Thursday, 9 September 2010

Cornflakes Honey

Salam dan sejahtera...ramai dah tahu Hari Raya tahun ni jatuh pada Jumaat bersamaan 10 September 2010..rasanya jugak persiapan menyambut Raya masih berjalan..tidak lupa juga kepada mereka yang tengah dalam perjalanan ke kampun halaman...di harap semua nya selamat sampai...

Cikma nak masukkan beberapa jenis biskut yang sempat di buat..terlambat sikit nak masuk dalam entri...aku pernah bagitau sebelum ni banyak sangat nak di letak dalam blog..jadi yang keutamaan akan di dahulukan..gitu....:)...

Sambutan Hari Raya kali ni sempat lah jugak aku buat beberapa jenis biskut...Cornflakes Honey..dah lama sangat tak buat..tapi memang senang buat biskut ni...so, Cikma letak resipi dalam entri ni just for sharing ngan para blogger...enjoyz...


Bahan-bahan :

1 kotak cornflakes ( di ramas) - dalam 8 cawan
100 gm mentega
4 camca teh gula
4 camca teh bijan ( di bakar terlbeih dahulu)
16 sudu besar madu

Cara-cara :

1) Cairkan mentega, gula dan madu ke dalam periuk. Gunakan api yang kecil.
2) Setelah sebati, masukkan cornflakse yang di ramas beserta bijan
3) Kacau sebati bahan-bahan tersebut.
4) Masukkan adunan pada paper cup kecil.
5) Bakar adunan sekurang-kurangnya dalam tempoh 15 minit atau sehingga kekuningan. SELAMAT MENCUBA....

CORNFLAKES HONEY

CIKMA : Simple jer...senang dan mudah...bagi orang yang baru nak belajar macam aku ni...:)

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...