IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Sabtu, 24 April 2010

Wayang Pertama

Aku bukan jenis kaki wayang..walaupun berlambak filem tempatan dan antarabangsa singgah ke pawagam...selalunya aku buat tak reti...ada hati nak pergi...tapi last-last buat tak tahu je...

Selalu pikir..nanti lama-lama adalah dalam tv citer tu...takpe tunggu dua tiga tahun...janji save duit..sekarang ni pun dah boleh download filem dalam internet..tak payah susah-susah beratur beli tiket dan jugak nak beli vcd...kenkadang tu dalam internet..filem tak keluar panggung..tapi dah dapat tengok..itulah penangan dunia komunikasi...dunia tanpa sempadan.......

Tapi...aku ade kenangan tengok wayang ni...filem pertama yang ABAH dan MAK bawa tengok ke panggung masa tu cerita paling top dalam sejarah perfileman Malaysia..filem AZURA..release tahun 1984..bayangkan masa tu aku baru umur 3 tahun..tapi aku boleh ingat suasana tempat wayang tu...mula-mula masuk..memang excited..aku dengan along masa tu terasa sangatlah jakun nak tengok cerita AZURA tu..walaupun tak paham apa yang kami tengok..MAK ada cerita..masa mula-mula tu kami duk ok lagi dalam panggung tu...tapi tak sampai 1/2 jam..aku dan along dah ke hulu ke hilir dalam tu...

Along siap boleh lari-lari dalam tu..aku pulak follow jer apa yang abang aku tu buat...bila kena tegur dengan ABAH baru senyap..tapi tak lama..main lagi...along siap dah bosan mula merengek..panas lah..gelap lah..macam-macam..aku...tetap follow jer apa yang abang aku cakap dan rasa..hehe

Last-last...ABAH bawak kami keluar..duduk kat luar..MAK jer yang tinggal tengok cerita tu..kesian-kesian..anak-anak punya pasal langsung tak senang duduk nak tengok filem...bila pikir balik memang kelakar..tapi kiranya adalah jugak kenangan aku masa kecik pergi tengok wayang....

Masa beso ni boleh di kira dengan jari berapa kali aku tengok wayang..rasanya tak sampai 15 kali pergi panggung...last filem aku tengok cerita 2012 tahun lepas...tahun ni..belum masuk lagi mana-mana panggung...susah sebenarnya nak ajak aku pergi tengok filem..lepas tu pulak aku ni selected sikit nak tengok filem...bukan nak underestimed filem Malaysia..tapi memang aku tak minat sangat tengok filem Malaysia dalam panggung...filem JANGAN PANDANG BELAKANG adalah filem Malaysia terakhir yang aku tengok...bayangkan dah 3 tahun tu...aku sanggup jer tunggu filem-filem Malaysia ni jengah dekat tv...tulah peel aku.....

Apa-apa pun kenangan menonton filem AZURA tetap terpahat dalam hati..bila tengok cerita ni keluar kat tv..pasti aku teringat balik masa aku tengok filem tu dalam wayang lebih 25 tahun yang lalu...hidup ZACK dan AZURA!!!!...hehe....


CIKMA : Minat Jamal Abdillah....orang kampung teman ni..hehe..

4 ulasan:

  1. kali pertama dan terakhir tgk wayang masa study kat maktab. tu pun ikut kengkawan. samapai sekarang tak pernah ada hati nak tgk wayang...

    BalasPadam
  2. hehe..citer apa tgk masa tu..ma pun select tgk..kalau berkenan g lah tgk...kalo tak..duk umah lagi bagus..tido..hehe

    BalasPadam
  3. last citer aku tgk kick ass..tapi cpt benar ko masuk wayang, 3 tahun dah pegi...hehehe...

    aku memang selalunya tgk citer2 omputih berbanding emlayu..sbb citer melayu cepat tayang di tv...takpe tunggu ada suami ko ajaklah dia tgk wayang puas2..best woo, sejuk2 bleh peluk laki..haha

    BalasPadam
  4. hehe..biasaklah...dulu masa kecik mmg slalu abah n mak aku bwk g mana2...bwk laki aku..insyaallah..janji dia tu kaki wayang..kalo x...duk umah jelah aku...haha

    BalasPadam

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails