Rasa macam baru 2,3 hari kita berpuasa..alih-alih dah 9 hari kan kita berpuasa...cepatnya...memang masa takkan menunggu kita..dan semakin cepat jugaklah aku ni tua...der...tua ke???hehe..tak tua..tapi matured...gitu..
Hari rasa tetiba nak cerita pasal Kad Hari Raya..lama betul kan dah tak keluar cerita kad Hari Raya ni...kalau di ikutkan setiap kali Hari Raya, mesti berlambak kad Raya di hantar ke pejabat pos..sampai tak menang tangan para pekerja nak membahagikan kad Raya tu mengikut negeri...itu belum di luar negeri jugak..pastu berkoyan-koyan kad Raya jugak terpaksa di hantar oleh posmen ke penerima kad...
Dulu tak silap akulah..start sekolah rendah aku dah hantar kad Hari Raya ni...tapi masa tu dengan kengkawan sekolah lah...bagi pada kawan-kawan rapat...seronok dapat kad Raya...lebih-lebih lagi kalau ramai kawan yang balas kad Raya tu...pantun yang aku ingat sampai sekarang lah kalau tiap kali tulis dalam kad Raya tu...PECAH KACA..PECAH GELAS..SUDAH BACA..HARAP BALAS...derr...kelakor tak hingat!!!mesti arr kalau dapat pantun tu kena balas kan!!!hehe...dapat pualak balasan kad Raya tu berkeping-keping..siap kira tu berapa kad Hari Raya yang aku dapat....nostalgia2....
Sampai sekolah menengah..kiriman kad Raya masih aku terima dan jugak aku bagi pada kengkawan...time ni up sikit lah..bagi pulak kat saudara-mara espicially yang rapat-rapat dengan aku..dah tau pos sendiri kan dekat pejabat pos...setem..hehe..ABAH tolong belikan....berapa keping ...tengok keadaan berapa kad Hari Raya aku bagi...pastu senyum kembang sampai telinga bila dapat kad Raya daripada posmen...kira macam ada peminat lah nak bagi-bagi kad Raya bagai...padahal dari sedara mara je..ada sesetengah kawan-kawan aku yang bagi kad Raya pada artis yang mereka suka..dapat jugak balasan..tapi biasalah..bukan tulisan tangan diaorang pun..mungkin PA artis tu je yang tulis....janji kengkawan aku bangga dapat kad Raya artis..aku...tak pernah dan tak ingin pulak mengabiskan duit nak beli kad Raya pada artis-artis ni...emm...
Time masuk belajar kat Uitm..masih lagi berhantar kad Raya pada kengkawan...cari pulak alamat-alamat diorang..almaklumlah masa tu dah masing-masing bawa haluan...belajar kat tempat yang berbeza..tapi still contact each other..tapi masa tu aku fokuskan pada kawan-kawan rapat, saudara mara dan yang terutama pada FAMILI aku...hehe..first time tulis kad Raya pada ABAH dan MAK..kelakar ada, malu pun ada..konon-konon anak mereka ni jauh di perantauan...padahal sekangkang kera jer pun..bukan nyer jauh sangat SHAH ALAM dengan TELUK INTAN...tapi sebab mood Hari Raya dan benda wajib di buat setiap kali nak sambut Raya adalah memberi kad Hari Raya (berapa banyak Raya daaa....)..aku pun tulis dan hantar kad Raya pada ABAH dan MAK.........
Masa masuk maktab...dah kurang sikit bagi kad Raya..aku bagi pada MAK dan ABAH serta adik-adik aku jer..yang lain tu..pakai SMS je..masa dah berlalu..kurang sikit penggunaan Kad Raya...dah teknologi baru...pakai telefon jer nak wish Selamat Hari Raya...pelbagai sms dari kelakar dan serius boleh kita terima....
CIKMA : Continue in PART 2....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...
-
Still dalam mood raya haji....nak kte cam raya pose mybe x lah...slalu time raya pose lagi sronok kot sbb jmpe kengkawn lame n sedara mara.....
masa kecik2, kad rayalh paling di nanti2. kalau boleh satu kelas tu semuanya akak nk bg kd raya. pastu malam raya lak gantung kad raya kt ranting kayu buat hiasa dlm rumah tp skrg semua tu dh xde.... semua pakai sms je :)
ReplyDeletebaru plan ngan ejan.. nak bawak Adam pi beli kad raya... biar dia tulis dan poskan kat atok dia di kampung...memori tu...
ReplyDeletememang time besar2 ni dah sgt2 kurang kad aku terima..kurang sebelah tangan..hehehe....nak wat cam ne teknologi lagi cepat..pulak tu now dah ada fb, lagi zass
ReplyDeletekak mas : yup....beronok-ronok time kecik dulu dpt kad raya...yg best siap saing ngan kengkawan berapa kad raya yg kteorg dpt..hehe
ReplyDeletekak min : ye ke...bagus tu..at least tau jugak nnti budak2 ni ada kad Raya...skang sya tgk kat kedai atau supermarket dah kurang kad raya...ada pun diorang ltk yg stok design lama2 punyer...
ReplyDeletealfa : betui3..tapi teringin jugak ada org bagi kad Raya kat aku walaupun aku dah beso panjang ni...hehe
ReplyDelete