IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Rabu, 21 Julai 2010

Pangkat Baru

Syukur...Alhamdulillah..akhirnya Kak Long aku dah selamat melahirkan seorang bayi perempuan hari ini pada pukul 9.42 pagi..berat bayi dalam 2.045kg..kecil namun aku bersyukur yang kedua-duanya selamat...

Cuma...bayi ada juga sedikit masalah..sebelum ni si kecik telah di kenal pasti mempunyai jantung berlubang..kali ini doktor bagitau yang si kecik di lahirkan tiada berlubang dubur...mula dapat sms dari ALONG..memang terkejut membacanya..aku terdiam sekejap..seram sejuk jugak tangan..rasa fikiran pun dah lain macam...dah tak tentu arah di buatnya..nasib masa tu aku di kelas 1 Murni..mengajar Pendidikan Seni..jadi takdelah sangat aku beri tumpuan pada murid-murid..dah bagi benda nak di buat diorang semua senyap dan buat apa yang aku suruh..last-last aku pun bagitau pada KAK MIN perkara ni..dia ada pengalaman dalam besarkan anak yang menghadapi masalah macam ni..cuma dia pesan pada aku supaya Along dan Kak Long kena hadapi dugaan ni dengan tabah serta punyai mental yang kuat...aku dengar cerita Kak Min tentang anak dia pun dah rasa nak menitik air mata...tapi tahan jugak tadi...aku terpikir macam mana pula dengan si kecik tu nanti...dan keadaan Along dan Kak Long nak hadapi semua ni...

Along pun bagitau dia hanya sempat tengok si kecik masa dia iqama' kan dia..Kak Long pun dia cakap sihat..aku pun sempat tanya tu je pada Along..sebab dengar suara Along pun dalam keadaan kelam kabut..dia sendiri cakap terpaksa ke hulu hilir nak settlekan apa yang patut..tak sempat jugak nak tahu nama si kecik dan Kak Long bersalin normal ataupun ceaser...Insyaallah kalau ada masa jugak nanti nak call Along balik sebab nak tahu perkembangan si kecik..aku maybe akan lawat diaorang hari Sabtu ni..ABAH dan MAK akan datang ke Klang hari Jumaat ni..moga-moga semua nya akan berjalan dengan baik...

Aku akan ingat tarikh hari ini juga..bila aku bergelar MAK NGAH..pangkat baru..orang baru dan bertambah nya juga umat Nabi Muhammaad SAW..moga si kecik menjadi anak yang solehah kepada kedua orang tua nya..menjadi insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi...salam sayang dari MAK NGAH..........

CIKMA : Rasa sayu hati bila dapat tahu si kecik hadapi dugaan dan ujian macam ni.....:(

4 ulasan:

  1. tahniah kerana dah naik pangkat....hehehe

    BalasPadam
  2. salam akma,tahniah laa dpat gelaran baru pasnie..akak tumpang sedih atas berita pasal anak buah akma tu..tapi kan saja nak bgtau jiran akak ade gak masalah camgini.dah besar dah anak dia darjah 3 .alhamdulilah dah pun okay skrg.dulu mmg bawa plastik tu buang air..jgn risau sangat..skrg niekan bnyk cara perubatan..doa dari akak juga buat anak buah akma tu..semoga didlam lindungan ALLAH..amin

    BalasPadam
  3. azian : terima kasih kak!!!..:)

    BalasPadam
  4. kakasma : wsalam..thanks kak..mmg itu yg saya harapkan..biar dia hidup macam kanak-kanak normal yang lain..harap dia akan kuat dan tabah..

    BalasPadam

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails