Tuesday, 30 March 2010

Mencari GURU MITHALI

Pagi semalam tengah aku syok-syok tanda buku dalam kelas..2 orang bekas murid aku tahun 4 last year masuk ke kelas sambil bimbit satu kotak yang aku tak tau apa isi dalamnya...salah sorang bagi aku satu memo yang macam ala-ala gini :

1) Setiap murid di beri satu keping dan menulis satu nama guru pilihan untuk memilih menjadi guru mithali.
2) Guru kelas perlu memastikan setiap keping kertas dikepilkan nama guru yang sama.
3) Perlu dihantar dengan segera kepada pihak berkaitan (maleh mention nama kat sini...)

First impression aku..tersenyum ala-ala Julia Roberts...pastu...aku jeling-jeling manja kat bekas murid aku...emm GURU MITHALI...apa maksudnya ekk???

Aku tak pasti lah kenapa pihak pentadbiran nak adakan GURU MITHALI ni...bukan tak setuju (kalo tak setuju pun...keputusan tetap dari pihak atasan!!!)..tapi mithali ni maknanya terlalu mendalam...tinggi martabatnya....bukan mudah mencari GURU MITHALI kalau dari pilihan murid-murid....
 
Mithali....lebih di takrifkan sebagai seseorang yang boleh di jadikan contoh dan teladan yang baik...sebagai contoh...ibu mithali...punya banyak aspek-aspek tertentu yang menjadikan seseorang tu bergelar ibu mithali...contohnya :
  1. Berdoa memohon keredhaan Allah
  2. Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumahtangga
  3. Membersihkan hati dan pemikiran
  4. Membina kebahagiaan secara proaktif
  5. Mendidik diri sendiri
  6. Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan Al-Mawaddah (berkasih sayang) dan Ar-Rahman (kasih-mengasihani)
  7. Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul
  8. Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumah tangga.
  9. Membina rumahtangga berasaskan Al-Muiasyarah Bil Makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan di redhai Allah)
  10. Pembangunan fizikal dan kesihatan
  11. Muhasabah diri
Seorang ibu mithali juga perlu ada 9 sikap mental yang positif iaitu :
  1. Positif Terhadap Perubahan
  2. Positif Terhadap Diri Sendiri
  3. Positif Terhadap Kepimpinan
  4. Positif Terhadap Masalah
  5. Positif Terhadap Orang Lain
  6. Positif Terhadap Keadaan Emosi
  7. Positif Terhadap Idea Kreatif
  8. Positif Terhadap Membuat Keputusan
  9. Positif Terhadap Qada Dan Qadar
Cuba kita tukar pulak setiap sikap positif mental dan jugak aspek-aspek di atas yang layak menjadikan seseorang itu GURU MITHALI...boleh kan...cuma bolehkah kita menilai seseorang guru itu MITHALI jika hanya kerana guru itu popular di sekolah...atau meminta belas ikhsan murid untuk menyokong diri sendiri serta memilih guru itu hanya kerana dia sporting dan tidak garang serta sentiasa mesra dan menjalinkan hubungan mesra dengan murid-murid....

Bukan mudah mencari GURU MTHALI...tapi kita boleh menjadi GURU MITHALI jika kita tahu niat kita menjadi seorang pendidik...aku seorang guru biasa...menjalankan tugas yang diamanahkan...cuba menjadi rakan sejawat yang baik dan cuba bersikap adil pada semua orang...tetapi itu bukan menjadikan aku sebagai GURU MITHALI....siapa-siapa pun pilihan murid-murid kita........biarlah...mungkin rezeki dan itulah pilihan murid terhadap GURU MITHALI nya............
 

CIKMA : Ibu ku....IBU MITHALI DAN GURU MITHALI........

2 comments:

  1. mithali ke mi goeng ker... akak tak termasuk dlm senarai. kertas undi ku tak tahu ke mana?

    ReplyDelete
  2. ade kan..yaya dah bagi kat ustaz hanif...alah kak...ma rasa akak dah dpt title mithali tu dah lama dah...sejak adam lahir...seorang ibu mithali...tak gitu kak min???ma respect akak sbg seorang ibu yang sgt kuat dan tabah..membesarkan adam yg tidak sesempurna kanak-kanak lain...org mcm kak min lah layak di gelar IBU MITHALI...tak pe kalo x dpt title GURU MITHALI...sebab ALLAH SWT itu MAHA MENGETAHUI........

    ReplyDelete

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...