Friday 30 July 2010

Bubur Nasi Campak Ala CIKMA

Uihh!!panjang daa tajuk entri @ nama resepi aku ni..sebenarnya tak tau nak letak nama apa bagi bubur nasi aku ni...main campak-campak jer masak!!!aku sebenarnya tak reti nak masak guna sukatan...melainkan kalau masak kek atau biskut jer....tang lauk-pauk ni memang main redah jer....

Semalam buat puasa sunat..macam biasa kalau dah namanya puasa ade jelah dalam kepala ni nak makan macam-macam..tetiba balik dari sekolah teringin pulak nak masak bubur nasi..dengan tak salin bajunya..terus masuk dapur...hehe...pakai baju batik u'alls masak!!!siap bertudung bagai...sah-sah tengah excited nak buat bubur nasi ciptaan sendiri!!!ngeee......


Rasa...emm boleh tahan..macam bubur lambuk pun ada..hehe...lulus lah bagi aku kalau nak masak bubur ala-ala bubur lambuk gitu...hehe...resepi....emmm...dah namanya pun bubur nasi campak kan..resepi nye memang aku tak berapa nak ingat...tapi senang jer...rasa semua orang boleh buat...tapi Cikma bagi lah jugak bahan-bahan yang aku masukkan dalam bubur ni.....enjoyz....

Bahan-bahan :

1/4 pot beras
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Sebatang serai
Lobak merah
Ayam dan daging hancur
Lada hitam dan lada sulah
Garam secukup rasa
Sedikit kayu manis dan bunga lawang

Cara-cara :

1) Masak nasi dan biarkan mendidih sehingga menjadi bubur
2) Dalam masa yang sama tumis bahan tumisan yang di tumbuk (bawang besar, bawang putih dan halia) serta serai yang di titik.
3) Masukkan kayu manis, bunga lawang, lada hitam dalam tumisan
4) Kemudian, masukkan tumisan ke dalam bubur nasi dan masukkan daging dan ayam
5) Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
6) Masukkan lobak merah dan masak hingga empuk
7) Sedia di hidangkan. Sedap di makan bersama bawang goreng dan daun bawang.

BUBUR NASI CAMPAK

CIKMA : Entri cucur tepung campak nanti akan di masukkan kemudian...campak lagi...hehe

Thursday 29 July 2010

Lekas sembuh ye...AMALIN

Dah dekat 2 hari aku tak call ALONG, rasa macam 2 tahun je tak dengar berita tentang AMALIN...rindunyer kat dia....call ALONG tadi, dia cakap AMALIN ok...cuma bila kelmarin doktor suruh si kecik masukkan susu nak tengok sama ada AMALIN boleh terima susu mama dia..tapi tak boleh lagi...dia keluarkan balik susu tu...

Doktor pun try jugak keluarkan tiub pernafasan AMALIN...mula-mula tu dia ok..kira dah boleh bernafas ikut mulut dan hidung..tapi bila susu tu di masukkan dalam tiub makanan dia...AMALIN tak boleh nak bernafas elok...jadi sesak nafas pulak...doktor terpaksa balik masukkan tiub oksigen pada dia...dan dia terpaksa berpuasa balik sebab maybe saluran tiub makanan dia tu belum boleh terima apa-apa cecair pun...

ALONG bagitau jugak dia masih bergerak-gerak..tapi hari ni dah kena sedatif balik..tidur ajelah AMALIN tadi....semalam ada jugak dia menangis..rasa macam nak dengar jer suara dia tu....rindunyer kat dia!!!!......harap AMALIN lekas sembuh ye sayang!!!MAK NGAH sentiasa doakan untuk AMALIN......nanti kita jumpa lagi ekkk....tunggu MAK NGAH!!!!

CIKMA : Susah bila hati ni rindu sesangat pada AMALIN..........................

Tuesday 27 July 2010

AMALIN SEMAKIN BAIK

Baru call ALONG tadi...tanya perkembangan AMALIN...Alhamdulillah..Along cakap hari ni nurse cuba untuk bagi baby AMALIN minum susu...dalam sekali untuk tempoh 3 jam...esok nak tengok macam mana..boleh ke AMALIN terima susu badan KAK LONG tu...

AMALIN jugak berikan respon bila ALONG pegang dia tadi...baby AMALIN genggam tangan abahnya..kaki dan tangan dah bergerak-gerak..kata ALONG kalau mata nya tak di tutup dengan kain (sebab semalam dia ada jaundis)..maybe matanya dah terbuka...seronok aku dengar perkembangan AMALIN...rasa macam nak peluk jer dia....:)

Harap sangat AMALIN akan bertambah baik...boleh keluar awal dari NICU dan boleh pulang ke rumah...jutaan terima kasih kepada kawan-kawan, saudara mara, dan para blogger yang mendoakan kesejahteraan AMALIN......

CIKMA : Harap jugak raya nanti AMALIN dapat beraya dengan ABAH dan MAMA nya........:)

Agar-agar Jagung

Dah lama nak masukkan entri ni..tapi sebab entri AMALIN yang lebih penting aku masukkan entri si kecik tu dulu...hari ni belum call ALONG...maybe malam sikit baru call sebab nak tau perkembangan AMALIN..harap dia ok dan bertambah pulih...

Last week...bilik guru aku buat POT LUCK..sesaja sebenarnya..mula-mula KAK MIN ajak buat makan-makan...di ikuti permintaan KAK IJAT yang teringin sangat nak makan reramai kat sekolah..so..bermulalah aku membuka beberapa blog resepi dan blogger-blogger yang terrer memasak..well, aku macam biasa kalau duduk umah sewa ni simple mimple jer aku buat..aku just bawak dessert jer untuk diorang...lauk-pauk kakak-kakak yang dah berkahwin yang masak...kami ni tak terrer masak lauk....makan tu boleh lah!!!

Belek punya belek..akhirnya aku pilih nak buat agar-agar Jagung dan agar-agar Milo..entri untuk agar-agar Milo dah aku masukkan dalam last 2 weeks ago..resepi ni aku ambil dari housemate aku..Cik Liza..dia pulak ambil resepi ni dalam My Recepie..maybe jugak resepi dari tu datangnya dari blogger-blogger resepi jugak...kalau ada yang terbaca macam sama jer resepi..mintak ampun ekk..Cikma mintak izin letak resepi dalam ni blog.......

Agar-agar Jagung

Bahan-bahan :

Sepeket agar-agar
Satu tin jagung dalam krim
Satu tin susu cair
2 cawan gula (ikut rasa)
Sedikit pewarna kuning
Sedikit esen vanilla
Air

Cara-cara :
1) Panaskan agar-agar bersama air..biar agar-agar mendidih
2) Masukkan susu cair dan jagung dalam tin (sebaiknya di kisar dahulu)
3) Masukkan gula
4) Masukkan esen vanilla dan akhir sekali sedikit pewarna kuning
5) Sedia di sejukkan


CIKMA : Pada kakak-kakak ku yang rasa air tangan Cikma ni..kalau rasa tak sedap...diam-diam naa.....hehe.....kami budak baru belajar!!!!

Nisfu Syaaban

Aku nantikan kedatangan malam Nisfu Syaaban setiap tahun...Alhamdulillah ALLAH SWT panjangkan umur aku sekali lagi untuk sama-sama menghayati malam Nisfu Syaaban...dan selalunya bulan Syaaban jugalah bulan yang paling afdal melakukan puasa Sunat sebelum kita menjengah bulan Ramadhan.....

Namun kali ni..aku di takdirkan hanya dapat berdoa...yang pasti doa aku sekarang hanya untuk diriku serta keluarga...dan teristimewa buat si kecik ku...NUR MAWADDAH AMALIN....Mak Ngah berdoa di malam Nisfu Syaaban ni agar AMALIN sihat dan dapat melawan sakit yang AMALIN tanggung sekarang...menjadi anak yang solehah buat Abah dan Mama serta menjadi insan yang cemerlang....dunia dan akhirat.......



KELEBIHAN BULAN SYABAAN


Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Sya'aban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. 
Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'aban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. 

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).
Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya'aban.
Sabda Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmini rohani).
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Sya'aban kerana padanya terdapat dapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya. 
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Sya'aban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya. 

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Sya'aban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyangutukan (syirik) denganNya sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa. 

Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Sya'aban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tidak bertutur dengan saudaranya.
Apabila pada malam Nisfu Sya'aban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman yang bermaksud: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainNya sehingga keluar fajar subuh.
Tersebut dalam kitab Al-Barakah: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan dilaut berpuasa mereka pada hari Nisfu Sya'aban 

Tersebut di dalam Kitab Iqna' : Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya'aban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah s.a.w. kali keduanya katanya: Ya Muhammad! gembirakanlah kamu bahawa Allah Ta'ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tidak mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. 

Bahawa malam Nisfu Sya'aban adalah hariraya Malikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.
Barang siapa membaca pada bualan Sya'aban, ayat dibawah ini. Allah hapuskan daripadanya dosa seribu tahun dan keluarkan dari kuburnya mukanya seperti bulan purnama yang bermaksud: 

Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Sya'aban enam orang:
1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang durhaka dua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam zina.
4. Orang yang banyak berkelahi.
5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi. 


Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turunkan kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta, maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang bertaubat maka aku Taubatkannya dan diampunkan bagi sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan melainkin orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sabda Nabi s.a.w.: Hai Aisyah! adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab Aisyah: Ya, aku izinkan, lalu Nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam Nisfu Sya'aban itu, beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, Daku letakankan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka gembira aku kerana beliau masih bernafas lagi dan aku dengar beliau membaca di dalam sujutnya yang bermaksud::
AKU BERLINDUNG DENGAN KEMAAFAN ENGKAU DARI SIKSA ENGKAU DAN AKU BERLIDUNG DENGAN KEREDAAN ENGKAU DARIPADA KEHINAAN ENGKAU DAN AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA KEJAHATAN YANG DATANG DARIPADA ENGKAU, AKU TIDAK TERHINGGA MEMUJI ENGAKU SEPERTIMANA ENGAKU MEMUJI DARI ENGKAU. 

Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa ini dalam sujut.
Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Sya'aban daripada umat Muhammad s.a.w. terlebih afdal daripadanya ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada Nabi `Isa a.s, lalu Nabi `Isa a.s. pun berdoa kepada Tuhan: Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w.
Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadat (berbuat amal kebajikan) iaitu malam Nisfu Sya'aban, malam Raya Fitrah yang pertama dan malam Arafah. Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan mereka daripada api neraka, supaya sapanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang akhir daripada Ramadhan umat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat 


AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN: 

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya. 

Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.
(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. 
Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan. 

Memohon keampunan dua ibubapa,
Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL. 

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)
Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.
Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu tahun).
Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.
Membaca Al-Qur'an.
Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.
Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.
Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)
Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.) 


Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

CIKMA : Sumber dari http://www.mail-archive.com/hira@alumni-hira.org/msg01313.html

Monday 26 July 2010

AMALIN OH AMALIN...

Sejak kebelakangan ni memang kebanyakan entri mengenai AMALIN...sebab dalam kepala ni memang asyik teringatkan si kecik..bila rakan-rakan sejawat tanya je tentang keadaan AMALIN...serta merta aku sebak...senang betul aku keluarkan air mata ni..hanya kerana AMALIN.....

Hari ni call ALONG, dia sempat lawat AMALIN kat PPUM pagi tadi...mula semalam tak janji nak tengok si kecik sebabnya dia kena settlekan beberapa benda lagi..surat beranak si kecik..bil-bil hospital serta keadaan KAK LONG yang kena berurut susu ( susu tak keluar )..tadi ALONG bagitau susu KAK LONG dah mula keluar sikit-sikit..nasib ada seorang makcik yang berpengalaman (macam bidan kampunglah) yang datang umah dan tunjukkan cara nak urut breast supaya susu badan tu keluar...thanks kepada sepupu, Kak Mel yang suggestkan makcik tu pada KAK LONG...maybe esok ALONG akan bawak susu badan tu ke PPUM untuk di simpan kat sana...berkemungkinan jugak AMALIN boleh minum susu mama dia next week...sementara ni baby AMALIN hanya di berikan glukosa jer sebagaimana gantian susu...

Tadi ALONG tengok si kecik ada sikit tanda kuning kat kulit dia..nurse cakap adalah sikit jaundis..so, diaorang letakkan macam cahaya biru kat atas AMALIN..dan mata AMALIN di tutup untuk kurangkan cahaya biru tu pada mata dia...baby AMALIN pun ALONG cakap bergerak-gerak jugak pagi tadi...ada perkembangan positif bagi aku untuk AMALIN...ALHAMDULILLAH...berkat doa semua orang yang begitu prihatin dan sayangkan AMALIN....semoga cepat sembuh ye sayang!!!! memang rasa tak sabar nak tengok AMALIN sihat dan membesar..harap aku di panjangkan umur untuk tengok AMALIN membesar....Insyaallah....

CIKMA : Tak sabar nak bagi hadiah pada AMALIN bila dia sihat nanti.........

Sunday 25 July 2010

RINDU AMALIN

Semalam hari yang memang aku nantikan sejak 2,3 hari yang lalu...excited menunggu hari Sabtu..gembira tak terkata rasanya..walaupun  sekejap..tapi aku rasa gembira yang bukan kepalang....akhirnya dapat jugak aku tengok si kecik kesayangan aku sekarang..NUR MAWADDAH AMALIN...

Aku pergi ke PPUM bersama-sama ALONG, MAK dan ABAH petang semalam..mula MAK dan ABAH cancel nak ke Klang..diorang tak nak susahkan Along sebab dia pun masih sibuk ke hulu hilir nak settelkan tentang AMALIN...tapi lepas Kak Long keluar dari wad Jumaat lepas, Along pun tengok dia nampak tak lah sibuk, maybe lepas ni Along boleh tumpu sikit pada AMALIN..dan ABAH dan MAK pun bagitau aku balik diorang nak datang jugak semalam..ABAH sebenarnya tak nak susah kan Along sebab kalau ABAH nak ke PPUM..ABAH dah tak larat nak berjalan jauh..nanti susahkan ALONG pulak..mana nak tengok anak dan isteri kat wad yang berlainan..pastu kena pulak bawak ABAH yang tak larat berjalan ni...

Mula sampai ke wad pediatrik PPUM, Along bagitau tak boleh masuk ramai-ramai..paling kurang pun 2 orang jer..mula ABAH dan Along masuk dulu..aku dan MAK tunggu jer kat luar..sambil tunggu kat luar tu sempat jugak aku snap gambar di luar kawasan wad pediatrik tu..yelah..ALONG bagitau tak boleh tangkap gambar dalam wad tu..ingat aku nak snap gambar AMALIN..tapi di sebabkan tempat tu memang di jaga rapi dan bukan semua orang boleh masuk..jadi terpaksalah batalkan niat tu....



Tak lama tu aku dan MAK masuk dalam wad...ALONG cakap boleh je masuk semua...teruja nak tengok AMALIN..kami berempat masuk ke NICU tu..tak ramai pun orang..keluarga terdekat jer sebenarnya yang boleh masuk dan tengok..kali pertama tengok AMALIN......aku tak tau nak gambarkan perasaan aku masa tu...of course aku gembira..tapi dalam masa yang sama aku rasa sebak dan kesian tengok AMALIN...tengok dia di kelilingi dengan mesin-mesin dan wayar yang berselirat kat tubuh kecil dia...memang sedih aku tengok......

Aku tengok wajah AMALIN...tak tau dia ikut wajah siapa..tapi AMALIN punyai kulit yang sangat cerah...comel....comel sangat....kecil jer aku tengok dia...kami tak boleh pegang dia sebab keadaan dia macam tu...kalau ikut hati memang nak pegang dia..nak belai..nak cium dia...sungguh!!!rasa tak sabar nak tengok dia sihat dan cergas macam bayi-bayi lain...aku sempat titipkan selawat dan doa untuk AMALIN..semoga dia cepat sembuh dan kuat untuk hadapi semua ni...aku jugak sempat bercakap-cakap dengan dia...rindu dan sayang aku pada AMALIN..biar si kecik tau yang MAK NGAH dia akan sayang dan kasih sampai bila-bila..moga dia dengar agar dia boleh jadi kuat dan tabah untuk lawan sakitnya itu....

Bila kami hampir nak balik...aku dan MAK sempat tengok kaki, tangan dan bola mata AMALIN bergerak-gerak...terkejut jugak aku tengok..Along pun tak sangka..sebab lepas dia operated semalam dia tak bergerak-gerak..mungkin ubat yang doktor berikan buat dia tertidur supaya dia tidak bergerak...takut kesan pembedahan tu akan terjejas..aku cakap dengan MAK maybe dia tahu OPAH dan EMBAH dia datang..dia dapat rasa orang-orang tersayang dia datang lawat dia..tu sebab dia bergerak....MAK aku tengok sangat sebak dan menitiskan air mata tengok cucu kesayangan dia..sempat MAK titipkan doa dan pesanan pada AMALIN....supaya kuat dan tabah serta dapat jadi anak yang SOLEHAH pada abah dan mamanya...dan moga doa MAK di makbulkan ALLAH SWT..sebab aku percaya DOA seorang ibu sangat-sangat mujarab dan sentiasa di makbulkan oleh-NYA...

Dan yang pasti, walaupun baru sehari aku tak jumpa AMALIN...aku sangat-sangat RINDUKAN DIA...aku rasa nak tengok dia balik kat sana...AMALIN....MAK NGAH RINDU SANGAT KAT AMALIN....CEPAT SEMBUH YE SAYANG!!!!!MAK NGAH SAYANG AMALIN.......................................................................

CIKMA : Baru aku tahu rasa kasih dan sayang seorang ibu pada anaknya................semoga satu hari nanti aku akan jadi seorang ibu yang terbaik untuk anak-anak ku....................

Saturday 24 July 2010

REZEKI AMALIN...

Semalam aku check result PTK...walaupun keseluruhan 3..bagi aku ia adalah satu permulaan yang baik...kali pertama exam PTK..tak baca apa pun..yang penting bagi aku perkataan LULUS tu dah ada..cuma belum cemerlang lagi..Insyaallah...kali ke-2 nanti aku akan cuba buat yang terbaik...mana tahu rezeki AMALIN pulak...buat MAK NGAH dapat 4/4...Insyaallah...

Bagi aku jugak result yang aku dapat ni pun sebagai rezeki AMALIN...apa yang aku fikir, yang aku dapat, yang aku ingat sekarang hanya untuk AMALIN...bagi aku..dia adalah kekuatan dan ketabahan aku sekarang..terima kasih yang tak terhingga pada Kak Min, Kak Zaima, Kak Ros dan Kak Ijat yang banyak bagi nasihat dan support pada aku dan jugak famili...tiada apa yang mampu aku balas budi dan nasihat kalian..cuma ucapan terima kasih dari dalam hati ini.......

Hari ni jugak aku akan ke Klang...Kak Long dah keluar hospital..AMALIN pulak kata Along nampak stabil lepas operation membetulkan salur makanan dia...tapi dia masih di tahan di NICU...tanya Along boleh ke jumpa baby...maybe boleh..cuma tak boleh ramai-ramai...aku hepi sangat-sangat bila Along cakap macam tu...memang tak sabar nak jumpa si kecik...nak tengok dia...nak belai dia...nak cium dia...tak tau macam mana perasaan ni bila tengok dia buat kali pertama.....AMALIN....tunggu MAK NGAH datang yee.....

CIKMA : Thanks pada kengkawan yang doakan untuk AMALIN....thanks juga yang bawak makanan untuk POT LUCK semalam di sekolah...nanti ada masa kita buat lagi...:)

Thursday 22 July 2010

AMALIN KENA KUAT...

Tengahari tadi call Along, nak tahu perkembangan baby AMALIN..ingat AMALIN dah keluar dari bilik operation..tapi Along cakap dia baru masuk...dalam pukul 10.30 pagi tadi..aku bagitau Along kalau ada apa-apa news bagitau aku...

Along sempat jumpa AMALIN sebelum masuk bilik bedah, Along cakap dia nampak ok..tapi Along ada bagitau yang jantung AMALIN ada problem lebih serius..tapi doktor pakar nak pastikan yang pembedahan membetulkan saluran makanan ni dulu berjaya dan berjalan dengan baik..masalah jantung AMALIN mungkin akan lebih di fokuskan selepas operation ni..harap-harap AMALIN akan lebih baik selepas ini...

Dan yang pasti..MAK NGAH akan sentiasa doakan AMALIN supaya kuat menghadapi ujian dari ALLAH SWT..AMALIN kena kuat...untuk diri AMALIN...ABAH DAN MAMA, EMBAH, MAK LANG DAN PAK LANG SERTA PAK SU...kami juga akan sentiasa mendoakan kesejahteraan AMALIN...KAMI SAYANG AMALIN!!!....................................................................

CIKMA : Sehari dua yang penuh dengan emosi...hanya doa ku titipkan buatmu.....NUR MAWADDAH AMALIN........

Wednesday 21 July 2010

NUR MAWADDAH AMALIN

Maksud di dalam nama-nama Islam...Cahaya Cinta Kasih Harapan..nama baby Along...petang tadi sempat call balik Along..masa tu dia tengah tunggu nak jumpa doktor..ada benda yang nak di beritahu tentang si kecik...masa tu tak tau apa benda yang nak diberitahu..

Along call tadi..bila aku sms tentang perjumpaan Along dengan doktor..Along bagitau AMALIN ada problem lagi..kali ni salur makanan dia tidak sampai ke perut..dan esok pukul 8 pagi AMALIN akan menjalani pembedahan membetulkan salur makanannya..aku jadi bertambah sedih dan pilu..banyak benar dugaan dan ujian si kecil dalam proses kelahirannya ke dunia ni...:(

Along bagitau jugak AMALIN dah di masukkan ke ICU..sebelum ni dia dalam incubator..bila di tempatkan ke ICU di letakkan atas sebuah mesin...Along pun tak pasti mesin apa..sebab baru first time tengok..Along bagitau jugak yang badan AMALIN penuh dengan wayar-wayar...kesian sungguh si kecik!!!aku dengar jer terus menitik air mata ni..sukar nak bayangkan apa yang berlaku pada AMALIN....tadi masa Along tengok dia pun Along sempat jugak pegang dia...nampak mulut AMALIN berbuih..YA ALLAH...betapa besar ujian MU pada kami........

Along sempat bagitau supaya doakan yang terbaik untuk AMALIN..aku memang sentiasa doakan untuk si kecik...mengharapkan yang terbaik untuk dia..MAK NGAH akan sentiasa berdoa untuk AMALIN..supaya sihat dan sejahtera...menjadi sekuat dan setabah MAK NGAH....MAK NGAH SAYANG AMALIN.....


CIKMA : AMALIN juga bererti LANJUT USIA..moga AMALIN panjang umur...

Pangkat Baru

Syukur...Alhamdulillah..akhirnya Kak Long aku dah selamat melahirkan seorang bayi perempuan hari ini pada pukul 9.42 pagi..berat bayi dalam 2.045kg..kecil namun aku bersyukur yang kedua-duanya selamat...

Cuma...bayi ada juga sedikit masalah..sebelum ni si kecik telah di kenal pasti mempunyai jantung berlubang..kali ini doktor bagitau yang si kecik di lahirkan tiada berlubang dubur...mula dapat sms dari ALONG..memang terkejut membacanya..aku terdiam sekejap..seram sejuk jugak tangan..rasa fikiran pun dah lain macam...dah tak tentu arah di buatnya..nasib masa tu aku di kelas 1 Murni..mengajar Pendidikan Seni..jadi takdelah sangat aku beri tumpuan pada murid-murid..dah bagi benda nak di buat diorang semua senyap dan buat apa yang aku suruh..last-last aku pun bagitau pada KAK MIN perkara ni..dia ada pengalaman dalam besarkan anak yang menghadapi masalah macam ni..cuma dia pesan pada aku supaya Along dan Kak Long kena hadapi dugaan ni dengan tabah serta punyai mental yang kuat...aku dengar cerita Kak Min tentang anak dia pun dah rasa nak menitik air mata...tapi tahan jugak tadi...aku terpikir macam mana pula dengan si kecik tu nanti...dan keadaan Along dan Kak Long nak hadapi semua ni...

Along pun bagitau dia hanya sempat tengok si kecik masa dia iqama' kan dia..Kak Long pun dia cakap sihat..aku pun sempat tanya tu je pada Along..sebab dengar suara Along pun dalam keadaan kelam kabut..dia sendiri cakap terpaksa ke hulu hilir nak settlekan apa yang patut..tak sempat jugak nak tahu nama si kecik dan Kak Long bersalin normal ataupun ceaser...Insyaallah kalau ada masa jugak nanti nak call Along balik sebab nak tahu perkembangan si kecik..aku maybe akan lawat diaorang hari Sabtu ni..ABAH dan MAK akan datang ke Klang hari Jumaat ni..moga-moga semua nya akan berjalan dengan baik...

Aku akan ingat tarikh hari ini juga..bila aku bergelar MAK NGAH..pangkat baru..orang baru dan bertambah nya juga umat Nabi Muhammaad SAW..moga si kecik menjadi anak yang solehah kepada kedua orang tua nya..menjadi insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi...salam sayang dari MAK NGAH..........

CIKMA : Rasa sayu hati bila dapat tahu si kecik hadapi dugaan dan ujian macam ni.....:(

Monday 19 July 2010

Kisah hari ini

Banyak benda yang berlaku hari ni..banyak jugak kisah yang terjadi..nak kata memeningkan kepala tidak lah juga..cuma buat aku berfikir sejenak barang seminit dua...

Kisah hari ini berlaku pagi tadi..seorang parents datang jumpa aku bagitau last week anaknya terbuang air besar dalam kain baju kurung..parent tu bagitau kat aku yang aku ni tak benarkan anaknya pergi tandas..aku pulak terkebil-kebil nak mengingatkan bila masa yang anak dia minta izin pada aku..rasanya anak dia tak datang pun minta izin nak keluar tandas..lepas tu parent tu bagitau yang anak nya takut sangat dengan aku sebab aku ni garang...ngeee...memang pun aku garang..tapi garang aku takdelah sampai aku tak bagi diorang keluar tandas..cuma aku pernah bagi amaran pada semua murid jangan ke tandas masa cikgu tengah mengajar..sebab aku rasa sangat terganggu bila murid-murid aku tu datang ke depan kelas mintak izan nak keluar masa aku tengah bercakap kat depan..dan aku tak nak diorang tertinggal isi pelajaran yang aku nak sampaikan...sebabnya ada lah beberapa orang budak kalau dah ke tandas tu bukannya 2,3 minit..karang sampai 10 minit duduk dalam tandas..dah tau sangat perangai bebudak ni....

Anak parent tu jugak yang aku ingat lah jarang sangat aku marah..sebab dia ni bukan jenis budak nakal,,pendiam..kerja sekolah pun siap..almaklum perempuan..tak banyak songeh jugak..tapi parent murid ni cakap yang anak dia takut kat aku sebab aku suka marah-marah..aku marah bukan tuk dia tapi untuk satu kelas..nak semua murid tu tau yang Cikgu Akma ni tak suka apa yang diorang buat benda yang tak betul..mungkin lah suara aku ni memang cukup lontaran vokalnya..tapi aku buat gitu sebab tak nak budak-budak ni pijak kepala kita..kita lembut sikit jer..budak-budak tu mula buat perangai....cuma last jer aku cakap ngan parent tu..aku memang suara camni..kuat dan nyaring..tapi kalau budak tu tak suka aku nak wat camne..cuma aku dapat pastikan lepas ni aku akan cakap arr baik-baik ngan anak murid aku tu pasal apa aku kena buat macam tu..maybe lepas ni dia paham lah kot...insyaallah...

Kisah seterusnya pulak..ibu seorang murid dalam kelas aku, 1B..datang ke sekolah sebab kes anak dia yang selalu  kena komplen ngan cikgu-cikgu yang masuk mengajar kelas tu..sebab perangai dan sikap dia yang lebih berbanding rakan-rakan lain..aku dah tau tentang budak ni ada satu disease yang di panggil DYSLEXIA..yang pada dasarnya GANGGUAN  ini BUKAN SATU PENYAKIT OTAK..tetapi lebih kepada masalah pembelajaran...rujuk DI SINI

Masalah sebenar budak ni bukan pasal pembelajarannya..tapi sebab sikap dan perangai nya yang ada kalanya buat aku naik angin..banyak dah rakan-rakan sejawat aku mengeluh sebab susah nak kawal dia dalam kelas..sampai satu tahap aku ada bagitau parent murid ni yang aku dah give-up dengan perangai dia..cuma aku dapat rasa yang parent tu tak boleh nak terima penjelasan tentang sikap anak dia daripada aku dan cikgu-cikgu yang lain..lama jugak berbincang antara aku..Kak Jun (my PK HEM), cikgu-cikgu yang ajar murid tu dan ibu murid tu sendiri..bagi aku rasanya kaitan DYSLEXIA dah tak wujud dalam diri anaknya sebab disease tu dah sembuh sebab dia budak yang sangat pandai dan bijak..cuma perangai nya yang di luar kawalan dan terlebih sikit dari perangai kanak-kanak normal lain..bukan takde yang nakal..tapi dia lebih hyper-aktive berbanding yang lain..

Kami kat sekolah hanya dapat sarankan agar parent ni bawak anak dia ke doktor kanak-kanak..maybe dari situ kita boleh tau punca masalah dan cara mengatasi masalah ni...bukan kami ni sebagai pendidik nak blame budak tu 100%..tapi kalau selalu sangat budak tu buat perangai sampaikan every day dan every time asyik sebut jer nama dia setiap kali masuk kelas..tu yang rasa tak selesa  dan kita pun rasa nak mengajar pun payah sebab gangguan sebegini...harap sangat yang parent tu faham situasi dan keadaan cikgu-cikgu ni..kami cuma nak bagi yang terbaik untuk anak-anak bangsa..ada masalah kita bincang dan atasi sama-sama..cuma janganlah salahkan kami 100%  kalau setiap kali anak-anak buat masalah kat sekolah......

Kisah lain..emmm..ni lebih kepada PERANGAI MANUSIA...kalau rasa dah buat kerja tu ikhlas dan redha..janganlah mengungkit...tak dapat pun pahala kalau kita ni ungkit balik..dapat penat dan letih jer...renung-renungkan..dan...SELAMAT BERAMAL........sekian....TERIMA KASIH!!!!hehe....

CIKMA : Macam-macam.......redah jelah Cikma oii..camnilah duduk menumpang kat dunia ni...macam-macam sikap dan perangai pelik manusia!!!!muahahaha...

Sunday 18 July 2010

First experience..

Ahad yang mendamaikan...settle kemas rumah, basuh kain cuma belum gosok baju..nanti-nantilah..nak rehat dulu..layan-layan muka buku dan blog..

Semalam satu hari di Damansara..lepak-lepak rumah kawan..ingat nak balik hari jer..tup-tup kawan ajak tidur jer rumah dia..tak bawak pakaian pun..hehe..pinjam jer kain batik member..bukan pegi mana pun kan..pagi tadi terus balik rumah..housemate takde..so, aku pun buat latihan rejim mengemas rumah yang dah berhabuk 16 inci..boleh tanam bayam tu!!!

Just nak share..pengalaman pertama tidur di sekolah..1st???dah tahu ke-3 aku kat SKPI..tapi hari Jumaat lepas baru berkesempatan tidur di sekolah..tahun-tahun sebelum ni aku mengelat!!!hehe..bukan apa..takde perasaan nak tidur kat situ..tengah malam aku balik rumah..tapi hari tu takde pulak niat nak lari tengah malam..mungkin nak rasa sendiri tidur kat sekolah...tanggungjawab dan arahan dari pihak pentadbir..yelah bila lagi kan nak rasa tidur dengan budak-budak tu..esok-esok kalau aku kahwin tak kuasa dah aku nak tidur kat sekolah!!!



Tahun 6 ada program bestari untuk UPSR  (sebenar tak ingat apa nama program tu) mula-mula bising jugak aku kenapa nama aku naik..tapi last-last..ok jer...ala mintak tidur je kan..temankan budak-budak tu..jagakan diorang..tu je pun kejenya..tak susah mana...cuma susahnya bila budak-budak ni tak nak tidur..duk bising-bising lagi walaupun dah pukul 2,3 pagi..aku pulak dah malas nak berleter dan marahkan diorang..dah mengantuk..bising ke apa ker..belakang kira..janji aku tidur..gitu!!!haha...

Tapi, biasalah kalau kita ni tak biasa tidur kat tempat asing..selalunya tidur memang tak lena..entah berapa kali aku terjaga..kejap pusing kiri..kejap pusing kanan..dan bila aku bangun..sungguh!!pening kepala..kurang tidur betui...balik ke rumah terus sambung tidur...lena wei!!!!

Cuma aku terkenangkan pengalaman tidur di sekolah waktu aku di zaman persekolahan..tak silap aku ada dalam 2 kali kot..satu masa di sekolah rendah dan satu masa sekolah menengah..tak silap masa tahun 6..ada program untuk UPSR..3 hari 2 malam di sekolah...rasa seronok sebabnya dapat tidur dengan kengkawan..memang tak boleh lena kalau tidur untuk malam pertama..tapi malam seterusnya lena sungguh!!!nasib cikgu-cikgu yang jaga kami tolong kejutkan..tapi rasanya masa kami dulu tak banyak bersungut..tak selesalah, banyak nyamuk lah..tempat sempit lah..panaslah..suka jer kami tidur..sebab masa tu tak pikir benda-benda tu..pikir seronok jer...tapi bila aku dah jadi cikgu ni dan kena temankan diorang ni tidur..emm..macam-macam perangai..macam-macam peel..kengkadang sakit hati jugak tengok..berani pulak menipu cikgu..konon nak ke tandas..alih-alih boleh pulak main pepagi buta dengan kengkawan...sakit hati betul tengok perangai budak-budak sekarang..hormat guru..jauh sekali..dia pikir kita meleter tu macam kita ni nenek depa jer...boleh buat main-main..

Dulu cikgu suruh tidur..semua senyap..takde bunyi pun..terus pejam mata..banyak betul perbezaan budak-budak dulu dan sekarang ni..entahlah...karang kalau kita marah terasa hati pulak...sentap di mana-mana..tapi kalau tak marahkan..buat benda yang bukan-bukan...aku tak serik kalau nak temankan diorang tidur lagi..cuma aku ni takut kalau aku dah tak boleh control sabar aku dengan budak-budak ni..naya jer anak orang...sebab bila aku naik angin mulut memang tak boleh control...ngeeeee....

Apa-apa pun inilah dikatakan experience..kalau tak mengalaminya..tak delah dapat pengalaman..cuma bila terkenang balik zaman lampau..seronok dan membahagiakan...andai dapat lah di putarkan masa ni..memang aku nak balik ke zaman aku sekolah dulu-dulu.....

CIKMA : Masa program Qiamullail SPM 98 kat sekolah menengah tidur di asrama perempuan..member-member lelaki siap jerit nama aku dari asrama lelaki tengah-tengah malam..entah pasal apa aku pun tak tau..gila meroyan gamaknya!!!..kengkadang teringat balik memang macam sengal, kelakar pun ader..hehe...kenangan2....

Friday 16 July 2010

Agar-agar MILO

Dah lama tak buat entri makan ni..almaklum kalau tengah sekolah memang susah sikit nak masak..selalu makan kat kantin sekolah jer..kalau masak pun simple mimple jah!!!kengkadang..pulun maggi jer kalau dah tahap gaban malas masak ni...

Semalam aku puasa..bila puasa time nilah nak makan macam-macam..tapi nak buat malas..dah letih kat sekolah kalau balik je rumah terus tidur..semalam teringin pulak nak buat agar-agar..2 minggu sudah pulun buat agar-agar laici..melantak berdua ngan housemate..bila dah habis..aku pun buat agar-agar Milo pulak..tengok milo jer yang ada dalam kabinet..tu terus keluar idea buat agar-agar ni..

Time panas makan agar-agar memang syok..kot-kot lepas ni kalau dah abis agar-agar Milo ni..nak pulak buat agar-agar perisa lain pulak..tapi tunggu dapat gajilah!!!sekarang tengah tercungap-cungap jer duit dalam dompet!!!hehe...

AGAR-AGAR MILO

Bahan-bahan :

Sepeket agar-agar ( rendam dalam air dahulu )
3/4 tin susu cair
4 atau 5 sudu besar serbuk Milo ( masuk air panas dan kacau serbuk Milo supaya tidak berketul-ketul dalam agar-agar nanti )
6 atau 7 sudu besar gula ( ikut sendiri )

Cara : 
1) Didihkan air ( ikut sukatan 1 mangkuk agar-agar bersamaan 3 mangkuk air ) dan masukkan agar-agar..biar agar-agar sebati...
2) Masukkan susu cair dan kacau
3) Masukkan milo dan kacau perlahan
4) Lastly, masukkan gula secukupnya
5) Keraskan dalam peti sejuk


CIKMA : Asyik lapar jer 2,3 menjak ni..emmm

Thursday 15 July 2010

SELAMAT HARI LAHIR, ABAH..

Hari ni..15 Julai..adalah satu tarikh yang aku akan ingat sampai aku mati...lahirlah seorang lelaki yang begitu akrab dengan aku...tanpa dia..tiadalah aku di dunia ini..tanpa dia dalam hidup aku..pincanglah aku...kerana dia jugaklah aku sekuat dan setabah sekarang ni..

Untuk ABAH..SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-60 TAHUN..Semoga Panjang Umur, Dimurahkan Rezeki Selalu, Sihat Sentiasa, Dilindungi oleh ALLAH SWT dan Berbahagia Di Samping Orang-orang Tersayang....Angah sayang ABAH!!!!....

Dua insan yang PALING aku SAYANG...MAK DAN ABAH..

CIKMA : Moga abah sentiasa sihat dan sejahtera..dunia dan akhirat..

Wednesday 14 July 2010

DIARI

Salam dan sejahtera..tarik nafas...tenang sangat hari ni...tak rasa 'stress'...Cikma stress ker???hehe..sekejap jer..tapi betullah..kalau kita ni dalam keadaan yang tak stabil ni..elok-elok lah kita perbanyakkan mengaji Al-Quran..memang boleh buat kita ni tenang balik..bukti kekuasaan ALLAH SWT....bertuah aku di lahirkan sebagai umat NABI MUHAMMAD SAW....

Berbalik pada tajuk enti hari ni..tetiba rasa nak keluarkan tajuk DIARI ni..bukan apa..salah satu sahabat kita masa susah dan senang ni dah tentulah si DIARI ni..dekat dalam diari lah kita tulis pelbagai cerita..suka dan duka..sesi luah perasaan dan macam-macam lagi..diari jugalah tempat kita nak tau apa kerja yang belum di selesaikan..tarikh-tarikh penting dan jugak kerja yang kita buat dalam sehari-hari ni...


Diari jugak boleh ingatkan kita balik tentang kejadian-kejadian penting sepanjang hidup..misalnya..tarikh kita masuk U, tarikh kita declare ngan pakwe (cewah!!), tarikh kita pergi ke sesuatu tempat dan sebagainya..banyak manfaat kalau kita ada diari..sekurang-kurangnya kita boleh rancang apa yang kita nak lakukan pada keesokan hari...Diari jugak membantu kita dalam urusan seharian..kiranya macam personal assistant kita..mudah kan kalau ada diari ni...kiranya multiple jugak kegunaan diari...

Aku pun ada jugak diari ni...tak silap aku since 2001 aku dah ada diari..apa yang aku buat pada hari ni..kejadian apa yang berlaku..tak kira manis atau pahit serta tarikh-tarikh penting yang patut aku ingat akan aku tulis dalam diari..dululah..dalam 3 tahun awal pakai diari aku akan tulislah benda-benda alah tu..sampai sekarang ada lagi diari-diari tu..bila baca balik aku gelak sorang-sorang..malu ada..kelakar pun ada..macam-macam yang di tulis..sesi luahan perasaan pun ada..hehe...lawak-lawak!!!

Tapi...sekarang dalam sekitar 4,5 tahun ni lah..aku cuma tulis dalam diari tu tentang perbelanjaan aku dalam masa sehari..kenkadang aku akan tulis apa yang aku dah settle bayar..macam duit kereta, sewa rumah, bil telefon dan segala hutang piutang aku..rasa senang bila tulis dalam diari ni..at least kita tau apa lagi yang kita tak bayar...pastu jugak aku akan tulis keluar masuk duit dalam bank aku..kiranya aku tau lah baki yang tinggal dalam akaun tu..senang..bila buat macam ni aku kan didik diri aku sendiri untuk buat perbelanjaan berhemah..bukan bagus ke buat camni...kan!!!!

Itulah kisah DIARI...bagus sebenarnya kita ada diari..senang sebagai rujukan diri serta sebagai sahabat..tapi jangan lah sampai diari kita tu jatuh ke tangan orang lain..bahaya tu...yelah semua rahsia kita ada dalam tu kan..so, jagalah diari anda seperti anda jaga diri anda sendiri...SEKIAN.....huhu...


CIKMA : Suka beli DIARI ISLAM...

Tuesday 13 July 2010

Rasa nak korek hati

Tajuk ganas!!!haha..(gelak dulu)..memang sekarang aku tengah nak korek jer hati aku ni...tetiba ok!!!aku memang tak tau pasal apa..dapat korek..pastu nak cuci-cuci hati ni sampai bersih...toskan pastu masuk balik dalam badan..ngeee....

Bila pikir..jadi stress...kalau tak pikir jadinya macam tu aje..hadui..kenapa ekk kita ni kalau hati orang boleh kita faham..tapi hati sendiri punyalah payah nak paham...tu rasa aku nak amik jer hati ni pastu tanya sendiri ngan hati ni camne boleh jadi camtu...adeh2..susah-susah...

Ke aku punya hati ni dah keras macam batu..sampai nak explore pun dah tak boleh...kena pecahkan dan leyekkan dengan streamroll kot baru boleh ok...payah2...kalau yang empunya badan dah kata tak nak..jadinya kena lah follow jer...tak gitu!!!

Anyway..emm (tarik nafas)..aku sebenar tak tahu apa yang hati aku ni nak..senang citer..aku dah malas nak pikir bab-bab hati ni...memang..kengkadang rasa nak sangat.............tapi bila time tak nak tu...sampai naik menyampah pun ada...bila pikir..kesian ngan orang-orang keliling aku espicially orang-orang yang rapat dan akrab ngan aku..tapi nak buat camne kan...'benda' ni tak boleh di paksa...biar 'dia' datang sendiri..tapi yang nak datang sendiri tu punyalah susah dan lama nak menunggu nya...hadui....TOLONG!!!!!!!


CIKMA : Sampai bila ekk????hanya masa menentukannya.....

Monday 12 July 2010

THE MATADOR..YOU'LL THE BEST!!

Akhirnya...Piala Dunia edisi ke-19 telah pun melabuhkan tirai nya awal pagi tadi...semua dah tau siapa yang berjaya memenangi piala bola sepak paling berprestij di dunia...Congrats to Spain...THE MATADOR yang telah berjaya memenangi perlawanan akhir pagi tadi...


Aku sempat bangun ok!!semata-mata nak tengok final World Cup ni..walaupun hanya separuh masa kedua baru tengok..tapi rasanya berbaloi sebab jaringan hanya dapat pada masa tambahan...sempat lagi tu kerodek peti ais tengok-tengok ada benda yang boleh di kunyah..dan rasa-rasanya aku ada jugak terlelap barang 2,3 minit sebelum Spain jaringkan gol....nasib dapat tengok kan....

Hari ni rasanya seluruh warga Spain meraikan kejayaan besar pasukan bola sepak mereka..walaupun hanya sebiji gol jer..tapi sudah mencukupi untuk Spain sebaris dengan negara Brazil, Itali, Argentina, Jerman, Paraguay, Uruguay, England dan France memenangi Piala Dunia ni...tahniah kepada semua team Spain espicially Andres Ineista yang menjaringkan gol tunggal perlawanan...minit ke-116 ok!!!payah jugak nak jaringkan gol. kedua-dua pasukan baik Netherland dan Spain memang permainan mereka seimbang dari segi taktikal dan strategi...apa-apa pun persembahan mereka adalah yang terbaik dan hanya pasukan yang mempunyai peluang sahaja yang akan menggondol kejuaraan...

 Andres Iniesta meraikan gol tunggal perlawanan pada minit ke-116

Dan yang pasti si Paul the Octopus tu...akan menjadi binatang paling glamer di dunia..ramalan Spain menang ke atas Netherland pada final World Cup menjadi kenyataan..100% ok ramalan si sotong kurita ni berjaya..hehe...itulah kelebihan dan keistimewaan haiwan ciptaan ALLAH SWT..sebelum ni pun perlawanan tempat ke-3 pun si sotong tu pilih Jerman menang..dan akhirnya memang pasukan Jerman menang mengatasi pasukan Uruguay dengan 3-2.......

Berakhirlah jugak entri aku tentang Piala Dunia 2010 ni..wah!!!yang pasti..tunggu 4 tahun lagi di RIO DE JANERIO pulak..edisi ke-20 akan berlangsung di ibu negara Brazil....to SPAIN..VIVA ESPANA!!!and to Netherland..CONGRATS become the 2 finale at WORLD CUP 2010...and last..to SOUTH AFRICA..FAREWELL....and THUMBS UP!!!

CIKMA: Kesian my bro...favourite team dia kalah...hehe...mesti bengang tu!!!

Sunday 11 July 2010

Rindu Mak Ngah....

Sepanjang hari ni aku ke takde kat umah..dari pagi hinggalah malam baru aku sampai ke rumah...hari ni ke PPUM tengok Kakak Ipar aku di sana...rasa badan sangatlah letih...rasanya kena tidur awal malam ni...sebab nak tengok final World Cup antara Holland vs Sepanyol...


Kak Long akan stay di PPUM sehingga dia lahirkan si kecik....doktor terpaksa pantau dia sebab tekanan darah dia tak turun-turun...dan kandungannya hanya seberat 1.9 kg...dah 36 minggu...baby kecil dari biasa....tu sebab doktor tak bagi balik..kalau ikut due awal bulan 8 baru bersalin...kira-kira 2 minggu lagi...tadi Kak Long bagitau maybe lepas scan hari Rabu ni doktor nak tengok sama ada si kecik tu boleh keluar awal ke tak...emm..harap-harap Kak Long dan si kecik tak de apa-apa....

Tapi tadi sempat jugak aku pegang perut Kak Long..rindu seh kat si kecik.....panggil-panggil si kecik tu...kalau tengok perut Kak Long memang kecil..dia pun cakap si kecik ni masih lagi boleh bergerak ke sana sini..kejap kepala dia ke bawah..kejap ke tepi..kiranya tak boleh duduk diam...yang pasti Cikma @ Mak Ngah si kecik ni memang tak sabar nak tengok si kecik ni lahir....sungguh!!!tak sabar nak dukung si kecik ni.....apa-apa pun...aku berharap agar Kak Long dan si kecik selamat dan sentiasa di lindungi Allah SWT...

CIKMA : Rindu...sayang....kasih...cinta hanya untuk ALLAH SWT.....

Saturday 10 July 2010

Layan BOLLYWOOD...

Entri yang sesaja lagi..sebenarnya bosan..lepas tak tahu nak tulis apa...macam biasa hari Sabtu kan ada cerita Bollywood..baik channel biasa atau channel Astro...lama betul tak layan cerita Bollywood..lagi-lagi cerita-cerita lama...dalam tahun 90-an..cerita-cerita Bollywood nya best-best belaka..seronok tengok cerita, tarian, pelakon-pelakon yang hensem dan jelita belaka...dan yang pasti takdelah babak-babak panas...yang sekarang ni banyak sangat tayangan yang sesuai untuk 18 tahun ke atas jer.....tak kuasa Cikma nak tengok!!!

So, enjoy ekk video dari filem-filem pilihan Cikma...terbaik dari ladang!!!!hehe...layann........

FILEM : TAAL




FILEM : DIL TO PAGAL HAI




FILEM : PUKAAR




FILEM : DIL SE




FILEM : KUCH KUCH HOTA HAI




FILEM : DUPLICATE




FILEM : DILWALE DULHANIA LE JAYENGE




FILEM : PARDES




CIKMA : Minat SRK......

Friday 9 July 2010

Selesai sudah

Selesai sudah hari Tanda Sayang ataupun Hari Terbuka Sekolah aku...hari untuk ibu bapa datang tengok report card anak-anak sambil mendengar pesanan dan beberapa perbincangan antara guru dan parents....

Bila jumpa parents ni memang macam-macam cerita keluar...diaorang akan selalu tanya dialog "Macam mana anak saya dalam kelas?" atau "Dia ok tak cikgu dalam kelas"...tak pun "Dalam kelas dia tumpu tak masa belajar?"..macam-macam lagi lah soalan...selalu nya aku jawab takkan berlapik...semua aku cakap...apa yang anak-anak murid ni buat dalam kelas...sekurang-kurangnya mereka tahu perangai anak-anak mereka ni...aku pulak mengaku kalau aku pukul tu bersebab..tapi kebanyakan parents boleh terima cara aku mengajar anak mereka...

Apa-apa pun...Cikma letih sangat-sangat...lepas ni nak tidur dulu...rehat-rehatkan minda dan badan..walaupun tak mengajar hari ni..tapi sebab duduk dari pagi sampai tengahari melayan parents adalah sangat letih ok!!!so, selamat tidur.....ngeeeee...........

CIKMA : Begitu acuannya..begitulah kuihnya....

Thursday 8 July 2010

VIVA ESPANA!!!

Memang tak sangka....rasa macam orang semua pikir yang team JERMAN akan belasah teruk team SEPANYOL...tapi rupa-rupanya...hehe.....CONGRATS TO SPAIN!!!menang seh!!!walaupun 1 gol jer..tapi cukup untuk mendiamkan penyokong team Jerman....


Cikma tak tengok live pun...nak tengok tapi rasa macam letih sangat semalam..ingat masa nak sahur (puasa hari ni) nak tengok sekejap lah...set jam pukul 4.00 pagi...kira dapat tengok sikit pun jadilah..alih-alih pukul 5.00 pagi bangun....bukak jer televisyen...dah cerita lain yang keluar...last-last...dengar jer berita pagi tadi...memang tak sangka menang..tapi dalam hati ni berharap lah..sebab aku pun sokong team SEPANYOL ni..selain team BRAZIL....

Yang best pulak tu ada pulak terkeluar cerita tentang SOTONG...mula aku tak paham bila tengok status member dalam muka buku..tentang PAUL THE OCTOPUS ni..rupa-rupanya..sotong kurita ni ada satu keistimewaan yang boleh ramal siapa yang menang...hehe..lawak ada...serius pun ada...hehe...ramalan kan...macam-macam orang Barat ni tafsir benda-benda yang sedikit pelik ni...SOTONG KURITA pun boleh jadi penilik nasib ekkk...macam-macam....

Nak tahu cerita SI SOTONG KURITA ni baca kat SINI 

Gambar masa Si PAUL ni ramal Sepanyol menang mengatasi Jerman dalam semi-final...dia pilih duk atas peti yang ada flag Sepanyol......

Yang pasti..adalah jugak team pilihan aku masuk final WORLD CUP...tak sangka jugak jampi serapah my sis KAK YAT menjadi..hehe..thanks sis...suka kami!!!!!so, kepada yang sokong team Jerman....pegi duduk diam-diam ok!!!kalau main macam masa lawan team ARGENTINA dan ENGLAND memang dah tentu diorang menang..tapi tengok diorang macam dah tak larat nak main...pastu macam malas main..itulah padahnya..tunggu lagi ye for the next WORLD cup!!!!!


CIKMA : Tetiba berbangga punyai rambut curly bak PUYOL...hehe...

Wednesday 7 July 2010

Moga selamat semua...

Tengahari tadi..ada sms kat handphone...dari my bro aka ALONG aku...bagitau yang kakak ipar aku masuk hospital....kena tahan kat wad sebab tekanan darah tinggi...aku cuak kejap..terus call ALONG tanya camne leh jadi camtu....

ALONG bagitau takde apa-apa..dia pun tak tahu kenapa tekanan darah Kak Long tinggi secara tiba-tiba..doktor yang periksa pun macam tak percaya..check sampai 3 kali..bacaan still sama..doktor suruh jugak kakak ipar masuk wad...ALONG cakap just untuk rehatkan diri jer......aku lega sikit....harap takde apa-apa yang berlaku......

Emm...apsal aku bagitau semua ni...sebenarnya dalam hati masih risau...Kakak Ipar sebenarnya tengah pregnant...dah hampir masuk 36 minggu dalam 2,3 hari ni..that means...kandungan nya dah cukup bulan...kalau ikut due dia bersalin dalam 2 minggu lagi kot...aku...of course gila gaban orang paling happy sebab akan dapat anak saudara yang pertama...kiranya jugak cucu pertama ABAH dan MAK...mana tak heppi wei....aku nanti ada anak saudara yang boleh panggil aku MAK NGAH...seronok dapat orang baru dalam keluarga...sapa yang tak suka kan.......

Tapi, ada benda yang aku risau..bila kandungan Kakak Ipar ni ada problem sikit...doktor pakar dah sahkan yang bakal "baby" ni ada masalah jantung berlubang...mula aku dengar..memang rasa risau...kami sekeluarga pun risau..kalau ikut memang lama dah kami harapkan kedatangan orang baru dalam keluarga kami...ALONG aku tunggu dalam 3 tahun baru ada..sebelum ni Kak Ipar aku ni pernah pregnant..tapi gugur..itu yang kandungan ni dia jaga betul-betul..tapi ketentuan ALLAH SWT...bakal "baby" ni ada masalah juga...

Yang aku tahu...memang ada sejarah ler tentang sakit jantung berlubang ni dalam famili aku...ALONG aku dulu..sebenarnya masa dia kecil ABAH bagitau dia pun di detect ada sakit ni...pastu bila dia besar..sakit ni hilang...maksudnya lubang tu tertutup sendiri...MAK yang lahirkan dia pun tak perasan benda ni....tapi tak sangka pulak kena balik pada bakal "baby" ALONG aku...kesian pulak si kecil ni....aku tiap kali balik umah ALONG...aku mesti pegang perut Kak Long aku tu..nak rasa pergerakan dia...kenkadang rasa jugak "dia" bergerak.....kengkadang bila aku rasa "dia" tak gerak..aku siap suruh dia bangun...kengkadang aku bercakap dengan "dia"..siap dah panggil nama untuk bakal "baby" ni...

Apa yang pasti...aku cuma harapkan moga selamat semua...kepada Kak Long aku dan jugak bakal "baby"..aku doakan semua nya berkeadaan baik dan lancar.....AMIN........

KAK LONG DAN ALONG....

CIKMA : Mengharapkan yang terbaik untuk keluarga aku.....dunia dan akhirat.....

TAMALLY MAAK.....KAHO NA KAHO...ALWAYS WITH YOU...

AMR DIAB - TAMALLY MAAK





Tetiba ok...aku teringatkan lagu ni..dulu suka na dengar lagu arab ni...di tambah dengan encem nya penyanyi AMR DIAB ni...hehe..bukan pe...aritu ku tgk astro channel 105..Rentak BOLLYWOOD gitu...lama tak layan lagu-lagu hindi ni aku pun layan lah..pastu program ni tayangkan satu lagu hindi yang lagunya di adaptasi dari lagu TAMALLY MAAK ni..suka pulak aku dengor...hehe..so, layan-layan kan ok!!!!


VERSI BOOLLYWOOD....KAHO NA KAHO





CIKMA : Ouw!!!'seksa' sikit ekk video klip yang versi bollywood ni..pandang sebelah mata je ekk!!!huhu

Monday 5 July 2010

JABULANI

Salam dan sejahtera....tarik nafas!!!fuhh!!!..lega sikit...report card murid dah settle..fail kelab softball hampir 80% siap..emm apa lagi ekk..marksheets kelas 1B pun dah settle...saringan 2 LINUS masih ada 3,4 orang yang belum selesai membuat lisan..rasa-rasanya esok lusa boleh settle kot...pasni nak key-in data budak-budak LINUS pulak..emmm...kerja sebenarnya tak pernah abis...kalau rasa kurang sikit kerja tu adalah sebab dah banyak yang di selesaikan..anyway..aku nak rehat-rehatkan diri dulu tuk minggu ni..boleh ker???bolehkan ajelah...

Entri kali ni...aku nak cerita sikit tentang bola yang bernama JABULANI...tau kan yang bola ni jadi bola rasmi untuk Piala Dunia 2010..bola yang di hasilkan oleh ADIDAS ni antara bola yang agak kurang di sukai oleh para pemain...sebabnya...diorang cakap bola ni tak memenuhi kehendak dorang..pastu keadaan bola yang tidak terjangka ke mana bola ni pergi bila berada kat udara...emm..susah tu..golkeeper pun cakap susah nak tangkap bola ni sebab bola ni kuat sangat melantunnya...tu aku tengok kebanyakkan golkeeper susah nak tangkap bola ni..contoh masa perlawanan kumpulan antara ENGLAND dan USA...kan ke golkeeper England boleh pulak terlepas bola tu dari tangan..sedangkan posisi tangan tu dah memang betul time nk pegang bola tu...

JABULANI..yang bermaksud "Bring Joy and Happiness" dalam bahasa Afrika jugak dikatakan telah mula di gunakan selama hampir 4 bulan yang lalu dalam BUNDESLIGA (Jerman)...so, rasanya korang mesti dah agak kenapa Jerman boleh masuk semi-final kalahkan Argentina minggu lepas...4-0 tau...dulu masa perlawanan kumpulan kalah kan AUSTRLIA pun dengan agregat yang sama..dorang dah biasa guna bola ni..tu yang diorang takde masalah..dan advantage pada diorang ni mereka dah tau kelemahan dan keupayaan bola ni bila mereka menggunakannya di Piala Dunia...adil ke tak pada negara-negara yang lain???emmmm...sendiri pikir ekk...negara lain pernah jugak diorang try bola ni...tapi sekejap jer...takdelah sampai berbulan-bulan....

Yang pasti..mana-mana bola yang di gunakan di Piala Dunia ni mesti ada kelemahan dan kekuatannya..nak cipta sebiji bola ni bukannya mudah...pereka-pereka bola ni kena bertungkus lumus untuk beberapa tahun mencipta sebiji bola yang sempurna..itu pun banyak jugak yang komplen...kalau nak senang buat jer bola sendiri..abis citer...hehe


BOLA "JABULANI"

CIKMA : Nak tahu lebih lanjut tentang bola ni...pergi ke SINI

Sunday 4 July 2010

Kek Nestum

Hari minggu yang best..sebabnya balik kampung..dapat peluk cium MAK dan ABAH (anak manja lagi Cikma ni ok!!!)...walaupun team favourite kalah (Brazil) tapi disebabkan kat kampung..rasa sedey tu ala-ala ajelah...hehe

Sempat lagi u'alls buat kek...simple kek jer..kek Nestum..tengok adik-adik dan MAK suka makan kek ni..so, buatkan lah..tengah rajin ni memang ler buat..kalau time datang malas..nak masuk dapur pun payah...buat sampai 2 biji kek ok!!!abis licin..tinggalkan sikit untuk MAK dan ABAH kat kampung...yang lain kami bawak balik..tapi dapat sorang sikit jer...adunan kek ni tak banyak sangat..so, Cikma letak resepi ni dalam entri kali ni..kalau de sapa-sapa nak buat ok!!!

KEK NESTUM :


Bahan-bahan :

250 gm butter
200 gm gula
200 gm tepung naik sendiri
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
150 gm susu segar
50 gm nestum

Cara- cara :

1) Pukul butter dan gula sehingga kembang
2) Masukkan telur sebiji demi sebiji..pukul adunan hingga sebati
3) Masukkan esen vanilla
4) Masukkan tepung ke dalam adunan tadi berselang seli dengan susu. Kacau sebati.
5) Akhir sekali masukkan nestum ke dalam adunan dan di kacau rata.
6) Bakar dalam masa 40 minit.



KEK NESTUM


CIKMA : Thanks to my fren Finnie yang bagi resepi ni...

WAKA WAKA

Layan jom lagu rasmi Piala Dunia 2010 dari Shakira.........





CIKMA : Suka lagu rasmi Piala Dunia 1998...The Cup of Life..from Ricky Martin..syok wei...

Don't Cry For Me ARGENTINA....FAREWELL!!!


First...kesian dia...kesian dia..kesian dia...kesian dia.....huhu!!!dah agak.....team Argentina ni gah je lebih masa lawan dalam kumpulan..pastu..dah riak konon-konon boleh menang WORLD CUP 2010!!!...tapi last-last...kalah jugak...dengan team JERMAN pulak tu..pasukan yang takde dalam senarai nak menjuarai Piala Dunia kali ni..alih-alih masuk semi-final..kalahkan Argentina pulak tu...hehe..suka kami!!!

Cikma ni biasaklah..kalau sesebuah team bola yang dah terlalu ramai sangat peminat dan team tu pulak menjadi pilihan ramai..secara automatiknya aku takkan sokong (kecuali Brazil ekk!!!)...contoh yang lain...aku menyampah nengok team Machester United..sebab..dah ramai sangat fans dorang..pastu konon-konon berlagak diva u'alls..boleh amik semua piala dalam EPL..huhu...takde jugak pun...macam team Argentina nilah..menang semua perlawanan kumpulan...berdegar-degar orang bercerita sana sini mengenai team Argentina yang hebat ni..tapi akhirnya...tamat riwayat di suku akhir.....wakakaka....

So, kepada fans team Argentina...jangan mendongak ke atas jer..sesekali pandang lah ke bawah...adat ok..ada menang ada kalah..terima hakikat...tengok cam aku ni..team Brazil kalah..sedey nya sekejap jer...alah..bukan negara kita pun kan...anyway...sesiapa yang lepas ni nak tengok DIEGO MARADONA nak berbogel keliling bandaraya BUENOS AIRES tidaklah berkesempatan ekk sebab dah kalah...tunggu lah ko berbogel 4 tahun lagi..gitu!!!!hehe.......


CIKMA : Konon bagus lah tu!!!sebab ramai sangat fans team Argentina kat sini..sampai jersi dorang laris kat Padang Besar..ku tengok semua mintak jersi tu..last-last.....sendiri mau ingat daaa.........

Saturday 3 July 2010

FAREWELL BRASIL.....

Uhuk!!!sedey2...haruskah Brazil kalah??? kenapa boleh kalah??? camne boleh tersungkur dengan pasukan Orange ni aka Belanda..huhu...tidakkkkkkkk!!!!!!!!!

Cikma penyokong setia pasukan bola sepak Brazil..since 1998..bila kali pertama tengok World Cup...sampai sekarang...still setia..tapi cam biasa macam mana bagus sesebuah pasukan tu...pasti satu hari nanti mereka akan mengalami zaman kejatuhan..tidak selamanya berada di atas kan...tapi tulah..susah bila kita tak boleh terima kekalahan pasukan favourite ni..sedey-sedey...so..conclusion dari entri ni..aku boleh pulak jadi tension sekejap..tapi tak lama sebabnya sambil-sambil tengok match antara Brazil dan Belanda tadi..sempat jugak membuat kek nestum...hehe..yang ni aku masuk entri lain ekk..sekarang tengah dalam oven lagi..hehe...

Apa-apa pun..terimalah kenyataan Pasukan Brazil dah kalah...tengok match tadi..memang Belanda berhak menang...walaupun diorang ketinggalan 1 gol..tapi dorang still berusaha nak lawan dan main sungguh-sungguh..aku tengok pulak team Brazil dah dapat 1 gol main cam budak-budak..konon-konon pikir dah menang World Cup!!!hampeh betul!!!!so, farewell Brazillian....congrats Natherlands...


CIKMA : Suka lah my bro...dia sokong Belanda..duk sengih-sengih depan aku..hampeh jer tengok!!!ngeeee......lepas ni tinggal team SPAIN jer..tengok pulak dorang camne..kalo kalah...maleh dah nak tengok WORLD CUP!!!....

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...