopping...window shopping???beli belah tingkap...hehe..ada lagi ker sekarang yang hanya keluar ke kompleks beli belah (espicially kaum sejenis aku ni) semata-mata nak tengok2 jer...kalo ader lah aku respect orang tu sebab boleh tahan nafsu nak membeli...dan kalau lah time dia window shopping tu mase sume barang-barang tengah sale...jualan murah..(sampai cecah 80%)..hehe...ader ke ekk org macam tu...kalo ade lah mmg aku nak jumpe dia...haha...

Cerita bab shopping memang tak abis...tapi bila bercerita tentang peel orang pegi shopping ni memang kelakar...lebih2 yang dah kahwin..time tengah bercinta dulu sanggup lah teman kan kekasih hati bershopping berjam-jam...takpe sakit kaki...lenguh tangan jinjing beg plastik...sebab kekasih hati punyer pasal lah tu....tapi bila dah kahwin...sorang duk luar sorang duk dalam...jalan sensorang...siap bagi time lagi kul berapa abis shopping...ada pulak hanta jer ke shopping kompleks...lepas dua tiga jam baru pegi amik bini kat situ..huhu...memang geli pankreas aku dengar...haha

Jadi...conclusion nyer...sapa2 yang gile shopping dan jugak yang bukan gila shopping..beringatlah...mungkin masa ada duit boleh lah nak beli itu dan ini..tapi bila tengah duit tu dah takde...time tulah tau betapa langit tu tinggi ke rendah......so...berhemah lah apabila berbelanja...dan amalkan cara menabung dengan baik...(pesanan dari pihak penaja...)huhu...

CIKMA : Pantang aku kalo tengah shopping tetiba salesgirl tarik aku suruh beli produk diorang...mula-mula cakap tengok dulu....pastu alih-alih suruh beli pulak...memang suweyy...

Thursday 4 February 2010

Teringin..

Uihhhh...letih arini...kul 3 petang baru sampai rumah...meeting pulak dekat sekolah tadi..ingat nama tak termasuk dalam meeting...alih-alih ade sangkut paut jugak...Mesyuarat Induk 3K...aku kan s/u KKM..so kena jugak lah masuk...kang pk hem aka mak ude mare lah pulak..huhu

Dah balik lambat...terasa sangat ler letih..kebetulan aku pose arini...dengan lesu nyer...pastu di tambah panas terik arini...hadui...menguji kesabaran betui arini pose...ari isnin lepas pose jugak...tapi tak seletih dan selesu arini..

Tengah duk meeting tadi (tak masuk apa2 pun dalam otak)...teringat ler pulak nak plan apa makan tuk berbuka pose ptg ni....ikut hati...makan tu takdelah sangat...tapi bab minum ni...hadui...kalo dapat air sejuk pun dah cukup...memang terasa haus betui hari ni...kepala dah duk ingat nak makan sesuatu yang sejukkk......huhu

Dan...aku tetiba teringin nak makan ABC @ AIR BATU CAMPUR dan LAI CHI KANG....peh!!!memang terliuq betui...aku duk imagine ABC SPECIAL kat seksyen 2, Shah Alam...ABC COKLAT....huhu....lama betui tak makan ABC COKLAT tu...lazat jangan cakaplah...yang penah rase tau betapa bestnyer bila ABC tu masuk dalam mulut..huhu...mak mentua lalu pun x pandang dah!!!

LAI CHI KANG...huhu kalo dapat ni memang tak hingat orang belakang...teringin yang made from RESTORAN BERKAT....kat tempat aku (Teluk Intan)...peh!!!dia punyer LAI CHI KANG memang meletup...banyak gak isi-isi dalam LAI CHI KANG tu..murah pun murah...hadui...terliuq lah....

Nak carik kat Pandan Indah ni takdo yang best...susah nak cari yang kaw2 punye...tak tau tempat yang best (sebab aku bukan kaki jalan)...tu yang tak tahu sangat tempat yang ader ABC SPECIAL N LAI CHI KANG yang meletup....

Walaupun x dapat nak makan..tapi aku masukkan gak gmbo2 ABC n LAI CHI KANG dalam entri ni...bukan ape...kalo lepas ni aku teringin nak makan...tapi tak dapat...bolehlah aku bukak entri ni tgk gambo2 ni...saje untuk melepaskan  gian...huhu

 

  


  


  


  


  

CIKMA : Kalo ader lah kat umah ni mesin buat ABC..tiap2 hari aku buat!!!huhu...

Wednesday 3 February 2010

Puas hati..ke tak??

Aku sebenarnya dah maleh nak cerita tentang bab2 sekolah ni..bak kata akak aku sorang ni...(kak min) entry berani mati..hehe...tapi aku tetap jugak nak tulis entry-entry berani mati tentang tempat aku cari rezeki...sebab nya....banyak yang tak puas hati daripada puas hati....dari segi perasaan...tanggungjawab...amanah...dan sebagainya..

Pertama...kes jadual waktu yang bagi aku tak sudah-sudah selesainya...ada je yang tak puas hati...kenapa???sebab diri tu dah besar sangat dekat sekolah tu...siapa???yang rase diri tu terlalu banyak tugas dekat sekolah dan konon-konon banyak sangat jawatan dipegang...bagaimana???dorang akan serang orang-orang tertentu especially yang buat jadual dan pentadbir untuk membuat sesi luahan perasaan konon nak raih simpati...emmm..sori...entry aku kali ni memang panas dan pedas giler...yang tak terlibat...buat muka maintain...konon-konon bagi semangat dekat pembuat jadual supaya bersabar...kalau kena batang hidung sendiri...tak ke jugak buat kecoh???betui tak!!!

Kedua..kes turun naik...pagi ke petang...petang ke pagi...ni ape kes???dah suruh cikgu tu mengajar sesi petang...x payah lah suruh mengajar sesi pagi pulak...dah separuh jalan mengajar budak...pastu yang mengajar petang nak disuruh pegi ke pagi pulak...x ke pelik...sebab???nak jaga hati orang...kenapa???takut orang-orang tertentu dan istimewa tu merajuk dan mintak tukar sekolah..tak pun takut kena report dengan PPD...bagaimana???cikgu-cikgu yang punya kes tertentu...terlebih guru...permintaan secara peribadi ke pejabat...punya percakapan dialek yang sama akan mempunyai keistimewaan...dipertimbangkan sebaik mungkin...DG41 di beri keutamaan dan keistimewaan..(walaupun aku dalam grup tu...tapi tidak diberikan keistimewaan)...emmm...panas telinga????

Ketiga..bertindak mengikut arahan...didapati kebanyakan masalah yang tak puas hati di kalangan cikgu-cikgu kat sekolah tu sebab ada kumpulan diberikan keistimewaan...dan ada grup yang buat tak tahu (konon-konon buat muka poyo)..serta ada grup yang tunduk hormat menerima segala arahan pihak-pihak atasan...emm...siapa dikalangan yang punyai keistimewaan lebih tu...adakah punya hubungan persaudaraan dengan pihak-pihak istimewa ataupun punyai aura yang begitu hebat sampai menenggelamkan cikgu-cikgu yang lebih dulu makan garam dalam bidang pendidikan ni????cuba di tenung dan di pikir balik...adakah kita juga terlibat sama ataupun mengambil jalan tengah...atas angin...emmm

Entry aku kali ni memang panas...aku tak tau sebab apa aku boleh buat entry ni...aku berfikir...tapi tangan aku cepat sangat nak menaip...rase macam tak balance...tapi bagi aku apa-apa saja alasan yang pihak tertentu bagi tau...aku tetap katakan...jangan libatkan aku dengan masalah korang...dan jangan kacau kerja aku!!!kenapa????pantang aku kalo melibatkan aku dengan perkara tak berfaedah dan jangan sesekali mengatur sesuatu untuk aku tanpa discuss dengan aku dulu...!!!kerana sesuatu akan berlaku kalau dorang buat macam tu dengan aku...(ancaman atau ugutan???)huhu...renung2kanlah...dan selamat beramal!!!!

