Bercerita pasal Raya tahun ni..nanti aku upload gambar-gambar masa berhari Raya di kampung...seronok ler beraya kat kampung...walaupun dah tak de atuk dan nenek..tapi bila berkumpul ramai-ramai tu rasa best sangat-sangat....pergi rumah ayah dan mak saudara..jumpa sepupu sepapat dan bertukar-tukar cerita..memang indah menyambut hari Lebaran ni...tapi..yang tak tahannya..banyak betul lauk pauk dan kuih muih..itu belum cerita bab ketupat lemang bagai..sampai perut aku meragam...mungkin terkejut kot...yelah sebulan berpuasa..tetiba dalam masa sehari semua makanan nak masuk dalam perut...mana lah tak meragam.....
Tahun ni aku dan MAK masak dekat 4 jenis lauk pauk untuk Hari Raya..selalu 2 jenis lauk jer untuk di makan dengan ketupat dan lemang...tu masa malam raya aku macam nak pengsan...berperang di dapur dengan MAK!!!hehe...apa-apa pun...Cikma suka jer masak memasak ni...syok wei..lagi-lagi apa yang kita masak orang suka makan......
Paru goreng sambal
Ayam masak merah
Daging masak kicap
Rendang ayam Cikma
CIKMA : Kena maintain kan berat badan ni..walaupun dah rasa macam dah "naik" sikit..hehe
No comments:
Post a Comment