IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Rabu, 17 Mac 2010

Tips berguna untuk pemandu wanita..

Aku nak share sikit arini tentang tips mengenai para pemandu wanita yang selalu drive sendiri (macam aku ler) espicially kalau yang selalu drive jauh-jauh ataupun tengah-tengah malam...


1) Sentiasa pastikan kereta berada di dalam keadaan yang memuaskan untuk mengelakkan sebarang kerosakan ketika memandu.

2) Bawalah telefon mudah alih bersama untuk meminta bantuan jika perlu (pastikan jugak telefon tu di caj penuh ekk!!).

3) Pastikan pintu dan cermin kereta sentiasa berkunci (bagus tips ni!!!).

4) Jangan biarkan beg tangan atau beg kerja berselerak di dalam kereta. Letakkan di tempat yang tersorok.

5) Jangan sekali-kali berhenti untuk bertanya alamat daripada orang yang tidak dikenali. Tanyalah alamat di stesen petrol atau kaunter tol.

6) Jika di ekori, pandulah kereta ke balai polis yang berhampiran.

7) Jangan tumpangkan orang yang tidak dikenali.

8) Jangan sekali-kali keluar dari kereta jika anda dilanggar secara sengaja oleh pemandu lain (nyawa lagi penting beb drpd kereta!!!).

9) Catat nombor pendaftaran kereta itu, warna dan lain-lain dan gunakan telefon mudah alih untuk meminta bantuan. Anda juga boleh terus memandu ke balai polis yang berhampiran untuk membuat laporan polis.

10) Jika anda berada di dalam kesusahan atau orang yang mencurigakan menghampiri kereta anda, bunyikan hon kereta atau nyalakan lampu depan kereta untuk menarik perhatian orang sekeliling.

11) Jika anda diugut oleh perompak, serahkan kunci kereta dan wang anda tanpa berlengah-lengah.

12) Jika tayar kereta anda pancit di tempat yang gelap dan asing bagi anda, pandu kereta perlahan-lahan ke stesen petrol atau tempat awam yang berhampiran untuk mendapatkan bantuan.


Ini antara tip-tips yang sangat berguna kepada semua pemandu wanita...ingat!!biar kita hilang kereta...jangan hilang nyawa....pikir-pikirkanlah !!!

SUMBER : Berita Harian - 25 Februari 2010.

CIKMA : Aku kenkadang pun takut gak drive sensorang ni...tapi dah terpaksa..nak wat camne...redha ajelah..selalu sebelum drive..aku akan baca ayat naik kenderaan dan ayat kursi serta selawat 3 kali...alhamdulillah...sejak drive ni tak delah apa-apa yang berlaku...yang penting..kita kena percaya Allah SWT selalu melindungi kita.......

2 ulasan:

  1. kalau caj penuh, kredit tak dek tak guna gak dik ooiii..pastikan kredit ada utk menghubungi sedara mara atau rakan terdekat.( selain dail no kecemasan la )

    BalasPadam
  2. haha..terpikir gak td..haha..mmg kalo hp tu bateri full tp x do kredit x pun x do line pun susah gak!!huhu

    BalasPadam

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails