Thursday 28 March 2013

kENangAN TErinDaH

Last entri untuk bulan Mac...emm...enjoy lagu ni ekk...tetiba terimbas balik kenangan di Maktab Perguruan Raja Melewar tahun 2007..lagu ni sangat popular time tu..sebab tu Cikma suka..Al maklumlah..kenangan terindah Cikma banyak di peroleh di zaman maktab..hehe...rindunya pada rakan-rakan dan juga..emmm...huhu..rindu lagi ni..aduhai...:)



 


CIKMA : Bila yang tertulis untukmu adalah yang terbaik untukku kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku...

CIKGUMU CANTIK

2 entri sekaligus..hehe...kengkonon kan..tulah dah banyak sangat nak share...haruslah Cikma buat entri lebih!!!!

Kali ni nak share tentang aktivti hari terakhir sebelum cuti sekolah  di SKPI..emm..nak kata best..memang sangat best lah aku rasa...sebab tak pernah kot ada sekolah lain yang buat..maksudnya isitimewa nya kami siap ada lagu sendiri tu...yang itu lebih special..

Perasmian CIKGUMU CANTIK...wah!!!cantik ker cikgu-cikgu kat SKPI tu...huhu..of coz sangat cantik!!!ooo..ni bukan pasal paras rupa ok..ni semua adalah perasmian bagi Pencegahan Jentik-jentik di kawasan sekolah ataupun di kenali sebagai Cikgu dan Murid Cegah Pembiakan Jentik-jentik...

Yang best..perasmiannya bagi Cikma sangat superb..ada model nyamuk raksasa bagai..siap ada pementasan teater dan juga lagu tema untuk CikguMu Cantik..yang di buat khusus oleh Cikgu Iznan yang berbakat!!..Cikma secara kebetulan di minta oleh rakan sejawat aka Cikgu Iznan bersama-sama handle jadi emcee dan beri kuiz pada budak-budak..mula-mula macam nak tolak..yelah Cikma tengah banyak kerja plus di tambah perasmiannya adalah di buat pada sesi pagi..Cikma pulak mengajar sesi petang..tu kiranya Cikma bekerja seharian..tapi di sebabkan rakan-rakan mintak tolong..Cikma pun tolong..dapat pahala jugak kan..takpe..hari ni kita tolong orang..esok-esok orang tolong kita balik..betul tak!!!

Apa-apa pun majlis berjalan dengan lancar dan meriah..Cikma pun suka..dan ramai juga yang suka..so, Cikma sharekan sikit gambar yang sempat di ambil...







CIKMA : Banyak ilmu dapat tentang nyamuk aedes ni..:)

Cerita di sebalik boikot

Salam dan sejahtera....

Sebelum ni ada Cikma letak entri tentang boikot memboikot kan..hehe..kali ni cerita kenapa Cikma melancarkan boikot...bukan sebarang boikot..tapi untuk pengajaran kepada mereka tu...:)

Cerita boikot ni terjadi bila aku dah tak larat plus letih dengan sikap anak-anak didik yang tak pernah nak berubah sejak awal persekolahan tahun ni..Cikma tahun ni lah kan cuba nak ubah sikit cara pengajaran dan pembelajaran kepada anak-anak didik..dulu kalau budak-budak ni dengar jer nama Cikgu Akma..dorang dah tau aku sangat garang..bab marah plus merotan tu bagi kat aku..huhu..so, tahun ni Cikma buat pendekatan yang sangat bertolarensi dan buat pendekatan bagaimana Rasullullah SAW mendidik anak-anak Baginda..apa yang Cikma baca daripada muka buku kawan telah pun Cikma try test awal tahun ni..cuba untuk kawal kemarahan dan cuba bersabar dengan kerenah anak-anak didik..

Tapi, semakin bersabar..semakin menjadi-jadi perangai dan sikap anak-anak didik Cikma terutamanya anak-anak murid kelas 4 Dedikasi (kelas aku sendiri)..bukan sebab nakal tapi sebab asyik terlupa nak siapkan kerja sekolah plus terlupa nak bawak buku..kalau sekali dua tak apa..tapi boleh di katakan setiap hari ada jer yang tak bawak buku dan tak siapkan kerja sekolah..ok..Cikma memang mula-mula bila dorang tak buat kerja Cikma akan bagi masa untuk siapkan..dan kerja yang Cikma bagi hari ni hantar esoknya pula..tapi bila dah siap kerja yang dah tertangguh tu...kerja yang sepatutnya hantar esok..tak siap pulak!!!..itu yang hangin..sekali dua tak apa..ni berkali-kali..memang Cikma tak tahan..

Lastly, bila time periksa ujian fasa 1..memang aku sangat kecewa..memang kalau nak di ikutkan mereka ni masih baru dengan silibus...lagi-lagi tahap dua yang mana bertambah mata pelajaran serta aras makin tinggi..tapi Cikma tak expert yang ramai antara mereka akan gagal sebab dorang ni merupakan kelas ke-4 terbaik dalam aliran...Cikma sedih sangat dan kecewa..

Tertanya-tanya dalam diri..sebab apa jadi macam tu..kelas yang lain yang Cikma ajar (kelas ke-3 iaitu kelas 4 Cekal) pun ada yang gagal terutama penulisan..emm...memang Cikma tak nak salah kan dorang 100% MUNGKIN juga dorang masih terkial-kial dan masih belum faham bagaimana cara untuk menulis karangan dengan baik..tapi..bukannya Cikma tak bagi tips dan siap buat soalan spot kat dorang..itu pun masih ada yang tak faham..

Untuk kelas 4 Dedikasi..memang Cikma sangat kecewa..dan kekecewaan itulah yang membuatkan Cikma ambil keputusan drastik untuk boikot mereka..siap Cikma tanya mereka soalan yang mungkin mereka sukar nak jawab..antaranya bila aku tanya siapa yang suka aku mengajar BM? dan siapa yang tak suka aku ajar BM..ada lagi soalan yang lain..last2 dah tanya aku blah macam tu jer dan sebelum keluar dari kelas tu tetiba Cikma menitik air mata...

Esoknya Cikma boikot dorang...tak bercakap tak apa..bagi kerja jer..dorang tegur buat tak tahu...hehe..jahat kan aku ni..kengkonon merajuk ler tu..dasar dah jadi orang tua ni kan..suka sangat sentap bagai!!!..huhu...dalam seminggu gak lah until sebelum cuti tu Cikma pun decided untuk bercakap dan mengajar macam biasa...yang tak sangka sepanjang boikot tu adalah 2,3 orang murid-murid Cikma especially budak perempuan siap berutus surat bagai serta bagi hadiah...nak ambil hati ler tu...hehe

Tulah kisah boikot ni..emm..tak tahulah dorang sedar ke tak..kenapa aku buat macam tu..Cikma nak tengok lepas cuti ni ada perubahan tak..banyak juga Cikma bagi kerja sekolah..nak tengok dorang buat ataupun masih lagi dengan perangai lama..Cikma pun dah takde berkrompomi lagi dengan dorang...memang bagi amaran siapa yang buat salah pasti akan terima hukuman..Cikma pegang pada janji..tak kira lelaki atau perempuan Cikma kena hukum dorang dengan adil..bukan Cikma dah give up nak ikut cara didikan Rasullullah SAW..tapi mungkin Cikma masih belum bersedia nak berubah menjadi sesabar Baginda dalam mendidik anak-anak..mudah-mudahan aku boleh terus bersabar dan yang penting segala ilmu yang aku curahkan kepada anak-anak murid aku tu di gunakan sebaik mungkin hingga mereka dewasa...In Shaa Allah...



CIKMA : Bukan mudah menjadi seorang GURU....

Wednesday 27 March 2013

Teruja tapi..

Salam dan sejahtera...

Cuti sekolah seminggu jer..rasa macam cepat jer masa berlalu..hehe..dalam cuti pun sebenarnya bekerja..boleh??ingat nak rehat tapi..

Jadual waktu berubah lagi..emm..dah settle tahun 3..tahun 4 yang masalahnya..sebelum cuti dah buat sampai dah naik give up..sambung plak time cuti..tapi Cikma tak nak ler fokus sangat sebab nak rest mata dan otak..baru ler hari ni dan semalam starting balik..emm..keputusan nya masih sama..aku memang dah give up..so, terpulang lah pada komputer ni nak letak macam mana..redha ajelah kawan-kawan..kalau ada masa Cikma cubalah ubah..kalau tak...:)

Sebenarnya dalam masa yang sama Cikma teruja dalam menikmati saat-saat cuti ni..cuma tulah..bila fikir kerja yang masih pending ni membuatkan perasaan teruja tu macam biasa-biasa jer...bak kata orang nak enjoying the holiday..tapi tak le nampaknya..asal cuti..rehat dah cukup..segala apa yang nak di buat time cuti pun kena postpone ke cuti yang akan datang....

Maybe kena stop dulu berbloging..emm..banyak juga nak kongsi..In Shaa Allah lepas cuti Cikma sambung berentri baru ekk...apa-apa pun..memang tak sabar sebenarnya..salah satu impian yang aku tunggu dan pendam selama ini hampir terlaksana dan termakbul..apa dia..tunggu........:)


CIKMA : Sampai tak sempat nak fikir benda apa yang nak di prepared...redha ajelah..janji semua selamat..:)

Thursday 21 March 2013

Nombor 2


Salam dan sejahtera...ada apa dengan nombor 2..bukan pun nombor kegemaran Cikma..cuma nombor dua ni begitu rapat dengan Cikma sebab ada kaitan dengan sikap dan perangai Cikma sekarang...

Anak nombor 2..yup..Cikma anak nombor 2..orang kata anak nombor dua ni pelik sikit...pelik ekk???pelik tang mana tu??hehe..tapi Cikma akui anak nombor dua sangatlah pelik perangai nya..sebab..Cikma anak nombor dua!!.(berapa banyak dua daa..)

That's why orang yang kenal Cikma tak akan tahan dengan perangai dan sikap aku ni..kenkadang bukan kawan jer..famili pun sama..dan tuan empunya badan pun sama gak..tapi sebab perangai pelik lah aku mampu bertahan hidup di tempat orang...mencari rezeki yang halal untuk diri sendiri..berdikari dan sangat kuat untuk mempertahankan apa yang hak dan betul..ceh..ceh..ceh..

So, nak tengok apa yang ada pada anak nombor dua ni..meh kita check..yang pasti..apa yang di huraikan memang hampir 100% betul..ada jugaklah yang tak berapa betul..tapi selebihnya aku sangat bersetuju...anda bagaimana???

ANAK MANJA EMAK ♥
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia
kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih
independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.


CIKMA : Masih rindu..memang betul lah dalam fakta anak nombor dua ni...kalau dah jatuh cinta..memang sangat setia...huhu...setia lah sangat!! tapi bab pujuk tu..memang 100% betul..sebab aku bukan jenis suka nak pujuk orang dan terrer nak pujuk orang..korang terasa ker apa..aku bolayan jer..hehe..

Wednesday 20 March 2013

Rindu.....:(


Salam dan sejahtera...2,3 menjak yang sibuk..dah tak tahu nak buat yang mana satu..sampai satu tahap dah tak boleh nak buat apa...jawabnya tidur ajer...:)

Kerana sibuk nilah..kenkadang Cikma sedikit stress...nasib ada adik beradik kat area KL ni..di samping anak buah Cikma sorang nun di Klang aka ALIN yang dapat hiburkan hati..ewah!!!..kawan???emm..kawan rapat dah lama pergi tinggalkan Cikma..so, faham-faham ajelah...aku bawa hati yang lara ni dengan tidur ajer...huhu..

Tapi..maybe lah ekk...MAYBE!!!sebab penat punya pasal dan stress...masa time nilah Cikma betul-betul perlukan seseorang yang boleh menenangkan Cikma..yup..sangat2..tak malu untuk kongsi dengan u'lls semua yang Cikma sekarang ni sedang dan terlalu teringatkan seseorang...yang terlalu lama Cikma lupakan..yang terlalu lama Cikma buang dia jauh-jauh dari hidup ni...serius!!!dah beberapa tahun fikiran Cikma ni melupakan terus si dia...tetapi..sejak 2,3 hari ni Cikma terlalu dan kerap sangat teringatkan dia..sampai satu tahap kerana rindu...air mata ini keluar secara tiba-tiba..boleh kan...nampak aje aku ni garang plus ganas..tapi dalam hati...ada taman...:)

Siapa dia???rasanya pernah Cikma tulis dalam blog ni..but trully, kalau dia muncul depan Cikma sekarang..perkara pertama yang akan aku buat dan fikir...hanyalah MENANGIS!!!...rasanya dia lah satu-satu nya sang arjuna yang buatkan aku mengalir air mata sehingga sekarang..emm..rindu..memang rindu dengan dia....:(

Apa pun yang dia lakukan di sana...di mana pun..Cikma doakan dia bahagia dan sentiasa menjadi guru yang berdedikasi dan bertanggungjawab...dan kerana rindu...Cikma sanggup searching sang arjuna ini di pakcik google (rasanya dia takde muka buku)..dan dapatlah jugak lihat wajah dia secara kebetulan bila Cikma menjengah blog ntah sapa-sapa ntah..sejuk...sejuk mata Cikma pandang sang arjuna ini...tenang sikit hati..dan of coz..wajah dia memberikan sedikit kekuatan untuk aku meneruskan tanggungjawab yang di amanahkan kepada aku...jika dia tahu Cikma rindukan dia...hanya aku mampu minta daripada ALLAH SWT...supaya titipkan kerinduan ini kepada dia...kerana rindu ini juga sebahagian daripada kerinduan aku kepada MAHA PENCIPTA ku..ALLAH SWT.....:)

CIKMA : Katalah apa pun pada aku...kerana ini lah AKU...


Friday 15 March 2013

Boikot

Pernah kena boikot tak???atau di boikot??hehe..ni saja tanya tau..takde kaitan antara yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia..

Well, Cikma tak nak ulas apa-apa lagi just untuk nak buat renungan kepada kita sebentar terutama aku yang bergelar guru ni..apa yang Cikma buat semuanya bersebab dan yang penting Cikma dah lama sangat bersabar dengan perangai dan sikap murid2 ni..haha!!murid2??!!!apa kaitannya???nanti Cikma story mory sebab cerita boikot ni tak tamat lagi..dan jangan risau Cikma bukan nak cerita kisah boikot yang takde kaitan dengan orang lain di sekeliling aku..just hanya Cikma dan anak2 didik...ajer..tunggu ceritanya nanti....:)



CIKMA : Kaitan pic lebah???well sebagai rujukan untuk diri..mulut orang ni bisa dia macam di sengat lebah...pandai sengat...pandailah jugak nak sengat orang dengan kata2 yang mempengaruhi kuasa orang lain..aku tak sampai tahap nak sengat orang dengan kata2 sebab orang tempelan macam aku ni ibarat apa yang keluar daripada mulut aku ni macam air liur anjing jer..kena samak!!!tapi yang keluar daripada mulut orang yang ibarat lebah ni berharga sebab yang keluar ialah madu kan..banyak khasiat dan kegunaan..orang akan sangat hargainya..renung2kan...

Monday 11 March 2013

Harus terpisah...

Berpisah itu sakit...
Namun di sebalik perpisahan itu tersimpan kenangan
Jadikan kenangan itu satu hadiah untuk ingatan mu
Selama-lamanya....
Tetapi..
Jauh di lubuk hati...perpisahan itu sememangnya di jangka
Bukan untuk diri tetapi untukmu..
Bersabar dan redha lah..
Kerana perpisahan itu tetap tertulis buat kita...




Dengarkan juga lirik lagu nya ini..superb best...berulang kali dengar memang tak jemu...Cikma siap dah hafal lirik nya...sangat melankolik..


CIKMA : OK2...jangan fikir bukan-bukan...just dah lama tak berinterpetasi dengan perkataan..hehe



Sunday 10 March 2013

Cinta Sejati

Cikma suka lagu ni...kali pertama dengar seperti biasa-biasa..lagipun penyanyi nya bukan penyanyi kegemaran Cikma..tapi aku boleh mengagak pencipta dan penulis lagu ni adalah daripada Melly Goeslow..salah seorang pencipta lagu dari Indonesia yang sangat superb...(suka dengar hasil nukilannya)

Cinta Sejati..rupa-rupanya runut bunyi bagi sebuah filem Indonesia yang di lancarkan hujung tahun lalu...filem Habibie dan Ainun..mengangkat cerita ni daripada kisah benar iaitu kisah perjalanan dan cinta suci bekas presiden ke-3 Indonesia BJ HABIBIE dan isterinya Almarhumah Ibu HASRI AINUN BESARI..

Cikma sempat tengok teaser filem ini..kali pertama tengok kerana tertarik dengan lagu ni..terus ke Youtube dan Cikma mengetahui filem ni berdasarkan carian nama penyanyi lagu ini iaitu Bunga Citra Lestari (BCL)..apa yang boleh aku cakap..sangat tragis dan sungguh sedih..boleh ekk Cikma nangis tersedu sedan bila tengok teaser cerita ni..mendengar bait-bait skrip yang di lontarkan oleh pelakonnya (heroin nya adalah BCL sendiri sebagai Ainun) dan heronya (pelakon bernama Reza Rahardian sebagai BJ Habibie) membuatkan Cikma rasa nakkkk sangat tengok filem ni...:)

Dan yang pasti..mahu memiliki buku hasil karya BJ Habibie ni..mesti best kan kalau dapat baca..tak kisah lah kita tak faham bahasanya, tapi suka kata dan sebutan tetap hampir sama kan dengan Bahasa Malaysia..boleh jer kalau nak belajar memahamami bahasa Indonesia..hehe Anyway..layan kan lagu nya..kalau betul lah masih ada lagi cinta sejati seperti mereka..bahagia nya semua manusia ni dunia ini..termasuklah Cikma!!!

 


 

CIKMA : Tak perlu seseorang yang sempurna, cukup temukan orang yang selalu membuatmu bahagia dan membuatmu beerti lebih daripada sesiapapun #HABIBIEdanAINUN..thanks from blog http://teguhkaryanugraha.blogspot.com

Thursday 7 March 2013

Tak Sempat!!!


Huhuhu..memang rasa dua tiga menjak ni masa sangat mencemburui Cikma..bukan malas nak update tapi serasa sangat tak sempat..banyak yang nak di kongsi..banyak benda nak di beritahu (banyak ler sangat!!hehe) tapi Cikma cubalah update one by one..

Satu-satu perkara kena buat..cuma bila dah selalu delayed tu yang dah tak sempat nak buat..orang kata tak menang tangan..tapi IN SHAA ALLAH aku pasti boleh!!!..aduhai memang nak tunggu sangat cuti sekolah...rasa nak rest banyak2...

CIKMA : Sampai nak exercise pun tak sempat..rasanya berat naik dah sikit..risau ler plak..memang makan dah tak control..erk maksudnya control tapi time makan dah tak tentu..tu main belasah jer makan..janji kenyang..tapi banyak mendatangkan kesan buruk gak ni..salah satu nya tu yang Cikma cakap..berat badan naik..emm...kena buat rejim nih!!!

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...