Tuesday, 30 March 2010

Tangisan Penawar Duka

Menangis....dari kecik sampai besar...semua orang pernah menangis..baik lelaki atau perempuan...tua mahupun muda...ada beberapa perkara yang buat kita menangis...sedih kehilangan orang tersayang, terlalu gembira, sedang mendengar jenaka, mendapat kejayaan dan pada hari bahagia...dan menangis juga merupakan salah satu penawar duka bagi setiap manusia...

Kenapa di katakan menangis ni penawar duka...aku terbaca dalam satu kolum pada MAJALAH SOLUSI..seorang doktor dari Pusat Kajian Mata dan Air Mata di Sant Pholl Rams Medical Centre menjelaskan bahawa menangis amat berguna bagi kesihatan jiwa dan emosi seseorang dan sangatlah tidak baik untuk kesihatan diri jika keinginan untuk menangis itu di kekang dan di tahan...

Pakar-pakar psikiatri (sakit mental dan tekanan jiwa) juga berpendapat bahawa menangis sangat berguna dalam merawat tekanan saraf yang kerap dialami oleh manusia zaman moden ni..

Menangis juga dapat menyihatkan mata dan membersihkan mata dari kekotoran. Selain itu dapat menjadikan mata lembap dan tidak kering...

Jadi..sesiapa yang rasa nak menangis...tak perlu lah tahan keingianan nak menangis tu...aku selalu menangis...untuk melepaskan tekanan dan masalah yang sedang dihadapi...sangat lega dan tenang selepas kita menangis....tak payah nak control-control menangis tu...sebab ia sangat mujarab dan sebenarnya air mata kita tu boleh membebaskan bahan-bahan kimia yang boleh memberi tekanan jiwa pada kita....pikir-pikirkanlah...


CIKMA : Hati menangis tiada siapa tahu....isk...isk...isk....layannnnnn...hehe
 

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...