Sunday 9 May 2010

HARI SUKAN SEKOLAH SKPI..part 1

Semalam sekolah aku buat Hari Sukan...hari ni ku ada masa nak upload gambo dalam blog...letih semalam tak habis lagi sebenarnya..ada jugak kerja yang menunggu hujung minggu ni..tapi camne pun..tetap nak mengeblog dan bermuka buku..aktiviti wajib setiap hari aku..hehe...

Bagi aku..ni lah Hari Sukan SKPI yang bagi aku paling havoc dan happening..sebabnya..nilah jugak kali pertama aku handle persembahan perbarisan untuk pasukan rumah sukan aku...RUMAH TEMENGGUNG..penat dan letih sepanjang minggu ni berbaloi-baloi sebab pasukan perbarisan RUMAH TEMENGGUNG dapat NAIB JOHAN perbarisan...hanya itu rezeki yang berpihak pada kami..walaupun persembahan tip top dan mantap..tapi kami kalah dari segi pakaian dan tema...tahniah buat pasukan perbarisan RUMAH BENDAHARA pimpinan Cikgu Yaya yang menang...insyaallah andai di takdirkan melatih pasukan perbarisan lagi tahun depan..akan ku berjuang habis-habisan merampas takhta JUARA tersebut..hehe.......

Aku nak ucapkan terima kasih juga pada rakan-rakan yang membantu dalam menambah idea dalam memantapkan lagi persembahan perbarisan RUMAH TEMENGGUNG...thanks to MAZNAH, KAK FLORA dan NOOR AZLINA yang memberi sokongan dan sentiasa happening dan sempoi sepanjang minggu ni...YOU'RE THE BEST!!harap-harap tahun depan kita still in the same team..dan kita akan buat yang lebih baik dari tahun ni..cayalah!!!juga ucapan terima kasih kepada semua guru RUMAH TEMENGGUNG yang memberi sedikit bantuan dari segi kewangan untuk memperindah dan mencantikkan budak-budak perbarisan kami..thanks a lots gengs!!!

Walaupun secara keseluruhan kami RUMAH TEMENGGUNG dapat nombor yang terakhir (nombor 4) tapi disebabkan perbarisan dapat NAIB JOHAN..terubatlah sikit hati kami ni...maybe rumah kami tak ramai budak-budak sport..yang wakil sekolah..tapi bagi aku diorang dah buat yang terbaik dan bersungguh-sungguh...aku akan tetap sokong diorang walaupun kalah..ekekeke...

So, layan ek gambar-gambar yang sempat aku snap semalam...

TEMENGGUNG GEGAR!!!

Sedang bersiap-siap sebelum perbarisan..

Sebahagian props persembahan perbarisan Rumah Temengung..

CIKGU FLORA tengah make-up budak2 perbarisan...

Menunggu di Dataran Tamek sebelum ke padang

 Atlit-atlit Rumah Temenggung

Bersiap sedia untuk melakukan lintas hormat perbarisan..

Lintas hormat perbarisan Rumah Sukan Temenggung..


Sempat bergambar dengan Puteri Rumah Temenggung dan rakan-rakan sepasukan..

Dengan budak-budak perbarisan RUMAH BENDAHARA..diorang ni yang Juara Perbarisan...

Suasana budak-budak sedang bersedia masuk ke balapan...

CIKMA : Banyak lagi yang nak di letak dalam ni....tunggu yang part 2 punyer...

2 comments:

  1. tahniah akma, usaha ko berbaloi..
    chop syahbandar punya perbarisan no berapa>

    ReplyDelete
  2. trimas.....hehe...mmg usaha yg sgt berbaloi wlaupun dpt no.2..tapi percubaan pertama aku berhasil....penat seh...ko nyer umah no.4...bnyk step berterabur ku tgk...nervous kot budak2 tu.....

    ReplyDelete

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...