IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Sabtu, 28 Ogos 2010

Tomyam ayam dan sambal goreng tempe ikan bilis

Menu berbuka semalam..baru dapat masuk entri hari ni...ok kan...masak tomyam ayam dan sambal goreng tempe dan ikan bilis...masak sama-sama dengan MAK..berbuka semalam just makan tomyam dengan bihun dan mee sahaja...maleh nak makan nasi..konon diet kan..hehe...sahur je makan nasi...Cikma kena kontrol makan jugak ni..sebab nak sihat...selain dah banyak kali janji dengan MAK dan ABAH nak kurus...dari zaman sekolah sampai sekarang badan still gak macam tu...naik senang..turun ya amat susahnya.....emmm

Semalam masak satu periuk tomyam..hari ni tak payah masak lauk dah..tomyam ayam dan sambal goreng tempe tu ada lagi..cuma Cikma hari ni nak menjengah Bazaar Ramadan hanya sekadar nak cuci-cuci mata jer...sekali jer pergi dalam 2 minggu sudah...best wei Bazaar Ramadan kat DIAMOND BAY ni..harga still berpatutan...semalam pergi ke bandar pun tengok dekat Dataran Menara Condong tu dah buka khemah-khemah orang berniaga...tengok dah ada penjual yang dah mula beroperasi...selalunya khemah-khemah ni akan di buka sampai ke malam raya...masa malam raya tu ada peniaga yang jual barangan diorang secara lelong...aku comfirm pergi sana every year...macam biasa tak sah rasanya kalau tak menjengah ke Dataran Menara Condong tu...hehe.......

Merepek sekejap lah pulak aku...layan ekk gambar yang sempat aku snap lepas masak semalam....:)


TOMYAM AYAM


Sambal goreng tempe ikan bilis

CIKMA : Walaupun masak...wajib beli lauk ikan patin masak asam tempoyak....hehe..syok giler makan!!!

6 ulasan:

  1. soalan takde kaitan dgn entry..ko ada berapa adik beradik cik ma?

    BalasPadam
  2. Salam MHJ

    penuh sebelanga tomyam tu..and makan ngan bihun pada akak lagi nikmat dari ngan nasi..akak kepingin nak rasa ikan patin tempoyak tu, tak pernah makan sampai sekarang..tapi akak nak kena try dulu tanpa mengetahui yg itu lah lauk tersebut sbb tempoyak ni tak reti makan..

    BalasPadam
  3. alfa : 4 org jer...masuk MAK ABAH aku 6 org..cmapur kak ipar n adik ipar 2 orang..+++ AMALIN...semua skali 9 orang..gitu!!!hehe

    BalasPadam
  4. kak Yatt : wslam..hehe..rumah kat kg mmg masak bnyk2..walaupun dlm umah tu ada 4,5 orang jer..tu belum tgk masa masak tuk lauk raya..sekawah masak rendang..hehe...sedap sgtlah kak yatt..org lain x tau lah..sya mmg giler mkn masak asam tempoyak ikan patin ni..kalau x suka tempoyak boleh try asam pedas ikan patin atau masak lemak...

    BalasPadam
  5. mak oooiii.. sedapnya nampak tom yam tu.. semalam tak masak. berbuka kat rumah kakak azizan. makan nasi kerabu..

    BalasPadam
  6. kak min : hehe...ma kasih...sedap tu nasi kerabu..belum rasa lagi tahun ni nasi tu...mana yang sedap ekk kat sini...teringin jugak nak makan....

    BalasPadam

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails