IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Selasa, 14 Disember 2010

Kenapakah engkau

Kenapakah engkau....
Datang menjengah teratakku..
Membawa segala waris yang ada..
Membina empayar dan pengaruhmu
Tanpa kau fahami hati ku sendiri...

Kenapakah engkau..
Meneroka segala tempat yang ada...
Menjalankan segala eksperimen untuk menakluk kawasan ku...
Untuk menjadi jajahan taklukmu...

Kenapakah engkau...
Sanggup menyakitkan hatiku..
Sedangkan aku seperti mengizinkan dirimu berada di duniaku..
Berkongsi mahligai tempatku berlindung daripada hujan dan panas...

Kenapakah engkau...
Tidak mahu mengundurkan diri..
Sedangkan aku mengucapkan kata-kata agak sopan dan lembut..
Untuk mempersilakan engkau mengayunkan langkah keluar dari teratakku....

Kenapakah engkau...
Seperti terlalu ego dan sombong...
Atau engkau sahaja tidak mahu memahami perasaan ku...
Untuk tidak berkongsi denganmu...

Kenapakah engkau......
Berapa banyak kenapakah engkau aku tulis.....
Sudahlah glamer kerana sudah berlakon filem Hollywood...
Tetapi masih merempat di teratak orang lain.........
Adakah engkau mahu diriku memulakan perang dunia ke-3 bersamamu....
Atau mahu aku meletakkan sedikit toksik di empayarmu....
Janganlah engkau mencabar aku....kerana aku adalah wirawati sejati!!!!!


Huhu...seronok baca sajak merapu aku...haha...tengah hangin ni u'alls...Cik Ti dekat rumah sewa tu dah melampau le sangat...housemate bagitau habis semua tupperware di gigitnya...mentang-mentang kami ni tengah bercuti panjang...bermaharajalela lah Cik Ti and the gang...housemate dah tak tahan...tengah nak mencari rumah sewa lain...aku setuju banget....tapi nak tanya jugak ni pada para blogger....tau tak macam mana nak singkirkan Cik Ti ni daripada rumah...kata orang tua kalau kita dah tau ada Cik Ti ni dalam rumah..jangan di tegur...kena cakap baik-baik dengan depa tu...tapi bila aku buat benda tu..macam tak makan saman jer...tu yang hangin tu...ada apa-apa petua tak????kongsi meh ngan Cikma....serius ni nak tahu........:)



CIKMA : Dalam bilik pun masuk...itu yang aku bertambah hangin tu...huh!!!!!

2 ulasan:

  1. .....hahahhaha..wat suspen je cik ma ni....

    BalasPadam
  2. mamaijat : suspen??huhu..bukan kelakor ker??hehe

    BalasPadam

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails