Wednesday 21 April 2010

Jajan

Tiba-tiba aku arini teringat nak melantak jajan...jajan @ makanan ringan sentiasa di sukai oleh kana-kanak...zaman aku kecik pun aku suka makan jajan ni...dulu masa kecik aku siap tunggu depan pintu rumah nak beli jajan dari sorang uncle India yang bawak motosikal sambil bunyi kan hon...macam-macam dia bawak...sampai ABAH bising tak nak belikan lagi jajan sebab dah setiap hari aku mintak...tak sesuai makan selalu..takut mudarat di kemudian hari..

Masa kecik dulu aku suka beberapa jajan yang mana dalam plastik atau kotak jajan tu ada diletakkan permainan...macam DING DANG...TORA dan MAMEE...aku suka ketiga-tiga jajan ni...siap kumpul duit nak beli..kalau ABAH tak nak belikan..kalau tak...memang pakai je duit ABAH..huhu...






Ada lagi jajan yang lain..tapi yang tiga jajan ni memang pujaan hati waktu kecik...kenkadang kalau ternampak jajan-jajan ni dekat kedai mesti teringat zaman kecik dulu...rasa jugak nak beli..tapi segan lah pulak sebab dah beso gabak dah!!!haha

Sebenarnya boleh je kalau nak bagi kanak-kanak ni makan..tapi biarlah berpada-pada...kena jugak tengok cara mak bapak didik anak-anak...kalau dah selalu sangat takut mengundang risiko kesihatan...kat sini aku nak share sikit info tentang jajan @ makanan ringan pada korang.....

Makanan Ringan (Snek)

Latar belakang

snek
     Kekerapan mengambil makanan ringan yang tinggi  kandungan gula akan menggalakkan kerosakan gigi.

Apakah makanan ringan yang berkhasiat?
Pilihlah makanan ringan yang rendah kandungan gula. Berikut adalah pilihan yang lebih baik untuk anak anda.
Minuman penghilang dahaga :
  • air kosong
  • jus buah dan sayur tanpa tambahan gula
  • susu segar
Buah-buahan dan kekacang:
  • buah-buahan seperti jambu batu, tembikai susu dan tembikai
  • sayuran mentah seperti sengkuang dan mentimun
  • kekacang seperti kacang kuda rebus
 
kekacang dan buah-buahan
Makanan yang mengenyangkan:
  • Sandwic tuna atau telur, biskut & roti tawar, bijirin, capati dan telur rebus.
Adakah coklat dan gula-gula boleh merosakkan gigi?
Kerosakan gigi boleh dicegah sekiranya anak anda makan coklat atau gula-gula semasa waktu makan utama dan menjaga kebersihan giginya.

Apa yang anda boleh lakukan untuk mencegah kerosakan gigi?
Kerosakan gigi boleh dicegah dengan amalan berikut:
  • Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan snek atau minuman yang tinggi kandungan gula. Baca label makanan semasa membeli barang keperluan dapur. Untuk makluman anda; madu, sirap jagung, glukosa dan sirap pekat semuanya adalah gula.
  • Amalkan teknik memberus gigi yang berkesan dan berkumur-kumur setiap kali selepas makan makanan ringan atau snek.
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.
CIKMA : Suka beli jajan Twisties dan Cheezers...

6 comments:

  1. aku smapai skang masih suka mamee...memang ilang masalah makan benda alah ni...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. alamak..teringat zaman dolu dolu..dindang & tora tu teramatlah susahnya nak dapat kat sini...hu hu..

    ReplyDelete
  4. alfa : nampak sgt stress nye ko nie...rileks beb..makan jajan banyak2...hehe

    yat : ekeke..mmg teringat..skang pun susah nak dpt dua2 jajan tu...kalo ada tu rezeki namanya..hehe

    ReplyDelete
  5. sampai sekarang beli mamee. buat stok kat rumah.
    beli sedozen.

    ReplyDelete
  6. yup..mamee memang antara jajan yg sedap....duk kunyah tiap2 hari pun tak per....

    ReplyDelete

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...