IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Khamis, 30 Disember 2010

Berakhirnya Penantian 14 tahun...SYABAS MALAYSIA!!!


First...SYABAS MALAYSIA...walaupun kalian membuat kan jantung Cikma berdegup terlalu kencang dalam beberapa minit terakhir perlawanan bola sepak akhir Piala Suzuki malam tadi....tahniah!!!!team bola sepak Malaysia membuktikan kecemerlangan di Stadium Bung Karno,Indonesia...walaupun beberapa cerita yang kurang enak di dengar dari negara seberang sepanjang team bola sepak Malaysia di sana...mental dan fizikal memang haruslah kuat terutama dalam keadaan genting dan tertekan sebegini...........

Cikma share sikit berita yang aku ambil daripada http://www.bolasepak.com/

Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 selepas menumpaskan Indonesia 4-2 secara agregat. Indonesia berjaya menumpaskan Malaysia 2-1 di Stadium Gelora Bung Karno namun ianya tidak cukup buat Sang Garuda menyekat kelebihan tiga gol Harimau Malaya.

Penjaga gol muda Malaysia, Khairul Fahmi harus diberi pujian yang tinggi selepas menyelamatkan sepakan penalti Firman pada minit ke-18. Beliau turut perlu dinobatkan sebagai wira Harimau dengan menafikan beberapa percubaan bertali arus tuan rumah sepanjang babak pertama.

Malaysia yang mencatakan kemenangan 3-0 di Bukit Jalil berjaya melebarkan kedudukan menerusi jaringan Safee Sali pada minit ke-53. Bagaimanapun kealpaan barisan pertahanan Malaysia membenarkan Nasuha menyamakan kedudukan selepas merembat deras bola tampanan Fahmi.

Indonesia ternyata tidak mudah mengalah dengan berusaha untuk mencari jaringan bagi merapatkan jurang agregat dan usaha tersebut berhasil apabila Muslim tertanduk masuk bola sepakan Muhammad Ridwan pada minit ke-88 bagi membakar semangat Garuda.

Akhirnya wisel keramat ditiup sekali gus memastikan Malaysia dinobatkan sebagai juara Asia Tenggara yang baru. Tahniah Malaysia!

Sementara itu, penyerang Malaysia, Safee Sali dianugerahkan penjaring terbanyak kejohanan dengan lima jaringan manakala ketua pasukan Indonesia, Firman Utina dipilih sebagai pemain paling bernilai bagi kejohanan Piala AFF Suzuki 2010.




K.Rajagobal yang power!!!tahniah...


CIKMA : Congrats sekali lagi TEAM BOLA SEPAK MALAYSIA!!!Jumaat cuti umum...emmm...rezeki rakyat MALAYSIA yang menyokong penuh kebangkitan pasukan bola sepak Malaysia...tiada kejadian yang tidak diingini berlaku...laser???ada nampak jugak tadi...biarkan...yang penting kita dah buktikan kemenangan di Stadium Bukit Jalil bukan satu omongan kosong..........:)

2 ulasan:

  1. ...yes,tahniah buat Rajagobal....
    teringat zaman beliau mjd jurulatih bola Melaka suatu ketika dulu...sangat tegas & berwawasan....
    tapi terpaksa melepaskan melaka atas sebab2 pihak pengurusan.....

    BalasPadam
  2. mamaijat : ye ke..mmg bagus arr dia ni..buktikan jurulatih tempatan berkualiti setanding yg import punyer...Malaysia Boleh!!!

    BalasPadam

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails