Monday, 19 July 2010

Kisah hari ini

Banyak benda yang berlaku hari ni..banyak jugak kisah yang terjadi..nak kata memeningkan kepala tidak lah juga..cuma buat aku berfikir sejenak barang seminit dua...

Kisah hari ini berlaku pagi tadi..seorang parents datang jumpa aku bagitau last week anaknya terbuang air besar dalam kain baju kurung..parent tu bagitau kat aku yang aku ni tak benarkan anaknya pergi tandas..aku pulak terkebil-kebil nak mengingatkan bila masa yang anak dia minta izin pada aku..rasanya anak dia tak datang pun minta izin nak keluar tandas..lepas tu parent tu bagitau yang anak nya takut sangat dengan aku sebab aku ni garang...ngeee...memang pun aku garang..tapi garang aku takdelah sampai aku tak bagi diorang keluar tandas..cuma aku pernah bagi amaran pada semua murid jangan ke tandas masa cikgu tengah mengajar..sebab aku rasa sangat terganggu bila murid-murid aku tu datang ke depan kelas mintak izan nak keluar masa aku tengah bercakap kat depan..dan aku tak nak diorang tertinggal isi pelajaran yang aku nak sampaikan...sebabnya ada lah beberapa orang budak kalau dah ke tandas tu bukannya 2,3 minit..karang sampai 10 minit duduk dalam tandas..dah tau sangat perangai bebudak ni....

Anak parent tu jugak yang aku ingat lah jarang sangat aku marah..sebab dia ni bukan jenis budak nakal,,pendiam..kerja sekolah pun siap..almaklum perempuan..tak banyak songeh jugak..tapi parent murid ni cakap yang anak dia takut kat aku sebab aku suka marah-marah..aku marah bukan tuk dia tapi untuk satu kelas..nak semua murid tu tau yang Cikgu Akma ni tak suka apa yang diorang buat benda yang tak betul..mungkin lah suara aku ni memang cukup lontaran vokalnya..tapi aku buat gitu sebab tak nak budak-budak ni pijak kepala kita..kita lembut sikit jer..budak-budak tu mula buat perangai....cuma last jer aku cakap ngan parent tu..aku memang suara camni..kuat dan nyaring..tapi kalau budak tu tak suka aku nak wat camne..cuma aku dapat pastikan lepas ni aku akan cakap arr baik-baik ngan anak murid aku tu pasal apa aku kena buat macam tu..maybe lepas ni dia paham lah kot...insyaallah...

Kisah seterusnya pulak..ibu seorang murid dalam kelas aku, 1B..datang ke sekolah sebab kes anak dia yang selalu  kena komplen ngan cikgu-cikgu yang masuk mengajar kelas tu..sebab perangai dan sikap dia yang lebih berbanding rakan-rakan lain..aku dah tau tentang budak ni ada satu disease yang di panggil DYSLEXIA..yang pada dasarnya GANGGUAN  ini BUKAN SATU PENYAKIT OTAK..tetapi lebih kepada masalah pembelajaran...rujuk DI SINI

Masalah sebenar budak ni bukan pasal pembelajarannya..tapi sebab sikap dan perangai nya yang ada kalanya buat aku naik angin..banyak dah rakan-rakan sejawat aku mengeluh sebab susah nak kawal dia dalam kelas..sampai satu tahap aku ada bagitau parent murid ni yang aku dah give-up dengan perangai dia..cuma aku dapat rasa yang parent tu tak boleh nak terima penjelasan tentang sikap anak dia daripada aku dan cikgu-cikgu yang lain..lama jugak berbincang antara aku..Kak Jun (my PK HEM), cikgu-cikgu yang ajar murid tu dan ibu murid tu sendiri..bagi aku rasanya kaitan DYSLEXIA dah tak wujud dalam diri anaknya sebab disease tu dah sembuh sebab dia budak yang sangat pandai dan bijak..cuma perangai nya yang di luar kawalan dan terlebih sikit dari perangai kanak-kanak normal lain..bukan takde yang nakal..tapi dia lebih hyper-aktive berbanding yang lain..

Kami kat sekolah hanya dapat sarankan agar parent ni bawak anak dia ke doktor kanak-kanak..maybe dari situ kita boleh tau punca masalah dan cara mengatasi masalah ni...bukan kami ni sebagai pendidik nak blame budak tu 100%..tapi kalau selalu sangat budak tu buat perangai sampaikan every day dan every time asyik sebut jer nama dia setiap kali masuk kelas..tu yang rasa tak selesa  dan kita pun rasa nak mengajar pun payah sebab gangguan sebegini...harap sangat yang parent tu faham situasi dan keadaan cikgu-cikgu ni..kami cuma nak bagi yang terbaik untuk anak-anak bangsa..ada masalah kita bincang dan atasi sama-sama..cuma janganlah salahkan kami 100%  kalau setiap kali anak-anak buat masalah kat sekolah......

Kisah lain..emmm..ni lebih kepada PERANGAI MANUSIA...kalau rasa dah buat kerja tu ikhlas dan redha..janganlah mengungkit...tak dapat pun pahala kalau kita ni ungkit balik..dapat penat dan letih jer...renung-renungkan..dan...SELAMAT BERAMAL........sekian....TERIMA KASIH!!!!hehe....

CIKMA : Macam-macam.......redah jelah Cikma oii..camnilah duduk menumpang kat dunia ni...macam-macam sikap dan perangai pelik manusia!!!!muahahaha...

8 comments:

  1. memang banyak giler citer kau hari ni... pesan kat mak budak tu... jgn bagi anak dia makan gula-gula dan coklat dgn banyak.. bila mai sekolah susah nak kawal... pasal kerja tak ikhlas.. no komen...

    ReplyDelete
  2. kak min : ye ke kak???oo budak2 tak leh makan benda2 tu ker???saya ni suka makan coklat..anak saya nanti perangai camtu gak ker???ish2..risau ni!!!

    ReplyDelete
  3. suka duka dalam kehidupan sebagai seorang pendidik

    ReplyDelete
  4. panjangnya kisah cik ma hari ni..hehehe....pasal pegi tandas tu, memang budak2 takut nak minta kat cikgu yg garang2...jadi pas ni cik ma kenalah bersopan-santun sikit..hehehehhe gelak puaka

    ReplyDelete
  5. sayang2 ibu : yup..mengajar saya menjadi insan yang lebih baik lagi....

    ReplyDelete
  6. alfa : aku kalau jadi cikgu lemah lembut atau sopan santun ni..rasanya mau terbalik kelas aku tu..hehe..ada gak aku tuned cara aku mengajar kelas kak min tu..bila aku lemah lembut sikit ada jugak sorang murid ni tanya kat aku dgn diaolg ala-ala macam ni"Kenapa cikgu Akma tak garang hari ni??"....aku nak jawab ape soalan tu..last-last aku diam jer dan senyum kat budak tu..ngeeeee.........

    ReplyDelete
  7. BUDAK HIPERAKTIF TAK LH MAKAN BENDA MANIS.. KALAU TAK ADRENALIN DALAM BADAN DIORANG NAIK DGN MENDADAK.. TU YANG JADI HILANG KAWALAN...

    ReplyDelete
  8. kak min : oooo..ok..baru saya faham...tq.

    ReplyDelete

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...