Sunday 4 April 2010

ADA RM 1 JUTA...

Ada RM 1 Juta...aku nak :

1) Nak bagi kepada fakir-fakir miskin, anak-anak yatim, orang-orang yang tidak berkemampuan, orang-orang tua yang di buang anak-anak dan sesiapa yang tidak mampu dari segi kewangan...

 2) Bagi kat mak dan abah serta keluarga..mungkin duit bukan segala..tapi kalau aku ada RM 1 Juta ni mungkin aku boleh beri sebagai hadiah kepada diorang yang banyak bantu aku dari kecil sampai ke besar..bagi aku makan pakai dan belajar....

3) Nak bawak keluarga mengerjakan Haji dan Umrah...ini memang ada dalam list aku semasa aku hidup ni...nak sekali dalam seumur hidup mengerjakan haji serta dapat jejak kan kaki je Tanah Suci Mekkah...insyaallah kalau ada rezeki lebih....

4) Nak buka satu Yayasan yang mana yayasan tersebut di buat khas kepada warga tua serta anak-anak yatim dan fakir-fakir miskin...aku nak dirikan satu bangunan yang mana banguanan tu ada bilik-bilik serta kelengkapan yang lengkap untuk mereka tinggal selesa serta dapat menimba ilmu secara percuma...ada perpustakaan, ada gelenggang permainan...untuk ibu-ibu di buat kelas jahitan atau kelas memasak untuk menambah pendapatan..kepada ayah-ayah...ada kelas pertukangan dan pembinaan dan jugak kimpalan...seronok kalau dapat buat Yayasan ni...kiranya sesiapa yang kurang berkemampuan mereka dapat tempat berlindung dari panas dan hujan serta kelaparan.....

5) Keperluan peribadi...teringin nak melancong satu dunia...menikmati alam ciptaan ALLAH SWT....dapat lihat pelbagai ragam manusia yang berbilang bangsa serta punyai kepelbagaian adat resam dan budaya..boleh lah aku snap gambo-gambo yang best nanti!!!hehe

6) Nak bina sebuah rumah yang di kelilingi oleh sebuah hutan kecil...kiranya rumah aku ni ala-ala rumah hijau lah...ada tasik yang boleh aku dan keluarga aku memancing dan berkayak...pastu rumah aku tu pakai tenaga solar....mengurangkan pencemaran...dalam rumah tu..ada pelbagai kelengkapan yang canggih...kira tekan button jer terus semua on....tak yah susah-susahkan diri...duk melepak jer...hehe

7) Nak ler ada sebuah kereta dan motor yang canggih manggih!!!hehe..tak kira lah jenis apa..yang pasti kalau aku bawak kereta dan motor aku tu...semua orang tengok tak berkelip mata!!!huhu...


Itu kalau aku ada RM 1 Juta...impian yang rasanya tak tahulah jadi kenyataan ke tidak...biasalah manusia...banyak pasang angan-angan...pasang impian..macam tu jugaklah dengan aku...tak salah pasang impian...mana tau kot-kot satu hari nanti impian kita tu jadi kenyataan...mana tau...rezeki ALLAH SWT tentukan...betui tak???

CIKMA : Andaikan korang dapat RM 1 Juta tu...korang nak buat ape ekk???...

4 comments:

  1. nak....bayar utang perabis...pastu nak pi haji...

    ReplyDelete
  2. kalau aku, nak gi wat umrah haji...ada lebih beli rumah, kete yg best...simpan sikit n last shopping selagi boleh..hahahaha

    ReplyDelete
  3. kak min : itu pun sebenarnya masuk dlm senarai...

    alfa : engko aku dh tau...mesti shopping nyerr..hehe

    ReplyDelete
  4. nak tergelak aku baca..ketawa terbahak bahak....he he

    ReplyDelete

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...