Friday, 27 August 2010

NUZUL AL-QURAN 1431 H


Maaf, lambat update blog...sibuk dan sibuk...maklumlah duduk dekat kampung ni macam-macam nak di buatnya..di tambah bila MAK akan mintak pergi sana..pergi sini...beli itu..beli ini...emm...aku layankan jer MAK..bila lagi kan nak berbakti pada MAK tersayang!!!

Hari ni..cuti..NUZUL AL-QURAN..kebanyakkan negeri di Malaysia ni cuti..ada jugak yang tak cuti...ramai yang gunakan kesempatan cuti ni untuk membeli belah sempena nak sambut Raya...sampai lupa apa dia hari NUZUL AL-QURAN...

Cikma nak kongsi sikit apa yang di maksudkan dengan NUZUL AL-QURAN ni...NUZUL AL-QURAN adalah hari di mana turunnya AL-QURAN kepada Nabi Muhammad SAW..dari ayat pertama sehingga lengkap kitab AL-QURAN...AL-QURAN diturunkan pada malam Jumaat 17 Ramadan iaitu pada tahun ke-41 keputeraan RASULLULAH SAW..

NUZUL...ditakrifkan sebagai beerti turun atau berpindah dari atas ke bawah...turunnya AL-QURAN kepada Nabi Muhammad SAW adalah merupakan mukjizat terbesar yang di turunkan oleh ALLAH SWT kepada BAGINDA ..dan ianya memberi makna yang sangat besar kepada umat ISLAM khususnya kerana AL-QURAN merupakan kitab paling lengkap dan sempurna daripada kitab-kitab sebelumnya..

Ayat pertama yang di turunkan oleh ALLAH SWT kepada Rasullullah SAW adalah surah AL-ALAQ (AYAT 1-5) semasa Baginda beribadat di GUA HIRA..dan seterusnya turunnya ayat-ayat AL-QURAN yang lain melalui proses secara berperingkat-peringkat sehingga AL-QURAN lengkap sepenuhnya selama hampir 23 tahun sepanjang hayat Rasullullah SAW.....

Terlalu banyak keistimewaan AL-QURAN..rugi sangat-sangat kepada mereka yang tidak tahu membaca AL-QURAN dan tidak mengamalkannya...Wallhualam....moga-moga kita dapat menghayati hari NUZUL AL-QURAN ini dengan penuh keberkatan......

CIKMA : Khatam Al-Quran umur 13 tahun...

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...