Aku teringin nak ada satu hospital yang mempunyai kelengkapan yang canggih dan mencukupi...tak perlu pesakit-pesakit dekat Malaysia ni terpaksa keluar negara untuk menjalani pembedahan yang melibatkan kos yang besar....aku tak nak menyusahkan para pesakit aku dengan keadaan hospital yang tidak selesa...kurang kelengkapan dan membuatkan semua pasakit aku menunggu lama di kaunter sebelum ke bilik doktor...aku nak semua doktor dan jururawat yang kerja di hospital aku tu menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan baik...sentiasa beramah mesra dan mengambil berat tentang keadaan pesakit...aku jugak nak kalau ada pesakit aku yang tidak berkemampuan menjelaskan kos perubatan di hospital aku tu akan diberikan rawatan percuma dan di tanggung sepenuhnya oleh hospital...aku juga nak adakan biasiswa perubatan kepada anak-anak pesakit yang kurang kemampuan tu sebagai tanggungan anak-anak mereka belajar nanti...yang berminat jadi doktor....kiranya aku nak jadi DOKTOR yang sentiasa ALERT pada semua pesakitnya......
Kalau aku jadi HAKIM.....
Aku akan jadi hakim yang membuat keputusan seadil-adilnya....memdengar segala hujah yang di berikan oleh kedua-dua belah pihak serta tidak mengamalkan timbangan yang berat sebelah....membuat keputusan berdasarkan bukti yang kukuh...saksi yang nyata dan jelas...pendapat dan pandangan para juri yang melihat si pesalah itu benar atau salah.....yakni aku kena adil dalam menjatuhkan hukuman....menilai setiap keputusan dengan saksama....Bukan mudah sebenarnya menjatuhkan hukuman kepada si pesalah jika bukti dan saksi yang di tunjukkan tidak memberi gambaran yang sebenar tentang si pesalah....kerana jika kita menjatuhkan hukuman kepada si pesalah namun sebenarnya pesalah itu tidak membuat kesalahan...bukan sahaja kita berdosa malah kita telah mengakibatkan seluruh ahli keluarga si pesalah sedih dan terseksa....Aku juga mahu menjauhkan diri dari sifat tamak...iaitu TIDAK menerima rasuah.....dan aku mahu jadi HAKIM yang boleh memberi keputusan yang boleh di terima oleh kedua-dua pihak.......
Kalau aku jadi WARTAWAN...
Aku nak laporkan keadaan persekitaran dan masyarkat dekat Malaysia...tentang masalah yang berlaku terutama para penduduk yang daif dan miskin...tiada tempat tinggal, tiada pekerjaan...yang hidup kais pagi makan pagi..kais petang makan petang....kiranya aku nak jadi macam KARAM SINGH WALIA...kalau dia lebih kepada alam sekitar dan aduan rakyat...aku lebih kepada keadaan penduduk yang miskin yang tidak di berikan perhatian oleh pihak-pihak tertentu....aku juga nak jadi wartawan yang sentiasa BENAR dalam memberikan maklumat kepada orang awam....berita yang sahih..bukan di reka-reka...supaya di kemudian hari nanti tidak menimbulkan FITNAH....
Kalau aku jadi AHLI POLITIK
Emmm....aku nak jadi seorang Ahli Politak yang sentiasa membantu rakyat dalam keadaan kesusahan, sentiasa memberi perhatian kepada kawasan yang telah di pertanggungjawabkan kepada aku...sentiasa beramah mesra dengan para penduduk di kawasan aku...bukan masa nak pilihanraya baru datang jenguk dorang...terhegeh-hegeh bawak tu bawak ni...beli tu beli ni....itu bukan seorang Ahli Politik yang baik..tetapi Ahli Politik yang BERTALAM DUA MUKA.....nak meraih undi simpati...dan aku nak jadi seorang wakil rakyat yang dapat menabur bakti kepada para penduduk aku...tidak mengamalkan rasuah ataupun menjadi pengampu terhebat kepada ketua....kui3.....
Kalau aku jadi ARKITEK...
Aku nak bina bangunan yang berkonsepkan Islamik Futureristic....hehe...kiranya bangunan tu punya design yang tak tercapai dek akal...tapi masih mengekalkan ciri-ciri Islam...bangunan yang di kelilingi oleh tumbuhan-tumbuhan hijau serta ada taman yang boleh semua pekerja kat dalam bangunan tu dapat beristirehat sambil-sambil menikmati udara segar...tak perlu pergi lepak-lepak kat kedai-kedai kopi atau makan tengahari dekat restoran-restoran...dekat taman tu dah ada semua...cafe, restoran, boleh serve internet....dan sebagainya...dan paling penting bangunan yang aku reka tu takkan memusnahkan alam sekitar ataupun di bina di kawasan bukit-bukau...takut di kemudian hari runtuh pulak!!!!hehe
Kalau aku jadi FOTOGRAFI
Aku nak snap gambar alam semulajadi ciptaan ALLAH SWT...banyak lagi yang belum di explore oleh fotografi-fotografi profesional mengenai alam semulajadi...aku suka tengok gambar yang boleh buat aku tertawan dan jatuh hati pada gambar yang ada maksud tersirat...contoh..sebuah gambar yang di kenali sebagai 'AFGHAN GIRL'...gambar yang diangkat antara 100 gambar terbaik oleh National Geographic...menjadi sebuah gambar yang terkenal di dunia walaupun telah di dokumentasikan oleh STEVE MC CURRY hampir 26 tahun yang lalu....memang antara karya yang bagi aku sungguh hebat sehingga pihak National Geographic pernah mencari wanita Afghanistan tu di Pakistan...dan akhirnya dorang dapat mengecam wanita tersebut melalui mata dan wajah yang di periksa oleh Iris-scanning technology and face-recognition techniques oleh U.S Federal Bureau Investigation....
THE AFGHAN GIRL
Nak baca tentang 'AFGHAN GIRL' ni pergi ke http://news.nationalgeographic.com/news/2002/03/0311_020312_sharbat.html
Ini kalau aku nak jadi seseorang..hehe...tapi sekarang aku dah pun jadi seorang GURU...ok ape jadi guru ni...satu pekerjaan dan profesion yang sangat mulia...bukan senang nak jadi guru...hanya insan-insan terpilih jer...kalau aku di beri peluang menjadi yang lain...emm aku tetap nak pilih jadi guru...sebab...aku teringat satu sajak yang di tulis oleh Allahyarham Dato' Usman Awang.........
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
CIKMA : Tetap dan berpencen sebagai seorang PENDIDIK....Insyaallah....jika di panjangkan umurku....
aku pun akan tetap memilih guru..best jadi cikgu ni...
ReplyDeletebest...mmg best..dpt bnyk award kan...haha..igt pelakon jer dpt award...cikgu pun dpt pe...ekeke
ReplyDeletecikgu mmg ada dalam list cita2 aku since tadika...
ReplyDeletehehe....mmg dari kecik lah ni...
ReplyDelete