Thursday, 9 September 2010

Biskut Quaker Oat Coklat

Yang ni..bukan Cikma buat..tapi aku tau resipinya..ini biskut favourite MAK..every year kalau ada masa MAK akan buat..memang sedap..aku sharekan resipi ni untuk engkorang ye...


Bahan - bahan : 

21/2 cawan quaker oat
11/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan mentega
1 cawan minyak sapi
1/2 cawan gula (lebihkan sikit)
21/2 sudu besar serbuk koko
sedikit susu tepung dan gula halus

Cara-cara : 

1) Pukul gula, mentega dan minyak sapi sehingga kembang
2) Masukkan semua tepung dan serbuk koko ( di ayak bersama ) dan quaker oat. Gaul sebati.
3) Bulatkan adunan dan tekan sedikit supaya leper.
4) Bakar adunan dalam 20-25 minit.
5) Selepas di bakar, golekkan biskut tadi dengan campuran susu tepung dan gula..SELAMAT MENCUBA..

Biskut Quaker Oat Coklat

CIKMA : Bila aku nak buat sesuatu biskut ataupun kek..aku akan pastikan bahan-bahannya mudah di dapati, murah serta HALAL...:)

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...