Monday 9 August 2010

ADAB BERDOA

Cikma nak share sikit tentang adab berdoa kepada ALLAH SWT...Bagus kita tahu serba sedikit..sekurang-kurangnya setiap perbuatan kita pada ALLAH SWT tu ada peraturan dan juga sebab-sebab yang tersendiri....bukan main redah je...

Sebelum berdoa :

1) Sediakan hati bahawa ALLAH SWT bersifat dengan sifat harus melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan-NYA.Bertaubatlah juga kepada ALLAH SWT.
2) Sebaik-baiknya berada dalam keadaan suci daripada hadas dan berwuduk.
3) Menghadap kiblat jika tiada halangan.
4) Memilih waktu yang mustajab untuk berdoa seperti hari Arafah, bulan Ramadan, hari Jumaat dan sebagainya.
5) Memilih keadaan yang baik untuk berdoa sepert ketika sujud, anatara dua khutbah, ketika berpuasa dan lain-lain.
6) Mengangkat kedua-dua belah tangan hingga nampak ketiak dan menyapu kedua-dua tangan ke muka apabila selesai berdoa.
7) Digalakkan solat sunat hajat sebelum berdoa atau meminta sesuatu.
8) Pastikan makanan dan minuman anda daripada sumber yang halal. Ini kerana ALLAH SWT menolak doa orang yang makan dan dibesarkan daripada sumber haram.
9) Hendaklah mengutamakan doa untuk diri sendiri berbanding mendoakan orang lain.

Semasa berdoa :

1) Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji ALLAH SWT dan berselawat ke atas Nabi Muhamamd SAW.
2) Berdoa dengan mengucapkan "Ya Rab" sebanyak 3 kali.
3) Mengakui dan menyesali dosa yang dilakukan.
4) Tidak mengangkat suara ketika berdoa.
5) Berdoa dengan penuh perasaan takut dan gerun akan kehebatan dan kebesaran ALLAH SWT serta khusyuk kepada-Nya.
6) Berdoa dengan penuh perhatian dan kesungguhan.
7) Ulangi doa yang dibaca.
8) Tidak berdoa dengan sesuatu keburukan.
9) Menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat (al-jami').

Selepas berdoa :

1) Menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa.
2) Mengaminkan doa yang dibacakan.
3) Bersangka baik bahawa ALLAH SWT akan memakbulkan doa kita. Jika tidak pasti ada alternatif lain diberikan ALLAH SWT, sama ada kita sedar atau tidak.
4) Bersabar menanti jawapan ALLAH SWT terhadap doa yang dipohon.


CIKMA : Sumber dari majalah SOLUSI - isu no.22, Doa Mustajab atau Terhijab?

2 comments:

  1. tq cik ma good info..ada gak yg aku tak tau

    ReplyDelete
  2. alfa : welcome..yg baik kita sebar-sebarkan!!!selamat berpose tuk ko!!!

    ReplyDelete

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...