Wednesday 28 April 2010

smoothies...

Hari ni..tetiba badan penat sangat-sangat..almaklumlah ada latihan sukaneka dan perbarisan..di tambah buat dekat padang...di simbah dengan cuaca membahang dari matahari..balik pulak terus basuh kain yang dah 3 hari tak di basuh..terpaksa mengangkut air dari dapur ke bilik air (tingkat atas)..air dah 2-3 minggu susah nak naik ke kolah bilik air..tu yang terpaksa berangkutan air..memang meletihkan..dan menguji jugak kesabaran...

Sambil menunggu air dalam baldi penuh untuk bilasan kain yang seterusnya..aku online dan terjah blog...mata melilau tengok entri baru blogger-blogger..lebih-lebih lagi blog kawan-kawan maya yang rajin memasak..hehe..memang buat air liuq ni melelah tengok masakan-masakan yang sedap dalam blog mereka....dah nama nya kuat makan..apa-apa benda yang nampak sedap memang teringin nak makan...

Dalam suasana panas membahang ni (walaupun semalam tidur dalam kesejukan) tetiba tekak ni rasa nak menikmati smoothie pulak..hadui..bestnyer kalau dapat...dulu teringin makan cendol pulut...dah dapat dah last week...kali ni nak minum smoothie pulak..dan macam biasa..aku akan download gambar-gambar smoothie untuk aku masuk dalam entri kali ni...saja nak lepas kempunan....layan ekk.....lazatnya kalau dapat!!!!









CIKMA : Ada tak yang tahu macam mana nak buat smoothie macam kat gambar-gambar atas ni???kalau ade nak kongsi resepi......hehe

Melangkau pemikiran

Kanak-kanak...kalau di ajar ABC...123..ALIF BA TA..memang akan ikut dan turut...kanak-kanak mudah dengar kata..dengar nasihat kalau kena pada gaya dan cara...mereka ni ibarat kain putih..jika corak yang terhasil sangat indah dan cantik...maka hidup mereka di kemudian hari akan baik dan berjaya..namun..jika di corak dengan lakaran yang kucar-kacir...buruk dan tidak cantik...hidup mereka akan tidak terurus dan mengundang perkara yang tidak baik pada masa akan datang...


Selama menjadi kanak-kanak...aku di didik dalam suasana tegas dan penuh kasih sayang oleh ABAH dan MAK..didikan yang mereka berikan pada aku sangat-sangat berguna dan bermanfaat bila aku menginjak dewasa...ABAH terutamanya..sangat tegas dan garang..namun dalam garang dan tegasnya..masih ada sifat lembut dan kasih pada anak-anaknya..ABAH jarang menolak permintaan anak-anak...sikap beliau yang aku salute sampai sekarang..MAK..sangat penyabar dengan anak-anak..walaupun selalu jugak membebel sebab perangai dan tingkah laku kami yang adakalanya mengundang susah hati mereka......

Bila aku memasuki alam pekerjaan yang memerlukan aku berhadapan dengan kanak-kanak...pelbagai ragam dan perangai dapat aku lihat dan saksikan...baik..nakal...bijak..kurang bijak...comel...comot..semua nya ada..kadang kala mereka ini benar-benar menguji kesabaran aku...kenkadang terpikir aku di takdirkan menjadi pendidik oleh ALLAH SWT adalah untuk mengawal rasa amarah dan menjadikan aku orang yang lebih sabar dan lemah lembut (ye ker??hehe..)

Mereka ini juga adalah penawar waktu aku sedih dan susah hati..tengok peel dan keletah mereka membuatkan aku berfikir mereka tidak rasa apa-apa dalam hidup waktu ni..rasa riang ria..tidak pernah berfikir tentang masalah...tidak berfikir tentang hati dan perasaan..tidak berfikir susah dan senang...semuanya bagi mereka indah belaka...

Namun, adakalanya pemikiran mereka ini kadang-kala melangkaui pemikiran kanak-kanak itu sendiri...senang cerita..zaman kanak-kanak dulu tak pernah nak terpikir buat benda yang bukan-bukan..macam peluk, cium  raba kawan-kawan yang berlainan jantina..tapi sekarang..mereka dah tau buat benda-benda tu...ada pengalaman tengok CD yang agak 'kotor' di rumah..melayari laman sesawang 18 SX ke atas..nauzubillah....bila mereka praktikan di sekolah tentu saja akan mengundang perkara yang tidak sihat kepada rakan-rakan lain...

Bila melihat perkara-perkara tersebut...bukan pihak sekolah saja yang perlu pantau dan jaga tingkah laku mereka..tetapi ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang penting..apa-apa jenis pembelajaran dan pengetahuan yang mereka tahu sebenarnya datang dari persekitaran rumah mereka sendiri...sikap dan tingkah laku mereka...pembawakan diri mereka di sekolah merupakan cerminan diri ibu bapa kanak-kanak tersebut..jadi ibu bapa haruslah menjaga dan mengambil berat tentang apa yang mereka buat di dalam dan di luar rumah agar pemikiran mereka itu tidak di pengaruhi dengan anasir-anasir yang tidak baik di kemudian hari....


CIKMA : Mengelak untuk berfikir yang bukan-bukan....

Monday 26 April 2010

MEMBEBEL

Aku nak buat entri ni masa hari Sabtu lepas..tapi di sebabkan ada entri lain nak di tulis..aku hold dulu entri ni..bukan apa takut terlalu lama di simpan..takut lupa pulak apa yang nak ditulis...

Memandangkan blog aku ni dah ramai yang baca..eloklah kalau aku tulis yang baik-baik je..yang tak baik tu..biarlah jadi simpanan aku...memang terpikir nak tulis..tapi..takut mengundang benda yang tak elok di kemudian hari...

Aku sebenarnya jarang menulis tentang anak murid aku..sebabnya kalau di tulis..benda yang sama je akan berlaku setiap hari...mula-mula masuk kelas..sepatutnya ada set induksi..tapi macam biasa aku mulakan sesi pembelajaran dengan membebel pada anak-anak murid...kalau dah namanya mengajar tahun 1 kalau tak membebel tak sah...lagi-lagi kalau kelas tu yang di hujung-hujung...

Tapi...aku jarang dengar pulak anak-anak murid aku ni membebel...hehe..bukan jarang lah..rasanya tak pernah sejak 3 tahun aku bertugas sebagai pendidik...mungkin dorang pernah kot membebel ni..tapi membebel dengan kawan-kawan je..kalau tak pun dorang membebel masa cikgu tak de dalam kelas...tapi hari tu (Sabtu lepas) entah macam mana aku boleh terdengar budak-budak aku ni membebel...mula-mula tu aku tak nak amik kisah sangat..last-last..macam best pulak dengar...sebabnya macam dah nak bergaduh dua orang anak murid aku tu..aku biarkan je...siap senyum-senyum doreamon lagi..tunggu je apa reaksi dan tindakan dorang...

Kisah membebel dua orang anak murid aku ni bermula bila aku mengajar subjek PENDIDIKAN SENI VISUAL..kelas...1 GIGIH..(memang gigih murid-murid kelas tu!!hehe)..aku suruh dorang lukis gambar RUMAH CENDAWAN..kiranya ala-ala rumah fantasi lah..macam dalam cerita ALICE IN WONDERLAND...aku siap lukis gambar dekat papan hitam..jadi budak-budak follow jer...entah macam mana..tengah dorang tu excited melukis dengan teruja nya..dua orang murid aku...HAZIQ DANISH dan AIMAN ...mula bercakap dengan suara yang agak tinggi...mula aku dengar dorang macam fight each other lah sapa yang siapkan dulu rumah cendawan tu...pastu siap tengok lukisan masing-masing siapa yang cantik..mula-mula si HAZIQ ni komen lukisan AIMAN..."Ko lukis tak sama macam cikgu Akma...tak cantik!!!"...pastu AIMAN pun balas "Ko berlagak lah..ingat cantik sangat ke ko lukis!!!.."..balas balik si HAZIQ..."Aku tak berlagak lah..aku dah siap pun..."...si AIMAN macam tak puas hati..."Ko berlagak..lukis pokok tak sama macam pokok cikgu Akma pun...cube ko tengok (sambil tunjuk kat papan hitam)..ingat cantik le buat pokok macam tu!!!"...dorang pun membebel lah sama-sama..memang aku dengar setiap patah butir percakapan dorang tu..aku siap tutup mulut tahan gelak...pasal pokok pun boleh dijadikan isu membebel...haha...

Aku diamkan jer..selagi tidak melibatkan pergaduhan atau pukul memukul aku tak nak masuk campur...aku tengok muka dorang tu masing-masing tak puas hati..last-last aku teringat yang aku belum amik hasil kerja dorang minggu sudah..buat layang-layang...aku bagi dekat diorang...masing-masing teruja tengok hasil dan markah yang di beri..tiba-tiba..si AIMAN (dia ni yang kuat membebel berbanding si HAZIQ tu)..datang kat tempat si HAZIQ..tunjukkan layang-layang dia pada kawan tu...maybe nak compare kot sapa yang lebih cantik...aku tengok jer..yang buat aku terkejut bila si AIMAN ni menghulurkan tangan pada si HAZIQ..sebagai tanda maaf sebab membebel tadi..aku memang terkejut...bangga pun ada...yelah dia mengaku kesalahan sendiri..siap cakap maaf dan kita kawan lagi kan....hehe...tak sangka betul budak-budak ni...walaupun duk membebel hingga jadi perang mulut..tapi masih ada sifat maaf memaafi antara satu sama lain.......

Conclusionnya...budak-budak pun ada sikap saling bermaafan..inikan pulak kita yang besar gabak ni...mungkin sebab budak-budak ni bercakap tidak menggunakan emosi berlebihan..manakala yang orang-orang besar ni melibatkan hati dan perasaan...memang kalau kita marah atau buat orang marah..kita tak pikir masalah di kemudian hari...tapi tak salahkan kalau kita memohon ampun dan maaf pada pihak yang buat kita rasa marah atau kita yang rasa marah......pikir-pikirkanlah.......Sedangkan Nabi Muhammad SAW ampunkan Umat-umatnya..Inikan kita umat yang lemah....


Hasil karya dua orang anak murid aku yang membebel tu..hehe



Karya HAZIQ DANISH (POKOK TU TAK SAMA MACAM AKU LUKIS)



KARYA AIMAN (BENTUK POKOK YANG DILUKIS HAMPIR SAMA DENGAN AKU LUKIS)...pokok yang mengundang kontroversi!!!!haha

CIKMA : Release tension tengok anak-anak murid melukis..macam-macam bentuk yang terhasil...seronok sebab dapat tengok perkembangan mereka......

Sunday 25 April 2010

Baru jer...

Baru tengah malam semalam aku buat entri wayang pertama last-last malam tadi tak semena-mena aku pergi tengok wayang....ingat aku nak pergi window shopping jer kat Mid Valley..yelah dah lama tak menapak ke sana...last sekali pergi dalam 3-4 tahun sudah....tup-tup lain pulak plan yang datang...huhu

Mula tu aku nak tengok cerita CLASH OF THE TITANS...pastu tak jadi sebab dorang tayang yang 3D punyer (tiket mahal lah sikit)..pilih punya pilih aku tengok cerita WHEN IN ROME..best gak lah cerita dia...kisah komedi romantik....sesuai untuk nak release tension...hehe..aku bagi 3 dari 5 bintang cerita ni......

 
CIKMA : Dah mula plan nak tengok cerita apa lepas ni..hehe...

Saturday 24 April 2010

Wayang Pertama

Aku bukan jenis kaki wayang..walaupun berlambak filem tempatan dan antarabangsa singgah ke pawagam...selalunya aku buat tak reti...ada hati nak pergi...tapi last-last buat tak tahu je...

Selalu pikir..nanti lama-lama adalah dalam tv citer tu...takpe tunggu dua tiga tahun...janji save duit..sekarang ni pun dah boleh download filem dalam internet..tak payah susah-susah beratur beli tiket dan jugak nak beli vcd...kenkadang tu dalam internet..filem tak keluar panggung..tapi dah dapat tengok..itulah penangan dunia komunikasi...dunia tanpa sempadan.......

Tapi...aku ade kenangan tengok wayang ni...filem pertama yang ABAH dan MAK bawa tengok ke panggung masa tu cerita paling top dalam sejarah perfileman Malaysia..filem AZURA..release tahun 1984..bayangkan masa tu aku baru umur 3 tahun..tapi aku boleh ingat suasana tempat wayang tu...mula-mula masuk..memang excited..aku dengan along masa tu terasa sangatlah jakun nak tengok cerita AZURA tu..walaupun tak paham apa yang kami tengok..MAK ada cerita..masa mula-mula tu kami duk ok lagi dalam panggung tu...tapi tak sampai 1/2 jam..aku dan along dah ke hulu ke hilir dalam tu...

Along siap boleh lari-lari dalam tu..aku pulak follow jer apa yang abang aku tu buat...bila kena tegur dengan ABAH baru senyap..tapi tak lama..main lagi...along siap dah bosan mula merengek..panas lah..gelap lah..macam-macam..aku...tetap follow jer apa yang abang aku cakap dan rasa..hehe

Last-last...ABAH bawak kami keluar..duduk kat luar..MAK jer yang tinggal tengok cerita tu..kesian-kesian..anak-anak punya pasal langsung tak senang duduk nak tengok filem...bila pikir balik memang kelakar..tapi kiranya adalah jugak kenangan aku masa kecik pergi tengok wayang....

Masa beso ni boleh di kira dengan jari berapa kali aku tengok wayang..rasanya tak sampai 15 kali pergi panggung...last filem aku tengok cerita 2012 tahun lepas...tahun ni..belum masuk lagi mana-mana panggung...susah sebenarnya nak ajak aku pergi tengok filem..lepas tu pulak aku ni selected sikit nak tengok filem...bukan nak underestimed filem Malaysia..tapi memang aku tak minat sangat tengok filem Malaysia dalam panggung...filem JANGAN PANDANG BELAKANG adalah filem Malaysia terakhir yang aku tengok...bayangkan dah 3 tahun tu...aku sanggup jer tunggu filem-filem Malaysia ni jengah dekat tv...tulah peel aku.....

Apa-apa pun kenangan menonton filem AZURA tetap terpahat dalam hati..bila tengok cerita ni keluar kat tv..pasti aku teringat balik masa aku tengok filem tu dalam wayang lebih 25 tahun yang lalu...hidup ZACK dan AZURA!!!!...hehe....


CIKMA : Minat Jamal Abdillah....orang kampung teman ni..hehe..

Friday 23 April 2010

Berangan

Petang-petang Jumaat ni memang best berangan...maklumlah masa panjang untuk rehatkan minda dan badan...balik sekolah pun cepat...nak tido..maybe petang-petang sikit...kiranya hari Jumaat memang hari yang di nantikan oleh aku setiap minggu...

Selalu aku suka dok berangan apa yang aku nak buat untuk hujung minggu..tak pun plan nak buat apa untuk next week...tapi....selalunya bila dah duk berangan macam-macam..last-last terus tertidur...plan entah kemana...bangun tido...bukak peti ais..duk cari benda nak di makan...macam manalah badan ni nak mengecil!!hehe...

Tapi..hari ni aku berangan nak naik kapal terbang...rasanya dua tiga menjak ni aku dah duk berangan nak naik aeroplane ni...dah mula survey flight...tengok-tengok tempahan tiket...boleh pulak tu kira-kira budget...hehe...pastu dah plan nak shopping apa kat tempat yang aku nak pergi tu...tapi apa yang pasti  berangan naik kapal terbang ni..memang macam confirm je untuk tahun ni...

Senang citer..aku ni sebenarnya tak pernah langsung naik flight...dah nak masuk umur 29 tahun memang tak pernah rasa macam mana lah dalam flight tu...macam mana rasa tengah nak berlepas..macam mana layanan petugas kabin...macam mana duduk kerusi ekonomi..atau 1st class...semua nya aku tak tau...tu sebab tahun ni aku berusaha jugak nak naik kapal terbang....niat dah ada...tunggu peluang jer ni....

Harap-harap berangan aku ni boleh jadi kenyataan....dekat mana tempat yang dituju..emm..maybe dalam Malaysia dulu kot....luar Malaysia...insyallah tahun depan..itupun kalau ada budget lebih....teringin jugak nak tengok negara orang...boleh juga luaskan mata dan ilmu pengetahuan....bak kata pepatah..JAUH PERJALANAN...LUAS PERMANDANGAN.......


CIKMA : Harap-harap betul lah tahun depan dapat melancong ke luar negara....Insyaallah...teringin nak pergi Korea Selatan....hehe...

Thursday 22 April 2010

SEKSA...SEBAK...SESAK

Seksa....sebak....sesak...kutujukan lagu-lagu ni kepada kengkawan aku yang dalam keadaan STRESS....layann..........















CIKMA : Lagu-lagu nostalgia zaman remaja aku......

Andai dapat ku undur masa...

Andai dapat ku undur masa.....
Aku nak ke zaman aku berdua je ngan abang aku..masa tu kami dua beradik memang manja ngan ABAH dan MAK..apa jer yang dimintak memang dapat..selalu pergi jalan-jalan..beli baju baru...beli mainan baru..kiranya semua yang nak..pasti dapat......anak manja lah katakan...

Andai dapat ku undur masa....
Kali pertama masuk alam persekolahan..masuk tadika...jumpa kawan-kawan..main sama-sama...makan sama-sama..belajar doa-doa dan solat sama-sama...tak pikir masalah masa tu..riang ria jer....masuk sekolah rendah...dapat kawan baru...dapat pakai uniform sekolah..dapat jadi pengawas sekolah...kena cucuk BCG dengan nurse...bersukan...pergi kokurikulum...memang syok!!!!

Andai dapat ku undur masa...
Pergi ke zaman remaja..sekolah menengah...masa ni dah ada masalah yang membelenggu fikiran..transformasi dari fikiran kanak-kanak ke remaja...hormon dah bertukar...peningkatan hormon estrogen yang buat semua jadi caca merba...zaman penuh emosi..emmm..semua orang akan rasa perasaan tu...jumpa kawan-kawan baru....guru-guru yang sporting..kenal cinta monyet..gaduh dengan member-member...kawan-kawan yang sekepala....semuanya indah waktu tu...

Andai dapat ku undur masa...
Zaman masuk U....duduk berjauhan dengan famili...jumpa kawan-kawan dari serata Malaysia..pelbagai budaya dan ragam..pelbagai loghat dan peel....merasai pengalaman belajar secara self-grouping...jumpa lecturer sporting dan kerek...meniti kehidupan sebagai siswa di kampus...belajar berkomunikasi secara berkesan dan menambah ilmu pengetahuan di dada...kenangan terindah yang tak dapat di lupakan....

Andai dapat ku undur masa...
Zaman kali pertama dapat pegang duit sendiri...kerja kilang..jahit lace..sehari dapat RM8...rasa masa tu penat sangat..baru sedar macam mana ABAH dan MAK susah payah cari duit...kena marah...kena sound..kena herdik...kena perli..semua nya rasa....tu lah kenangan yang pasti aku ingat sampai bila-bila....

Andai dapat ku undur masa...
Kembali ke zaman maktab...masuk belajar balik setelah hampir 21/2 tahun tak menelaah buku..walaupun berbeza belajar dari zaman U,tapi semangat dan kesungguhan tetap sama..cuma aku dapat rasa aura belajar aku lebih bagus di maktab berbanding U dulu (maybe sebab kat U tu terlalu lama)...jumpa kawan-kawan baru...belajar dan enjoy sama-sama....lecturer yang sporting morting.....dan jugak mengenali seseorang yang istimewa di sana...........memori2.........

Andai dapat ku undur masa....
Kembali pada waktu aku bersama insan tersayang yang telah pergi ke Rahmatullah....arwah rakan baik aku..Yusaini Jeffry serta arwah Bapa Saudara dan Ibu Saudara yang paling rapat denganku...Wak Lie dan Wak Minah..juga arwah embah-embah aku......kenangan aku bersama mereka tidak akan aku lupakan..gelak tawa..gurau senda...semuanya tersimpan kemas dalam fikiranku.....hanya ALLAH SWT yang tahu betapa aku RINDU kan mereka....AL-FATIHAH kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.............


CIKMA : Andai dapat ku undurkan putaran dunia...ingin ku ubah semua..kata-kata dan tingkah laku ku.....(lirik lagu kumpulan AXL'S)

Wednesday 21 April 2010

Jajan

Tiba-tiba aku arini teringat nak melantak jajan...jajan @ makanan ringan sentiasa di sukai oleh kana-kanak...zaman aku kecik pun aku suka makan jajan ni...dulu masa kecik aku siap tunggu depan pintu rumah nak beli jajan dari sorang uncle India yang bawak motosikal sambil bunyi kan hon...macam-macam dia bawak...sampai ABAH bising tak nak belikan lagi jajan sebab dah setiap hari aku mintak...tak sesuai makan selalu..takut mudarat di kemudian hari..

Masa kecik dulu aku suka beberapa jajan yang mana dalam plastik atau kotak jajan tu ada diletakkan permainan...macam DING DANG...TORA dan MAMEE...aku suka ketiga-tiga jajan ni...siap kumpul duit nak beli..kalau ABAH tak nak belikan..kalau tak...memang pakai je duit ABAH..huhu...






Ada lagi jajan yang lain..tapi yang tiga jajan ni memang pujaan hati waktu kecik...kenkadang kalau ternampak jajan-jajan ni dekat kedai mesti teringat zaman kecik dulu...rasa jugak nak beli..tapi segan lah pulak sebab dah beso gabak dah!!!haha

Sebenarnya boleh je kalau nak bagi kanak-kanak ni makan..tapi biarlah berpada-pada...kena jugak tengok cara mak bapak didik anak-anak...kalau dah selalu sangat takut mengundang risiko kesihatan...kat sini aku nak share sikit info tentang jajan @ makanan ringan pada korang.....

Makanan Ringan (Snek)

Latar belakang

snek
     Kekerapan mengambil makanan ringan yang tinggi  kandungan gula akan menggalakkan kerosakan gigi.

Apakah makanan ringan yang berkhasiat?
Pilihlah makanan ringan yang rendah kandungan gula. Berikut adalah pilihan yang lebih baik untuk anak anda.
Minuman penghilang dahaga :
  • air kosong
  • jus buah dan sayur tanpa tambahan gula
  • susu segar
Buah-buahan dan kekacang:
  • buah-buahan seperti jambu batu, tembikai susu dan tembikai
  • sayuran mentah seperti sengkuang dan mentimun
  • kekacang seperti kacang kuda rebus
 
kekacang dan buah-buahan
Makanan yang mengenyangkan:
  • Sandwic tuna atau telur, biskut & roti tawar, bijirin, capati dan telur rebus.
Adakah coklat dan gula-gula boleh merosakkan gigi?
Kerosakan gigi boleh dicegah sekiranya anak anda makan coklat atau gula-gula semasa waktu makan utama dan menjaga kebersihan giginya.

Apa yang anda boleh lakukan untuk mencegah kerosakan gigi?
Kerosakan gigi boleh dicegah dengan amalan berikut:
  • Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan snek atau minuman yang tinggi kandungan gula. Baca label makanan semasa membeli barang keperluan dapur. Untuk makluman anda; madu, sirap jagung, glukosa dan sirap pekat semuanya adalah gula.
  • Amalkan teknik memberus gigi yang berkesan dan berkumur-kumur setiap kali selepas makan makanan ringan atau snek.
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.
CIKMA : Suka beli jajan Twisties dan Cheezers...

Tuesday 20 April 2010

Kata dan Pesan

Pesan orang-orang tua...jangan bermain waktu senja nanti kena sorok dengan hantu susu.....yang sebenarnya...
tak elok main waktu senja..orang dah nak sibuk solat Maghrib dan mandi....

Kata orang-orang tua...jangan menyanyi waktu memasak..nanti anak dara kahwin orang tua...yang sebenarnya..takut nanti air liur masuk dalam makanan...dah jadi tak sedap..sapo nak makan!!!hehe

Kata orang-orang tua...jangan duduk atas bantal nanti kena bisul...yang sebenarnya..bantal tu tempat letak kepala kita...dalam kepala kita ni ada otak...jadi takkan nak samakan otak kita yang tinggi diletakkan oleh ALLAH SWT sama dengan tempat kita buang najis kan....

Kata orang-orang tua...jangan makan berpindah-randah..duduk merata-rata kelak nanti kahwin akan berkali-kali (banyak kali)..yang sebenarnya...tak nak makanan tu bersepah-sepah kat tempat lain...penat nanti nak di sapu...

Pesan orang-orang tua....anak dara tak elok duduk depan pintu rumah..takut di khuatiri tak laku...yang sebenarnya...anak dara tak manis selalu di pandang orang..untuk menjaga nilai diri dan juga maruah..baru nanti value gadis tu tinggi..sebab orang yang nak masuk meminang tu mesti berpikir-pikir camne rupa paras dia...tingkah laku...dan juga budi baik gadis tu...

Pesan orang-orang tua...jangan makan dalam periuk atau kuali nanti muka orang tengok akan panas dan tak berseri (bagi kaum perempuan) yang sebenarnya..tak elok seh makan dalam periuk...sisa-sisa kita..pastu di kongsi dengan orang lain..tak ke buruk perangai tu...huhu

Pesan orang-orang tua..jangan makan kepala ikan nanti jadi bodoh...yang sebenarnya...dekat kepala ikan tu kan banyak tulang..keras pulak tu..jadi nanti takut tercekik tulang kalau makan kepala ikan tu..karang yang susah mak bapak gak...minta tolong suruh keluarkan tulang ikan tu dari anak tekak...tak ke naya!!!hehe

Pesan orang-orang tua..kalau mandi jangan terlalu lama nanti orang akan nampak kita ni berusia dari umur yang sebenar (nampak tua wei!!)..yang sebenarnya...dorang suruh kita mandi cepat-cepat supaya tak delah nak bayar bil air melambung-lambung!!!!...

Itu kata dan pesan orang-orang tua dulu-dulu...percaya atau tak..semuanya bersebab..banyak lagi..tapi aku dah lupa...(penangan minum air banyak semut ni..hehe)...kalau ada yang tahu boleh lah share kat blog aku ni ekk!!!


CIKMA : Mak aku pesan....cepat-cepat kahwin ngah!!!nanti dah tua susah nak mengandung...ye ke???tepuk dada tanya hati...jawab hati...sapo nak den ni???...hehe...

Monday 19 April 2010

Tidak cepat sesaat..tidak lewat sesaat..

Kebelakangan ni kita selalu dikejutkan dengan berita kematian yang berlaku secara tiba-tiba....bagi aku bukan tiba-tiba..tapi semuanya telah di tentukan oleh ALLAH SWT sejak azali lagi...perjanjian kita sebelum di lahirkan ke dunia...tiga perkara iaitu...REZEKI...JODOH dan AJAL...

Memang kita tidak boleh menduga bila AJAL kita menyusul...namun...kita boleh bersedia menemui AJAL kita kalau kita sudah benar-benar dapat menghadapi nya...manusia di hidupkan oleh ALLAH SWT...menduduki dunia ini buat sementara...yang kekal hanya di Akhirat....kita akan tiupkan roh semula setelah kita mati..berkumpul di Padang Masyhar dan di timbang segala dosa dan pahala di sana......................

Setiap umat manusia perlu beringat tentang AJAL...bila berpikir tentang AJAL kita yang akan menyusul...memang terasa ngeri dan takut....ngeri kerana bagaimana kita akan melalui AJAL kita dan takut adakah ALLAH SWT menerima segala perbuatan kita di dunia....bagaimana kita di terima di alam sana...di mana kita akan di tempatkan...adakah kita mudah melalui titian Siratulmustaqim...semua nya sukar untuk di gambarkan.......SUBHANALLAH......terlalu BESAR kuasa Mu Ya ALLAH.......lindungi lah hambamu ini...dari segala kemungkaran dan kemaksiatan...tabahkan hatiku Ya ALLAH..agar dapatku menempuh segala yang telah ENGKAU berikan kepada ku.......AMIN...YA RABBAL ALAMIN...


CIKMA : Terasa kerdil diri ini bila berbicara denganMU YA ALLAH.......

Saturday 17 April 2010

Bosan

Pernah rasa bosan??rasa semua orang pernah alami situasi Bosan ni..bila tahap bosan ni betul-betul masuk dalam otak..semua benda rasa macam lemau...lembab...letih dan sebagainya...dan bila bosan mesti ada beberapa benda yang kita buat masa bosan...........


Kalau aku rasa bosan aku selalunya...

1) Makan...heh...memang makan je kerja nya..tu sebab badan ni membesar BAGAI JOHAN!!!haha...apa -apa yang ada dalam peti sejuk atau gerobok aku belasah je masuk dalam mulut...lagi best kalau dapat makan benda-benda yang berais macam aiskrim...ais blanded...smoothie atau ais ketul.......ekekeke..

2) Main games...apa-apa games yang aku download atau dalam simpanan laptop aku akan main sampai abis stage game tu....sampai rasa aku bosan balik tengok game tu...ada ka???tu lah peel aku bila aku dah rasa bosan tahap gaban!!!

3) Melalak lagu-lagu favourite aku..selalunya genre rock kapak atau pop rock...mula lah nanti aku buat lontaran vokal stage paling tinggi..hehe..asah bakat beb!!!...tu sebab vokal aku paling lantang dan nyaring kat sekolah....latih vokal tiap-tiap hari terutama waktu bosan!!!hehe....

4) Tido....part ni memang aku suka...kalo dah tak tahu nak buat apa..aku akan tido..tido dan tido....perkara yang paling aku suka buat dan jugak hobi aku...hehe...........zzzz...

CIKMA : Rasa bosan memuncak bila aku rasa dah tak tau nak buat apa....argh!!!!

Thursday 15 April 2010

Masa Kecik...

Masa kecik...aku selalu menjahanamkan barang ..hehe...nape ekk??sebab aku kecik boleh dikatakan kanak-kanakyang brutal dan ganas...ganas ker???tu sebab bila dah beso perangai ganas ni tak pernah berubah...peel aku ni bila dapat sesuatu benda yang baru dan pelik aku akan jahanamkan barang tu tak kira lah kecik atau beso...aku dulu suka pecahkan pinggan mangkuk serta pasu mak aku..hehe...mak aku jangan cakaplah...memang mengamuk je lah tengok perangai aku ni...aku tak tau lah nape tangan aku ni suka nak menjahanamkan barang-barang kat umah aku tu...pernah jugak aku pecahkan lampu kelip-kelip umah sampai berderai...pakai tangan tau!!!nasib tak luka tangan aku...padahal aku pegang jer...tapi boleh plak pecah...pastu gayung kat bilik air sampai 2,3 kali dalam sebulan bertukar sebab aku selalu pecahkan..hehe..memang dasar ganas dan brutal!!!...

Masa kecik...aku selalu mencederakan diri sendiri..hehe...aku ni kira minah careless jugak lah...badan aku ni kalau tak calar balar dan luka sana sini bukan namanya ANAK ABAH...hehe...aku ingat masa kenduri doa selamat aku naik Al-Quran...boleh time orang tengah nak mula kenduri tu aku boleh main-main kat luar..pastu aku konon-konon nak panggil jiran nak ajak sekali ke kenduri..lari lah konon..siap pakai baju kurung...lari punya lari entah camne kaki aku ni tersadung..pastu apa lagi..aku jatuh meniarap kat jalan...mulut kena jalan...dan gigi depan aku ni tersumpit sikit..hehe...dahle gigi kekal...emm..jadi nye aku jadi minah sumpit sampai ke beso..hehe...tapi bila dh masuk Uitm..member cakap boleh tampal...so aku pun tampal ler gigi depan aku ni...free lah masa buat kat Uitm..nasib boleh tampal...kalo di suruh cabut..tak ke aku kena pakai gigi palsu..hehe...

Pastu aku pernah jatuh sampai dahi aku ni kena jahit...time tu main aci kejar ngan abang dan arwah kawan aku..entah macam mana time konon nak duduk tu tetiba boleh pulak aku nak cium jalan tu..apa lagi..dahi aku ni terus terkena jalan...darah jangan cakaplah..berlambak-lambak keluar...pegi hospital pastu kena pulak jahit..emm..ada lagi kesan parut jahitan kat dahi aku ni...memang ler ganas dan brutal CIKMA oooiiii....haha

Masa kecik...boleh dikatakan apa saja barang permainan yang aku nak semua dapat dari abah aku...hehe..manja lah konon..biasaklah..aku dapat adik masa umur aku 5 tahun...lama tu..jadi manja terlebih lah aku ni...pastu time tu ABAH memang manjakan anak-anak dia..yelah anak dia baru 2 orang...tu yang ABAH tak kisah nak beli barang mainan...seronok masa tu...kiranya rumah kami tu memang banyak barang mainan...dan mainan tu akan diperturunkan ke adik-adik aku...kiranya save sikit budget ABAH sebab tak payah nak beli lagi barang mainan...hehe...yang aku salute kat ABAH dan MAK sebab diaorang boleh ajar aku dan adik-beradik menghargai barang mainan kami sendiri...dan sampai sekarang masih ada beberapa toys kiteorang yang boleh di guna pakai lagi...kot-kot lepas ni kalo dapat cucu tak payah lah EMBAH nya belikan lagi...haha...save2...

Masa kecik...tiap kali Raya Puasa aku dan famili akan balik kampung ABAH...memang tiap-tiap tahun balik kampung ABAH...kampung MAK???hanya raya ke-2 atau ke-3 baru jenguk ke sana..sebab atuk dan nenek belah mak dah lama meninggal dunia..aku tak pernah tengok diorang pun..kalo nak tengok pun dalam gambar je...memang syok masa raya kat kampung abah sebab ramai sepupu yang balik sama..time nak buka pose..time sahur..time malam raya..time pagi raya..time dapat duit raya..semua nya best!!biasaklah raya kat kampung memang syok abis berbanding raya kat bandar...bila teringat balik...rasa macam nak pergi ke zaman-zaman kecik dengan sepupu..sebab kiteorang kalau jumpe memang kerja nya nak main jer...kalo tak di jerit dek mak-mak kiteorang..entah samapai ke malam asyik main jer...hehe...EMBAH-EMBAH aku pulak tak kisah cucu-cucu nya main...abis bersepah umah dia pun dia tak kisah..janji diorang suka dan hepi...hehe

Ada lagi kenangan aku masa kecik..banyak sampai boleh buat buku novel!!haha...tapi..masa zaman kecik lah aku rasa zaman yang syok dan hepi memanjang..sebab masa tu tak pikir masalah..tak pikir banyak perkara..tak pikir benda yang bukan-bukan...zaman yang bagi aku punyai kenangan yang sangat indah....yang tidak boleh di ganti dengan wang ringgit...alangkah bestnya kalau putaran masa kembali ke zaman masa kecik aku.................................



CIKMA : Masa kecik aku kurus!!!hehe.....masa beso????haha...sendiri tengok arrr...

Wednesday 14 April 2010

MENYESAL

Aku nak share video klip ni...suka dengar lagu ni sejak aku tengok sinetron "Tasbih Cinta"..(walaupun dah lama tak follow citer ni)...layan ekk..





CIKMA : Melodi dan lirik lagu yang menyentuh hati.....emmmm...

Tuesday 13 April 2010

My First

My First....Handphone

Aku pakai handphone masa aku tahun ke-2 kat UiTM..masa tu tengah glamer NOKIA 3310...haha...orang kata sapa yang pakai handphone NOKIA 3310 time tu memang canggih manggih ler...kira dalam golongan orang kaya raya lah..huhu...tak silap aku beli handphone tu dalam RM 400 siap nombor sekali...masa tu aku pakai nombor TIME CEL....017-+++++++++......dan sampai sekarang aku pakai lagi nombor tu...tak pernah terpikir pun nak tukar......dah dekat 10 tahun aku pakai nombor yang ada sekarang ni.......lagipun nombor ni dah masuk dalam MAXIS...so, maleh nak tukar ler sebab semua ahli keluarga aku pakai nombor MAXIS.....handphone NOKIA 3310 aku ni masih ada lagi...body nye ajelah..yang lain dah x do....tapi aku akan ingat lah jasa NOKIA 3310 ni kat aku sebab dengan tipon nilah aku telefon mak ayah aku kat kampung...sms member-member...tipon lecturer dan sebagainya...yelah yang first kan..mesti lah akan sentiasa di ingati...........


My First.....Sunglasses

Aku beli sunglasses aku dari jenama Marie Claire....dah 5 tahun aku pakai cermin mata ni...tahan sampai sekarang...berbaloi lah aku beli dengan harga dia...selalu aku pakai time tengah panas...dan yang penting tiap kali aku drive...mesti pakai cermin mata ni sebab mata aku tak tahan silau...(bukan tunjuk lagak ekk!!!)..aku suka cermin mata ni sebab aku beli dengan bonus pertama aku masa aku bekerja dulu....kira adalah kenangan aku masa aku kerja kat Kilang dulu........hehe......


My First....Notebook

Kali pertama aku beli notebook aka laptop masa aku tahun ke-4 kat UiTM...masa tu aku nak buat tesis dan final year projek...jadi nak tak nak aku kena ada satu notebook untuk memudahkan aku buat kerja...aku beli jenis COMPAC PRESERIO...tak ingat series yang mana..tapi notebook aku tu tahan aku pakai dalam 4 tahun lebih sebelum hard disk dia terbakar......aku guna duit Tabung Haji aku dan di tokok tambah dengan duit mak dan abah..hehe..(rasanya lebih duit mak abah dari aku nya duit!!)...rasa puas guna notebook COMPAC PRESERIO berbanding yang aku guna sekarang ACER ASPIRE..sebab dah rasa dua jenis notebook ni..taulah yang mana satu lebih berkualiti tinggi.........


My First...Gold Ring

Barang kemas pertama aku beli adalah sebentuk cincin emas 916...aku beli masa tu tengah bulan pose kira-kira 4 tahun sudah..masa tu tengah ada diskaun beli emas 916...tulah tanda aku beli dengan duit gaji masa kerja kat Kilang..tak ingat harga dia...tapi dalam anggaran RM200++..sampai sekarang aku pakai...bila tengok cincin ni teringat masa time kerja dulu..betapa susahnya nak dapat duit beli cincin tu...kiranya masa tu baru sedar yang susah payah mak dan abah cari rezeki nak besarkan aku dan adik-beradik........




My First...Camera

First camera ber pixels aku beli ialah NIKON COOLPIX L3..lebih kurang 4 tahun sudah aku beli..masa tu aku kongsi duit dengan adik...pastu abang pulak nak share...tapi sekarang yang terlebih pakai nya aku lah..sebab kamera tu memang ada kat tangan aku...masa rosak pun aku yang bela kan..so..kiranya dah jadi milik mutlak akulah...hehe...banyak kenangan kamera ni pada aku..sebab banyak gambo yang aku snap dan aku simpan dalam simcard kamera ni...dari aku belajar kat IPRM..hingga aku mengajar kat SKPI ni..walaupun dah tak secanggih kamera-kamera yang ada dekat pasaran sekarang...aku tetap setia pakai kamera ni...sebabnya...belum rosak lagi dan masih boleh berfungsi dengan baik..(walaupun kenkadang gambo blur...)


My First....Car

NEW PROTON SAGA 1.3..nilah dia jantung hati aku sekarang..hehe...first keta yang aku ada...yang bawak aku ke mana-mana yang aku suka..dah 2 tahun usia kereta aku ni...adalah sekali dia buat problem...bengang gak..tapi biasaklah...mana ada kereta yang tak buat hal kan...tapi sebab sayang punya pasal aku tak kisah nak keluarkan belanja nak baiki kereta aku ni...pastu aku ni pun gatal tangan menokok tambah aksesori kereta untuk kereta SAGA aku ni..nampak arr sikit macho dan ganasz nyer....hehe...Insyaallah aku akan pakai kereta aku ni sampai lah aku abis bayar....pastu..nak pakai kereta apa...nanti aku pikir-pikir kan...hehe..dah ada dalam list otak aku ni..tapi..tengok budget lah....bak kat pepatah..UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI....betui tak????



Ini antara my first yang aku ada....my first yang lain...emmm..takde lagi lah...nanti-nanti aku pikir kalau ada...first luv???hehe...kompem tak de..hehe....ye ke Cikma???

CIKMA : Aku sekarang simpan budget nak pegi buat Haji dan beli rumah...Insyaallah..kalau ada rezeki lebih.......

Monday 12 April 2010

Smart Kids Exhibition..

Semalam aku pegi PWTC bawak budak-budak menari dan kompang SKPI...diaorang ada Talent Competition anjuran Smart Kids...aku tak tau ler ade Smart Kids Exhibition ni every year...maklumlah orang tak de anak ni memang tak amik kisah pun pameran ni.

First time pergi semalam banyak jugak booth-booth yang berkaitan dengan pendidikan kanak-kanak...macam-macam adalah..yang pasti budak-budak yang pergi pameran selama 3 hari tu (bermula Jumaat lepas) memang seronok....mak bapak pun mesti suka sebab dapat belikan anak-anak dorang tu pelbagai bahan dan buku untuk anak-anak dorang belajar........aku...beli ape ekk???hehe...aku borong barangan PREGO dan CAMPBELL'S.....murah ler...3 tin kuah pasta tu RM 10.00....pastu dapat free spegetti lagi...3 kotak sup campbell's yang instant tu pun RM 10.00...best woooo......free mug dan pinggan sebiji...pasni bleh arr aku melantak spegetti kat umah!!!haha.....makan jer lah Cikma oooiiiiiiii!!!!......



Budak-budak kompang SKPI



CIKMA : Jumpa  koreographer AF 7...En. Haris Kadir...hensem ler..putih mamat tu...ekekeke...jadi juri semalam.........


Sunday 11 April 2010

PadaMu kubersujud




Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu...
Salah... kau limpahkan kurnia
Dalam sunyi aku bersujud......

Indah dan puitis lirik ni...melodi yang sangat menyentuh hati.....kepada yang alpa...segeralah insaf......kita bukan hidup selamanya...bukan juga hidup menongkat dunia........mati.........tidak cepat sesaat...tidak lambat sesaat....sementara hidup.....insaflah dan sedarkan diri........ALLAH SWT....MAHA MENGETAHUI......


CIKMA : Rasa-rasa diri tu hebat..........ALLAH SWT LEBIH MAHA HEBATNYA.....renung-renungkan.........

Friday 9 April 2010

Terasa Ingin...

Terasa ingin...

Pergi ZOO NEGARA...tengok-tengok binatang...hehe...bila lah nak pegi sana..lama betul tak pegi..tak silap  last aku jejak kan kaki ke sana masa form 1...lama tu......


Terasa ingin..

Makan cendol pulut..peh!!!best tu kalo dapat..tak pandang orang keliling dah!!!hehe



Terasa ingin...

Buat massage foot...ni memang boleh tertido ni...ada orang urut kaki yang dah lenguh-lenguh berjalan memang best time-time gini....nikmat sungguh!!!


Terasa ingin...

Pergi bercuti ke tepi pantai atau pulau..menikmati keindahan pantai dan angin sepoi-sepoi bahasa...nak bagi tenteram sikit jiwa raga ni...best ni kalo dapat pegi sana.....


Terasa ingin...

Tidolah........hehe...memang hobi aku ni...ekekeke



CIKMA : Semua nya terasa nak buat..tapi ada satu lagi yang aku terasa ingin sangat nak buat...emmmm...adakah......................................

New Revealed..

Hehe..akhirnya..yang aku tunggu-tunggu dah kunjung tiba!!!ekekeke (ni tengah suka sangat ni!!!)...LIVERPOOL FC dah tayangkan jersi baru dorang dengan penaja baru..STANDARD CHARTERED..jadi lepas ni tak yah lah nak pikir-pikir dua tiga kali kalau nak beli jersi team bola sepak favourite aku ni..sebab dah tak de perkataan air kencing Setan tu...haha...

Kat sini aku share sikit jersi baru LIVERPOOL FC........










CIKMA : Ni comfirm along aku nak beli jersi ni...aku pun memang nak beli..tapi...kena tunggu slim dulu...ada ka???haha......

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...