IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Khamis, 4 Mac 2010

Terkenang...irama nasyid yang terpinggir

Aku tiba-tiba 2,3 hari ni selalu nak dengar lagu-lagu irama nasyid (bukan sesaja insaf ekk...tapi telinga ni asyik dok sogok dengan cerita-cerita sensasi je kat sekolah sampai naik meluat plak dengar!!!)huhu....rasa diri ini tenang jer kalau dengar lagu-lagu nasyid ni...

Tapi aku jenis memilih jugak kalau nak dengar lagu nasyid ni..sebabnya lagu-lagu baru dari kumpulan nasyid sekarang ni macam tak sesuai je kat halwa telinga aku dengar...dah macam-macam genre nasyid yang timbul sekarang ni...ada nasyid ala2 rock, rap, underground, ballad...macam-macam lagi lah sampai dah hilang maksud dan lenggok irama nasyid tu sendiri.

Bagi aku elok lah kalau genre nasyid ni lebih fokus pada irama yang kita dengar dulu masa time kumpulan Raihan, Rabbani, Saujana, Al-Mizan, Nada Murni yang lebih lembut dan hanya memerlukan alatan-alatan muzik yang tidak bertali....sedap je dengar kat telinga ni...tenang dan damai je...tapi sekarang...huhu...hampeh!!!

Layan ekk lagu-lagu nasyid tahun 90-an ni yee.......

KELUARGA BAHAGIA (SAUJANA)





Aku suka bebudak Saujana..sebabnya hensem2 belako (haha)..average umur baya2 aku pulak tu...pandai...kerja sekarang ni pun baguih2 belaka...tapi bila aku terdengar cerita salah satu ahli kumpulan ni dah berubah jadi pak lembut...macam tak percaya je...sebabnya dorang ni semuanya dari sekolah agama...emmm tak tahulah apa nak jadi..cepat benar manusia tu berubah.........wallahualam...


IMAN MUTIARA (RAIHAN)





Salah satu kumpulan nasyid yang aku minat sampai sekarang..dorang pun masih bertahan lagi dalam industri kita...aku sokong perjuangan dorang yang sanggup pergi ke luar negara untuk memperkenalkan irama nasyid di mata dunia...guna perbelanjaan sendiri...harap apa yang mereka usahakan membuahkan ganjaran pahala dari ALLAH SWT..


TEMAN SEJATI (BROTHERS)





Lagu ni aku suka time sekolah menengah...ramai member minat giler lagu ni...dan kumpulan Brothers ni pun antara kumpulan nasyid yang aku minat masa lewat tahun 90-an dulu...kumpulan ni aku tak tau sekarang ada lagi ke tak...tapi dorang aku tengok down sikit bila Yassin keluar dari group ni dan join solo..


ASSALAMUALAIKUM (RABBANI)





Antara kumpulan nasyid yang berani mencuba sesuatu yang baru...bagus bagi aku...walaupun aku lebih suka lagu-lagu mereka time tahun 90-an dulu...banyak lagu-lagu dorang yang popular antaranya Pergi Tak Kembali, Intifada, Satu Kiblat Yang Sama, dan sebagainya. Aku sedih betul masa penyanyi utama kumpulan ni Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim yang kembali ke rahmatullah tahun lepas akibat serangan jantung...Al-Fatihah untuk arwah...moga-moga rohnya di cucuri rahmat dari ALLAH SWT....


FATAMORGANA (HIJJAZ)





Kumpulan ni antara yang sama-sama berjuang memperkenalkan irama nasyid dalam industri muzik Malaysia bersama-sama kumpulan Raihan, Rabbani dan Brothers..kumpulan ni juga banyak memperkenalkan band-band nasyid baru seperti In-team, UNIC dan beberapa kumpulan nasyid yang lain...


SUBHANALLAH (DIWANI)





Salah satu lagu popular Kumpulan Diwani...kumpulan ni pun aku tak tau ada lagi ke tak...lagu-lagu dorang ni pun sedap-sedap jugak...antara lain Di Hening Malam, Ya Rasulullah...(yang ni je yang aku ingat..)rasa rugi kalau dorang dah berpecah sebab kita pun sekarang ni kekurangan kumpulan nasyid yang betul-betul berkualiti...


Ini antara lagu-lagu nasyid yang masih orang ingat sampai sekarang...cuba kita dengar pulak lagu-lagu nasyid sekarang...kenkadang macam tak dapat rasa ketenangan dan keinsafan dalam diri bila dengar lagu nasyid sekarang ni....lebih-lebih lagi sekarang ni lagu-lagu berunsur nasihat ni dah macam terpinggir dalam industri muzik kita...harap sangat ada pihak-pihak tertentu yang boleh kembalikan kegemilangan nasyid ni masa tahun 90-an dulu......

CIKMA : Teringin nak buat kumpulan nasyid kat sekolah...tapi pakai lagu-lagu yang ada sekarang ni je lah...nak cipta lagu baru tak reti lah pulak...aku bukan penulis lagu yang hebat!!!huhu

3 ulasan:

  1. betul lupakan hal sekolah...layan benda lain

    BalasPadam
  2. nak buat kumpulan cikgu ke? kump budak kan dah ada..
    terkenang zaman maktab.. sebab pagi2 sebelum assembly exco psg lagu nasyid stp hari.

    BalasPadam
  3. aza : betui2...layannn

    kak min : hehe..bleh kalo ade yg berminat...buat grup cikgu-cikgu...insaflah diri dari kutuk-mengutuk...haha

    BalasPadam

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails