Pada 53 tahun....
Menapak dalam kesamaran...
Sebuah sketsa hidup
Menjadi saksi berpaksikan jiwa
Kerana ingin menatap sebuah hamparan putih
Pada 53 tahun....
Kecamuk rasa ini..
Membelah singnifikasi diri..
Jatikah aku...jika rasa itu bukan rasa ku...
Terletak di atas kehendak takdir..
Memapah bumi yang ketandusan...
Tiada yang lain untuk di hamparkan..
Kerana ssesungguhnya perjuangan tiada penghujung...
Pada 53 tahun...
Berbanggakah aku...melihat hamparan putih itu berkelodak..
Menambah rasa sakit di hati...bila tiada pegangan dan jati diri..
Berbanggakah aku..melihat tiada yang menghargai hamparan itu...
Sedangkan anasir tersenyum sumbing..melihat hamparan tiada harga lagi...
Berjiwakah aku..lantaran tiada yang simpati...
Berjiwakah aku...jika tiada rasa bangga dalam hati...
Haruskah di lenyapkan sebuah perjuangan....
Kerana tiada yang ingin menongkah arus perjuangan itu sendiri...
Pada 53 tahun...
Tiada dapat yang kita mampu lakukan...
Hanya doa dan harapan...
Agar hamparan putih itu berharga kembali
Menakluki persada dunia...
Menebus kehampaan lampau...
Untuk menjadikan satu perjuangan itu..
Kekal terpahat dalam ingatan........
Nukilan : Hamparan hati...@CIKMA 2010
Kepada semua warga Malaysia..SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE-53 TAHUN..semoga kita menghargai perjuangan pejuang-pejuang masa lampau..memerah keringat dan semangat untuk mencapai kemerdekaan.............................MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!!
CIKMA : Ada tak sajak tu ala-ala macam sasterawan ..ahaks!!saja try buat sajak sendiri..ok lah tu kan!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...
-
Still dalam mood raya haji....nak kte cam raya pose mybe x lah...slalu time raya pose lagi sronok kot sbb jmpe kengkawn lame n sedara mara.....
BAGUS!!!!!
ReplyDeletethanks!!!hehe 1st trial ni...
ReplyDelete