IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Jumaat, 17 September 2010

Kek Coklat 3 minit

Salam dan sejahtera kembali...u'lls...Cikma kat Diamond Bay lagi ni!!hehe..memang sengal!!!sanggup balik ke Perak walaupun baru je semalam sampai ke Pandan Indah..mood Raya lagi lah katakan..tadi pun tak ke school sebab aku ada taklimat pengawas peperiksaan UPSR di S.K Kg. Cheras Baru..habis je taklimat...terus balik...hehe...

Cikma nak kongsi resepi kek coklat 3 minit...3 minit..emm mesti pelik kan..kenapa 3 minit???hehe...apa yang pasti kek coklat ni memang gebus..lembut dan lembab jer..senang jer buat...jom layan resepi....


Bahan-bahan :

1 cawan minyak mazola (minyak jagung)
1 cawan susu cair
2 cawan gula
1 cawan air panas
3 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara :

1) Gula, telur, susu cair, air panas dan minyak mazola di blend dalam pengisar (ikut urutan)
2) Bahan perlu di blend selama 3 minit.
3) Letak adunan dalam bekas.
4) Tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di ayak bersama-sama.
5) Masukkan bahan ayak tadi ke dalam adunan sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
6) Masukkan dalam loyang pembakar. Bakar selama 45 minit. (hingga masak).SELAMAT MENCUBA.

KEK COKLAT 3 MINIT

CIKMA : Boleh hias dengan coklat moist atau syrup coklat....

4 ulasan:

  1. dengan resepi yang sama... cuba u kukus selama40 minit.. rASANYA AKAN MENGKAGUMKAN.. HEH HEH HEH...

    BalasPadam
  2. sedapnya..... akk pun suka wat kek coklat sendiri :)

    BalasPadam
  3. kak min : ye ke..emm nnti nak try pulak kukus..:)

    BalasPadam
  4. kak mas : hehe...nnti boleh arr rasa air tgn kak mas pulak..:)

    BalasPadam

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails