Saturday 16 February 2013

Perkara yang harus dielakkan selepas makan

Tips yang sangat berguna..Meh kita tengok..maybe kita pernah buat..so, lepas ni kita boleh elakkan..untuk kesihatan bersama..

1) Jangan makan buah selepas makan

Ramai menganggap buah di jadikan sebagai pencuci mulut selepas makan. Tanggapan ini kurang tepat kerana makan buah sebaik sahaja selesai makan akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air. Justeru, lebih baik makan buah satu jam sebelum makan atau dua jam selepas makan.

2) Jangan minum teh selepas makan

Asid yang terkandung di dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protien di dalam makanan yang telah di makan akan segera mengeras yang mana ia akan mengakibatkan makanan tersebut sukar dicernakan. Jika anda di sarankan agar minum air putih sahaja.

3) Jangan mandi selepas makan

Sekiranya anda mandi selepas makan, ia boleh menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki dan tubuh akan meningkat, manakala jumlah darah di bahagian perut dan sekitarnya akan menurun. Keadaan ini akan melemahkan sistem percernaan perut anda.

4) Jangan banyak berjalan

Jangan berjalan terlalu banyak selepas anda makan. Ini kerana berjalan terlalu banyak boleh mengakibatkan sistem percernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang telah dimakan. Justeru, ambil masa anda untuk berehat beberapa minit sebelum meneruskan kerja harian anda.

5) Jangan tidur selepas makan

Amalan tidur sebaik sahaja selesai makan boleh membahayakan sistem pencernaan anda. Ini kerana makanan tersebut tidak dapat dicerna dengan baik oleh sistem penghadaman ketika anda tidur. Justeru, jarakkan masa makan dan tidur anda sekurang-kurangnya satu atau 2 jam.

6) Jangan merokok selepas makan

Berdasarkan penelitian, menghisap sebatang rokok sahaja selepas makan kesannya sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. Merokok sudah pasti membahayakan kesihatan anda. Oleh itu, langkah terbaik ialah berhenti merokok.

7) Jangan bersenam selepas makan

Bersenam baik untuk kesihatan dan diet anda. Namun, jangan sesekali melakukan senaman atau aktiviti riadah lain selepas anda makan. Ini kerana aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan sistem percernaan tidak boleh berfungsi dengan baik. Oleh itu, jangan bersenam dengan keadaan perut yang penuh dengan makanan.



CIKMA : Seminggu cuti ni makan nasi kenduri jer...hehe..naik berat ni..lepas ni rejim balik ekk senaman anda Cikma oiii....:)

Monday 11 February 2013

CUTI TAHUN BARU CINA


Salam dan sejahtera...lama weii cuti ni...cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina..suka.memang suka..boleh rehat kat Diamond Bay dengan tenang..

Aktviti cuti sekolah..of coz menelaah buku-buku novel yang berkoyan-koyan di beli plus yang di pinjam daripada rakan sejawat pun masih belum habis di baca..hehe..jenjalan???tak kot..duduk umah jer..kerja sekolah..emm..nak kata takde..tipulah kan..buat lah sikit-sikit..tengah ada masa ni kan..karang dah bukak sekolah kerja lain pulak yang menunggu...:)

Apa-apa pun..Selamat bercuti kepada semua..adiosss...


CIKMA : Perkara yang sedang di rancang..hopefully di permudahkan segalanya..In Shaa Allah..:)

Thursday 7 February 2013

SETIA HUJUNG NYAWA - HABIS SUDAH!!!

Waaaaaa...tetiba rasa sebak dan sedih..emo terlebih-lebih aku ni..aduhai...rasanya tak pernah tengok drama bersiri Melayu macam ni...giler dan angau..berangan sampai ke bulan bintang bagai...hehe..

Dah habis pun drama SETIA HUJUNG NYAWA ni..yup..hari-hari Cikma lepas ni takkan bermakna lagi..haha..kengkonon kan..but..trully..Cikma suka sangat drama ni..apa yang aku katakan sebelum ni..Cikma tak pernah suka drama Melayu seangau dan segila drama ni..sebelum ni pun tengok drama biasa-biasa jer..takdelah sampai angau giler macam ni...serius!!boleh ekk Cikma dah tengok kat tv aku boleh cari lagi link kat internet..kot2 lepas ni kalau semua episod dah di upload kat internet mau gamaknya Cikma download semua episod!!!

Tu belum lagi ekk kalau ada DVD nya...confirm beli nye lah..pastu novel nya..haha..ni lagi satu..dah baca novel tu (pinjam daripada rakan sejawat kat sekolah)..last2 beli lagi novel tu masa pergi Karnival Karangkraf buat simpanan...tak ke gila angau namanya!!haha..

Final episod yang heppi ending..memang suka..but rasa macam ada yang tergantung..well..contoh macam Hadi yang sengal tu..takkan macam tu jer..takde balasan apa-apa ke kat dia..lagi satu Eriza..takkan macam tu jugak..takde nak rasa menyesal ke terlebih-lebih kan..hehe

Cikma rasa macam ada musim ke-2..hehe..mana tau kan..sebab drama ni mencetus fenomena di negara kita..ala..macam cerita Adam dan Hawa dulu kan..so, kalau banyak request daripada peminat..rasa-rasanya pihak Suhan Movie aka En. Rosyam Noor mesti sudi nak buat kesinambungan drama ni kan..hehe..kalau ada aku lah orang pertama akan akan terloncat kegembiraan..!!!

Apa-apa pun...life must go on (ceh!!apa kena mengena quote ni haha..)..memang bila Cikma tengok drama ni hati Cikma berbunga riang..suka..sangat suka..hilang segala masalah dan stress..thumbs up untuk semua yang terlibat dalam drama SETIA HUJUNG NYAWA ni..walaupun ada beberapa kelemahan..but bagi Cikma drama ni tetap TERBAEKKKK untuk tahun 2013...cayalah!!!







CIKMA : Cinta jangan engkau pergi...jauh dari diri ku lagi..sesungguhnya cinta kita sehingga ke hujung nyawa............:)...so sweet...,


Aku Yang Tersakiti

Layan lagu jiwang plus angau pepagi ni...:)



Judika – Aku Yang Tersakiti

Pernahkah kau merasa
Jarak antara kita
Kini semakin terasa
Setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya
Teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita
Yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku

Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia
Memang tak ‘kan mudah Bagiku ‘tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia… dia…
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia

CIKMA : Aku yang memang dan sedang di sakiti....

Tuesday 5 February 2013

Nani - 2 tahun..

Sudah besar panjang..dah faham apa yang kita cakap..dah boleh bertutur beberapa perkataan dengan fasih..dan yang best dah boleh melawan Mak Ngah dia..haha..Nani..Nani...:)

25 Januari hari tu genap 2 tahun budak comel ni..dah besor panjang..dulu kecil jer..sekarang..badan bagai di pam-pam..mantap betul..dah tak larat nak angkat..14kg tu!!!..lebih guni beras!!!hehe.

2 minggu lepas ada jamuan makan plus birthday party (party ler sangat!!) untuk budak ni..seronok tengok dia dan sepupu-sepupu nya..ramai sampai jamuan makan-makan macam kenduri..kebetulan Cikma balik kampung so sempat lah jenguk dan join sekali..melayan budak Nani dan sorang lagi budak comel aka Indah sangat membahagiakan..yelah dah sebulan tak balik..masih tetap maintain comel dan cute dua2 tu..:)

Layan gambar yang sempat di snap..apa-apa pun semoga panjang umur NUR SYAHZANANI, semoga menjadi anak yang solehah kepada abah dan ibu yeee......Mak Ngah sayang Nani...:)








CIKMA : Baka dan keturunan yang comel2..harap2 bakal anak Cikma pun comel2 gaks..macam Cikma lah kan...haha..

Monday 4 February 2013

Pesta Buku 1 Malaysia, Karnival Karangkraf dan ADI PUTRA!!!...Finale

Sambung cerita semalam....hehe

Sampai jer En. Adi Putra kita ni..ramai lah kaum-kaum Hawa yang dah start tangkap gambo..Cikma suruh adik aka Cik Ayu jer yang tangkap..kengkonon malas nak beria..haha..dalam hati memang suka giler..haha..control lah nokk!!!..snap nyer snap barulah start untuk sesi ramah mesra dengan peminat..dan bersama dengan penulis buku novel TEDUHAN KASIH (maaf lah ye tak beli pun buku ni...lain kali lah)..

Buka soalan kepada fans..emm..aku tunggu jer time tu..takdelah nak soal bagai..aku just snap gambar jer..soalan2 yang dorang bagi tu..emm sori to say..merapu banyak..suruh nyanyi lah..suruh berlakon lah..soalan yang bukan soalan lah (apa tu??)..hehe..sampai satu tahap orang dah tak tanya sedangkan aku tahu mamat tu memang menunggu soalan yang mencabar minda dia..haha..last2 aku angkat tangan..dan soalan yang di kemukan ialah....:)

- Assalamualaikum..saya merupakan salah seorang peminat En. Adi Putra (ceh..ceh..ceh..mukadimah tak boleh blah!!!)..saya nak tanya bagaimana En. Adi melakonkan watak yang di berikan oleh penulis skrip yang di adaptasi melalui novel...kita tahu jika drama yang di adaptasi daripada novel watak telah di terjemahkan, berbanding dengan skrip yang sememangnya skrip asal  yang di hasil oleh penulis skrip drama yang sebenar..bagaimana En. Adi Putra nak develop watak tersebut??????

Wah!!!panjang giler kan...yang pasti AYAT PERTAMA yang keluar daripada MULUT Adi Putra jer yang aku ingat..TERIMA KASIH..OK..SEBENARNYA SAYA.....tang itu jer aku ingat..yang lain duk menghadap muka dia sambil snap gambar..aku tak ingat langsung jawapan dia..dah tu..dia asyik tengok aku, senyum dan bagi jawapan..aku bila dah macam tu memang tak fokus ler apa dia jawab...haha..but..memang dia jawab panjang berjela..dia angguk..aku angguk..dia senyum..aku senyum balik..walhal ntah apa yang aku pikir..at least..dia menjawab soalan lah kan...haha..aduhai Cikma!!!

Lastly..petang tu lepas ke PWTC..singgah ker Karnival Karangkraf di Shah Alam..huhu..walaupun penat tapi sangat berbaloi-baloi..ramai manusia dan susah giler nak cari parking..tapi sebab nak cari sangat novel SETIA HUJUNG NYAWA...Cikma gagahkan jugak ok..haha..memang banyak sangat buku ni kat sana..tak payah berebut bagai..novel2 lain pun sama...

Jangan tanya berapa banyak duit yang Cikma habiskan..haha..tapi rasa sangat puas hati..yang pertama of coz dapat jumpa En. Adi Putra secara life..kedua dapat beli novel yang kita suka dan ketiga Cikma bangga masih ada lagi yang begitu suka membaca buku di Malaysia ni..memang kita kena terapkan budaya membaca terutama kepada kanak-kanak..tak kiralah genre apa pun pembacaan buku tu..janji kita suka membaca..membacakan JAMBATAN ILMU...:)

Layankan sikit gambar ye...malas nak upload satu2..Cikma edit tau..hehe...






Melting!!!hehe...

CIKMA : 12 buah buku tak silap aku..banyak ke tidak tu..emm..kopak bulan ni...hehe

Sunday 3 February 2013

Pesta Buku 1 Malaysia, Karnival Karangkraf dan ADI PUTRA!!!...Part 1

Salam dan sejahtera...hahaha...gelak dulu boleh??...kerja gila semalam sampai hari ni terasa di awangan lagi...ceh...ceh...ceh...tapi semalam..waduh!!!kok bisa gue mengabisin uwang nya...sudah over limit budget bulan ni...panas sekejap..tunggu duit lain lah baru boleh back-up!!!

Semalam sepanjang hari yang sangat letih...berbaloi-baloi rasa..planning yang hampir tak jadi..tapi di gagahkan jugak..pepagi lagi dah keluar..planning memula nak terus balik rumah Along kat Klang..sebab plan nak ke Pesta Buku 1 Malaysia macam tak jadi di sebabkan takde sapa nak teman plus Cikma rasa masih kurang sihat..so, rancangan hanya nak ke Karnival Karangkraf di Shah Alam jer..

Alih-alih..Cikma call bakal adil ipar..hehe..Cik Ayu..3 kali tak berangkat call nyer..memang masa tu dalam otak memang tak jadi le nak ke PWTC..kiranya peluang terakhir...last2 adik call semula dan setuju nak temankan Cikma ke sana...haha..beriakan aku ni...kenapa kan rasanya beria benor nak ke sana...hehe...

ADI PUTRA...sebab mamat ni Cikma nak ke sana..haha..giler betik aku!!!..dah tahu dalam fb yang dia akan muncul di booth Karya Seni di PWTC tu..giler...memang kerja giler...but sangat suka suki...dan tetiba boleh plak sihat!!!haha..

Sampai kat sana..awal jugak dalam pukul 10.15 pagi..tak ramai lagi..Cikma beli juga 3,4 buah novel..oppss!!memang tidak menjangkakan untuk membeli novel sebanyak itu..jangan tanya bila nak khatam...coz novel2 yang di beri oleh rakan sejawat Cikma pun masih belum lagi khatam..slow giler baca..mengeja kot Cikma..sorry ekk bebanyak mamaijat..novel2 mama akan di berikan semuala maybe minggu ni yeee....:)

Tepat pukul 11.00 pagi Cikma dan Cik Ayu bergegas ke booth Karya Seni..tapi orang kat situ bagitau yang ADI PUTRA stay di pentas sebab ada sesi temu bual dengan penulis novel..kalau nak tahu dia ni promo untuk 2 novel yang akan di lakonkan nanti satu novel SUAMIKU USTAZ (ni filem ekk) dan TEDUHAN KASIH (drama heroin nya SHEERY IBRAHIM - yang berlakon jadi watak ERIZA dalam drama SETIA HUJUNG NYAWA)..tunggu lah kejap dalam 15 minit..tak lama pastu muncul lah hero pujaan Cikma ni..wallawey..ramai nyer yang suka...terjerit2 bagai..aku suka pun takde terjerit nokk!!!tapi dapat lah tengok secara life..emm..takdelah tinggi sangat dia ni..but nampak kurus giler..:)

But sebelum dia datang tu..Cikma dah pergi jugak berjalan ke booth2 lain..favourite booth yang Cikma suka of coz PTS dan Telaga Biru selain Alaf 21 yang ada..cari novel SETIA HUJUNG NYAWA takde kat sini..last2 petang tu jugak ker Karnival Karangkraf di Shah Alam..baru ler jumpa buku ni..berkoyan-koyan buku tu ada..haha..tak payah berebut bagai..:)

Erk..banyak nak tulis ni..nanti Cikma continue ekk...belum lagi bab Cikma bertanya soalan kepada EN. ADI  PUTRA ni..haha...layan sikit gambar...:)




Sempat lagi snap gambar dalam LRT walaupun penat...hehe.. 


Penulis novel sejarah terkenal Malaysia En. Abdul Latip Talib..kali pertama beli novel dia..nampak macam best...:)


Letak satu dulu ekk...:)

CIKMA : Siap sedia simpan resit belian..kot2 nanti kalau nak declare untuk lembaga hasil aka cukai...haha..:)

Saturday 2 February 2013

i luv u - nJAwa LAtiFF




Best lagu ni..dengar masa drama Setia Hujung Nyawa..peh!!!drama ni memang buat Cikma giler...apa jer semua nyer suker...haha..layan ekk...heppi jer dengar...


CIKMA : Penat betul hari ni...:(...tapi berbaloi-baloi..:)


Friday 1 February 2013

SAHABAT

Melayan bulan Februari dengan lagu ni...sangat2 suka...teringat kawan-kawan lama...buddies yang dah lama tak ketemu...gengs yang dah masing-masing bawak haluan but masih contact each other..rakan-rakan sejawat di SKPI yang sporting yang maybe satu hari nanti Cikma akan tinggalkan...ceh...ceh..ceh..well...life must go on kan...walaupun hilang kawan satu...In Shaa Allah akan ada kawan yang baru...enjoy yaaa...:)





CIKMA : Lagu Najwa Latiff lagi pasni ekk...tunggu entri akan datang..wah!!!tetiba suka budak ni..hehe...

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...