Monday, 15 March 2010

Pertemuan Penuh Emosi...

Semalam...aku bawak mak ke Jalan Kebun, Klang sebab sepupu aku kahwin..kahwin???biasalah cuti sekolah..memang banyak jemputan kahwin...baik apa kahwin ni..menambah umat Nabi Muhammad SAW kan..

Bukan cerita kahwin yang aku nak bagitau kat entri aku kali ni..(sebab aku pun belum kahwin lagi kan!!!maleh nak cakap lebih-lebih bab nikah kahwin ni) tapi aku nak cerita sikit pertemuan penuh emosi antara aku, emak dan sepupu-sepupu aku yang datang ke kenduri semalam.....

Sebenarnya kami dah lama sangat tak jumpa sepupu yang tinggal kat Jalan Kebun, Klang ni...rasa-rasanya dekat 15 tahun tak jumpa...bayangkan dulu jumpa sepupu aku ni masing-masing kecil lagi..tak tahu apa-apa..alih-alih jumpa dah besar panjang...dah nak kahwin pun..muka semua dah berubah...rasa-rasanya kalau terlanggar bahu kat luar pun belum tentu kenal.......

Kisah pertemuan ini juga mengingatkan aku pada 15 tahun yang lepas...kali pertama aku jejak ke Jalan Kebun, Klang ni...masa tu keliling rumah sepupu aku sekarang ni penuh dengan pokok getah...tapi sekarang banyak rumah-rumah dekat area tu...dulu rasanya nak pegi ke sana tu amik masa yang lama jugak lah..dalam 35 minit kot...tapi sekarang...tak sampai 20 minit dah sampai ( ikut Kota Kemuning )...

Hubungan aku dan sepupu aku tu memang tak rapat...bukan bergaduh atau perang dingin sesama saudara..tapi hubungan persaudaraan kami renggang gara-gara kisah peribadi keluarga yang melibatkan antara keluarga mak dan juga keluarga bapa sepupu aku tu...aku nak cakap lebih-lebih kat sini macam memburukkan pulak keluarga bekas pakcik aku tu....cuma yang dapat aku terangkan...punca hubungan saudara ini renggang gara-gara perpisahan antara makcik aku dan bapa sepupu aku tu...jadi diorang ni terpisah sebab dua orang sepupu aku ni di jaga oleh bekas pakcik aku tu...

Kali pertama jumpa...rasa lain sangat...tengok dorang ni membesar...dengan rupa dan fizikal yang berlainan..terutama sepupu aku yang lelaki ni...Syahrizal nama dia...anak sulung makcik aku...dulu kecik-kecik nakal...pernah tengok dia panjat tingkap...dengan selekehnya..emm..kalau tengok sekarang..lain betul...pemalu...sopan...hensem..emm memang berubah betul...

Yang adik nya pulak, Linda (pengantin)..memang lain betul muka...yang ni pendiam betul...2 minggu lepas ada datang rumah (Teluk Intan) sebab bagi kad jemputan...suami dia orang Sungai Samak, Bagan Datoh...jadi dekatlah dengan rumah..memang tak sangka dia datang...sanggup dia mencari rumah kami sedangkan dia tak pernah jejak kan kaki ke rumah...memang terharu sebab dia berusaha mencari kami sekeluarga...memang betul cakap mak...Allah SWT pertemukan jodoh dia dengan orang dekat-dekat kawasan kami ni semuanya bersebab..ada hikmah dia dapat jodoh dengan suami dia...dan suami dia yang sama-sama usaha dan bantu sepupu aku tu cari kami...kalau tak..mungkin sampai sekarang kami tak dapat jumpa diorang tu...

Bukan kami tak nak pergi cari dorang kat Klang ni..memang dekat..tapi..ntahlah...banyak perkara yang buat kami terasa hati...hal peribadi keluarga yang sangat-sangat memdedihkan hati kami sekeluarga terutama keluarga belah mak aku...aku tak nak masuk campur lebih-lebih walaupun aku tahu perkara sebenar...tapi apa yang pasti..pertemuan kami semalam merupakan pertemuan yang penuh emosi..dengan pelbagai kisah cerita..sedih, terharu, gembira semuanya bercampur baur...melihatkan dua orang sepupu kami yang dah besar dan mampu berdikari sendiri...membuatkan kami semua terharu...

Apa yang pasti selepas pertemuan ini...harap agar hubungan ini akan kekal selamanya dan tidak terputus lagi..semoga mereka sentiasa mengingati kami sepertimana kami mengingati mereka.............



Dengan pengantin perempuan @ sepupu Linda



Dengan abang pengantin perempuan @ sepupu Syah Rizal




CIKMA : Bila tengok kesan penceraian yang berlaku...terfikir sejenak banyak yang negatif daripada positif bila perpisahan berlaku lebih-lebih lagi pasangan yang sudah mempunyai anak..pikir-pikirkan lah....

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...