Monday 8 March 2010

Terkenang..cerita drama Hollywood

Hari ni aku nak kongsi pulak drama-drama dari Hollywood dalam tahun 80-an...sapa-sapa yang baya-baya aku atau yang lebih kertu (hehe) mesti ingat cerita-cerita dari Hollywood ni...meh kita layannn....

THE A-TEAM





Cerita ni mengisahkan tentang sekumpulan penyiasat yang bertanggungjawab membenteras orang jahat (takkan orang baik pulak kan!!huhu)...setiap daripada dorang ni ada tanggungjawab dan punyai keistimewaan tersendiri..aku suka cerita ni sebab ada scene lawan-lawan....hehe...


AIRWOLF





Yang ni..paling aku suka..tentang cerita keterrean sebuah helikopter yang berteknologi tinggi (pada tahun 80-an lah)..aku suka gak tengok hero cerita ni..hehe hensem...masa kecik dulu abah siap beli helikopter airwolf ni kat abang aku..kire aku kongsi main lah dengan abang...syok wooo...


MACGYVER





Cerita polis yang paling best time tahun 80-an ni..hehe..sebab tiap kali detektif MacGyver ni terperangkap ke atau nak masuk mana-mana tempat ke mesti boleh celuih..x de yang x boleh buat...ada je idea dia nak buat benda-benda yang kita x boleh nak pikir...kenkadang tu macam tak rasional..sebab nyer tiap kali dia buat benda-benda tu ada je benda atau barang kat tempat yang dia nak masuk tu...hehe...dah nama pun cerita...ikut pengarah lah kan!!!haha


21 JUMP STREET





Aku suka cerita ni sebab ada Johnny Deep...hensem siut dia dalam cerita ni...time ni dio muda belia lagi...masih cerita tentang penyiasatan...tapi yang ni kisah budak-budak remaja lah...dorang 1 grup akan buat undercover dan masuk mana-mana kolej untuk siasat tentang salah laku remaja...best cerita ni...


KNIGHT RIDER





Selain airwolf...ada satu cerita lagi tentang vehicles yang canggih giler tahun 80-an ni...yang ni..Knight Rider..sebuah kereta yang boleh bercakap!!!haha..kereta ni memang best...dulu kecik-kecik konon nak ada kereta macam Knight Rider..hehe...ada machine gun..tak lut kena peluru..macam-macam lagi lah...


MISSION IMPOSSIBLE





Cerita ni..memang glamer...dah siap buat filem lagi..cerita tentang satu kumpulan yang cam biasa investigate orang-orang jahat...aku suka tengok time boss dia dapat maklumat tentang kes baru...dalam a few second..komputer atau mesin pemberi maklumat tu mesti meletup...kui3..memang syokk!!!


STAR TREK - THE NEXT GENERATION





Salah satu siri drama paling lama bertahan dekat Hollywood..antara drama sains fiksyen yang paling aku suka...berangan nak pegi ke angkasa lepas...pastu jadi kaptan kapal Star Trek..hehe...biasaklah budak-budak..dok tau berangan je..kagum tengok angkasa lepas yang cantik dan indah..walaupun apa yang digambarkan tak macam yang sebenarnya....

Itu antara drama-drama bersiri Hollywood yang aku tengok dan yang aku suka..ada lagi drama lain..macam..HULK..COMBAT..MOONLIGTHING...BEVERLY HILLS 90210 dan macam-macam lagilah...sekarang ada jugak tapi drama bersiri sekarang ni emmm...macam tak berapa nak best...ada jugak lah yang best tapi tak macam tahun 80-an...kengkadang tu merapu-rapu jugak aku tengok..tapi..aku layan kan aje..hehe


CIKMA : Kalau versi Melayu aku suker cerita OPAH..best sesangat!!!antara drama bersiri Melayu yang paling berkualiti sampai sekarang...

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...