IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Rabu, 14 Julai 2010

DIARI

Salam dan sejahtera..tarik nafas...tenang sangat hari ni...tak rasa 'stress'...Cikma stress ker???hehe..sekejap jer..tapi betullah..kalau kita ni dalam keadaan yang tak stabil ni..elok-elok lah kita perbanyakkan mengaji Al-Quran..memang boleh buat kita ni tenang balik..bukti kekuasaan ALLAH SWT....bertuah aku di lahirkan sebagai umat NABI MUHAMMAD SAW....

Berbalik pada tajuk enti hari ni..tetiba rasa nak keluarkan tajuk DIARI ni..bukan apa..salah satu sahabat kita masa susah dan senang ni dah tentulah si DIARI ni..dekat dalam diari lah kita tulis pelbagai cerita..suka dan duka..sesi luah perasaan dan macam-macam lagi..diari jugalah tempat kita nak tau apa kerja yang belum di selesaikan..tarikh-tarikh penting dan jugak kerja yang kita buat dalam sehari-hari ni...


Diari jugak boleh ingatkan kita balik tentang kejadian-kejadian penting sepanjang hidup..misalnya..tarikh kita masuk U, tarikh kita declare ngan pakwe (cewah!!), tarikh kita pergi ke sesuatu tempat dan sebagainya..banyak manfaat kalau kita ada diari..sekurang-kurangnya kita boleh rancang apa yang kita nak lakukan pada keesokan hari...Diari jugak membantu kita dalam urusan seharian..kiranya macam personal assistant kita..mudah kan kalau ada diari ni...kiranya multiple jugak kegunaan diari...

Aku pun ada jugak diari ni...tak silap aku since 2001 aku dah ada diari..apa yang aku buat pada hari ni..kejadian apa yang berlaku..tak kira manis atau pahit serta tarikh-tarikh penting yang patut aku ingat akan aku tulis dalam diari..dululah..dalam 3 tahun awal pakai diari aku akan tulislah benda-benda alah tu..sampai sekarang ada lagi diari-diari tu..bila baca balik aku gelak sorang-sorang..malu ada..kelakar pun ada..macam-macam yang di tulis..sesi luahan perasaan pun ada..hehe...lawak-lawak!!!

Tapi...sekarang dalam sekitar 4,5 tahun ni lah..aku cuma tulis dalam diari tu tentang perbelanjaan aku dalam masa sehari..kenkadang aku akan tulis apa yang aku dah settle bayar..macam duit kereta, sewa rumah, bil telefon dan segala hutang piutang aku..rasa senang bila tulis dalam diari ni..at least kita tau apa lagi yang kita tak bayar...pastu jugak aku akan tulis keluar masuk duit dalam bank aku..kiranya aku tau lah baki yang tinggal dalam akaun tu..senang..bila buat macam ni aku kan didik diri aku sendiri untuk buat perbelanjaan berhemah..bukan bagus ke buat camni...kan!!!!

Itulah kisah DIARI...bagus sebenarnya kita ada diari..senang sebagai rujukan diri serta sebagai sahabat..tapi jangan lah sampai diari kita tu jatuh ke tangan orang lain..bahaya tu...yelah semua rahsia kita ada dalam tu kan..so, jagalah diari anda seperti anda jaga diri anda sendiri...SEKIAN.....huhu...


CIKMA : Suka beli DIARI ISLAM...

4 ulasan:

  1. diari aku adalah blog aku..jadi takde maknanya rahsia..hehehe...bab hutang piutang aku ingat kat kepala je...hehe gla tak sistem

    BalasPadam
  2. dah guna diary since sekolah menengah.. tapi banyak guna utk luahan perasaan.. malahan sampai sekarang pun still ada diary...

    BalasPadam
  3. alfa : haha..ku tau dah..ang tak suka tulih pakai pen ni..suka ketuk2 keyboard!!!hehe..aku tak igt baba duit menduit ni..tu sbb kena tulih..

    BalasPadam
  4. kak min : hehe..tapi bila baca mcm nk gelak pun de kan...malu pun ade..hehe..

    BalasPadam

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails