IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Sabtu, 29 September 2012

Black Forest Fantasy Cake

Huihh...panjang naa nama kek ni ekk..kompem sedap tu..hehe..yup..satu-satunya kek coklat yang setakat ni bagi aku sangat sedap!!..senang nak buat nya..

Mula-mula dengar nama kek ni daripada MAK..dah terbayang macam ala-ala kek black forest..ada blueberry kat dalam kek tu..rupa-rupanya hanya sekadar kek coklat..dari mana datangnya black forest tu pun tak tau..maybe tang dia punya hiasan kot..sebab kek ni di limpahi dengan toping coklat yang banyak serta coklat rice yang bertimbun-timbun di atas kek...hehe..hambik ko!!!.tu yang jadi dah macam forest dah..hehe..layan-layan kan resepi nya ekk...


Bahan-bahan :
1 cawan serbuk koko
1 cawan air
1/2 cawan gula castor
(semua bahan di atas di masak atas api sehingga gula larut dan pekat)

226.8 gm butter
226.8 gm tepung kek (naik sendiri)
6 biji telur (gred A)
340.2 gm gula
1 camca teh esen vanilla

Topping :
200 gm coklat masakan
2 camca besar planta/butter

Hiasan :
Coklat rice atau badam

Cara-cara :
1) Pukul butter + gula sehingga sebati/kembang
2) Masukkan telur satu persatu pukul kembang
3) Masukkan esen vanilla
4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan
5) Masukkan coklat yang telah di cairkan tadi..kacau rata
6) Bakar lebih kurang 45 minit...
7) Letak topping bila kek dah sejuk..hiaskan dengan coklat rice atau badam..SELAMAT MENCUBA...


CIKMA : Bahan-bahan ni sebenar nya dalam ounce...so, Cikma dah convert kan dalam gram..tu yang berat gm tu nampak pelik sikit kan..hehe..kalau timbang dah ada ounce senang ler kan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails