Sunday, 25 July 2010

RINDU AMALIN

Semalam hari yang memang aku nantikan sejak 2,3 hari yang lalu...excited menunggu hari Sabtu..gembira tak terkata rasanya..walaupun  sekejap..tapi aku rasa gembira yang bukan kepalang....akhirnya dapat jugak aku tengok si kecik kesayangan aku sekarang..NUR MAWADDAH AMALIN...

Aku pergi ke PPUM bersama-sama ALONG, MAK dan ABAH petang semalam..mula MAK dan ABAH cancel nak ke Klang..diorang tak nak susahkan Along sebab dia pun masih sibuk ke hulu hilir nak settelkan tentang AMALIN...tapi lepas Kak Long keluar dari wad Jumaat lepas, Along pun tengok dia nampak tak lah sibuk, maybe lepas ni Along boleh tumpu sikit pada AMALIN..dan ABAH dan MAK pun bagitau aku balik diorang nak datang jugak semalam..ABAH sebenarnya tak nak susah kan Along sebab kalau ABAH nak ke PPUM..ABAH dah tak larat nak berjalan jauh..nanti susahkan ALONG pulak..mana nak tengok anak dan isteri kat wad yang berlainan..pastu kena pulak bawak ABAH yang tak larat berjalan ni...

Mula sampai ke wad pediatrik PPUM, Along bagitau tak boleh masuk ramai-ramai..paling kurang pun 2 orang jer..mula ABAH dan Along masuk dulu..aku dan MAK tunggu jer kat luar..sambil tunggu kat luar tu sempat jugak aku snap gambar di luar kawasan wad pediatrik tu..yelah..ALONG bagitau tak boleh tangkap gambar dalam wad tu..ingat aku nak snap gambar AMALIN..tapi di sebabkan tempat tu memang di jaga rapi dan bukan semua orang boleh masuk..jadi terpaksalah batalkan niat tu....



Tak lama tu aku dan MAK masuk dalam wad...ALONG cakap boleh je masuk semua...teruja nak tengok AMALIN..kami berempat masuk ke NICU tu..tak ramai pun orang..keluarga terdekat jer sebenarnya yang boleh masuk dan tengok..kali pertama tengok AMALIN......aku tak tau nak gambarkan perasaan aku masa tu...of course aku gembira..tapi dalam masa yang sama aku rasa sebak dan kesian tengok AMALIN...tengok dia di kelilingi dengan mesin-mesin dan wayar yang berselirat kat tubuh kecil dia...memang sedih aku tengok......

Aku tengok wajah AMALIN...tak tau dia ikut wajah siapa..tapi AMALIN punyai kulit yang sangat cerah...comel....comel sangat....kecil jer aku tengok dia...kami tak boleh pegang dia sebab keadaan dia macam tu...kalau ikut hati memang nak pegang dia..nak belai..nak cium dia...sungguh!!!rasa tak sabar nak tengok dia sihat dan cergas macam bayi-bayi lain...aku sempat titipkan selawat dan doa untuk AMALIN..semoga dia cepat sembuh dan kuat untuk hadapi semua ni...aku jugak sempat bercakap-cakap dengan dia...rindu dan sayang aku pada AMALIN..biar si kecik tau yang MAK NGAH dia akan sayang dan kasih sampai bila-bila..moga dia dengar agar dia boleh jadi kuat dan tabah untuk lawan sakitnya itu....

Bila kami hampir nak balik...aku dan MAK sempat tengok kaki, tangan dan bola mata AMALIN bergerak-gerak...terkejut jugak aku tengok..Along pun tak sangka..sebab lepas dia operated semalam dia tak bergerak-gerak..mungkin ubat yang doktor berikan buat dia tertidur supaya dia tidak bergerak...takut kesan pembedahan tu akan terjejas..aku cakap dengan MAK maybe dia tahu OPAH dan EMBAH dia datang..dia dapat rasa orang-orang tersayang dia datang lawat dia..tu sebab dia bergerak....MAK aku tengok sangat sebak dan menitiskan air mata tengok cucu kesayangan dia..sempat MAK titipkan doa dan pesanan pada AMALIN....supaya kuat dan tabah serta dapat jadi anak yang SOLEHAH pada abah dan mamanya...dan moga doa MAK di makbulkan ALLAH SWT..sebab aku percaya DOA seorang ibu sangat-sangat mujarab dan sentiasa di makbulkan oleh-NYA...

Dan yang pasti, walaupun baru sehari aku tak jumpa AMALIN...aku sangat-sangat RINDUKAN DIA...aku rasa nak tengok dia balik kat sana...AMALIN....MAK NGAH RINDU SANGAT KAT AMALIN....CEPAT SEMBUH YE SAYANG!!!!!MAK NGAH SAYANG AMALIN.......................................................................

CIKMA : Baru aku tahu rasa kasih dan sayang seorang ibu pada anaknya................semoga satu hari nanti aku akan jadi seorang ibu yang terbaik untuk anak-anak ku....................

4 comments:

  1. sedih terharu gembira bermcm mcm timbul perasaan baca kisah akma nie.mmg sungguh akma,bayi kecil tu suci,masih bau syurga..kalau along tu dapat belai2 dia,pegang mungkin dia akan cepat sembuhkan..akak tetap doakan amalin hari2.bila pandang umar akak tingat dia..semuga Allah memakbulkan doa kita yea akma...

    ReplyDelete
  2. en3 yang sangat sebak...moga AMALIN cepat sembuh dan cergas seperti baby2 yg seusia dengan AMALIN...
    xoxo

    ReplyDelete
  3. kak Asma : terima kasih kak sebab doakan untuk AMALIN..saya sendiri tulis entri ni pun menangis sebab teringatkan dia...mmg kalau boleh kami semua nak belai dan pegang dia..tapi nurse x bagi lagi sentuh sebab keadaan dia mcm tu...Insyallah kak berkat doa semua orang, pasti suatu masa nanti kami semua dapat pegang dan belai dia.............

    ReplyDelete
  4. sayang2 ibu : AMINNN......Insyaallah kak..doa2kan AMALIN sihat dan sejahtera...thanks kak eja....

    ReplyDelete

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...