Monday, 13 September 2010

Kes berprofil tinggi..

Salam dan sejahtera...mengucap panjang aku hari ni..YA ALLAH!!!dari MU aku datang..dan dariMu jua aku di kembalikan...ajal dan maut di tangan MU YA ALLAH!!!sesungguhnya tiada kuasa yang mampu melawan takdirMU ALLAH!!SUBHANALLAH...........


Rasanya semua dah tahu tentang kejadian paling tragis tahun ini..misteri kehilangan jutawan kosmetik Nouvelle Visage, Datuk Sosilawati Lawiya beserta 3 orang yang lain...tak tergambar perasaan aku tatkala membaca rentetan kisah kehilangan beliau dan rakan-rakannya...terlalu kejam si pembunuh tersebut...sikap manusia di akhir zaman...terlalu mengikut naluri dan hawa nafsu...

Perlukah seorang manusia itu kejam melakukan perbuatan tersebut???apakah yang berada dalam fikiran mereka yang begitu mudah mengambil nyawa orang???bagai mana perasaan mereka jika salah seorang ahli keluarga sendiri mengalami peristiwa yang sama seperti mangsa mereka???kita tidak perlu mencari berita sensasi mengenai kes pembunuhan kejam di luar negara kerana di Malaysia pun sudah terlalu ramai manusia bertopengkan Syaitan yang mampu melakukan perkara tersebut.....

Bagi Cikma..cuma satu..WANG...kerana perkataan ini yang menjadi sebab utama..kerana wang, badan binasa...apa yang berlaku berkemungkinan kerana sikap tamak haloba dalam diri manusia...kerana manusia tidak pernah puas dengan apa yang mereka dapat...sanggup menggadaikan nyawa orang lain hanya kerana WANG....YA ALLAH...apa nak jadi dengan makhluk yang bernama  MANUSIA ini....:(

Kes kehilangan Datuk Sosilawati dan rakan-rakannya akan menjadi satu lagi kes BERPROFIL TINGGI...sebab ia melibatkan seorang yang di anggap selebriti serta jutawan kosmetik wanita yang berjaya, selain beliau pernah berkahwin dengan penyanyi kumpulan Lefthanded, Nash...selain itu juga suspek utama di kenal pasti sebagai Datuk yang merupakan seorang peguam..juga di katakan pernah mempunyai kes jenayah sebelum ini..dan buktinya ada beberapa kes kehilangan individu yang mempunyai modus operandi yang sama...dan spekulasi kes BERPROFIL TINGGI ini juga menimbulkan andaian bahawa kes-kes sebelum ini yang menghubungkaitkan peguam bergelar datuk itu di katakan di lindungi oleh  VVIP...

Cikma memang sedikit terganggu emosi hari ini..bagi aku kehilangan Datuk Sosilawati seperti hilangnya sebutir permata yang berharga kerana beliau merupakan salah seorang bangsa Melayu yang berjaya dalam pernigaan kosmetiknya..yang menjadi mentor kepada kaum-kaum wanita khususnya yang ingin bergelar usahawan..lupakan sekejap tentang masalah peribadi beliau sebelum ini...sebagai umat Islam...hanya sedekah Al-Fatihah kepada beliau dan rakan-rakan nya yang lain...semoga mereka di cucuri rahmat ALLAH SWT...........

Disini Cikma sertakan kronologi berhubung kes kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya beserta 3 rakan-rakan beliau...ihsan daripada mStar Online.....

BANTING: Empat mayat rentung dipercayai dibunuh kejam sebelum dibakar ditemui di sebuah ladang ternakan di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Morib di sini malam Sabtu.Difahamkan, identiti keempat-empat mangsa sedang dikenal pasti.

Penemuan keempat-empat mayat itu dipercayai dapat membantu merungkai misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bersama tiga yang lain iaitu, pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.Semua mayat dikeluarkan pagi ini untuk ujian DNA bagi tujuan pengecaman.

Berikut adalah kronologi penemuan empat mayat yang berkemungkinan besar ada kaitan dengan kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain.

11.30 malam: Berita penemuan empat mayat telah tersebar dipercayai Datuk Sosilawati Lawiya di Ladang Gadong, Jalan Tanjung Sepat, Morib.

12.30 malam: Pihak media mula berkumpul di laluan masuk lokasi penemuan mayat.

3.00 pagi: Polis terus mengawal lokasi penemuan mayat dan pihak media masih dilarang memasukinya.

8.00 pagi: Penduduk kampung mula memenuhi lalauan masuk Ladang Gadong.

9.10 pagi: Kelihatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Arasa memasuki lokasi dan meninggalkannya kira-kira 10 minit kemudian.

12.10 tengah hari: Sepasukan Forensik PDRM dan Jabatan Kimia Malaysia kelihatan memasuki lokasi penemuan mayat.

2.20 petang: Sidang akhbar bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

CIKMA : Takziah kepada semua keluarga mangsa..tabahkan hati dan kuatkan iman kalian semua...ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI apa yang berlaku..kerana sesungguhnya setiap kejadian itu pasti ada sebab musababnya.......WALLLAHUALAM.....

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...