Entri ke-2 yang mempunyai tajuk yang panjang hari ni..seperti biasa jika entri ini berkaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia...itu hanyalah kebetulan semata-mata....
Pengalaman persahabatan banyak mengajar aku memahami perangai dan sikap manusia..ada kawan yang boleh susah senang bersama..ada kawan yang hanya senang bersama..tetapi apabila kita sedih dan susah..mereka menjauhkan diri..meminggirkan diri daripada kita...sukar menduga hati manusia..payah juga memahami perasaan mereka...
Persahabatan yang erat juga bukanlah jaminan ianya akan kekal sampai bila-bila.. aku begitu mementingkan nilai persahabatan aku dengan rakan-rakan..begitu menjaga hati dan perasaan mereka..aku diajar dari kecil agar menghargai orang di sekeliling..namun..hati manusia..adakalanya cepat berubah..mudah alpa dan lupa..sukar sebenarnya nak menjaga sesuatu perhubungan..melainkan jika kita dapat memberi dan menerima...
Menilai hati manusia bukanlah dari pakaian atau paras rupa..begitu juga dari cara pertuturan dan tingkah laku..kerana manusia ini diciptakan oleh ALLAH SWT dengan pelbagai sifat dan perangai, dengan pelbagai sikap dan mentaliti yang berbeza..mungkin di depan kita sikap manusia itu berbeza..namun di belakang kita sikap dan perangai mereka akan berubah 100%...itulah hakikat sebenarnya makhluk yang bergelar MANUSIA...
Manusia mudah lupa..apabila kejayaan datang bertandang dalam kehidupan mereka...mudah sangat menjadi begitu riak dan takbur...apatah lagi kejayaan yang datang itu diperolehi dalam bentuk mata wang ataupun ringgit..yup...manusia mudah lupa apabila diri itu sudah mejadi kaya dan senang..berasa diri itu sangat hebat daripada orang lain..sangat rasa dia sahaja yang betul...maaf..bukan membuka pekung di dada orang lain..namun aku cuma ingin menyedarkan makhluk yang bernama MANUSIA itu sedar yang kita hanya lah makhluk ALLAH SWT yang sangat kerdil di sisi pencipta-NYA..
Harus diingat..apabila kita berada di atas..hendaklah kita sentiasa pandang ke bawah..tidak jatuh maruh diri kita seandainya kita punyai sikap sedemikian rupa..kerana hidup yang sentiasa di redhai dan di limpahi keberkatan dari-NYA adalah kehidupan dunia yang ingin dimiliki oleh umat manusia khususnya kita yang beragama ISLAM...begitu juga jika kita rasa diri ini hebat...jangan lupa ALLAH SWT lebih MAHA HEBAT-NYA..kerana sesungguhnya tiada kuasa yang mampu mengatasi kekuasaan ALLAH SWT di muka bumi ini.......WALLAHUALAM...........
CIKMA : Manusia mudah lupa.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...
-
Still dalam mood raya haji....nak kte cam raya pose mybe x lah...slalu time raya pose lagi sronok kot sbb jmpe kengkawn lame n sedara mara.....
akma...hehehe betul tuh kan..kena laa pandang pandang kebawah..kalau idak jatuh malu uwaaa.nak nak pakai tumit tinggi ler..tu pada perbuatankan..tapi pada sudut lain pulak..tak kemana kita nie..kalau kaya lum tentu terus kayakan..kalau cantik pun lum tentu terus cantik..jadi kena lah cam akma kata..ALLAH lebih berkuasa..
ReplyDeletebtw kalau akma nak buat eskrem tu kena guna mixer taw baru cantik dan gebu nnti...
kakasma : betul tu kak..cuma kenkadang terkilan dengan sikap manusia yang mudah lupa diri ni..pastu pulak tak pikir pasal perasaan orang lain..tau cakap lepas je..mungkin bagi pihak tu ia di anggap gurauan..tapi yang phak mendengar tu kita tak tahu dia suka atau tak...
ReplyDeletekalau pakai hand mixer tu boleh tak??tak pun blander ke???nak try way time cuti sekolah nnti...
MHJ,
ReplyDeleteFood for thought!!! We have to sentiasa ingat rezeki dtg dari Allah...harus bersyukur selalu..take care..
salam akma
ReplyDeletedalam hal dunia kenalah selalu pandang kebawah tapi dalam soal akhirat kena sentiasa pandang keatas barulah kita tak jadi hubud dunia dan mencintai mati..wallahuwa'lam..
yat : huhu..yup..mesti sentiasa bersyukur..
ReplyDeletedatin el : wslam...memang betul kak..tapi ramai sekarang ni yang pentingnya duniawi..yang di sana nnti buat2 lupa jer..padahal di akhirat lah jua yang kekal...
ReplyDelete