CIKMA : Entry kali ni tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia...kalau ada ianya hanya kebetulan semata-mata...(kui3...macam Cerekarama lah pulak!!!)

Tuesday 2 February 2010

SITUASI

Situasi pertama :

Pagi tadi....di Kelas 1 Amanah :

"Cikgu...saya bagi ni untuk cikgu"...murid...
"Nape?"....aku..
"Saya memang nak bagi kat cikgu Akma honey star nie..."..murid
"(dalam hati..pelik)...ler...ye ke...nanti awak tak dapat makan kalau dah bagi cikgu ni.."..aku..
"X ape...saya ada lagi satu..."..murid..
"Emmm...ok...tima kasih ye.."...aku..tersenyum...

 

Situasi kedua : 
Juga di kelas 1 Amanah....beberapa minit selepas itu...

"Cikgu Akma...saya nak bagi duit raya pada cikgu.." sambil menghulurkan RM 1.00...murid...
"(semakin pelik)...Eh, kenapa tiba2 awak nak bagi cikgu duit ni....?...x payah susah2...awak simpan duit ni...nanti x cukup duit awak nak belanja..!"...aku...
"Tak apa...saya ada duit lagi..."...murid..
"Tak perlu...cikgu pun ada duit...awak simpan duit awak...kat rumah ada tabung tak? kalau ada simpan dalam tabung...x payah bagi cikgu ye..."...aku...
"Baik cikgu..."...murid...


 

Kenapa aku bagitau situasi2 di atas???? SEBABNYA...

1) Aku bukan pun cikgu kelas 1 Amanah ( kelas ni kelas yang pertama...kelas pandai )..dan juga bukan cikgu mana2 matapelajaran yang mengajar kelas tu...aku tadi pun masuk cuma untuk relief class jer...tapi kenapa budak2 tu nak bagi benda2 ni dekat aku????x rasa pelik ker....tanya cikgu2 yang masuk mengajar kelas tu pun x penah dapat 'PRESENT' dari budak2 tu....huhu...

2) Sapo kata aku garang....budak2 tu siap bagi 'PRESENT' kat aku...nak bagi DUIT RAYA lagi...sebelum masuk tadi pun aku dah SOUND dorang dah....biasaklah puan besar x do lagi mase tu...so...tgk budak2 tu bising apa lagi....lontaran vokal ku pun bergema lah!!!...tapi dorang ok jer...tu yang siap bagi makanan n duit kat aku...huhu...kelakar betui lah!!!

3) Aku rase Puan Besar pun x dapat 'PRESENT' dari budak2 tahun 1 Amanah ni...dia tu masuk mengajar kelas 1 Amanah untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris...rasa nya memang budak2 tu x pernah bagi apa2 kat dia...yang aku ni baru masuk sekali dua dah dapat makanan n duit...x ke pelik....huhu

So...conclusion nyer...sapo kata aku ni garang....budak2 tu pun boleh judge mana cikgu yang garang...baik..sayang kat dorang....aku ni kalo marah kat bebudak...bukannye berdendam pun...x pernah ler doakan dorang tu jadi budak2 jahat....tapi selalunya kan kalo cikgu ala2 aku ni ler...budak2 akan selalu ingat sampai bila2.....bukan sebab garang...tapi cikgu dia ni didik dorang untuk jadi anak murid yang dengar kata n hormat kat guru2 diaorang...so...x salah lah kalo aku nak bertempik-tempik marahkan anak murid aku minggu sudah...kan!!!!!!!!

CIKMA : Puan Besar mesti jeles ngan aku kalo dia dapat tahu benda ni...kui...kui...kui...

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...