Thursday 30 September 2010

Kelebihan Seorang Wanita...



Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

CIKMA : Bersyukur dan berbangga di lahirkan sebagai WANITA....

Wednesday 29 September 2010

Saya minta maaf, cikgu!!

Hari yang penat...letih...tertekan..semua ada...takde perkataan seronok pun keluar dari kepala otak ni...penat sebab kelas full di tambah kena pulak relief (adeh2), letih sebab aku bulan ni punyalah banyak period keluar...rasa dah sejuk kaki dengan tangan..nasib sakit takde sangat..kalau tak dah berguling aku menahan sakit perut ni...tertekan..sebab aku geram tengok perangai anak-anak murid aku hari ni...tapi dalam tertekan tu..aku boleh gelak dalam hati..bagus jugak buat camtu..apa aku buat???hehe....best2...layan cerita aku ni......

Sejak 3,4 bulan kebelakangan ni aku jarang marah anak-anak murid aku..tak kira lah kelas pandai ataupun yang kurang pandai..diorang tak bawak buku..aku bagi buku lain, diorang tak siap keje, aku just cakap esok siapkan, diorang main-main dalam kelas atau kacau kawan diaorang, aku nasihat secara berhemah..wah!!!tetiba Cikma jadi guru bersopan dan berbudi bahasa gitu!!!bukan takde mood nak marah..tapi ada satu tahap yang aku dah malas nak bising-bising..sakit rasa anak tekak kalau menjerit selalu...jadinya aku buat tak kisah...malas nak fikir perangai diaorang..nak jadi apa pun jadilah...

Entah macam mana hari ni..mungkin di sebabkan mood marah aku datang balik...mula mengajar masuk kelas 1 Ikhlas...kerja semalam ada 6,7 orang tak siap, aku dah cakap suruh siap kat umah..pagi tadi aku suruh diorang tunjuk buku latihan..yang tak siap tu...haram dorang nak siapkan...padahal semalam 3 masa di gunakan hanya nak tulis 18 perkataan kat papan hitam..kalau ikutkan semalam 2 masa je subjek BM..plus 1 masa sebab diorang takde PJK...tak jugak siap..aku peratikan yang tak siap ni semalam..memang lembab menyalin, siap main-main dan bersembang dengan kengkawan...2,3 kali dah tegur suruh siapkan..diorang buat tak tau je...hari ni..memang kena arr...aku kalau marah..jangan kata vokal jer boleh satu bangunan dengar, siap dengan buku, tangan, pembaris semua kena kat budak-budak tu...maaf lah ekk...Cikma ni kalau mengajar murid yang tak dengar kata ni memang Cikma pukul...pukul bukan cara lemah lembut..sekuat hati k...siap cakap dengan diorang...balik bagitau dengan mak ayah..sebab apa cikgu Akma pukul sampai merah..biar diaorang rasa...takut jugak semua budak-budak 1 I tadi..gertak camtu..boleh pulak dekat 3/4 orang murid siap kerja yang aku bagi dalam kelas hari ni...rasanya diorang kena buat camtu kot..nak kena marah dan pukul setiap hari..baru boleh gerak buat kerja...aduh2....

Yang kelas 1 Bestari pulak..kes yang sama..buat kerja semalam..dah bagitau suruh siap dalam kelas..adalah 2,3 kerat yang siap..suruh bawak balik rumah...hari ni tunjuk..sama jugak..tak siap...yang sakit hati dari 40 orang budak..3 orang je siap...dah cakap dengan budak-budak tu...buat keje tak payah guna mulut..guna tangan jer..tapi semalam..siap kaki , mulut, tangan semua buat keje..duk berjalan, menyembang, main-main dalam kelas...yang dah aku aim memang tak siap tu dah agak dah tak siapnya..ni yang selalu buat keje pun tak siap..rasanya takdelah banyak sangat bagi keje..boleh je siap dalam tempoh kurang dari sejam...sebabnya budak-budak 1B ni budak pandai...tapi dah lama tak kena marah..tu yang naik lemak...kena jugak diaorang tadi...Cikma taklah pukul..tapi marah..emm cam biasa vokal tahap gaban lah..pastu diorang ni kena diplomasi sikit nak marah..biasalah bak kata ORANG BESAR...nak marah budak pandai kena berdiplomasi dan lemah lembut...ceh!!!ye ker...entah macam mana keluar idea dalam kepala..suruh yang tak siap kerja ni kena tulis perkataan SAYA MINTA MAAF, CIKGU!!..sebanyak 100 KALI...peh!!!banyak tu...aku men'dera' budak-budak tahun 1B macam tu..adeh2...terpikir jugak tadi..sempat ke diaorang siap kan benda tu...dan terpikir diaorang ni kebanyakannya ada sekolah agama waktu petang, ada pulak tu tuisyen waktu malam..emm...lantak lah...aku dah cakap kali ni dorang tak siap..memang aku pukul sungguh-sungguh...erk...garang Cikma ni!!!huhu....

Kelas 1 Murni tadi pun kena jugak..tapi tak seteruk yang 2 kelas tu...biasalah setiap kali P.Seni...ada jelah yang tak bawak bahan dan alatan..penat dah mulut membebel marah dan bising..last-last..kena sedepuk dua..aku bagi je jugak bahan..dari dorang duk melangut tak buat keje..tapi aku ajar diaorang..kena cakap 5 kali SAYA MINTA MAAF, CIKGU!!..bagi dorang ingat kesalahan yang di lakukan....

Sebenarnya murid-murid sekarang susah benar nak mengaku kesalahan pada guru..lagi-lagi kalau suruh minta maaf...kenkadang tu..macam dengar tak dengar je diorang cakap pada kita ni...pelik jugak...malu ker..segan ke nak sebut perkataan MINTA MAAF tu pada cikgu...heran-heran...rasanya dulu kalau kita buat silap kita mengaku kesalahan dan cepat-cepat mintak maaf kat cikgu..walaupun lepas minta maaf tu kena jugak hukuman...emm..entahlah...mungkin kami ni cikgu-cikgu tak terapkan nilai murni yang lebih pada murid-murid..ataupun diaorang takde rasa bersalah pada cikgu...ntahlah...lagi di pikir lagi pening kepala...kalo tak pikir esok-esok depa bawak perangai malas buat keje ni sampai tahun depan...karang kata pulak yang cikgu-cikgu tahun 1 tak pandai nak ajar dan didik budak-budak tu...emmm.......


CIKMA : Melentur buluh biarlah dari rebungnya.....

Tuesday 28 September 2010

KERAS TANGAN

Salam dan sejahtera..lama tak update blog...tengah takde mood...uihh..lain macam je Cikma..takde mood??biasa...hal perempuan..paham-pahamlah kan...tiap-tiap bulan mesti ada time yang takde mood...huhu..

Macam biasa...entri kali ni nak cerita pasal beberapa kraftangan yang dah lama kita tak buat, dan mungkin dah lupa nak buat..dulu-dulu kala aku buat lah jugak keras tangan ni..orang buat aku pun follow ler buat, orang tak buat dah, aku pun berenti lah buat...nak buat kraftangan ni kena ada minat dan bakat...kalau setakat suam-suam kuku..baik tak payah...ye dak????

First kraftangan yang dah lama aku tak jumpa adalah gelang perca kain...mak aihh..susah pulak nak search gambar kraftangan ni kat pakcik GOOGLES..apa yang aku tunjuk ni kira yang ala-ala samalah dengan gelang yang sebenar...dulu gelang perca kain ni popular dan glames giler tak kira kanak-kanak ataupun orang besar...senang nak buat gelang ni..kena ada tiub getah transparent (ala-ala macam tiub getah oksigen dalam akuarium ikan tu..tak ingat ler nama dia...) pastu perca-perca kain dan jugak minyak masak...masuk jer perca kain tu dalam tibu getah tu..bagi rapat dan penuh...minyak tu kita campur dengan perca kain supaya kain tu senang masuk dalam tiub..cantik kalau dah siap..berwarna-warni gelang tu..lagi-lagi kalau kita pandai pilih warna pada perca kain tu......dulu banyak lah jugak koleksi gelang perca kain ni..tapi ntak ke mana aku letak..biasalah...benda-benda macam ni bermusim..orang dah tak pakai pun sekarang ni......


Second...kraftangan bunga straw...rasa-rasanya ada yang ingat kraf bunga straw ni..dulu..ramai betui mak-mak budak..malahan anak-anak dara pun suka buat benda ni..siap jual lagi...aku reti jugak buat bunga straw ni..tak silap mak yang ajar..penuh lah rumah tu dengan straw..macam-macam colour di beli..jenis straw pun ada yang kecil dan besar...selalunya kraf bunga straw ni di buat dengan straw yang jenis dia keras sikit..yang selalu kita guna untuk minum tu tak sesuai..lembut...ada jugak yang buat kraf daripada straw ni sebagai hiasan dinding...tapi aku lagi suka buat bunga straw..buat banyak-banyak..pastu cucuk dekat span..letak lah dalam pasu kecil-kecil..cantik..rasanya kat umah aku ada lagi kraf bunga straw tu..adalah satu..jadi kenangan..sekarang ni tak tahulah ada lagi ke orang buat kraf bunga straw tu..mungkin lah ada..tapi tak semeriah masa zaman dulu-dulu......


Yang ni..orang masih buat sampai sekarang..siap jual dan rasanya permintaan buat kraf daripada kertas ni mendapat permintaan yang tinggi..aku belajar buat kraf kertas ni masa belajar kat maktab dulu..masa tu koin unit Puteri Islam..kiteorang kena buat satu barang kraf..jadi yang nilah di ajar oleh para ustazah aku masa tu..senang nak buat..tapi macam biasa...kraftangan kertas ni macam rumit sikit (bagi aku lah)..kalau minat memang senanga nak buat..pintal-pintal jer surat khabar tu..pusing-pusing jer...tapi aku..huhu..tak minat!!tak jadi pun Cikma buat..adalah siap separuh..pastu..buang!!!ngeeee....bagus buat kraftangan kertas ni sebab dia gunakan bahan terbuang (suratkhabar lama)..dah siap buat..syelek kertas tu dan keringkan..memang sesuai di jadikan perhiasan dalam rumah....


Ni sebahagian dari kraftangan yang aku pernah buat lah..Cikma ni tak lah minat sangat..tapi boleh kalau nak mencuba..cuma sekarang macam dah takde masa nak buat..banyak kerja...lagipun aku kalau nak buat benda-benda keras tangan ni perlukan lebih masa...kalau tak jadi..jawabnyer Cikma campak dalam tong sampah jer...terus tak mau buat..walaupun Cikma ni orang SENI..tapi idaklah berseni sangat..tapi bab seni lain macam seni masak ker, seni makan ker...ok jah!!!hehe......

Gambar ikhsan pakcik GOOGLES.........

CIKMA : Belajar senilukis dan senireka logam halus di Uitm....

Saturday 25 September 2010

Kek Coklat Moist

Salam dan sejahtera..lama tak menjengah blog..lama ker???hehe..sibuk ler..bila balik Diamond Bay ni mesti sibuk memanjang......pelik kan...apa yang di sibuk pun aku pun tak faham....

Well, entri kali ni aku nak masukkan resepi Kek Coklat Moist..yang every year aku buat tiap kali Hari Raya...senang dan sedap..tak caya..try lah...:)


Bahan-bahan :

Bahan A :
360 gram gula castor
1 cawan serbuk koko
1 cawan air
- Masak semua bahan di atas sehingga pekat (gula hancur)...sejukkan dan ke tepikan.

Bahan B :
250 gram buttercup
1 cawan gula
5 biji telur
1 sudu kecil baking powder
200 gram tepung naik sendiri
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
1) Pukul kembang butter dan gula
2) Masukkan telur sebiji demi sebiji..pukul rata
3) Masukkan esen vanilla
4) Masukkan tepung (ayak bersama baking powder) ke dalam adunan tadi berselang seli dengan bahan A.
5) Kacau rata dan sebati.
6) Bakar adunan dalam 50 minit atau hingga masak. SELAMAT MENCUBA..

KEK COKLAT MOIST

CIKMA : Pantang tengok kek coklat!!!ngeee...sukatan gula boleh di kurang kan..sebab kek ni agak manis sikit..

Friday 24 September 2010

Selesai...

Salam dan sejahtera..selesai sudah peperiksaan UPSR bagi sesi 2010..tahun depan...tak tahu lagi sama ada di teruskan atau di mansuhkan...keputusan...semuanya terletak ditangan pihak atasan...bagi murid-murid tahun 6...MERDEKA!!!!merdeka kah mereka???...tepuk dada tanya diri sendiri..merdeka sekejap je ye murid-murid..ini baru permulaaan hidup terutama dalam menghadapi peperiksaan awam yang besar...tak banyak kesannya..tunggu esok2 kalau tengah nak exam SPM...masa tu kalau nak di undur balik ke belakang dah takde gunanya...renung-renungkan.........:)

Cikma akan kembali bertugas seperti biasa..rindu jugak dengan anak-anak murid ni..dekat 3 minggu tak jumpa..ingat lagi ke diaorang kat cikgu nyer ni...lepas ni kena tumpu balik pada pelajaran sepenuhnya..bulan Oktober dah nak periksa akhir tahun....harap jugak diaorang dapat markah yang baik.....

Pengalaman menjadi pengawas peperiksaan ni...nak kata best sangat taklah...ok2 jer...cuma letih sikit..kaki dah rasa lenguh-lenguh...rasa urat dah macam keras je..sampai sekarang rasa sakit kaki ni...yelah sebab berdiri dan berjalan je kan..memang le dapat duduk..tapi tak boleh lah terlalu lama...tapi aku tak serik nak jaga periksa lagi...kalau ada lagi exam UPSR tahun depan..nak apply lagi jadi pengawas...seronok jugak tengok bebudak ni penuh concentrate jawb peksa..berkerut-kerut dahi memikir jawapan..hehe...teringat zaman budak-budak jugak dulu...sama je ngan diorang ni..apa-apa pun segala keputusan periksa UPSR ni hanya akan di ketahui 2 bulan dari sekarang...berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT...semoga apa yang di hajatkan menjadi kenyataan...........


CIKMA : Gambar tiada kena mengena dengan entri..just nak bagi hilangkan rasa lenguh dan sakit kaki ni...hehe...:)

Wednesday 22 September 2010

AMALIN - 2 BULAN

Salam dan sejahtera..baru nak update blog..balik dari mengawas periksa UPSR..terus tidur..letih jugak ekk jadi pengawas ni..duk berdiri memanjang...sakit kaki aku..adeh!!!dah ler aku puasa arini..memang mencabar minda sungguh!!!hehe...

AMALIN....rindunyer kat dia...dah 2 bulan umur AMALIN...rasa kejap masa berlalu..sungguh!!!memang tak sabar nak tengok dia membesar macam kanak-kanak biasa yang lain...ALHAMDULILLAH..ALLAH SWT panjangkan usia AMALIN..dan aku berharap juga AMALIN akan di panjangkan usia dan membesar sebagai khalifah ALLAH SWT  di muka bumi ini....AMIN.......

Perkembangan AMALIN..dia dah duduk di wad biasa kanak-kanak..boleh bernafas secara normal..masa aku dan famili jenguk dia time Hari Raya..tiub semua dah takde dekat badan dia..tiub minum susu pun dah diorang keluarkan...AMALIN minum susu pakai botol..tapi dalam 3,4 hari lepas dia terpaksa pakai balik tiub minum susu tu sebab dia lemah nak menghisap puting botol susu tu..dan lagi satu AMALIN kena batuk dan kahak dan dalam paru-paru dia ada kahak..KAK LONG cakap dia susah sikit nak bernafas...kesian pulak dengar..rupanya AMALIN kena jadi "bahan eksperimental" budak-budak pelatih kat PPUM tu...dah check sana sani kat badan AMALIN..diorang boleh pulak tinggalkan AMALIN tu tak berbaju...sejuk lah dia..dah ler air-cond kuat..lepas tu terus dia muntah dan sesak nafas..rasa macam nak marah jer diorang tu....kesian AMALIN.............................:(

Anyway, buat tatapan para blogger yang rindukan wajah AMALIN...yang ni gambar-gambar latest AMALIN yang sempat aku ambil masa datang jenguk dia pada Hari Raya aritu......

Comel tak kita????hehe

Kite kena dukung ngan Opah!!!suka2...hehe

Embah dukung ALIN pulak!!!

Mak Lang pulak!!!suka ALIN!!!

Yea2...Mak Ngah dapat pegang ALIN!!!

Opah sempat posing sambil tidurkan ALIN...




ALIN dapat duit raya dari Mak Ngah, Mak Lang, Opah, Embah dan Pak Su..

Tu tangan Pak Su!!..ngee..jahat Pak Su ni....:)


CIKMA : Rasa aman, tenang, bahagia, gembira bila dapat pegang, dukung dan cium AMALIN.......:)..Semoga cepat sembuh ye SAYANG...................

Monday 20 September 2010

Semoga berjaya!!!

Salam dan sejahtera...esok aku akan memulakan tugas sebagai pengawas peperiksaan UPSR 2010..first time jadi pengawas...saja mintak tahun ni...nak cari experience....pusat peperiksaan..S.K Kampung Cheras Baru..so, kepada semua murid tahun 6 seluruh Malaysia..semoga berjaya dalam peperiksaan...moga apa yang di usahakan selama ini akan membuahkan hasil.............


CIKMA : Teringat time amik peksa UPSR dulu-dulu kala....:)

Sunday 19 September 2010

Seperti biasa...

Alhamdulillah...Cikma selamat sampai ke Pandan Indah dalam pukul 3 petang tadi..tak lah jammed pun..tapi nampak kereta menghala ke KL banyak..aku pun tak ikut highway...ikut jalan kampung jer...maleh nak bayar tol banyak-banyak..huhu...

Esok..secara rasminya aku akan menjalankan tugas aku seperti biasa...pergi sekolah...mengajar dan buat kerja apa yang patut..malam macam biasa pergi tuisyen...rutin biasa pada hari biasa....cuma untuk hari Selasa hingga Khamis nanti aku takde di sekolah sebab jadi pengawas peperiksaan UPSR di S.K Kg Cheras Baru...budak-budak pun di rehatkan selama 3 hari...jadi diorang ni bolehlah sambung cuti Raya lagi...

Dan seperti biasa jugak..Cikma akan menjalankan rutin mengupdete blog setiap hari..cewah!!!time cuti tak sempat nak update blog tiap-tiap hari sebab sibuk beraya...itu yang kenkadang upadate blog sampai 2,3 entri sekaligus..apa-apa pun lepas ni jugak..maybe tugasan di sekolah jugak akan bertambah..walaupun dah nak akhir tahun..macam-macam aktiviti nanti yang akan di buat oleh pihak sekolah..kita tunggu dan lihat ajelah.....layannn...........

CIKMA : Rindu nak makan ketupat dan lemang balik!!!hehe

Friday 17 September 2010

Kek Coklat 3 minit

Salam dan sejahtera kembali...u'lls...Cikma kat Diamond Bay lagi ni!!hehe..memang sengal!!!sanggup balik ke Perak walaupun baru je semalam sampai ke Pandan Indah..mood Raya lagi lah katakan..tadi pun tak ke school sebab aku ada taklimat pengawas peperiksaan UPSR di S.K Kg. Cheras Baru..habis je taklimat...terus balik...hehe...

Cikma nak kongsi resepi kek coklat 3 minit...3 minit..emm mesti pelik kan..kenapa 3 minit???hehe...apa yang pasti kek coklat ni memang gebus..lembut dan lembab jer..senang jer buat...jom layan resepi....


Bahan-bahan :

1 cawan minyak mazola (minyak jagung)
1 cawan susu cair
2 cawan gula
1 cawan air panas
3 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara :

1) Gula, telur, susu cair, air panas dan minyak mazola di blend dalam pengisar (ikut urutan)
2) Bahan perlu di blend selama 3 minit.
3) Letak adunan dalam bekas.
4) Tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di ayak bersama-sama.
5) Masukkan bahan ayak tadi ke dalam adunan sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
6) Masukkan dalam loyang pembakar. Bakar selama 45 minit. (hingga masak).SELAMAT MENCUBA.

KEK COKLAT 3 MINIT

CIKMA : Boleh hias dengan coklat moist atau syrup coklat....

Baru kutip kad Raya!!!

Salam dan sejahtera...dengan rasa rendah diri (walaupun tak lah rendah mana!!huhu..)..ribuan ampun dan maaf pada Kak Ina sebab baru je pergi amik kad Raya dari rumah akak..sori banget...sibuk sikit lah kak...Raya lah katakan....hehe...

Untuk kak Ina..Selamat Berhari Raya lagi ekk bersama famili...Raya kan sebulan..kena wish ni sampai habis bulan Syawal..tak gitu!!!hehe...


CIKMA : Thanks kak Ina bagi kad Raya ni..bangga ni!!!terharu pun ada...hehe...

Thursday 16 September 2010

Raya kedua..

Salam dan sejahtera...waaa....dah balik KL..adeh2..rasa kemalasan yang melampau..kalau boleh di sambung cuti kan best...:)

Continue cerita Hari Raya..aku dan famili seperti tahun-tahun sudah setiap Hari Raya ke-2 aku akan ke kampung MAK..walaupun dah takde atuk dan opah..aku akan tetap bertandang ke kampung MAK di Sungai Lampam, Chikus...yang best tentang kampung MAK aku ni..ada sawah bendang, parit dan sungai..hehe..memang best!!!so, layan gambar-gambar yang aku snap ni ekk.....

Sawah tengah menghijau..best!!!

Ziarah kubur arwah atok dan nenek

Berehat di pangkin bawah rumah


Sempat bergambar dengan Pak Su...




Jalan ke rumah MAK..

 With anak buah...ADAM..

CIKMA : Masa kecik suka mandi sungai kat belakang rumah MAK ni...seronok mandi dengan sepupu sepapat...walaupun tak reti berenang...aku nak mandi jugak!!!hehe...

Tuesday 14 September 2010

Masih mood Raya


Salam dan sejahtera...Alhamdulillah...dah Raya ke-5 hari ni...kejap betul masa berlalu...dalam lusa aku dah nak balik ke KL..maleh betul rasa nak balik...hampir 2 minggu cuti kan...kalau lah dapat di sambung cuti...kan best!!!

Aku still berhari Raya lagi...hari ni dan semalam aku dan famili ke Klang..rumah ALONG...motif beraya???apa lagi dengan AMALIN...dia still lagi duduk dalam wad...tapi dah duduk wad kanak-kanak di PPUM...seronok dapat cium dan dukung dia..ALHAMDULILLAH...badan dia dah tak de wayar dan tiub lagi...tak tergambar perasaan tengok dia nampak dah sihat..cuma ada sedikit kahak dalam tekak dia.....

Apa-apapun..nanti aku upload gambar terkini AMALIN...nak upload gambar beraya di kampung MAK pun tak buat-buat lagi..hehe..busy u'alls...ok....nanti2 kita sambung k......adios!!!!!

CIKMA : Belum jumpa lagi member2 lama di kampung..ntah2 dah balik dah diorang ke KL...emmm....

Monday 13 September 2010

Kes berprofil tinggi..

Salam dan sejahtera...mengucap panjang aku hari ni..YA ALLAH!!!dari MU aku datang..dan dariMu jua aku di kembalikan...ajal dan maut di tangan MU YA ALLAH!!!sesungguhnya tiada kuasa yang mampu melawan takdirMU ALLAH!!SUBHANALLAH...........


Rasanya semua dah tahu tentang kejadian paling tragis tahun ini..misteri kehilangan jutawan kosmetik Nouvelle Visage, Datuk Sosilawati Lawiya beserta 3 orang yang lain...tak tergambar perasaan aku tatkala membaca rentetan kisah kehilangan beliau dan rakan-rakannya...terlalu kejam si pembunuh tersebut...sikap manusia di akhir zaman...terlalu mengikut naluri dan hawa nafsu...

Perlukah seorang manusia itu kejam melakukan perbuatan tersebut???apakah yang berada dalam fikiran mereka yang begitu mudah mengambil nyawa orang???bagai mana perasaan mereka jika salah seorang ahli keluarga sendiri mengalami peristiwa yang sama seperti mangsa mereka???kita tidak perlu mencari berita sensasi mengenai kes pembunuhan kejam di luar negara kerana di Malaysia pun sudah terlalu ramai manusia bertopengkan Syaitan yang mampu melakukan perkara tersebut.....

Bagi Cikma..cuma satu..WANG...kerana perkataan ini yang menjadi sebab utama..kerana wang, badan binasa...apa yang berlaku berkemungkinan kerana sikap tamak haloba dalam diri manusia...kerana manusia tidak pernah puas dengan apa yang mereka dapat...sanggup menggadaikan nyawa orang lain hanya kerana WANG....YA ALLAH...apa nak jadi dengan makhluk yang bernama  MANUSIA ini....:(

Kes kehilangan Datuk Sosilawati dan rakan-rakannya akan menjadi satu lagi kes BERPROFIL TINGGI...sebab ia melibatkan seorang yang di anggap selebriti serta jutawan kosmetik wanita yang berjaya, selain beliau pernah berkahwin dengan penyanyi kumpulan Lefthanded, Nash...selain itu juga suspek utama di kenal pasti sebagai Datuk yang merupakan seorang peguam..juga di katakan pernah mempunyai kes jenayah sebelum ini..dan buktinya ada beberapa kes kehilangan individu yang mempunyai modus operandi yang sama...dan spekulasi kes BERPROFIL TINGGI ini juga menimbulkan andaian bahawa kes-kes sebelum ini yang menghubungkaitkan peguam bergelar datuk itu di katakan di lindungi oleh  VVIP...

Cikma memang sedikit terganggu emosi hari ini..bagi aku kehilangan Datuk Sosilawati seperti hilangnya sebutir permata yang berharga kerana beliau merupakan salah seorang bangsa Melayu yang berjaya dalam pernigaan kosmetiknya..yang menjadi mentor kepada kaum-kaum wanita khususnya yang ingin bergelar usahawan..lupakan sekejap tentang masalah peribadi beliau sebelum ini...sebagai umat Islam...hanya sedekah Al-Fatihah kepada beliau dan rakan-rakan nya yang lain...semoga mereka di cucuri rahmat ALLAH SWT...........

Disini Cikma sertakan kronologi berhubung kes kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya beserta 3 rakan-rakan beliau...ihsan daripada mStar Online.....

BANTING: Empat mayat rentung dipercayai dibunuh kejam sebelum dibakar ditemui di sebuah ladang ternakan di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Morib di sini malam Sabtu.Difahamkan, identiti keempat-empat mangsa sedang dikenal pasti.

Penemuan keempat-empat mayat itu dipercayai dapat membantu merungkai misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bersama tiga yang lain iaitu, pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.Semua mayat dikeluarkan pagi ini untuk ujian DNA bagi tujuan pengecaman.

Berikut adalah kronologi penemuan empat mayat yang berkemungkinan besar ada kaitan dengan kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain.

11.30 malam: Berita penemuan empat mayat telah tersebar dipercayai Datuk Sosilawati Lawiya di Ladang Gadong, Jalan Tanjung Sepat, Morib.

12.30 malam: Pihak media mula berkumpul di laluan masuk lokasi penemuan mayat.

3.00 pagi: Polis terus mengawal lokasi penemuan mayat dan pihak media masih dilarang memasukinya.

8.00 pagi: Penduduk kampung mula memenuhi lalauan masuk Ladang Gadong.

9.10 pagi: Kelihatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Arasa memasuki lokasi dan meninggalkannya kira-kira 10 minit kemudian.

12.10 tengah hari: Sepasukan Forensik PDRM dan Jabatan Kimia Malaysia kelihatan memasuki lokasi penemuan mayat.

2.20 petang: Sidang akhbar bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

CIKMA : Takziah kepada semua keluarga mangsa..tabahkan hati dan kuatkan iman kalian semua...ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI apa yang berlaku..kerana sesungguhnya setiap kejadian itu pasti ada sebab musababnya.......WALLLAHUALAM.....

Saturday 11 September 2010

Raya Pertama...

Raya pertama Cikma tahun ni...first..mestilah seronok..walaupun seharian hujan kan..sejak pagi hingga ke petang memang mendung dan hujan..nasib sempat ke surau untuk Solat Sunat Aidilfitri..tahun ni pulak Hari Raya jatuh hari Jumaat..jadi ada dua khutbah lah kan..lambat sikit ler keluar rumah sebab nak tunggu yang kaum lelaki pergi Solat Jumaat...aku dan famili lewat petang baru turun ke kampung ABAH di Sungai Sumun, Bagan Datoh...sebelum pergi tu..aku beraya dengan ABAH dan MAK..bersalam-salaman dengan adik-beradik aku...so, aku sempat snap beberapa keping gambar untuk kenangan abadi aku..cewah!!!!layan.........

Mohon ampun daripada ABAH...

Mohon ampun daripada MAK..with my bro


Dengan Wak Mie..

Aku dan Wak Kiah

Mak..jalan2 cari biskut raya!!!hehe

My sis n husband...

Melayan anak-anak sepupu..hehe


Beraya di rumah Bik Noor.

Ketupat palas...hanya Wak Kiah aku je yang best buat ketupat ni...

Sambal taun...aku memang suka ni!!!orang Jawa katakan!!!


Wak Amad..abg sulung ABAH...masih sihat dan kuat...Alhamdulillah...:)

Akhirnya..Cikma melepek kat umah Bik Noor..hehe..penat ni..dekat pukul 12 mlm pun tak balik lagi...

CIKMA : Nanti aku postkan pulak hari Raya ke-2 pulak kat kampung MAK...tungguu........:)

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...