IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Khamis, 9 September 2010

Kek Batik Biskut Merry

Lastly, fuhh!!sekali 4 entri masak masuk daa...hehe..ada lagi..tapi Cikma belum berkesempatan nak snap gambar..banyak jugak resepi yang nak di share dalam blog ni..takpe2..jangan risau..Cikma akan letak kemudian...

Resepi ni..KEK BATIK BISKUT MERRY..ramai yang dah tau..tapi mungkin berbeza dari segi kuantiti dan jenis bahan serta rasanya..selalu jugak buat..dulu pernah guna milo..tapi nampak sikit melekit..MAK suruh tukarkan kepada serbuk koko..baru nampak ok..ada yang tambah nestum..tapi aku tak berapa sangat nak letak..just koko dan biskut merry jer..so, enjoyz the recipe ekk.....


Bahan-bahan :

3 bungkus biskut merry
250 gm mentega
2 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 tin susu cair
3 biji telur

Cara-cara :

1) Cairkan mentega, gula dalam periuk...kacau sebati. (guna api yang perlahan)
2) Dalam bekas lain, pukul telur, susu cair dan serbuk koko sehingga sebati.
3) Masukkan adunan yang di pukul tadi pada periuk (adunan mentega dan gula)..kacau sebati, masak adunan dengan menggunakan api yang perlahan.
4) Masukkan biskut merry ( patahkan 4 ) ke dalam adunan. Kacau sebati.
5) Masukkan adunan biskut merry tadi pada lengat. Tekan adunan dengan tangan hingga betul-betul mampat.
6) Sejukkan di dalam peti ais...SELAMAT MENCUBA.

KEK BATIK BISKUT MERRY

CIKMA : Kek Batik ni favourite ALONG..kalau dia balik mesti suruh MAK buatkan....:)

6 ulasan:

  1. selamat hari raya aidilfitri akma

    BalasPadam
  2. Sis dear

    Selamat hari raya..maaf jika ada tertelanjuran kata2...

    BalasPadam
  3. chik mimi : salam lebaran juga...:)

    BalasPadam
  4. kak yatt : salam lebaran juga..sama2 lah kita ekk...:)

    BalasPadam
  5. thanks.. dah lame cari resepi biskut merry yang memuaskan hati... gambar nampak macam menarik... nanti saya try... sedap ke idaknya...

    BalasPadam
  6. our rezeki : welcome..cubalah..nnti bgtau ekk

    BalasPadam

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails