Monday 15 March 2010

Rendang Ayam Cikma

Hari ni macam biasa aku mula membuka bakat memasak aku (sempena cuti sekolah je). Dah lama tak memasak jadi hari ni aku cuba masak resepi baru aku..hehe...sebelum ni aku pernah buat lah resepi ni...tapi dah lama tak cuba..takut jugak tak jadi..tapi..alhamdulillah..jadi jugak aku masak rendang ayam ala-ala cikma ni..hehe...nak resepi...aku boleh bagi...cuba arr....

Rendang ayam Cikma

Bahan - bahan :
1 ekor ayam
4 biji bawang besar (nak lebih pun x pe)
4 ulas bawang putih
2 batang serai
4 sudu besar sos cili
6 sudu besar sos lada hitam (nak lebih pun x pe)
3 sudu besar sos tiram
11/2 sudu besar jintan manis
3 keping asam
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
sedikit kunyit
garam secukup rasa
 
Cara-cara :
1) Kisar bawang besar dan bawang putih
2) Dalam bekas, masukkan ayam yang telah di potong dan masukkan bawang yang telah dikisar tadi
3) Masukkan sos tiram, sos lada hitam, kunyit, garam, jintan manis (yang telah di tumbuk)dan serai (yang telah di titik) ke dalam ayam.
4) Kacau sebati dan biarkan di perap selama 1/2 jam...
5) Tumis kayu manis dan bunga lawang..biar sedikit garing.
6) Masukkan ayam yang telah di perap bersama bahan-bahan tadi...kacau sebati.
7) Masukkan sos cili dan asam keping ke dalam ayam.
8) Biarkan ayam masak sehingga empuk...
9) Sedia untuk di makan..

CIKMA : Resepi aku ni original made from aku tau...hehe...kalau nak pedas lebihkan sos cili dan sos lada hitam tu...sesuai jugak dimakan bersama nasi impit dan lemang...budak-budak bleh makan rendang ni sebab tak pedas sangat...cuba arr...

4 comments:

  1. nampak sedap sgt akma..pulak tu ko letak banyak bahan..kalau rendang ayam aku lagi simple kot dari ni..cuma buh kerisik, santan, garam n kari..hehe...

    ReplyDelete
  2. ekk??haha..aku nye resepi ni sbnrnya pakai campak je bahan2 tu...x tau sukatan dia camne..try2 buat cam sedap le plak...kalo nak try aku advise kt ko bahan2 tu kalo rase kurang ko tmbh le ikut suke ko ekk...

    ReplyDelete
  3. mcm biasa la.. tak nak resepi tp nak yg dah masak. hi hi

    ReplyDelete

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...