Dalam tempoh 70 jam lagi kita nak puasa...rasa cepat sangat berlalu..baru tahun lepas puasa Ramadhan ni...tup-tup dah nak puasa balik....memang cepat....bila dah masa ni berlalu dengan cepat...usia pun makin meningkat...dan bila dah usia meningkat...semakin dekat jugaklah kita ni akan bertemu dengan ALLAH SWT...cepat atau lambat...hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI....Wallahualam.....
Cikma nak share sikit tentang KEISTIMEWAAN PUASA..kita sendiri dah tahu kepentingan puasa ni kepada kita..selain puasa merupakan rukun Islam yang ke-3...puasa juga dapat memberikan kita banyak manfaat terutama dari segi kesihatan...
Puasa sebenarnya merehatkan seketika sistem penghadaman dan pencernaan kita....perut terutamanya yang bekerja 24 jam menerima makanan dan minuman dan di proses seterusnya membekalkan setiap makanan yang di hadam tu kepada sistem-sistem lain dalam badan...sistem badan kita ni pun bukannya mesin yang boleh buat kerja tanpa henti...ada ketikanya anggota dalaman kita ni perlu berehat sebentar dari melakukan rutin tugas 'mereka'. Jadi, bulan puasa nantilah merupakan masa yang sesuai untuk memberi kelonggaran kepada sistem penghadaman kita ni supaya nanti 'mereka' dapat bekerja dengan baik dan sempurna...
Puasa juga dapat memberikan rawatan efektif dan satu kaedah melegakan masalah terutama dari segi penyakit seperti darah tinggi, diabetis, lelah dan masalah berkaitan sistem pencernaan seperti radang dan hati.Mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik ini secara semulajadinya akan bertambah sihat dan cerdas apabila berpuasa..mereka akan mengambil jumlah makanan yang kurang berbanding hari biasa serta mereka dapar mengawal pemakanan mereka dengan teratur dan baik...
Puasa juga sebenarnya boleh mengawal berat badan kita...mungkin sesiapa yang bertambah jumlah berat badannya akan dapat mengurangkan kuantiti berat mereka semasa berpuasa (macam Cikma nilah!!!)..tapi, janganlah masa buka puasa tu pulun makan macam esoknya tak dapat makan lagi...kalau macam ni setahun puasa pun memang tak dapat lah nak turun berat badan....tak gitu!!!!hehe...
Kepada sesiapa nak mengekalkan berat badan atau nak kurangkan berat badan...rasanya tips ni boleh membantu..harap sangatlah aku ni boleh kurang berat dalam puasa ni...harapnyalah...tak janji..tapi dalam hati macam nak tekad kurangkan berat badan ni...dah terasa sangat badan ni membesar bagai johan!!!!bukan sebab nak cantik..tapi sebab nak sihat..almaklumlah aku ni dah ada keturunan darah tinggi dan kencing manis...so,marilah kita bersama-sama mengurangkan berat badan di Bulan Puasa ni......:)
PANDUAN MAKAN KETIKA BULAN RAMADHAN (ihsan dari Berita Minggu) :
1) Pilih makanan yang lambat cerna misalnya makanan kaya serat yang boleh bertahan sehingga 8 jam.
2) Elak makan makanan pedas, panas atau masin. Makanan terlalu masin akan membuatkan tubuh kita memerlukan lebih banyak air.
3) Minum air secukupnya dengan pengambilan makanan dengan serta tinggi untuk mengelakkan sembelit.
4) Elak minum yang ada kafein dan soda.Pengambilan minuman ini boleh menyebabkan peningkatan paras asid dalam perut.
5) Kurang makan makanan bergula.Makanan jenis ini mudah dibakar tubuh dan hanya bertahan 3 atau 4 jam sahaja.
6) Jangan elak sahur...
7) Mulakan berbuka dengan benda yang manis..terutamanya kurma (sunnah RASULLULLAH SAW) dan minum air masak
CIKMA : Berbelanjalah dengan berhemah ketika di bulan RAMADHAN...........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...
-
Still dalam mood raya haji....nak kte cam raya pose mybe x lah...slalu time raya pose lagi sronok kot sbb jmpe kengkawn lame n sedara mara.....
salam dear sis..
ReplyDeletebagus share this article.. lagi abt 70jam akan berpuasa ya..cepat kan masa ni berlalu..akak pun ceria nak sambut ramadhan..semuga dapat memperbaiki & memberbykkan ibadah, insyaallah..
kak yatt : wslam sis....thanks..just to remind us...kita pun sama2...bulan utk kita perbanyakkan pahala.....:)
ReplyDelete