IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Isnin, 3 Disember 2012

Tauhu stim dengan sos daging



Menu diet..yup..gitulah hendaknya..kekeke...start balik hari ni..perut sudah ok...cuma kena hati-hati agar tak berlaku lagi..ABAH sudah bising..diet konon..membebel ABAH bila tengok anaknya kengkonon diet...risau gamaknya..bila perut masuk angin..natijahnya...Cikma terpaksa menahan sakit ya amat..bukan tak makan..tapi entahlah..lastly..Cikma ambil jugak kabohidrat but bukan nasi..just roti dan mee..ABAH pesan nak diet boleh..tapi jangan sampai kesihatan terjejas..ok2..that's why hari ni baru start balik..rejim senaman di teruskan semula coz last week juga aku pergi makan angin di MAHA...haha..hambik ko kan..orang tak mampu nak naik kapal terbang..terbang jer pergi MAHA...hehe..yang tu nanti aku masuk dalam entri yang akan datang..

Resipi ni terjah dalam google..check2 ramuan nya banyak yang letak udang kering sebagai penyedap kuahnya..so, Cikma tak boleh makan udang dan tukar sikit kepada daging hancur..not bad lah..janji boleh makan kan...layan sikit resepi nya...:)

Bahan-bahan :

1 paket tauhu lembut
Sebiji bawang besar
Bawang putih (dalam 3 ulas)
Daging cincang (ikut suka)
Kicap manis dan masin
Bawang goreng
Daun sup/daun bawang
Lada sulah
Tepung jagung (nak pekat kuah)

Cara-cara :

1) Stim dahulu tauhu bersama bawang putih yang di cincang halus
2) Toskan tauhu
3) Tumis bawang besar (di hiris) dan bawang putih (ambil dari tauhu stim tadi) dan daging cincang
4) Masukkan lada sulah. Goreng daging hingga garing.
5) Masukkan kicap manis dan masin ikut rasa masing-masing
6) Campur sikit tepung jagung untuk pekatkan kuah.
7) Tuang kan kuah pada tauhu yang telah di stim tadi.
8) Hias kan dengan daun bawang/daun sup serta bawang goreng..SELAMAT MENCUBA..

CIKMA : Naik balik KG Cikma..emm..tak kisah..coz aku tahu aku boleh buat..nak jadi kurus melidi tu idaklah..just light2 gitu..nak turun berat memang bukan kerja mudah..nak naik..sangatlah senang..cuma Cikma kena kuat tahan nafsu makan..yang tak mampu nak tengok sekarang kat rumah ni adalah buah-buahan, sweets like kek and dessert serta roti...yang lain boleh lah tahan..nasi..emm..dah 2 minggu tak sentuh..kalo pegi kenduri suap jugaklah..hormat tuan rumah kan..itu pun sesuap dua..rasa macam best pulak boleh tahan tak sentuh nasi...kekeke...chaiyok2 untuk diri sendiri...:)

2 ulasan:

  1. . . .Berpada pada lah,betul spt kata abah tu. . .
    Yg ptg exercise tu kena maintain. . .

    BalasPadam

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails