Sunday, 7 October 2012

It's October!!!!

Oktober kembali..dah bulan 10 ekk..cepatnya masa berlalu..baru nak buat entri untuk permulaan bulan Oktober..busy sehh!!!..:)

Permulaan bulan Oktober Cikma tahun ni..emm..letih, penat, risau, terkilan, sedikit kecewa, dan bermacam-macam perasaan..dugaan..semua itu ujian daripada-NYA..kita tak boleh nak elak..kerana semua itu ketentuan daripada ALLAH SWT..Cikma redha..ujian dan dugaan yang dah terlalu lama rasanya tidak di beri oleh ALLAH SWT..lalai dan leka barangkali aku ni..terlalu mengejar dunia..akhirat di lupakan..sungguh!!!aku bukan seorang wanita yang solehah..tapi cuba untuk perbaiki diri..banyak kelemahan dan kekurangan..itu sudah pasti..semua manusia punyai kelemahan kan..dan setiap manusia tak pernah lepas daripada melakukan kesilapan..bila di uji..baru sedar...itulah manusia..

Well, life must go on..Cikma sudah ok..boleh menerima kenyataan..rezeki dan ujian yang di berikan adalah sebagai pengukur di mana hati dan niat kita sebenarnya dalam menempuh hidup..kita menempuh risiko sendiri dan kita juga yang perlu menanggungnya..itu juga salah satu ujian yang di berikan olehNYA...tak perlu kesal atau sedih..sebab yang pasti segala yang berlaku pasti ada hikmahnya..yup..mungkin kita tak sedar di sebalik ujian itu terselit hikmah..tapi hati kita dapat merasai nya..yang perlu kita lakukan..berdoa dan bertawakal kepadaNYA..

Awal bulan Oktober di penuhi dengan agenda berkursus..nanti dalam entri yang akan datang Cikma ceritakan..seronok dan adakala nya sedikit terbeban..tapi kita anggap itulah tanggungjawab..tanggungjawab kita sebagai pendidik kepada bakal pemimpin negara kita suatu hari nanti..yang pasti aku menerima ilmu yang baru..satu suasana yang baru..it's ok kan..lagi pun semua nya berlaku di awal bulan Oktober..bulan yang bagi aku penuh istimewa...:)

CIKMA : Hakikat hidup tak pernah lepas daripada ujian dan dugaan..terimalah dengan redha...:)

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...