Lama sebenarnya tak masak lauk ni..bila puasa ni baru berkesempatan nak buat..senang jer...nilah antara resipi lauk yang paling awal aku belajar daripada MAK...sebab mudah...campak-campak jer....
Bahan-bahan :
2 ekor ikan (ikan apa-apa pun boleh..janji ikan!!!)
3 biji bawang merah
2 biji cili masak
4 biji cili api
1 batang serai ( di titik )
4 keping asam gelugor
sedikit kunyit
garam secukupnya
air
tomato dan bendi
Cara-cara :
1) Kisar bawang merah, cili merah dan cili burung
2) Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama serai, asam keping, kunyit dan air.
3) Biarkan bahan mendidih...kemudian masukkan ikan.
4) Masukkan tomato dan bendi serta garam secukupnya..Selamat Mencuba...
Ikan Masak Asam Rebus
...sedapnya...ni utk orang nak diet......
ReplyDeletekami biasa panggil singgang ikan ....
kalau akak... guna cili kering.. diblend bersama bawang besar dan belacan. macam nak buat kuah laksa tu.. cuma ikannya tak blend la...
ReplyDeletemamaijat : mmg btui...sesuai tuk sya yg tengah nak diet ni..:)
ReplyDeletekak min : ye ke...bubuh belacan ekk...tak pernah pulak wat camtu...msti sdp kan..
ReplyDelete