Wednesday 30 June 2010

VUVUZELA

Wah!!!berlebih-lebih pulak entri aku buat hari ni..banyak benda kot nak di kongsi..so, layankan ajelah (walaupun sebenarnya kerja sekolah berlambak tak siap!!!)....

Aku nak share sikit tentang satu alat muzik tradisional negara Afrika yang di kenali dengan nama VUVUZELA..korang mesti dah dengar nama benda alah ni..ala yang korang dengar bunyinya masa perlawanan World Cup sekarang ni...kali pertama aku dengar sound dia ( download dalam internet)...huh...punyalah rasa cam berdesing telinga..memang kuat bunyi alat muzik ni..


VUVUZELA

Alat ni memang menjadi kontroversi disebabkan penggunaannya dalam stadium mengganggu perlawanan serta bunyi-bunyian nya yang boleh mengakibatkan masalah pendengaran..bayangkan sepanjang perlawanan bola sepak aku dengar bunyi VUVUZELA di tiup oleh para penonton..rasa bingit jugak telinga..tu baru kita dengar dalam televisyen..belum kita yang ada dalam stadium tu..mau pekak jadinya...tapi di sebabkan FIFA dah memberi kelulusan menggunakan alat muzik ni di dalam stadium..jadinya nak tak nak kita dengar ajelah..



Yang best jugak aku tengok, VUVUZELA ni didatangkan dengan pelbagai warna mengikut warna bendera negara yang masuk World Cup 2010 ni..di hasilkan menggunakan plastik dan panjang nya lebih dari 1/2 meter...kalau adelah jual kat Malaysia ni aku nak beli satu..nak bawak kat sekolah..kalau anak-anak murid aku buat bising aku tiup VUVUZELA ni kat telinga diorang..baru deme rasa!!!haha..kejamnya aku kan!!!!ngeeeee......


CIKMA : Nak tahu lebih lanjut tentang VUVUZELA ni pergi ke SINI

ADAB BERJALAN

Aku nak share tentang adab berjalan..aku ambil tips ni dalam Majalah SOLUSI...bagus untuk kita tahu adab-adab berjalan yang baik..semoga entri ni dapat memberi sedikit ilmu kepada blogger- blogger yang lain...

1) Berniat keluar dari rumah kerana Allah SWT untuk menuntut ilmu, ziarah bagi menyambung tali silaturrahim atau tujuan-tujuan lain yang harus.

2) Berjalan dengan tenang tapi pantas.

3) Berjalan dengan tujuan tertentu.

4) Tundukkan pandangan daripada melihat perkara-perkara yang haram.

5) Elakkan duduk atau melepak tanpa sebarang tujuan yang jelas dan syarak.

6) Menberi salam kepada semua orang Islam yang ditemui.

7) Membantu orang yang memerlukan pertolongan seperti orang buta, orang tua dan sebagainya.

8) Jangan berjalan dengan sombong.



CIKMA : Pantang dengar orang berjalan seret kasut...tolonglah!!!

MY JERSEY

Walaupun World Cup nak ke penghujung saingan (dah nak masuk suku akhir ) tapi kehangatannya masih terasa ke seluruh dunia..mana idak nya..kalau aku keluar malam..kedai-kedai mamak mesti penuh sebab orang tengok bola..mana-mana kedai mamak yang tak popular sebelum ni pun jadi bertambah popular sebab musim Piala Dunia ni..memang penangan betui!!!huhu..aku..tahun ni sikit jer demam bola..tak banyak match pun yang aku tengok..selected jer..lagipun umah takde astro..tu yang susah nak tengok..rasa nak tengok aku just tengok ulangan jer..tak pun tanya member sapo yang menang...

Tapi..saje punya entri nie ekk..konon ada jersi u'alls untuk World Cup ni..adjust kat muka buku..ada pulak satu aplikasi untuk cipta jersi Piala Dunia sendiri..hehe..aku ape lagi pilih ler team yang aku suka serta nombor jersi sekali..dan terhasil lah jersi yang agak-agak cun  ni..huhu..layann....



No. 9 (my favourite number)



Red...( favourite colour )



Year 81 ( tahun di lahirkan..)

Gabungan tarikh hari lahir - 9/10/81....ok tak????ngeeeeeee...........

CIKMA : Bilalah team Malaysia nak masuk World Cup ni...emmmm.......

Tuesday 29 June 2010

The Karate Kid 2010

Ehem...Salam dan Sejahtera..Wah!!!minggu yang boleh dikatakan mencipta sejarah lah jugak...2 hari berturut-turut tengok wayang u'alls...hehe...hari Sabtu tengok cerita She's Out Of My League...hari Ahad pulak tengok cerita THE KARATE KID...wallawey..syok citer ni...version 2010....memang meletup!!!



Aku antara peminat cerita ni sejak kecil..since cerita asal yang di lakonkan oleh Pat Morita dan Ralph Mocchino (hensem mamat nih!!)..suka scene masa diorang tengah berlawan masa final karate competition tu...memang power..yang version 2010 ni lebih menarik..maybe sebab lebih canggih lah diorang punya kepakaran dalam buat filem ni...penataan, scene fighting yang best, pengarahan. pastu pulak lokasi nya yang cantik..membuatkan filem ni nampak first class!!! di tambah pulak Jackie Chan yang nampak begitu menghayati watak nya dengan baik..Jaden Smith (anak aktor Will Smith) pun nampak high class lakonannya walaupun ni lakonan utama dia yang first...

The Karate Kid version asal..

Tapi kan. yang tak syok nya masa aku tengok cerita ni adalah..terpaksa mendongak tengok skrin wayang sebab dapat seat pertama..hadui lah..sakit tengkuk tengok...actually..aku memang dah booked tiket..seat memang dah cantik dah..tapi di sebabkan lewat 10 minit jer tiket yang aku booked tu dah expired...bukan saja-saja datang lewat...tapi sebab nak mencari parking kereta tu sampai berpusing-pusing aku kat Leisure Mall..ditambah kereta berduyun-duyun pulak nak masuk parkir tu..aduhai..memang suwey...mula memang dah tak nak tengok..pastu dah my bro nak jugak tengok...terpaksalah jugak tengok..bukan jadi release tension..tapi bertambah tension tengok!!!huhu..pastu pulak sebelah tempat aku duduk ni adelah sorang budak remaja pompuan ni..boleh pulak dia cerita kat anak saudara dia (rasanyalah..)pasni scene apa, pastu jadi apa, last sekali buat apa..hadui!!!dah tak syok pulak tengok sebab dah tau apa cerita ni...adeh2!!!...tapi sebab adik kesayangan..kakak dia ni redha ajelah!!!huwaaa.....


CIKMA : Terasa jugak nak sound budak tu..tapi...tak baik kan!!!hehe...layannn....

Sunday 27 June 2010

She's Out Of My League


Apabila diri kita tidak rasa sesempurna orang lain....seringkali rasa kehidupan yang membosankan..tiada siapa yang mahu memandang diri ini......Wah!!!tetiba buat ayat power ni...huhu..saje jer bermukadimah camtu..sebab ada relate dengan gambar kat atas ni...

Malam semalam, aku dan housemateku..aka Liza pergi nonton wayang di Mid Valley..memang dah plan minggu ni nak ajak dia pergi sana..rasa nak rileks sikit hujung minggu ni..dah berkursus 3 hari, pastu balik kursus berkejar cari markah budak..tu pun tak settle-settle jugak..kemudian kena abiskan report card budak-budak...kena kira markah dan peratus serta jugak kedudukan diorang dalam kelas....peh!!!banyak tu kerja..tapi sebab nak mereleasekan otak ni dari beban kerja..tu yang pergi tengok wayang......

Tak tau sebenarnya nak tengok citer ape..sebabnya my housemate tu dah tengok banyak filem time cuti sekolah aritu..so dah ade cerita ni...kami pun on jer beli tiket..

Citer ni kelakar giler..haha..memang gelak abis aku...kisah tentang seorang pemuda yang begitu merendah diri serta tidak yakin akan keistimewaan yang ada dalam diri dia tu..pemuda yang sangat lurus bendul dengan kengkawan dan selalu di tinggalkan kekasih...satu hari entah camne dia jumpa sorang perempuan cantik kat tempat dia kerja..masa tu perempuan  nak naik kapal terbang..jadinya kengkawan tempat dia kerja ni macam kacau lah perempuan ni..tapi dia sorang je yang begitu gentlemen tolong lah perempuan ni dari jadi mangsa mata keranjang kawan-kawan dia..huhu..dan dari situ diorang kenal..pastu..adeh!!!letih lah nak cerita...korang tengok arr sendiri cerita ni...opps!!!hanya berumur 18 tahun ke atas jer ekk..tak boleh bawak budak-budak...cerita ni ada jugak scene yang  tidak boleh di tonton oleh diorang...bahaya tau!!!huhu

Apa yang pasti aku suka jalan cerita nya..seorang yang takde apa-apa tetiba dapat kekasih yang begitu sempurna...walaupun jauh jaraknya mereka tu..tapi sebab mereka saling memberi dan menerima kelemahan masing-masing telah membuatkan mereka bersama...aku bagi 31/2 bintang dari 5 bintang cerita ni!!!!



CIKMA : Nobody perfect!!!!!

Friday 25 June 2010

Kedah-Perlis (11-14 JUN 2010)

Dah lama sangat nak masuk entri ni..tapi tertangguh gara-gara ada entri lain dalam kepala dan jugak masa yang tidak mengizinkan..macam mana pun..ku tetap nak jugak entri ni masuk dalam list sebab sebagai kenangan aku di kemudian hari..cewahh!!!

Masa cuti sekolah aritu...selain sibuk menyibukkan diri dengan Majlis Perkahwinan Adik..aku jugak sempat jalan-jalan cari pasal ke Utara Malaysia...iaitu ke negeri Kedah dan Perlis..hehe..akhirnya..jejak jugak aku ke negeri Perlis...first time pergi tu..cam jakun jer pergi sana...hehe...aku pergi sana sebab kawan satu maktab kahwin..nasib dia orang Perlis kan...kalau tak ntah sampai bila aku nak ke sana....

Dekat sana, aku tidur rumah member, di Teluk Tenggiri, Jitra..jadi bila sampai ke Kedah jugak, aku pun berkesempatan pergi ke bandar Alor Setar, membeli dan membelah di Pekan Rabu...adalah sikit aku beli makanan ringan dan kuih muih..sempat jugak aku buat facial muka u'alls...hehe...murah ler..RM 8 jer...untuk buang resdung...huhu...sapo yang tak nak kan....

Ke negeri Perlis pulak..selain ke Sanglang (umah kawan kahwin) aku pergi gak ke Padang Besar dan Gua Kelam..dekat Padang Besar tu..cam biasa kan..shopping ler...berbundut-bundut plastik ok!!!pastu ke Gua Kelam...berjalan-jalan dalam gua yang sangat cantik dan unik tu..syok..tapi panas seh!!!

So, nilah sikit gambar yang aku sempat snap sepanjang aku ke dua negeri Utara tu...enjoyz ekk!!!

My friend wedding

Kawan kami yang kahwin ni..Mt Nouq...

Pengantin perempuan..Nurul Kay...

Antara  3 ni..sapo lah yang nikah dulu???hehehe

Negeri Jelapang Padi...Kedah

Lupa pulak nama tasik ni...time nak ke Padang Besar...


Padang Besar,Perlis

Sempat posing sebelum makan!!!



Gua Kelam, Perlis






CIKMA : Teruja jugak ke Utara sebab dah lama tak naik bas...duduk dalam bas berjam-jam..hehe..teringat time tengah takde kereta sendiri dulu-dulu kala...dah selalu naik keta...try pulak naik bas kan..tapi...sakit den nye pinggang ni..my jamban pun dah naik keras..hehe..layan!!!!

Thursday 24 June 2010

Tag makan!!!

Wallawey...salam dan sejahtera...rindunya...rindu blog, rindu muka buku, rindu bola, rindu tilam dan bantal, rindu lappy..semuanya rindu..sekolah jer yang tak masuk dalam list 'rindu' ni..huhu...

Entri pertama selepas 3 hari tidak berentri baru..adalah membalas tag yang telah di hantar oleh kekandaku yang memang suka mengetag orang..hehe...kak eja ....sori ekk..ampun kan patik kerna keterlambatan membalas ini tag!!!patik terlalu sibuk (buat-buat sibuk sebenarnya)hehe...ditambah dengan broadband yang lembab dan lemau ni telah mengakibatkan patik tersangat lah geram bercampur sengal!!!huhu..apa-apa pun..hutang tetap akan di bayar ok!!!


Apa-apa pun terima kasih sebab bagi ini award pada saya..sesuai banget dengan empunya diri...kuat makan + kuat tidur jugak sebenarnya..bila suka masak memang kena kuat makan kan..karang kalau masak..takde orang makan..orang yang jadi tukang masak nilah yang akan perabiskan..hehe..dan bila dah kuat makan..badan jangan cakaplah...dari tahun ke tahun nak diet..tapi hasilnya..yang ado!!!diet entah ke mana..sampai MAK dah bosan dengar perkataan diet ni dari mulut Cikma..huhu..yang tuan badan pun sebenarnya letih jugak dengar perkataan diet ni...tapi perkataan makan tak pernah letih ok dari halwa telingaku ini..hehe...........

Banyak makanan ler kan..Cikma ni suka makan laksa...hantu laksa nih!!!tapi jangan bagi laksa yang kuahnya ada belut ok...tak akan dimakan itu laksa walaupun bau dan rasa nya tu sedap...ampunnnnnn....kami ni sangat-sangat tak suka binatang geli dan licin itu...dan orang yang kuat makan ni pun sebenarnya bukan cerewet sangat bab makan...tolak makanan haram jah!!!yang lain tu belasah jer..kecuali belut tu lah!!!

So, harapnya kekandaku KAK EJA amatlah berpuas hati dengan hasil jawapan dariku ini...dan sebagai menghargai pemberian AWARD KUAT MAKAN ni..kami nak bagi lah jugak kepada tuan blog yang bertuah ini...:

1) Kak Min - yang bolehlah dikategorikan suka makan (walaupun nampaknya control makan!!!hehe)..ampunkan adindamu ini ekk!!!

2) Azza - tengah pantang makan..hehe..tapi tengok tak berpantang mengeblog dan bermuka buku pun..balas tau!!!

3) Kak Yat - My sister yang sebenarnya buat diri ini suka masak dan bertambah-tambah gebunya bila tengok resepi dan masakannya...hehe

4) Kak Hana - Hait!!!hehe...duduk kat negara matahari terbit..tapi still dapat masak masakan Malaysia..nanti nak suruh terbangkan sushi made by hand dari Kak Hana...boleh????

5) Kak Asma - Akak yang selalu bagi nasihat..serta bagi resepi yang best2 kat kami..dan kami cam biasa suka simpan resepi..tapi nak buat ntah bilalah agaknya tu..hehe

6) Kak Ijat - Baru jadi pengeblog!!!hehe..welcome!!!nak bagi award makan ni..amik tau!!!


CIKMA : Bagi 3 dari 5 bintang for food services kat Hotel Adamson, KL tempat aku berkursus selama 3 hari yang lalu....

Monday 21 June 2010

Berehat sebentar...

Cikma terpaksa berehat sebentar dari mengeblog...sebabnya mulai esok hingga Khamis aku kena menghadiri kursus..area KL jer..tapi di sebabkan bermalam di hotel...di tambah malas nak membawa lappy (berat lah)..jadinya kenalah berehat dari menulis entri...lepas abis jer kursus..baru sambung dengan entri yang baru...

Selain tu jugak..di sebabkan my broadband ni di katakan terover limit penggunaannya..aku pun terlambat lah nak mengupdate entri yang baru..nak bukak blog punya lah lama, belum upload gambar lagi..berjanggut aku tunggu!!!ish!!!..tengok dalam data statistik broadband..tak sampai pun 1GB pakai..tapi dah bagi warning penggunaan melebihi had...rasa cam nak campak jer broadband ni..kang kalau dah bersabor kang aku call MAXIS aku sound aje diorang tu!!!bayar dah le mahal...aduh2!!!..

Jadinya..Cikma kena lah control jer bukak blog dan muka buku..sekejap2 jer tengok...pastu nak bukak blog lain pun payah..tu yang tak tau entri baru blogger2...nak terjah cerita baru dan resepi baru pun payah...terpaksalah menunggu sampai hujung bulan nak aktif balik...so,selamat dan sejahtera kepada blogger2....nanti-nanti kita jumpa lagi..........

CIKMA : Argh!!!!!hampehnya...lembab betui broadband nih!!!ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Sunday 20 June 2010

SELAMAT HARI BAPA

Selamat hari BAPA kepada semua lelaki yang bergelar bapa, ayah, abah, papa, walid, abuya, daddy, baba...Semoga di berkati dan di rahmati sepanjang kehidupannya di dunia ini...

Kepada Tuan Haji Mohd Yahya b. Haji Hussin...Selamat Hari Bapa kepada ABAH...semoga sentiasa sihat sejahtera, berbahagia menjalani kehidupan mendatang dan sentiasa di limpahkan rezeki selalu...ANGAH SAYANG ABAH!!!!!Tiada siapa yang layak menggantikan tempat ABAH dalam hati ANGAH!!!SEMOGA PANJANG UMUR ABAH!!!!


CIKMA : You're my HERO...

Saturday 19 June 2010

KEK OREO

Entri makan lagi...huhu..tak abis-abis entri makan jer kerja aku ni..tapi entri ni harus diletakkan dalam ini blog kerana atas permintaan ramai..resepi kek oreo yang menjadi pilihan kawan-kawan Cikma...thanks tu my fren Finnie sebab dia yang bagi resepi tu..simple...but boleh lah tahan.senang je bahan dan cara buatnya..so kepada kawan-kawan yang selalu minta resepi..tolong tengok-tengok dalam blog ni ekk...huhu

KEK OREO

Bahan-bahan :

250 gm butter
190 gm gula
5 biji telur (asingkan kuning dan putih)
20 gm biskut oreo (hancurkan biskut - krimnya di asingkan)
250 gm tepung naik sendiri
2 sudu kecil esen vanilla
6 sudu besar susu segar

Cara-caranya :

1) Pukul butter dan juga cream biskut oreo hingga kembang
2) Masukkan telur kuning satu persatu ke dalam adunan tadi
3) Masukkan esen vanilla - pukul lagi adunan
4) Masukkan telur putih bersama gula yang telah di pukul kembang ke dalam adunan
5) Kemudian, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
6) Lastly, masukkan biskut oreo yang di hancurkan ke dalam adunan
7) Bakar sehingga masak ( lebih kurang 40 minit )


CIKMA : Baru lepas bakar kek oreo...2 biji lagi tuh!!!huhu...

Friday 18 June 2010

Oblong

Pernah dengar perkataan OBLONG ???ini bukan nama orang ataupun spesis tumbuh-tumbuhan..apatah lagi nama binatang yang hidup sama ada di udara,air ataupun tanah...huwaaaa...berfalsampah pulak cikma ni..cukup-cukup tu....hehe..

Cikma ni baru jer dengar perkataan OBLONG ni masa pergi cuti-cuti Malaysia ke utara tanahair...yakni ke negeri Kedah dan Perlis..cop!!entri cuti-cuti Malaysia akan di masukkan ke blog tidak lama lagi ok...tunggu jer..huhu..OBLONG ni kira ala-ala burger Malaysia..tapi bentuk dia panjang sikit..macam burger McD..burger Prosperity...yang selalu diorang launch time Chinese New Year...masih seperti resepi burger Prosperity tu..ada daging ayam atau lembu, sayur, mayonis, sos cili dan sos lada hitam...rasanya...boleh tahan..ok gak..

OBLONG ni rasanya baru ada dekat utara..sebabnya dekat Perak dan sekitar KL dan Selangor masih takde lagi..(kalau ada bagitau kat mana ekk!!!)..harga juga berpatutan..kalau di Kedah dan Perlis (Cikma makan OBLONG kat Perlis waktu tu)..ada jugak diorang buat untuk OBLONG DAGING KAMBING dan RUSA..apa yang pasti jugak daging-daging OBLONG ni di buat oleh orang-orang tempatan...dan di jamin halal...Insyaallah...so, kalau nak rasa OBLONG ni..kenalah pergi Utara ekk!!!aku just boleh letak gambar OBLONG tu kat sini jah!!!!enjoyz........

OBLONG DAGING LEMBU (RM 4.50)


CIKMA : Entri makan lagi..huhu...

Thursday 17 June 2010

Sup sayur campur

Simple jer masak hari ni..sardin asam pedas dan sup sayur campur...sardin rasa dah masuk entri...kali ni giliran sup sayur jer ok!!!...makan nasik panas-panas..memang meletup...as usual cikma makan nasi tapi kali ini tidak bertambah ok!!!sebabnya..cuti ni berat badanku terlebih-lebih bertambahnya..aiyooo..dah rasa jeans dah sendat seh!!!..wajib ni buat latihan rejim mengurangkan kuantiti makan nasi...huhu...diet ek cikma!!!!..tapi taklah sampai tak makan kan......



Sup sayur campur..

CIKMA : Entri makan jer keroje aku ni..mana badan x naik2...huhu

Wednesday 16 June 2010

Pilihan hati...

Pilihan hati aku sekarang..........................................................................................................
 <
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<





dan



ini








berserta



ini








CIKMA : Team Malaysia...tetap sokong....DULU... KINI... SELAMANYA...

Tuesday 15 June 2010

my SIS Weeding...05/06/2010

Entri pertama...sudah di janji mau letak ini gambar dalam blog...majlis perkahwinan my beloved sis pada Cuti Sekolah ni..(Sabtu minggu pertama cuti persekolahan)...ada nya aku yang telah bercuti awal ok!!!dua hari amik CRK..penat , letih..usahlah cakap..apa-apa pun aku lega semua berjalan lancar..dah kahwin adik aku...aku???huhu..tunggu jelah cikma oiiii............jangan jadi andalusia udah ler...layan...

My big2 Family..






Marhaban dan khatam Al-Quran

Kompang Jawa..made from Kampung ku.....Sungai Sumun..hidup JAWORLD!!!!







Potong kek dan bukak hadiah


My bro jadi tukang jual aiskrim!!!huhu

Saja fokus kat agar2 koktail yang aku buat tu...hehe

CIKMA : Menanti dan terus menanti....kui3...apakah itu????

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...