Kanak-kanak...kalau di ajar ABC...123..ALIF BA TA..memang akan ikut dan turut...kanak-kanak mudah dengar kata..dengar nasihat kalau kena pada gaya dan cara...mereka ni ibarat kain putih..jika corak yang terhasil sangat indah dan cantik...maka hidup mereka di kemudian hari akan baik dan berjaya..namun..jika di corak dengan lakaran yang kucar-kacir...buruk dan tidak cantik...hidup mereka akan tidak terurus dan mengundang perkara yang tidak baik pada masa akan datang...
Selama menjadi kanak-kanak...aku di didik dalam suasana tegas dan penuh kasih sayang oleh ABAH dan MAK..didikan yang mereka berikan pada aku sangat-sangat berguna dan bermanfaat bila aku menginjak dewasa...ABAH terutamanya..sangat tegas dan garang..namun dalam garang dan tegasnya..masih ada sifat lembut dan kasih pada anak-anaknya..ABAH jarang menolak permintaan anak-anak...sikap beliau yang aku salute sampai sekarang..MAK..sangat penyabar dengan anak-anak..walaupun selalu jugak membebel sebab perangai dan tingkah laku kami yang adakalanya mengundang susah hati mereka......
Bila aku memasuki alam pekerjaan yang memerlukan aku berhadapan dengan kanak-kanak...pelbagai ragam dan perangai dapat aku lihat dan saksikan...baik..nakal...bijak..kurang bijak...comel...comot..semua nya ada..kadang kala mereka ini benar-benar menguji kesabaran aku...kenkadang terpikir aku di takdirkan menjadi pendidik oleh ALLAH SWT adalah untuk mengawal rasa amarah dan menjadikan aku orang yang lebih sabar dan lemah lembut (ye ker??hehe..)
Mereka ini juga adalah penawar waktu aku sedih dan susah hati..tengok peel dan keletah mereka membuatkan aku berfikir mereka tidak rasa apa-apa dalam hidup waktu ni..rasa riang ria..tidak pernah berfikir tentang masalah...tidak berfikir tentang hati dan perasaan..tidak berfikir susah dan senang...semuanya bagi mereka indah belaka...
Namun, adakalanya pemikiran mereka ini kadang-kala melangkaui pemikiran kanak-kanak itu sendiri...senang cerita..zaman kanak-kanak dulu tak pernah nak terpikir buat benda yang bukan-bukan..macam peluk, cium raba kawan-kawan yang berlainan jantina..tapi sekarang..mereka dah tau buat benda-benda tu...ada pengalaman tengok CD yang agak 'kotor' di rumah..melayari laman sesawang 18 SX ke atas..nauzubillah....bila mereka praktikan di sekolah tentu saja akan mengundang perkara yang tidak sihat kepada rakan-rakan lain...
Bila melihat perkara-perkara tersebut...bukan pihak sekolah saja yang perlu pantau dan jaga tingkah laku mereka..tetapi ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang penting..apa-apa jenis pembelajaran dan pengetahuan yang mereka tahu sebenarnya datang dari persekitaran rumah mereka sendiri...sikap dan tingkah laku mereka...pembawakan diri mereka di sekolah merupakan cerminan diri ibu bapa kanak-kanak tersebut..jadi ibu bapa haruslah menjaga dan mengambil berat tentang apa yang mereka buat di dalam dan di luar rumah agar pemikiran mereka itu tidak di pengaruhi dengan anasir-anasir yang tidak baik di kemudian hari....
CIKMA : Mengelak untuk berfikir yang bukan-bukan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...
-
Still dalam mood raya haji....nak kte cam raya pose mybe x lah...slalu time raya pose lagi sronok kot sbb jmpe kengkawn lame n sedara mara.....
cabaran dalam mendidik anak anak dimasa sekarang
ReplyDeletemereka bermacam kerektor
dirumah bersama ibu bapa lain
di sekolah lain
dengan kawan kawan lain
sbb itu ada diantara ibubapa tidak 'kenal'anak anak mereka sendiri
apabila sesuatu yg diluar jangkauan telah berlaku pada anak anak.
tulah pasal nya kak..risau jugak tgk budak2 sekarang..lebih advance dari kita yg besar ni...harap-harap kalau ada anak sendiri nanti tak delah dorang buat perangai buruk di belakang kita......
ReplyDelete